April 8, 2019

Makan-Makan Di Restaurant D'lala Seafood Kampung Baru KL - Thai Restaurant

Dua minggu berturut-turut dapat makan free. Minggu sebelum ni kami makan di Restoran Ikan Bakar Sri Nikat Sungai Lui, Hulu Langat untuk memenuhi permintaan pengantin baru. Yang ni kami tak sempat nak bergambar bagai sebabnya sibuk dok berborak bergosip mak jemah.

Next restoran kami pergi makan ialah Restaurant D'lala Seafood Kampung Baru KL. Makan kat sini agak selesa sikit sebab tempah awal. Kalau walk in memang berjanggut lah menunggu sebab memang pilihan orang ramai.


D'lala Seafood ni dekat dengan tempat kerja abah, jadinya dia lah yang kena pergi awal untuk buat pesanan. Seronok sebab kami sampai, tak perlu tunggu lama. Maklumlah perut dah masing-masing lapar. Sampai terus nak ngap je. Hihi

Antara menu yang kami order ialah siakap stim limau, siakap 3 rasa, tomyam, kerang bakar, kerabu mangga dan untuk anak-anak telur dadar dan sup kosong. Kalau makan kedai Thai memang ni lah yang pasti kami order. Cukup untuk 11 orang makan. 






Semua makanan ini sedap-sedap belaka.  Kami tak ambil banyak sebab perut semuanya kecil-kecil. Kalau order banyak-banyak pun mesti tak habis. Nasi satu bekas tak habis. Lauk pauk alhamdulillah semuanya licin.

Untuk dessert pulak, kami order pulut mangga dan juga bubur ubi kayu. Pulut mangga yang lemak dan manis memang sedap dengan tekak ni.



Untuk #review makanan di sini. So far so good. Sedap makanannya. Service dia untuk masakan panas kena order awal sebab kalau walk-in memang lambat. Kami kena tunggu agak lama untuk dapatkan sup kosong sampai Abang Aus mengamuk. Berkali-kali kami minta tapi tak sampai-sampai. Mungkin kami sampai peak hour dan terlalu ramai customer, jadi kami pun okay saja. Untuk dessert dan stall itu agak pantas. Order jer terus sampai. Apapun Kak Feni bagi 3 bintang. 

Sebenarnya, Mak yang belanja kami semua ni. Alhamdulillah murah rezeki mak dan kami semua. Berkumpul ramai-ramai anak beranak untuk luangkan masa berkualiti bersama-sama. Disamping mengeratkan hubungan silaturahim. Tak cukup corum juga sebab ayah dengan adik bongsu tak ada sebab urusan lain. Jadi makan-makan dengan yang mana ada jela.



Kami bergambar kenangan di depan kedai untuk memori akan datang walaupun ini adalah kali yang ke-3 Kak Feni makan di sini.


Lepas makan, perut dah kenyang kami semua beramai-ramai ke Dataran Merdeka untuk menikmati pandangan malam di ibu kota. Anak-anak suka sangat macam burung terlepas dari sarang bila dapat keluar. Kadang-kadang aktiviti macam ni pun dah boleh menghilangkan stress bukan sekadar untuk anak-anak, malah kita orang dewasa juga.



April 5, 2019

PRODUK HILANGKAN JERAGAT TERBAIK

Jeragat ni biasanya akan dihadapi oleh mereka yang berumur 30-an dan ke atas. Bila umur dah masuk 30-an ni memang kena jaga makan dan kesihatan sebab badan kita sudah tidak boleh menghasilkan kolagen dengan sendirinya.

SEBAB DAN KESAN KEHILANGAN KOLAGEN

Semakin meningkat usia, kolagen dalam badan semakin berkurangan. Pengurangan kolagen menyebabkan pembentukan kedutan dan munculnya tanda-tanda penuaan seperti:

1. Jeragat
2. Kulit berkedut, kering dan melayut
3. Kuku rapuh dan tidak kukuh
4. Rambut halus dan gugur

Kemerosotan semulajdi ini bolh dipulihkan melalui makanan tambahan. Pengambilan tetap makanan tambahan kolagen dalam menggantikan kolagen yang hilang dan memelihara kulit. Faedah makanan tambahan kolagen termasuk dapat menyegarkan semula kulit yang sihat, mengurangkan kemunculan jeragat, garis-garis halus dan juga kedutan serta menguatkan kuku dan menyuburkan rambut.

Antara produk hilangkan jeragat dengan cepat ialah Shaklee Collagen Powder.



Apa itu kolagen ?

Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia. Malah, ia menyumbang kepada kira-kira 75% berat dalam tahap kulit paling sihat. Tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa yang sihat dan menampilkan susuk tubuh yang muda.

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS(Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.


7 bahan utamanya termasuk ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan  kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.




Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan untuk menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana sahaja.


TESTIMONI SHAKLEE COLLAGEN POWDER UNTUK HILANGKAN JERAGAT



Berminat boleh menghubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com





April 3, 2019

BUAT BAIK SAMPAI BILA-BILA

Bulan ni gaji lambat lagi. Sama macam bulan lepas. Kenapa lambat ya bulan lepas ? Entah dah lupa. Rasanya bos tak ada untuk sign cek gaji. Jadinya lambatlah kami dapat gaji.

Bulan ni pun lambat bayar duit sewa rumah. Nasib baik dapat tuan rumah yang sangat baik dan memahami.Allah permudahkan segala urusan. Belanja pun bercatu dah sekarang ni. Risau juga tiba-tiba kena kecemasan ke. Maklumlah ekonomi sekarang ni masih teruk. Barang pulak mahal. Gaji tak naik-naik. Sedihnya. Bukan tak usaha tapi tak tahu nak habaq macam mana dah.

Buat bisnes online pun kadang-kadang ada rezeki kadang-kadang tak ada. Macam biasa tapi hidup mesti diteruskan selagi ada nyawa di badan. Selagi ada peluang dan ruang semoga semuanya baik-baik saja.

Kalau nak dihitung segala hutang dan komitmen ni memang sangat-sangat terbeban rasanya. Tambah-tambah lagi komitmen bulanan yang melebihi pendapatan. Tapi Allah itu maha pengasih dan penyayang. Ada je rezeki yang dia bagi. 

Rezeki itu bukan hanya dengan wang ringgit sebenarnya. Mendapat anak-anak yang baik, soleh dan sihat walafiat juga adalah satu rezeki. Suami yang memahami dan menolong saat kita susah juga rezeki. Rezeki ini banyak sebenarnya. Hanya tinggal kita untuk menghargainya dan terus bersyukur.

Begitu juga bahagia. Nak bahagia ni ikut cara masing-masing. Jangan kita tengok cara orang lain kita nak ikut. Bak kata orang ukur baju badan sendiri. Bahagia dengan cara kita. Allah akan lebih sayang hambanya yang sentiasa bersyukur.

Kadang-kadang kita ni terlalu memikirkan tentang kekurangan diri sampai lupa dengan kelebihan yang Allah bagi. 

Benda positif yang kita buat setiap hari menjadikan hidup kita lebih baik dari sebelum ni. Contohnya, kalau sebelum ni susah nak bangun pagi. Cuba bangun pagi. Nikmati hari dengan penuh bahagia. InshaAllah hidup kita akan lebih indah dan bahagia.

1% setiap hari. Setahun dah menjadikan kita 365%. Bukankah itu lebih baik dari kita tidak berbuat apa-apa. Apapun dugaan kita hari ini. Semuanya akan berlalu. Sekurang-kurangnya amalan kita yang baik itu akan membawa kebaikan kepada kita. 

Photo : kredit to Nak Bebel

Sekian bebelan untuk hari ini.

April 2, 2019

Semoga Bulan Ni Lebih Indah


Bulan Mac telah berlalu meninggalkan kita. Semoga bulan ni bulan April, hidup kita lebih indah dan lebih bermakna.

Dalam mengejar cita-cita banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa kita lalui. Sesungguhnya dugaan dan cabaran itu menjadikan kita lebih kuat dari sebelum ini. Kalau kita tak lalui ujian ini, kita tak tahu pun yang kita mampu hadapinya.

Kunci kejayaan adalah sabar dan tidak berputus asa. Berusaha sehabis baik dan sentiasa berdoa pada Allah semoga dipermudahkan segala urusan harian kita.

Allah akan sentiasa ada dengan kita walaupuan tiada siapa pun yang percayakan kita. Nak berjaya kena kuat semangat. Pedulikan segala kata-kata biawak yang ada dalam kepala.

Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Yakin yang kita pasti akan berjaya suatu hari nanti. Kejayaan pasti milik kita.

Selamat datang April. Bulan ni adalah bulan yang terindah untuk aku. InshaAllah.

March 29, 2019

UJIAN TANDA KASIH SAYANG

Bersyukurlah ketika ujian Allah itu datang. Allah mendatangkan rahmat yang tidak ternilai melangkaui apa yang kita fikirkan. Kadang-kadang kita ni terlalu memikirkan tentang apa yang kita tidak tahu.

Tidak yakin dengan diri sendiri menyebabkan kita tidak tahu apa yang kita perlu buat seterusnya. Perjalanan kita yang berbeza-beza. Kadang-kadang masa ni, kita tengah bahagia tapi dalam masa yang sama ada sahabat-sahabat kita yang sedang berduka. Pelbagai cerita dalam satu masa.

Allah menghantar ujian itu untuk kita sentiasa mengingati DIA. Dia rindu dengan kita supaya kita sentiasa ingat dia. Dalam mencari  ketenangan hati dan jiwa. Kita tidak perlu pun bersusah payah dengan pergi sini sana atau menghabiskan wang berjuta, dengan hanya menundukkan diri pada yang Maha Esa, inshaAllah hati akan menjadi tenang.

Pelbagai cara untuk membahagiakan diri sendiri dan keluarga. Cara bahagia sendiri. Kadang-kadang kita ni terlalu try hard untuk mengambil hati orang lain sampai lupa untuk mengambil hati sendiri. Menjaga hubungan itu memang baik, namun kalau orang tidak menghargai untuk apa ? Last kita juga yang makan hati.

Hiduplah dengan seadanya. Bersyukur dengan apa yang kita ada bukan dengan apa yang kita tiada. Kita ni kalau nak kira beruntung dengan tidak kena tengok orang yang lebih kurang dari kita. Ini menimbulkan keinsafan dan mewujudkan tanda kesyukuran dalam hati.

Merendah diri itu lebih mulia. Bukan sahaja untuk pandangan manusia malah pandangan Allah. Kita ni selalu merungut itu ini. Sedangkan masih ramai lagi yang lebih susah dari kita.

Sedang kita sedang memikirkan nak makan apa ? Dekat mana ? Masih ramai insan lain yang terpaksa mengikat perut untuk sesuap nasi. Bersyukurlah dengan nikmat tuhan yang tiada tandingan ini. 

Sedang kita seronok-seronok dengan anak-anak, masih ramai yang menunggu tuhan mengabulkan doa-doa mereka untuk dikurniakan anak. 

Allahuakbar ! Terlalu banyak nikmat Allah yang perlu disyukuri. Terima kasih ya Allah untuk nikmat ini.

BAGAIMANA TANDA KITA BERSYUKUR ?

1. Melakukan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang.

Menjadi hamba Allah itu bukan susah namun tak mudah. Untuk menjadi muslim yang baik seharusnya melakukan suruhanNya. Menjadi manusia yang baik dan berguna untuk agama dan bangsa. Jangan melakukan kerosakan di dunia ini.

2. Sabar dengan setiap ujian

Bila ditimpa ujian, kita sabar dan berusaha untuk mengatasi segala ujian itu. Bergantung harap dan yakin dengan bantuan Allah akan tiba. 

3. Mengajak ke arah kebaikan.

Kita dilahirkan sebagai khalifah Allah yang akan membimbing generasi akan datang supaya menjadi insan yang lebih baik. Kalau kita sendiri melakukan keburukan atau kerosakan, macam mana dengan generasi akan datang. Menjadi contoh yang baik kepada orang lain termasuklah mereka yang bukan beragama Islam.

ISLAM ITU INDAH

Sesungguhnya Islam itu adalah agama Allah. Bersyukur menjadi muslim dan sentiasa berusaha menjadi seorang muslim yang baik. Berusaha mencari redha Ilahi. Amar Makruf Nasi Mungkar. 

Allahuakbar. Semoga kita semua baik-baik sahaja dan sentiasa berada dalam rahmat Allah S.W.T. Wallahualam.

March 28, 2019

Selamat Pengantin Baru Untuk Pak Su

Sibuk 2 3 minggu ni. Sekarang ni baru boleh tarik nafas lega. Majlis pun dah selesai. Bermula hari Jumaat lepas sampai lah ke hari Ahad. 3 hari berturut-turut majlis perkahwinan Paksu. Jumaat majlis akad nikah di Semenyih, Sabtu majlis sebelah pihak perempuan dan hari Ahad majlis di pihak lelaki.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sekali. 

Jumaat 22/03/2019.

Kami betolak awal ke Semenyih untuk majlis akad nikah. Majlis ni hanya adik beradik dan Mak Ude je yang hadir sebab semua orang masih kerja. Malam baru ramai yang sampai.




Alhamdulillah dipermudahkan segalanya. Majlis akad nikah dimulakan di surau berdekatan pada pukul 3.00 petang selepas selesai orang solat Jumaat. Sementara menunggu orang lelaki solat Jumaat, geng wanita dan mak-mak ni bertanggak di homestay yang telah disediakan oleh pihak keluarga pengantin perempuan. Selesai sahaja majlis akad nikah, kami dijemput ke rumah pengantin untuk menjamu selera.

Selesai majlis, kami bertolak balik ke rumah mak. Malam ni ada majlis makan-makan untuk ahli keluarga. Makan malam biasa-biasa je. Kami pula dah tempah untuk berinai, mengalahkan pengantin. Biasalah semua nak melawo kan. Kihkihkih.



Ramai yang berinai tapi tak sempat nak ambik semua. Yang ni jer sempat ambil gambar nak buat kenangan. Jumaat malam, kami agak bersantai jer dengan family sebab aktiviti malam ni hanya makan-makan dan berinai untuk wanita. Memeriahkan suasana. Ramai yang ambik turn nak berinai sebab yang menconteng inai hanya seorang je. Import jauh dari Ampang.

Masa ni, Kak feni dah sakit kepala sangat-sangat sebab penat dan cuaca pun hangat sangat. Sementara menunggu inai di tangan kering, sempat jugalah berbaring di tikar untuk melelapkan mata yang letih.

Sabtu, 23/03/2019.

Majlis perkahwinan di sebelah pengantin perempuan. Masa ni sanak saudara ramai dah sampai untuk sama-sama memeriahkan majlis.






Alhamdulillah selesai majlis di sebelah pengantin perempuan. Kami balik ke rumah untuk persiapan kenduri esok hari pula. Nasib baik lah Hulu Langat dengan Semenyih tak jauh mana. Dalam 30 km kalau ikut jalan belakang. Kalau ikut highway pun lebih kurang macam tu juga.

Ahad, 24/04/2019.

Majlis menyambut menantu sebelah pihak lelaki yang berlangsung di Dewan Taman Sri Nanding. Majlis bermula pada pukul 11.00 pagi. Kami ahli keluarga bersiap awal untuk menyambut kehadiran para tetamu.



Sebenarnya banyak lagi gambar yang di ambil tapi semuanya guna handphone orang lain. Hahaha Handphone Kak Feni habis bateri sebab dibuat main games oleh Abang Aus. Sabor jela. Jadi tumpang jela ambik gambo dengan handphone orang lain. Bila dah majlis ni, kadang-kadang tak sempat nak berOOTD. Kihkih.

Apapun nak ucapkan 'Selamat Pengantin Baru untuk Paksu dan Acu, semoga bahagia sampai syurga". Welcome to the club.

Tu jela nak update kot, mana tahu esok fb dengan ig jeng ke, ada jugak bekap di blog Kak Feni ni. Satu dunia boleh tengok. Haha perasan tak sudah !


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...