July 1, 2019

Raya Tak Habis Lagi

Selagi raya tak habis selagi tu lah bedoyon-doyon open house dibuat. 

Kami menerima banyak jemputan dan banyak juga yang tak dapat pergi sebab banyak sangat. Jadi kena skip dan pilih-pilih. Kami mohon maaf sebab tak dapat hadir.

Bila dah raya ni, jalan mula sesak dengan kenderaan. Lagi pulak rumah kami di Hulu Langat yang sememangnya terkenal dengan jalan jem. Dengan orang nak pergi beraya open house, nak beli lemang dan juga sekarang ni musim durian.

Kalau nak pergi mana-mana kena plan awal untuk elakkan jalan jem. Kalau tak buang masa je duduk dalam kereta atas jalan.

Semalam mak mertua Kak Feni buat juga makan untuk anak beranak datang beraya. Maklumlah anak beranak ramai. Alang-alang buat ajak jiran-jiran sekali. 



Kira majlis mula petang sampai malam. Alhamdulillah semua juadah yang mak mertua kami buat habis. Semoga ada keberkatan di situ. Harapnya tetamu puas hati dan balik dengan gembira. Maklumlah Langat ni memang glamour dengan jalan jem. Hahaha.

Kebetulan pulak semalam banyak majlis open house yang VVIP buat. Ahli politik dan masjid-masjid sekitar pun tak melepaskan peluang buat majlis. Surau Al-Munir Taman Sri Nanding pun ada juga majlisnya, ayah mertua seorang je wakil yang pergi. Yang lain smeua sibuk mengemas di rumah mak.

Dalam sibuk-sibuk tak sempat ambil gambar. Dok kalut ke benda lain. Membawang dan layan tetamu, ewah. Okeylah cukup dulu bebelan untuk hari ni. 

June 28, 2019

Adik Rayyan Sambut Hari Raya Di Sekolah

Hari ni Adik Rayyan ada majlis hari raya di sekolah. Mulanya dia macam malas nak pergi sekolah. Bila ummi cakap hari ni sambut raya dan kena pakai baju raya terus excited nak mandi dan bersiap. Pakai baju raya upin ipin dia yang kami beli dekat Jakel. 

Seronok sangat dapat pakai baju raya sebab dia cakap macam Ipin.



Ummi suruh dia pakai selipar jer sebab di sekolah kena buka kasut tapi dia excited nak pakai jugak kasut sport yang beli sama macam Abang Aus. Ikut jela kehendak beliau janji nak pergi sekolah. Kalau dia buat akai taknak pergi sekolah lagi huru hara.

Cikgu suruh bawa juga juadah untuk port luck. Oleh kerana ummi ni seorang yang sangat pandai memasak, jadinya kita masak jelah di kedai yang berhampiran. Mulanya nak beli kuih bahulu je sebekas, pergi ke kedai semuanya dah sold out 😂😂. Jadinya kami pusing-pusing kedai nampak ada apam polkadot. Beli jelan RM10 untuk dibawa ke sekolah.

Pagi ni, hantar adik dulu sebab ummi dengan abah kena pergi jumpa ustazah di sekolah agama untuk tahu perkembangan anak. 

Sampai di sekolah adik, macam biasa. Kena hantar dia sampai masuk kelas.


Muka monyok je pagi-pagi sebab mood belum mari. Hahaha ummi nak ambil gambar pun taknak. Nak duduk tempat pun kena ikut yang dia mahu. Mujurlah cikgu pun okey. Sekarang dah okey dari mula-mula masuk sekolah dulu. Duduk pun depan cikgu di meja cikgu. Sekarang ni dah boleh duduk dengan kawan-kawan. Alhamdulillah perkembangan yang baik.



Seronok hati ummi bila cikgu hantar gambar dalam group whatsapp, yang dia dah pandai ambil makan sendiri. Bukan apa, sebelum ni dia memang tak makan. Sanggup berlapar sampai balik rumah. Bila balik sampai rumah terus minta makan dengan opahnya. Mujur kamu duduk dengan opah dik oii. Boleh layan kerenah kamu.

Bila tanya kenapa adik tak makan. Dia jawab dia malu sebab dia makan comot 😟. Hurm kalau ada hari-hari yang makan guna sudu macam mee goreng ke, baru dia nak makan. Dahlah susah nak makan. Kalau kena dengan selera dia baru dia nak makan.

Sekarang alhamdulillah dah pandai bergaul dengan rakan-rakan lain. Takpelah syukur sebab kalau ikut umur dia baru nak masuk 5 tahun. Hujung tahun ni, bulan 12 baru cukup umur 5 tahun. Sebagai ibu, ummi bangga dengan perkembangan anak ummi.

Semoga Adik Rayyan terus membesar menjadi anak yang soleh. InshaAllah.


June 27, 2019

Peperiksaan Online SPA - Pembantu Makmal Gred C19


Hari ni Kak Feni dah setel jawab soalan untuk peperiksaan online SPA. Tahun ni dah 2 kali jawab exam dan pagi tadi untuk kali ke-3. Kalau ada rezeki nak masuk goverment apa salahnya kan.

Bukan tak seronok kerja sekarang. Seronok sangat dah. Bos yang baik, sahabat di pejabat baik dan environment pun bagus. Tempat kerja dekat dengan suami. Jadi apa salahnya mencuba nasib. Mana tahu kan kalau ada rezeki ke sini.

Tak sangka bila dah berumur macam ni, kerajaan masih jemput untuk jawab soalan. Haha secara tak langsung menambah ilmu dan pengetahuan juga. Pengalaman jawab soalan pun dah ada. Jadi boleh apply kan untuk jemputan akan datang.

Apa orang kata. Learn from mistake dalam bahasa Melayunya "belajar dari kesilapan". Ewah !!

Apa Jawatan Yang Ditawarkan Kali ni ?

PEMBANTU MAKMAL GRED C19


Kak Feni belajar tak tinggi mana, jadi okeylah dengan taraf jawatan yang ditawarkan itu. Apapun alhamdulillah. 

Tahun ni dah 6 tahun Kak Feni kerja di company sekarang. Masih bertahan walaupun pelbagai ujian dan cabaran yang datang. Stress, menangis, nak marah, kecewa, happy dan macam-macam dah pernah rasa. Dari kosong sampai terer macam hari ni semuanya belajar dengan pengalaman.

Mari kita berangan, kalaulah dapat jawatan ni. Jadi Pembantu Makmal lah Kak Feni. 


DESKRIPSI TUGAS PEMBANTU MAKMAL GRED C19

Berikut merupakan tugas Pembantu Makmal Gred C19:

Melakukan analisis kimia atau mikrobiologi ke atas sampel-sampel rutin, menolong menyelenggara kelengkapan analisis, penyediaan stok reagen dan melaksanakan tugas-tugas lain yang diamanahkan oleh pegawai atasan.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan

Sumber : SPA

Apapun berbalik pada rezeki. Kalau dah rezeki kita kat situ, inshaAllah pasti ada jalannya.






June 26, 2019

Kenapa Ibu Berpantang Perlukan Zink Untuk Mempercepatkan Proses Penyembuhan Luka Bersalin

Ibu berpantang selalunya mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk memulihkan luka bersalin bergantung kepada keadaan masing-masing. Ada ibu yang cepat sembuh dan ada ibu yang lambat sembuh. Penjagaan semasa pantang amat penting untuk proses penyembuhan.

Zink adalah minreal yang diperlukan oleh wanita untuk kekal sihat. Bagi ibu yang berpantang eloklah mengambil lebih zink bagi membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Selalunya kalau kita orang Melayu terkenal dengan khasiat ikan haruan bagi membantu sembuhkan luka. Namun tak semua orang boleh makan ikan haruan.

Jadi untuk mereka yang tak boleh ambil ikan haruan sebagai alternatif. Boleh amalkan SET BERPANTANG SHAKLEE yang membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Pemakanan yang seimbang semasa berpantang membantu dalam menstabilkan emosi si ibu. Kekurangan nutrisi boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti, cepat letih, luka lambat sembuh, anak kena kuning (jaundis), susu badan drop dan banyak lagi.


7 KEBAIKAN ZINK UNTUK WANITA





Zink Plus membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan luaran. Hancurkan zink dan tabur dipermukaan luka untuk pemulihan luka. (Dapatkan nasihat sewajarnya)




Untuk mendapatkan produk shaklee boleh hubungi Kak Feni atau klik link di bawah.


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


June 25, 2019

FEEDBACK CUSTOMER YANG MENGAMALKAN SET KESIHATAN LELAKI

Alhamdulillah Kak Feni dapat feedback menarik lagi kali ni. Kisahnya 2 minggu sudah Tuan ni dia nak ambik suplemen untuk lelaki. Maklumlah bila umur dah meningkat ni kalau tak jaga memang tak fit lah badan.

Dia mengambil SET KESIHATAN LELAKI iaitu Omega Guard, Vitamin E dan juga Zink Plus. Dia add on Vitalea untuk tambah tenaga. Orang lelaki ni bukan tak sayangkan diri tapi kurang ambil berat. Bila dah tau memang sangat pentingkan kesihatan kalah orang perempuan.


Jangan tak tahu, orang lelaki zaman sekarang pun dah celik ilmu tentang kesihatan. Maklumlah untuk nampak lebih fit dah lebih sihat. Nak bersama dengan orang-orang tersayang lebih lama.

Masalah kesihatan ni, kalau boleh cegah kita cegah dari awal. Kalau dah sakit nak mengubati memang mengambil masa.

SET KESIHATAN LELAKI




Bila dah sihat dan bermotivasi secara tak langsung, rupa paras pun akan jadi lebih segak dan berseri. Jadi untuk lelaki yang ingin nampak segak bergaya, bolehlah cuba amalkan SUPLEMEN UNTUK KESIHATAN LELAKI ini.

Berminat boleh hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

June 24, 2019

Penantian Itu Satu Penyiksaan Untuk Pergi Bercuti

Macam tajuk lagu pulak kan. Penantian itu amat menyiksaan terutamanya bagi orang yang menanti sesuatu yang tak pasti.

Kita rancang sebaik-baiknya namun nak tunggu hasilnya, Allahuakbar lambat sangat. Macam kita tanam pokok di dusun. Nak tunggu berbuah, makan masa yang lama. Bukan hari ni tanam, esok terus berbuah. Ini adalah dinamakan hasil jangka masa panjang.

Sebenarnya Kak Feni dah tak sabar nak ikut rombongan family day opis suami Kak Feni. Kali ni diorang pergi ke Pulau Pangkor. Wahhh memang syok sangat berjalan. Tahun ni, kami tak berjalan ke mana pun lagi untuk #cuticutiMalaysia. 

Kalau berjalan pun just pergi kenduri. Bagus juga orang bila orang jemput kenduri ni. Secara tak langsung, kami pun boleh berjalan. Ummi abah seronok. Anak-anak lagi seronok. Hari-hari dok hitung berapa hari lagi nak pergi.

Kita yang dewasa ni pun perlukan cuti untuk rehatkan minda. Maklumlah hari-hari stress dengan urusan dunia yang takkan pernah habis. 

Pulau Pangkor adalah sebuah pulau kecil yang berada dalam negeri Perak. Untuk sampai ke sana, pengunjung perlu menaiki bot. Ada dua jeti yang menyediakan perkhidmatan feri atau bot ke Pulau Pangkor iaitu Jeti Marina dan Jeti Lumut. Jeti Marina lebih dekat berbanding dengan Jeti Lumut. Namun, untuk membeli hasil laut kering, lebih baik naik di jeti Lumut kerana banyak terdapat kedai-kedai yang menjual hasil laut. Boleh buat pilihan untuk membeli di kedai mana. Kiranya Lumut lebih happening berbanding dengan Jeti Marina.

Bagi Kak Feni dan family, kami lebih suka Jeti Marina sebabnya lebih santai dan lebih cantik pemandangannya. Ada port menarik untuk berphoto. Perjalanan dari Jeti Marina ke Pulau Pangkor pun tak lama berbanding dengan di Lumut (maklumlah mabuk laut) 😂.

Walaupun dah berkali-kali pergi ke sini, tetap tak pernah puas dan rasa seronok. Bukan tak teringin nak pergi ke tempat lain tapi pulau ni seronok. Satu hari dah boleh pusing keseluruhan pulau. Boleh singgah macam-macam tempat. Anak-anak pun seronok. Nak makan pun tak susah dan pada Kak Feni ianya berbaloi.

Kalau rasa nak hilangkan tekanan, nak lari dari hiruk pikuk kota yang membingitkan, nak tengok laut yang cantik, dekat dengan Kuala Lumpur. Boleh jer terjah Pulau Pangkor. Masyarakat di sini baik-baik belaka sebab tu kalau Public Holiday atau musim cuti sekolah memang penuh dengan pengunjung yang datang untuk bercuti.

Kita share gambar throwback di Lumut beberapa tahun lepas.




Rindunya dan tak sabarnya nak kembali lagi ke sini. Rindu bau laut dan rindu nak ronda-ronda pulau dengan motor. Walaupun kali ni pergi dengan trip tapi terubat juga lah rindu nak ke sana. Anak-anak pun dah tak sabar nak sampai sana. Nak mandi laut.

June 21, 2019

UNBOXING TRIAL SET HADA LABO SKIN CARE

Hari ni pagi-pagi dah sampai Trial Set Hada Labo Skin Care Kak Feni. Beli di Shopee sebab dapat emel promotion 10% off. Apa lagi cepat-cepat grab kebetulan duit ada. Tak ada kita borrow sama kawan. Dapat gaji kita bayar, itu biasa dan sangat gunanya sahabat kan. Hahaha.😂😂

Tak sabar nak try sebab Kak Feni mengalami masalah kulit kering dan menggelupas. Bila pakai bedak muka jadi bercapuk. Tu yang nak cuba Hada Labo ni. Bila tengok Review pengguna skin care ni macam okey.


Yeah ! Dah sampai dan tak sabar nak pakai di muka supaya lebih sihat dan cantik. Kalau tak kusam je muka. Orang nak tengok pun ngeri. 😥




Bila dah berumur ni, segala mak nenek mula tumbuh di muka ni. Maklumlah faktor usia kan. Takkan selamanya muda belia. Haha jadinya kena lah jaga dari awal. Apa orang kata beringat selalu. Bukan nak lawan tua namun benda boleh cegah kan. Ada baiknya kita mencegah daripada mengubati. Macam penyakit juga. Kalau boleh cegah dari awal, kita cegah. Kalau dah melarat nak mengubati tu bukan ke ambil masa.

Di belakang kotak trial set ni ada cara-cara menggunakannya. Jadi kita boleh rujuknya untuk yang baru nak guna. Kak Feni rasa stepnya sama jer dengan produk skin care lain.

1. Hydrating Face Wash


Yang ni pencuci muka. Untuk membersihkan wajah dari segala kotoran. 

2. Hydrating Lotion


Yang ni Kak Feni andaikan macam toner wajah. Lepas cuci muka dengan pencuci muka. Lap bersih kemudian sapu lah lotion ni.

3. Hydrating Light Cream


Ini adalah krim pelembab. Lepas sapu lotion, kita apply pula krim pelembab ni. Krim ni berfungsi untuk mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan kulit kering.
 

Nantikan review Kak Feni selepas menggunakan produk Hada Labo ni. Baik ke idokkk ??? Kemudian kita story.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...