May 17, 2019

4 Makanan Yang Menjadi Penggalak Metabolisma

Apa itu metabolisme? 
Metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga ataukalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.

Metabolisme bagi setiap individu berbeza. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka, mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.

Jom kita tengok apakah 4 Makanan Yang Menjadi Penggalak Metabolisma 

1. Makanan Yang Tinggi Protein


Protein memerlukan tenaga yang banyak untuk dicernakan, jadi mengambil makanan yang berasaskan protein yang mencukupi dari semua jenis makanan dan makanan ringan boleh membantu meningkatkan pembakaran kalori. 

Pada asasnya, ia memerlukan lebih banyak tenaga untuk mencerna makanan yang tinggi protein. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mengambil makanan yang tinggi protein, tidak kira sama ada dari sumber haiwan ataupun tumbuhan. Pilihan yang terbaik adalah termasuk ayam, daging tanpa lemak, telur, kekacang dan juga kacang.


2. Cili Pedas


Sekiranya kita sukakan pedas, satu bonus kerana "Capsaicin" adalah kimia yang terdapat dalam cili memainkan peranan untuk meningkatkan metabolisma. Penyelidik mencadangkan bahawa makan 135 - 150 miligram Capsaicin mungkin boleh menyebabkan pembakaran 50 kalori tambahan setiap hari.



3. Kopi Pahit


Kafein adalah perangsang sistem saraf pusat, dengan itu ia dapat membantu kita membakar lebih banyak kalori dan mungkin membakar lebih banyak lemak. Satu kajian menunjukkan bahawa kopi boleh meningkatkan kadar metabolisma kita sehingga 11% sementara satu lagi kajian menunjukkan bahawa orang yang mengambil 270 miligram kafein setiap hari boleh membakar 100 kalori tambahan.

Namun harus diingatkan bahawa kesan kafein adalah berbeza kepada setiap individu. Orang yang sensitif dengan kafein harus berhati-hati supaya tidak melampaui batas. 270 miligram yang disebutkan di atas bersamaan dengan hampir 3 cawan kopi yang mungkin terlalu banyak bagi sesetengah orang.



4. Teh Hijau dan Teh Oolong


Selain kopi, teh juga boleh membantu dalam meningkatkan metabolisma tubuh. Kajian menunjukkan bahawa Teh Oolong boleh meningkatkan jumlah tenaga dalam tubuh kita sehingga 10% selama tempoh 2 jam dan teh hijau juga berkesan dalam meningkatkan pengoksidaan lemak.



Namun, kita perlu juga perlu bersenam


Makan makanan tertentu bukan satu-satunya cara untuk menguatkan metabolisma. Senaman juga perlu diamalkan untuk menggalak metabolisma. Metabolisma meningkat dengan ketara selepas melakukan jenis senaman yang sedikit berat.

Bagi kita yang ingin kekal sihat, cegas dan cantik perlu menjaga makan dan melakukan gaya hidup yang sihat dengan bersenam selalu. 


May 14, 2019

Salam Ramadhan Day 9



Setelah beberapa hari skip menulis di blog yang indah nian ni. Hari ini, Kak Feni menguatkan semangat supaya blog ini tidak bersawang dan sentiasa update. Alhamdulillah. Nak istiqamah menulis pun bukan senang. Kena ada semangat yang luar biasa. Bukan senang nak senang.

Sambil-sambil menulis dan buat sharing ni, boleh juga muhasabah diri tentang kebesaran Allah dan kekurangan diri yang hina ini. Kalau senang jangan lupa orang yang susah. Kalau susah jangan lupa ini semua ujian. Kaya ke miskin ke semuanya ujian. Allah menguji mengikut kemampuan hambanya.

Buat baik selagi mampu. InshaAllah semuanya akan dipermudahkan. Jaga solat, bila kita jaga solat secara tak langsung hidup kita pun jadi teratur dan segalanya berjalan dengan lancar. Hati pun tenang sebab kita serahkan semuanya pada Allah.

Masalah yang kita rasa besar dan berat itu akan jadi mudah dan ringan jer bila kita serahkan kepada Allah. Biasalah kalau kita ada masalah, rasa macam nak lari dari masalah sehinggakan masalah lain pula yang timbul. Macam tu juga kalau sekali kita menipu, nak tutup penipuan itu kita akan buat penipuan yang baru, makanya makin banyak dan banyak sehinggakan makin parah. Sebaiknya, jujurlah walaupun kejujuran itu pahit. Hadapi dan uruskan masalah tersebut, inshaAllah Allah akan permudahkan.

Hidup ini sementara jer, kalau jatuh kita bangun. Kalau kalah, kita cuba lagi dan kalau gagal, bangkit semula. Hidup ini mudah dan jangan dipersulitkan. Tak perlu gaduh-gaduh. Benda boleh settle buat apa nak semakkan kepala. Sabar dan tenang itu indah.

Salam Ramadhan yang ke 9 hari ini. Semoga Allah panjangkan umur untuk bertemu dengan bulan mulia Ramadhan tahun depan. Amin.

May 10, 2019

6 CARA MENGATASI KETIDAKSELESAAN SEMASA BERPUASA

Dengan produk Shaklee, boleh bantu mengatasi masalah ketidakselesaan semasa berpuasa. Puasa dapat merehatkan perut yang selama ini bekerja tanpa henti. Banyak nikmat puasa yang akan kita dapat bila menjalaninya dengan penuh sabar.

Namun untuk mereka yang selalu ada masalah ketidakselesaan semasa berpuasa bolehlah cuba beberapa produk di bawah ikut kesesuaian diri. 






Berminat boleh hubungi Kak Feni :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



May 9, 2019

Ramadhan - Day 4



Alhamdulillah masih mampu menjalani ibadah puasa. Bersahur ala kadar je hari ni. Nasi putih dengan kari daging mak mertua bagi dengan telur dadar. Air teh o panas. Air masak 2 gelas dan tak lupa suplemen harian Alfalfa Shaklee 5 biji semasa sahur tadi.

Semoga hari ni berjalan dengan lancar dan baik sekali. Semalam rasa penat dan mengantuk sangat. Balik rumah berbuka puasa di rumah mak mertua. Lepas berbuka kami balik rumah rehat kejap dan keluar balik sebab husband Kak Feni nak ambil beras di tempat kerja dia. Alhamdulillah rezeki melimpah ruah. Kaya sangat dengan nikmat Allah bagi.

Beras ni, tiap-tiap 3 bulan sekali akan dapat. Majikan tempat husband Kak Feni buat zakat untuk pekerja dia. Jadi pasal beras untuk kami anak beranak memang tak risau. Tak pernah putus bekalan beras. Selalunya kalau dapat, Kak Feni akan letak dekat rumah mak mertua sebab kami makan di sana setiap hari. 

Rezeki kan luas. Syukur sangat-sangat dan nikmat apakah lagi yang kau dustakan ?

Salam Ramadhan yang ke-4. Semoga segala yang kita doakan, impikan, mahukan dimakbulkan Allah.


May 7, 2019

Ramadhan - Day 2



Salam 2 Ramadhan. Entry santai-santai lagi petang ni. Semalam nak buat karangan panjang tak sempat sebab nak balik awal.

Hari ni bangun sahur dengan roti sapu dengan planta, telur masak separuh, susu kurma dan juga air milo. Hari pertama kami terbabas dan tak bersahur. Haha rasa lembik dan letih jer sepanjang hari.

Hari kedua alhamdulillah bertahan sampai berbuka. Tak sakit kepala macam hari pertama. Rasa lebih okey sebab bersahur. Berkat sahur mungkin. Kalau ada mek mesti dia bising sebab tak bersahur. Macam ni la kita kalau mak dah jauh.

Abang Aus tak bangun sahur pun. Jenuh kejut untuk bangun sahur tapi taknak bangun. Last-last ummi dengan abah jela yang bangun untuk bersahur. 

Sampai opis, bos tanya "u all selera ke makan pagi, pukul 4 pagi?". Kami ummi Islam dah biasa bersahur untuk berpuasa boss. Dapat pahala banyak kalau bangun sahur. Rugi tak sahur. Sahur boleh bangun awal, siapkan tugas-tugas yang tak sempat buat pada malam hari.

Mesti tidur awal kan ? Kami jawab, kalau letih tidur awal, tapi kalau dah biasa tidur lambat tak boleh jugak. Islam itu indah, jangan dipersulitkan. Doa yang baik-baik dan buat yang baik-baik. Mana tahu asbab kita buat baik, ada orang yang tertarik untuk mendalami Islam. Banyak pahala yang akan kita dapat. Kalau ada peluang itu. rebutlah.

Kita umat Islam, walau tak mampu nak pergi berperang lawan musuh. Kita ada doa yang menjadi senjata terbaik. Berdakwahlah selagi kita mampu. Menjadi orang yang baik juga adalah salah satu dakwah.

Amar makruf nahi mungkar
Semoga kita semua sentiasa berada dalam limpah rahmat Allah selalu. Salam ramadhan yang kedua.


Shaklee Collagen Powder Kembali Dengan Wajah Baru


Shaklee Collagen Powder kembali dengan wajah baru. Lebih cantik dan nampak lebih ekslusif. Kandungannya juga ditambah nilai untuk kepuasan yang maksimum.


Apa yang membuatkan kolagen itu bagus ?

Terlalu banyak jenama kolagen di pasaran, menjadikan sukar untuk kita membuat pilihan terbaik bagi sumber kolagen. Jom kita lihat ciri-ciri ini apabila ingin membeli dan memilih kolagen.

1. Mengandungi Kolagen Jenis 1

Kolagen jenis 1 adalah pilihan utama untuk kesihatan kulit kerana ia merupakan blok asas untuk membina kulit.
✿ Kolagen jenis 1 menyumbangkan 90% kolagen untuk badan membina kulit, tendon, ligamen, organ dan tulang.
✿ Ia meningkatkan ketegangan kulit, dan menjadikan ia tidak mudah kendur.
✿ Menjadikan peranan penitng dalam penyembuhan luka.

2. Mempunyai Penyerapan Terbaik

Untuk mendapat kolagen yang banyak, kita perlu memastikan ia menyerap ke dalam badan kita untuk menjadikan ia berfungsi.
✿ Pilih kolagen marin kerana ia dikenali mempunyai penyerapan yang tinggi kerana mempunyai zarah yang kecil.
✿ Kolagen marin mempunyai penyerapan yang tinggi di mana ia boleh meningkatkan sistesis kolagen pada bilangan dermis dengan lebih efisyen, membantu kesihatan kulit, tulang dan sendi.

3. Lebih Dalam Lebih Bagus

Ikan laut dalam seperti ikan laut merah mempunyai kebolehan dalam menahan tekanan yang tinggi di dalam dasar laut, membuatkan ia tahan lasak dan mempunyai sumber kolagen yang berkualiti.

Kandungan Collagen Powder adalah daripada sumber alam semulajadi dan selamat untuk diamalkan.

4. Kolagen Akan Jadi terbaik Apabila Berpasangan Dengan Nutrisi lain

Bekerja secara sinergistik dengan nutrien yang lain, menyebabkan keadaan kolagen akan menjadi tip-top kerana keberkesanan ia telah dipertingkatkan.
✿ Pilih kolagen yang diperkaya dengan Vitamin C untuk penghasilan kolagen, sementara ia juga melawan radikal bebas.
✿ Pilih kolagen yang diperkaya dengan vitamin B seperti B2 dan b) dan B6 untuk menyokong metabolisma tenaga, ia diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.


Wajah baru Shaklee Collagen  Powder ini dah mula diedarkan pada 15 April lepas.  




Untuk mendapatkan Collagen Plus Powder yang baru ni boleh terus menghubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


May 6, 2019

Ramadhan - Day 1



Alhamdulillah syukur sebab masih berpuasa ketika entri ini ditaip. Bos bagi kelonggaran untuk muslim balik awal. Kak Feni boleh balik awal pukul 4.15 petang. Oleh kerana husband Kak Feni balik lambat. Awal sikit dari hari biasa. Jadinya bolehlah Kak Feni luangkan masa muhasabah diri sementara beliau kerja.




Balik awal pun Kak Feni tetap kena tunggu husband sebab kami datang sekali dengan motor. Bukan tak boleh nak bawa kereta datang tempat kerja. Mengenangkan jalan sesak dengan kereta jadi masa nak sampai rumah tu pun panjang. Jadinya kami sepakat untuk naik motor jela.

Sempena bulan Ramadhan ni, perbanyakkan amalan seperti mengaji Quran, zikir, sedekah dan berbuat baik sesama makhluk. Semoga amalan baik kita diterima Allah dan menjadi bekalan untuk kita di alam sana. Banyakkan doa dan sedekah untuk mereka yang telah pergi dulu sebelum kita.

Salam Ramadhan untuk semua muslimin dan muslimat.



Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...