October 10, 2019

Kejadian Hari Ni

Okey hari ni kita tulis santai-santai je. Tak payah nak stress-stress nak ikut keyword bagai. Minggu ni agak penat agak letih dengan masalah peribadi dan juga masalah kerja. Alhamdulillah so far dah berlalu pun. Esok tak tahu apa nak jadi maka kita bersedia jelah.

Semalam satu hari kena dengan boss. Kisahnya ada surat saman sampai. Haha aku tak pernah handle pasal kes saman menyaman ni. Tak ada pengalaman. Jadi bila dah kena macam ni memang kena alert.

Gelabah bewak jugaklah semalam sampai mengigil lutut. Hahahhahaha ingat sekali lawak juga. Pengalaman dan pengajaran untuk aku yang dah buat silap sebab tak fotostate dan simpan yang original. Aku pass dekat boss. Tapi aku ada sebab kenapa aku tak fotostate, sebab dah banyak copy yang orang dah fax. Aku pun abaikan yang original. Haha lepas ni aku takkan bagi yang original dekat boss lagi. Biar dia ambil yang copy takpe sebabnya entah ke mana dia hilangkan dan aku pun minta maaf dan mengaku yang aku salah tak simpan dan fotostate yang original.

Okey pengalaman ni aku akan ingat sampai bila-bila. Nasib baik boss aku a.k.a my superior faham dan tak maki aku terok-terok. Kami sama-sama kena bambu dengan Big Boss. Haishhh nasib badan dan makanya bertabahlah kami bersama-sama.

Hari ni, sampai lagi satu surat saman untuk kes lain pulak. Nasib baik dah get ready. Prepare awal-awal sebelum kena bambu again. Haha hadoi buta hal betul lah. Lama dah tak se stress dan tertekan macam semalam. Ni dah timbul balik. Nasib badan.

2 3 hari ni banyak belajar benda baru. Tadi beli online di Shopee. Pastu salah alamat, google cara nak batalkan pesanan. Risau takut tak dapat balik duit. Burn macam tu jer, naya lah. Huhu. Google jumpa cara nak batalkan pesanan dan dia refund balik duit masukkan ke dalam Shopeepay. Alhamdulillah selamat semuanya. Kalau tak melayang duit ku.

Kita ni kalau tak cuba tak buat salah kita takkan tahu. Jadi jangan takut nak cuba.

Oh ya, pagi tadi pulak dapat wasap dari Kak, dia kata masuk duit dekat CDM, tapi CDM buat hal. Telan duit tapi resit keluar ERROR. Hadui gelabah bewak sekali lagi. Makanya, bersusah payah lah kembali untuk buat panggilan kepada customer service CIMB. Dan masa yang diambil untuk setel lebih setengah jam. Mujur masa tu tak bz tak tegang. Sempatlah aku setelkan hal CIMB ni.

Banyak benda berlaku hari ni.


Beli mop lantai je 3 batang untuk mek dan 2 orang kakak aku. Haha semuanya order guna mulut. Nak order sendiri tak reti. Sabor jelah.





October 8, 2019

Jangan Lepaskan Peluang Untuk Grab Promo Ostematrix Shaklee Oktober 2019

Alhamdulillah harini dah banyak yang order Ostematrix bagi memenuhi keperluan kalsium harian. Bulan ni promosi 3 botol dapat diskaun sebanyak 5%.



Harga Asal untuk 3 Botol  : RM183.75
Harga Promosi untuk 3 botol : RM174.56 (diskaun 5%)

Jimat : RM9.19.

Jom kita tengok tanda badan kurang kalsium

Jadi bagi mereka yang ada tanda atau simptom seperti di atas, boleh cuba amalkan Ostematrix sebagai suplemen tambahan bagi mencukupkan keperluan kalsium harian.

Untuk info lanjut boleh rujuk : KEBAIKAN OSTEMATRIX UNTUK KESIHATAN





Bagi mereka yang ada masalah untuk minum susu atau tak suka dengan susu sebab tak boleh nak telan, boleh amalkan Ostematrix sebagai suplemen tambahan. Satu tablet Ostematrix bersamaan dengan segelas susu. Dalam sehari disarankan untuk mengambil 4 tablet untuk mencukupkan keperluan kalsium harian.

Kalsium sangat penting untuk menguatkan tulang, gigi dan kuku. Ibu hamil memerlukan lebih banyak kalsium berbanding wanita yang tak hamil.

Jadi untuk mendapatkan suplemen Ostematrix boleh menghubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

October 3, 2019

SET KURUS BUDGET SHAKLEE

Minggu lepas Kak Feni ada share pasal SET TAMBAH BERAT BADAN SHAKLEE. Jangan tak tahu, walaupun ramai yang nak kurus, nak sihat dan nak dapatkan berat badan yang ideal masih ramai yang berusaha untuk tambah berat badan agar lebih sihat sebab tu kita kena cukupkan nutrisi harian kita agar hidup lebih sihat dan ceria.

Kali ni Kak Feni share pula pasal SET KURUS BUDGET SHAKLEE yang boleh dicuba untuk mendapatkan berat badan yang ideal.



Hari ni termasuklah Kak Feni sedang berusaha menurunkan berat badan supaya berada dalam paras normal. BMI Kak Feni hari ni dah mencecah tahap Over Weight dah sebab berat dan tinggi tak seimabng. Jadi untuk menurunkan berat badan Kak Feni kena buat sesuatu secara semulajadi. Pernah juga cuba produk-produk kurus yang banyak di pasaran tapi mungkin tak sesuai dan serasi dengan badan. Kak Feni berpatah balik kepada Alfalfa dan Lecithin Shaklee.


Kebaikan Alfalfa Untuk Kurus


✿ Menyuburkan sistem pencernaan, rangka, kelenjar dan kencing.
✿ Pembersihan darah, hati dan usus.
✿ Mengurangkan paras kolesterol.
✿ Ianya sesuai untuk proses detox dan mencuci darah dalam badan.
✿ Bila badan dah bersih dari toksin secara tak langsung badan menjadi lebih kurus dan langsing.
✿ Alfalfa juga sangat bagus untuk mencantikkan kulit.

Boleh Rujuk : TESTIMONI ALFALFA untuk maklumat lanjut.


Kebaikan Lecithin Untuk Kurus


✿ Lecithin membantu memecahkan lemak terutama kolestrol jahat yang terdapat dalam pembuluh darah.
✿ Lecithin sangat penting dalam proses penghadaman. Ia juga berfungsi sebagai agen pembakar lemak untuk proses perlangsingan yang berkesan.
✿ Lecithin diperlukan untuk mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan proses penuaan.
✿ Lecithin membantu proses pembuangan toksin dalam badan dan bertindak sebagai pelembut najis.

Boleh Rujuk : TESTIMONI LECITHIN untuk maklumat lanjut.

Dalam banyak-banyak produk Shaklee untuk kurus, SET KURUS BUDGET SHAKLEE sentiasa menjadi pilihan kerana ianya adalah mampu milik dan sangat berkesan. Sebotol Alfalfa (S) dan sebotol Lecithin boleh tahan sebulan untuk yang konsisten dan betul-betul amalkannya.

Manakala untuk lebih jimat boleh ambil Alfalfa botol besar sebab lebih jimat berbanding ambil botol kecil. 

Banyak testimoni yang menunjukkan kesan yang positif terhadap diri masing-masing. Kalau kita tak cuba kita tak tahu hasilnya. Namun pilihlah yang selamat dan semulajadi. Shaklee menawarkan produk yang selamat untuk diamalkan.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



October 2, 2019

Kena Kecilkan Cycle Untuk Lebih Bahagia


Bersepah manusia macam ni. Yang sentiasa merasakan diri beliau sempurna. Rasa diri tersangat bagus dalam semua perkara. Hakikatnya HAMPEH !
.
NASIHAT ini untuk AKU.
.
KADANG-KADANG aku post pasal aku tapi ramai yang terasa. Ye mungkin ada juga tuju-tuju. Tapi itulah gunanya MEDIA SOSIAL. Untuk BersoSIAL bukan untuk SENTAP-SENTAP sendiri..
.
AKU pesan dekat diri AKU, kalau KAU nak TERASA, close sahaja segala akaun Media SoSIAL agar hidup KAU tenang dan BAHAGIA.
.
Hidup ini bukan nak cari salah siapa-siapa.


#kakfenistory




Aku copy dari ig aku transfer ke blog page aku dan seterusnya aku paste di sini.

Ya kadang-kadang bila kita cakap direct orang kata kita mulut longkang bau busuk. Bila kita cakap kias-kias dia tak paham bahasa dan paling best dia buat-buat tak paham. Sungguh bersepah sungguh manusia jenis ni kat dunia ni di masa ini.

Betul kena kecilkan cycle supaya hidup kita lebih tenang dan bahagia.

Aku tak tahu nak BERHUSNUZON macam mana lagi tak tahu. Tapi aku tetap juga fikir positif dan baik-baik agar yang datang kepada aku baik-baik saja.

Kita manusia memang tak sempurna. Tak sempurna itulah yang menjadikan hidup kita normal. 

Kau... okey akulah kan. Aku. 

Aku kalau nak hidup bahagia... Aku kena bersangka baik dengan semua benda.
Kalau aku itu ini, itu ini semua benda aku tak suka. Semua benda aku nak komplen. Tak jadi habuk apa pun untuk aku. Jadiii baik aku muhasabah diri apa yang tak kena dengan aku.

Allah hantar ujian untuk aku sebab aku kuat dan mampu. Allah hantarkan kau yang begitu begini supaya aku cermin diri aku. Tilik aku ni apa masalah dengan jiwa aku.

Supaya aku sentiasa bersyukur dan beringat. Dalam dunia ni tak semua manusia akan suka kita. Akan ada orang yang datang kepada kita semata-mata untuk menjatuhkan kita. Orang macam ni macam toksik yang akan meracuni diri kita. Jadi jauhkanlah diri.

Biarlah dia hidup dalam dunia dia. Yang kita boleh buat ialah berdoa agar diberi hidayah dan jangan ganggu kita lagi. Doakan juga lebih dari kita supaya dia tak menyusahkan kita.

October 1, 2019

Promosi Shaklee Oktober 2019

Alhamdulillah Oktober dah pun memulakan harinya hari ini.


Promosi Shaklee untuk bulan Oktober ialah Ostematrix. Beli 3 botol dapat diskaun 5%.


Selain Ostematrix, SkinCare Youth juga masih meneruskan promosinya untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan muda.

Program DETOX Shaklee pun dimulakan bagi mendapatkan badan yang sihat dan cantik.

Jom Vivix Set pun taknak ketinggalan bagi memberikan kesihatan dan tenaga yang lebih baik.







Untuk order dan pertanyaan berkenaan dengan produk Shaklee boleh terus hubungi Kak Feni :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

September 30, 2019

SET TAMBAH BERAT BADAN SHAKLEE

SET TAMBAH BERAT BADAN SHAKLEE
.
.
Set tambah berat ni terdiri daripada :
Mealshake
Vitalea
B-Complex


.

KEBAIKAN SUPLEMEN SHAKLEE DALAM SET TAMBAH BERAT BADAN SHAKLEE

.

Meal Shakes 

Membekalkan 35% atau lebih nilai harian, mengandungi 19 vitamin dan mineral penting. Meal Shakes membekalkan kalori yang diperlukan badan bersama dengan serat dan vitamin mineral. Ianya sumber makanan instant yang kaya kalsium, fiber dan protein. Rasanya enak seperti Vanilla Ice Cream, atau Milk Shakes
.

Vitalea 

Membekalkan 23 jenis vitamin penting bersama iron (penting dalam pembentukan sel darah merah). Memenuhi keperluan zat harian tubuh akibat amalan diet yang tidak seimbang. Selepas semua zat dalam badan cukup, barulah sistem badan dapat berfungsi pada tahap yang optima. Selain daripada itu, Vitalea membantu mencantikkan kulit, kuku, rambut secara dalaman. Ia juga mengurangkan risiko anda mengidap penyakit tiroid. Di samping itu, ia membantu memberi badan yang sihat dan bertenaga.
.

B Complex 

Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting.
Vitamin B1, B2 dan Niacine yang terkandung di dalam B Complex ini berfungsi memelihara nafsu makan yang sihat. Kekurangan vitamin ini akan menyebabkan selera makan terganggu dan menurun. Di samping itu, antara kelebihan lain vitamin B Complex adalah ianya dapat mengawal kadar metabolisma badan, dan mempertingkatkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan

Untuk mendapatkan suplemen Shaklee boleh menghubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

September 25, 2019

Cara Untuk Kekal Sihat Sepanjang Musim Jerebu


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengeluarkan 10 langkah pencegahan kepada orang ramai bagi menghadapi kesan jerebu yang sedang melanda ketika ini.
1. Elak aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu. Aktiviti fizikal akan menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu.
2. Penganjuran aktiviti fizikal di luar bangunan dinasihat supaya ditangguhkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.
3. Banyakkan berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai.
4. Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.
5. Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman.
6. Gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan.
7. Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga (sekurang-kurangnya lapan gelas sehari).
8. Jika mampu, pasang alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.
9. Sentiasa awasi kesihatan anak-anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit respiratori dan jantung kerana lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.
10. Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata orang awam boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu.
Katanya, langkah-langkah itu dimuatkan dalam laman web kementerian berkenaan di alamat http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/183.
“Kementerian Kesihatan dengan kerjasama rapat agensi-agensi berkaitan akan terus memantau keadaan jerebu dan juga keadaan pesakit yang datang mendapatkan rawatan di klinik dan hospital kementerian.
“Orang ramai juga disaran mengikuti perkembangan semasa jerebu melalui laman portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/public_v2/home.html mengenai fenomena jerebu di kawasan atau daerah masing-masing,” katanya.
Sumber : Berita Harian
Dapatkan Suplemen Yang Membantu Meningkatkan Sistem Imun Semasa Musim Jerebu DISINI.


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...