March 28, 2019

Selamat Pengantin Baru Untuk Pak Su

Sibuk 2 3 minggu ni. Sekarang ni baru boleh tarik nafas lega. Majlis pun dah selesai. Bermula hari Jumaat lepas sampai lah ke hari Ahad. 3 hari berturut-turut majlis perkahwinan Paksu. Jumaat majlis akad nikah di Semenyih, Sabtu majlis sebelah pihak perempuan dan hari Ahad majlis di pihak lelaki.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sekali. 

Jumaat 22/03/2019.

Kami betolak awal ke Semenyih untuk majlis akad nikah. Majlis ni hanya adik beradik dan Mak Ude je yang hadir sebab semua orang masih kerja. Malam baru ramai yang sampai.




Alhamdulillah dipermudahkan segalanya. Majlis akad nikah dimulakan di surau berdekatan pada pukul 3.00 petang selepas selesai orang solat Jumaat. Sementara menunggu orang lelaki solat Jumaat, geng wanita dan mak-mak ni bertanggak di homestay yang telah disediakan oleh pihak keluarga pengantin perempuan. Selesai sahaja majlis akad nikah, kami dijemput ke rumah pengantin untuk menjamu selera.

Selesai majlis, kami bertolak balik ke rumah mak. Malam ni ada majlis makan-makan untuk ahli keluarga. Makan malam biasa-biasa je. Kami pula dah tempah untuk berinai, mengalahkan pengantin. Biasalah semua nak melawo kan. Kihkihkih.



Ramai yang berinai tapi tak sempat nak ambik semua. Yang ni jer sempat ambil gambar nak buat kenangan. Jumaat malam, kami agak bersantai jer dengan family sebab aktiviti malam ni hanya makan-makan dan berinai untuk wanita. Memeriahkan suasana. Ramai yang ambik turn nak berinai sebab yang menconteng inai hanya seorang je. Import jauh dari Ampang.

Masa ni, Kak feni dah sakit kepala sangat-sangat sebab penat dan cuaca pun hangat sangat. Sementara menunggu inai di tangan kering, sempat jugalah berbaring di tikar untuk melelapkan mata yang letih.

Sabtu, 23/03/2019.

Majlis perkahwinan di sebelah pengantin perempuan. Masa ni sanak saudara ramai dah sampai untuk sama-sama memeriahkan majlis.






Alhamdulillah selesai majlis di sebelah pengantin perempuan. Kami balik ke rumah untuk persiapan kenduri esok hari pula. Nasib baik lah Hulu Langat dengan Semenyih tak jauh mana. Dalam 30 km kalau ikut jalan belakang. Kalau ikut highway pun lebih kurang macam tu juga.

Ahad, 24/04/2019.

Majlis menyambut menantu sebelah pihak lelaki yang berlangsung di Dewan Taman Sri Nanding. Majlis bermula pada pukul 11.00 pagi. Kami ahli keluarga bersiap awal untuk menyambut kehadiran para tetamu.



Sebenarnya banyak lagi gambar yang di ambil tapi semuanya guna handphone orang lain. Hahaha Handphone Kak Feni habis bateri sebab dibuat main games oleh Abang Aus. Sabor jela. Jadi tumpang jela ambik gambo dengan handphone orang lain. Bila dah majlis ni, kadang-kadang tak sempat nak berOOTD. Kihkih.

Apapun nak ucapkan 'Selamat Pengantin Baru untuk Paksu dan Acu, semoga bahagia sampai syurga". Welcome to the club.

Tu jela nak update kot, mana tahu esok fb dengan ig jeng ke, ada jugak bekap di blog Kak Feni ni. Satu dunia boleh tengok. Haha perasan tak sudah !


March 18, 2019

VITALEA SHAKLEE MULTIVITAMIN TERBAIK UNTUK KESIHATAN

Badan selalu rasa letih dan tidak bermaya ? Mudah mengantuk dan kurang mood untuk melakukan tugas harian. Badan pulak rasa lemau dan kurang motivasi hingga menjejaskan aktiviti harian. Cuba amalkan Vitalea sebagai makanan tambahan untuk memberikan tenaga bagi menjalankan tugas harian dengan cergas dan sihat.

Multivitamin dan mineral pertama di dunia dihasilkan pada tahun 1915. Dicipta oleh Dr. Forrest C. Shaklee iaitu pengasas Shaklee.

Asalnya dikenali sebagai "Vitaliza-mineral' dan disingkatkan nama jadi "vita-min'. Perkataan vitamin yang disebut sekarang asalnya dari Shaklee. Bentuk asalnya ialah cecair dan diolah menjadi tablet. Tablet disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina sebab tu warnya hijau.

1 Tablet vitalea bersamaa 28 nutrisi lengkap iaitu ekstrak sayur, buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral. Vitalea adalah multivitamin yang paling pantas dan paling larut dalam air. Ianya memudahkan tubuh untuk menyerap segala nutrisi.



Antara vitamin penting yang terdapat dalam Vitalea ialah :

Biotin - Membantu badan dalam menghasilkan tenaga daripada protein dan lemak.
Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat.
Beta Karotena - meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi.
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus, dan fungsi imunisasi.
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran darah urat saraf dan otot.
Boron - Membantu dalam metabolisme vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang
Magnesium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot, dan membantu kekalkan tekanan darah dan denyutan nadi jantung


KENAPA PERLU AMBIL VITALEA SEBAGAI SUPLEMEN TAMBAHAN ?


Kita ni makan pun kadang-kadang tidak cukup seimbang disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya bila kita terlalu sibuk dengan kerja sampai makan pun tidak ikut waktu. Terpaksa tinggalkan makan sarapan pagi atau makan tengahari. Makan pula makanan yang kurang berkhasiat seperti makanan segera dalam tin dan juga banyak bahan pengawet yang dah tentu tidak bagus untuk kesihatan. 

Dari segi seimbang memang tidak seimbang kerana tidak cukup dengan sayur dan buah-buahan. Makan sekadar makan untuk mengisi perut yang lapar. Sebab tu kita kena ambil suplemen untuk membantu dalam mencukupkan nutrisi yang kurang dalam tubuh.



Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan VITALEA SHAKLEE selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sehingga 65%. Vitalea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTIVITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.


MANFAAT VITALEA SHAKLEE 


Penambah Tenaga Segera - Memberikan tenaga untuk kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja harian.

Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.

Keupayaan sistem Produktif - Penting untuk kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

Metabolisma - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.

Elemen Penting Pada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertubuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon serta menjaga tirod.

Melindungi Organ - Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.




TESTIMONI VITALEA SHAKLEE




Berminat untuk mendapatkan Vitalea boleh menghubungi Kak Feni :-


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



March 15, 2019

BERAPA LITER AIR YANG KITA PERLU MINUM DALAM SEHARI ?

Alhamdulillah nak berkongsi pasal berapa liter air yang perlu kita minum setaip hari untuk mengekalkan kesihatan dan berat badan yang ideal.

Bagi Kak Feni yang selalu amalkan suplemen ni mesti kena minum air kosong banyak-banyak supaya suplemen yang Kak Feni amalkan tu berfungsi dengan baik dalam tubuh. Taknaklah makan suplemen yang beli mahal-mahal tapi tak berkesan pun untuk tubuh.



Jumlah air yang perlu diminum oleh setiap orang adalah berbeza bergantung kepada berat badan, tinggi, umur dan juga jantina. 

Jadi macam mana nak kira berapa liter air yang kita perlu minum sehari seringkas mungkin?

Kita perlu minum air sebanyak 1 liter untuk 25kg berat badan. Contohnya, macam berat Kak Feni sekarang ni 67kg bahagi dengan 25kg. Jadi kena minum air kosong sebanyak 2.68 liter sehari. Dekat 3 liter. 

Kalau ikutkan tinggi dengan berat Kak Feni dah overweight tapi masih belum tahap obesiti. Jadi memang kena jaga kesihatan. Tambah-tambah lagi umur dah semakin meningkat ni dah sudah melebih 30 tahun.

Kelebihan minum air kosong untuk kesihatan ni sangat banyak. Salah satunya untuk menjaga berat badan yang ideal. Bila badan dah cantik senang untuk bergerak buat kerja.


Dulu orang tua-tua sangat menjaga pantang terutama untuk ibu yang baru lepas bersalin. Mereka belajar melalui pengalaman dan diturunkan kepada anak cucu. Zaman berubah mengikut peredaran masa. Kadang-kadang amalan pantang ni bagus untuk ibu dan bayi namun ada juga yang tidak boleh kita ikut sepenuhnya.

Ibu berpantang dilarang minum air banyak semasa dalam pantang dikhuatiri badan menjadi gemuk dan susah nak turun. Sedangkan itu hanyalah mitos. Air kosong hendaklah diminum secukupnya untuk meningkatkan kesihatan ibu dan juga memperbanyak susu ibu. Kalau air tak cukup, badan pun susah nak proses susu. Air ni macam pengangkutan untuk melancarkan perjalanan darah dalam badan. Jadi ibu berpantang seharusnya minum air secukupnya untuk mengelakkan pelbagai masalah seperti dehidrasi, sembelit, susu badan merudum dan sebagainya.

Kepentingan minum air secukupnya membantu menyihatkan tubuh badan serta melancarkan proses perkumuhan badan. Senang nak membuang dan melancarkan perjalanan darah dalam tubuh. 

Apa akan jadi kalau terlebih minum pula?

Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda. Darah di dalam badan adalah terdiri daripada sistem peredaran darah yang tertutup. Sekiranya isipadu darah meningkat di dalam badan, ia akan membebankan jantung dan salur darah anda.

Buah pinggang anda pula perlu bekerja lebih masa untuk menapis air yang berlebihan keluar dari sistem peredaran darah dalam badan anda. Buah pinggang anda tidak boleh disamakan dengan paip di rumah anda yang mana semakin banyak air melaluinya, semakin bersih keadaan paip tersebut; tetapi sistem penapisan dalam badan pada buah pinggang anda adalah terdiri daripada beberapa siri kapilari khas yang dikenali sebagai glomeruli yang akan menukar darah kepada bentuk urine. Glomeruli anda boleh rosak disebabkan kesan haus dan geseran, dan jumlah air yang banyak di dalam badan juga merupakan salah satu sebab kerosakan buah pinggang.

Regangan fizikal seperti bersenam mengurangkan kebolehan buah pinggang untuk menghantar urine ke pundi kencing untuk dicernakan. Minum terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan cecair di dalam badan dan otak, seterusnya menyebabkan sel otak mengembang dan menyebabkan sakit kepala, muntah-muntah, mual, dan boleh mengakibatkan kematian.

Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.

Jagalah kesihatan kita supaya dapat nikmati hidup ini dengan lebih bahagia. Mencegah itu lebih baik dari mengubati. 

March 14, 2019

KITA SIHAT ALA RASULULLAH

KITA SIHAT ALA RASULULLAH | 

Rasulullah bersabda :

"Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ....."(HR Muslim) 


Bagaimana agar sentiasa sihat seperti Rasulullah s.a.w ?
Ikuti resepi berikut : 

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH 

Rasulullah s.a.w selalu mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah dan solat Fardhu, solat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :

- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg baik utk kesihatan / terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan


2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN 


Rasulullah S.A.W 
sentiasa rapi & bersih, tiap² hari Khamis atau Jumaat, beliau mencuci rambut² halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak
wangi.

"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang² dewasa Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman" (HR Muslim)
Firman ALLAH dalam Surah Al A'raaf, ayat 31; 
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas."

3. TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN 

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan ) "(Muttafaq Alaih) 


Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :
Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi umat Islam dgn adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.
4. GEMAR BERJALAN KAKI 

Rasulullah s.a.w selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir, pori² terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. 


5. TIDAK PEMARAH 


Nasihat Rasulullah s.a.w: "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali.
Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa.

Firman ALLAH dalam Surah Ali Imran, ayat 133 dan 134; 
"dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkara-perkara yang baik"
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, kerana marah itu dari syaitan
- Segeralah berwudhu
- Solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati


6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA 


Sikap optimis akan memberikan kesan psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah S.W.T.
Firman ALLAH dalam Surah Yusof, ayat 87; 
"dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
7. TAK PERNAH IRI HATI 

Untuk menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa, mentaliti maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

Wassalam


Kak Feni copy paste dari emel. Terima kasih kepada pengirim.

March 13, 2019

14 PUNCA ATAU PENYEBAB KEMISKINAN

Bismillahirahmanirahim.

Dalam menjalani kehidupan harian, kita tidak sedar yang perkara-perkara yang kecil yang sering kita amalkan sebenarnya menjadi punca kenapa kita tak maju dan masih berada dalam takuk yang sama. Jom kita tengok 14 punca atau penyebab kita tak kaya-kaya.

1. TIDAK MENJAGA SOLAT

Kita seringkali melalaikan solat terutamanya solat 5 waktu. Nak kata tambah dengan solat sunat. Solat wajib 5 waktu pun kita susah nak buat. Macam mana kekayaan nak dekat. Jaga solat dan jaga aurat terutama ketika solat. Pastikan solat kita sempurna.

2. TERBURU-BURU KELUAR DARI SOLAT SUBUH

Contohnya lepas jer solat subuh terus keluar untuk pergi lepak kedai mamak, minum. Kalau saja-saja tak boleh kecuali ada urusan yang penting. Seeloknya lepas solat subuh duduk dulu berwirid dan berdoa.

3. TIDAK MEMBERSIHKAN SAWANG DALAM RUMAH

Islam sangat menjaga kebersihan. Salah satu cara untuk membersihkan rumah adalah dengan membersihkan sawang dalam rumah. 

4. MENGERINGKAN AIR YANG TERDAPAT DI WAJAH DENGAN KAIN BAJU YANG DIPAKAI

Contohnya, selepas ambil wuduk, lap dengan lengan baju. Sunat untuk kita bawa sapu tangan.

5. MAKAN DAN MINUM DALAM KEADAAN JUNUB/HADAS BESAR CEPAT UNDANG KEMISKINAN

Sebaiknya lepas bersama terus mandi hadas.

6. ISTERI YANG SUKA MEMARAHI SUAMI

Jangan selalu marah-marah atau mencaci suami. Sebaiknya berdoa untuk kebahagiaan suami.

7. BERDIRI TELANJANG TANPA MENUTUP AURAT

Berada dalam rumah dalam keadaan telanjang dan tidak menutup aurat. 

8. TIDUR DALAM KEADAAN TELANJANG

Jangan tidur dalam keadaan telanjang.

9. SUKA MELAKUKAN MAKSIAT

Contohnya suka menghisap rokok. Rokok adalah haram dan berdosa. Ini adalah salah satu bentuk maksiat. Jadi berhentilah.

10. SUKA MEMBERSIHKAN SAMPAH PADA WAKTU MALAM

Ibu-ibu yang selalu membersihkan rumah seeloknya bersihkan rumah pada waktu siang. Kalau makan malam nak bersihkan tempat makan. Hanya sapu tempat makan itu ataupun lap atau kutip. Sapu sampah pada pagi hari.

11. TERLALU BANYAK TIDUR

Banyak tidur pun boleh jadi cepat miskin. Waktu terbaik untuk tidur adalah selepas i'sya dan sebelum zuhur.

12. DUDUK DI DEPAN PINTU

Orang dulu-dulu suka duduk depan pintu rumah sebab nak cari uban dan sebagainya. Sebaiknya jangan duduk depan pintu.

13. MEMAKAI SIKAT YANG ROSAK

Jangan pakai sikat yang rosak. Kalau sikat yang dah rongak segera buang dan beli baru.

14. MEMBIARKAN PINGGAN MANGKUK YANG KOTOR DI SINGKI

Jangan biarkan sisa pinggan kotor di singki. Sebaiknya terus mencuci selepas digunakan atau sebelum masuk tidur.


March 12, 2019

Alhamdulillah Repeat Order Shaklee !!!

Alhamdulillah bisnes Shaklee tak pernah mengecewakan. Walaupun ramai SID yang buat bisnes Shaklee tapi Kak Feni tetap ada customer tetap dan repeat order setiap bulan. Kak Feni buat bisnes ni sebab nak bantu orang lain.

Alangkah bahagianya hidup ini bila dapat membantu orang lain. Selain membantu orang lain menjalani hidup yang lebih sihat dan menjana pendapatan sampingan. Maklum sajalah sekarang ni semua benda mahal. Jadi kena buat dua tiga kerja untuk menampung keperluan hidup.

Tambah-tambah lagi kalau hidup di bandar besar macam Kuala Lumpur ni. Semuanya nak kena duit. Tak dinafikan kalau duduk kampung tu kos pun sama tinggi tapi tidak tertekan macam di bandar ni. Kalau di kampung, hidupnya tenang dan aman. Nak makan pun boleh tanam sayur di tepi rumah kalau rajin. 

Hari ni Kak Feni dapat repeat order untuk B-Complex, Ostematrix dan juga ESP. Jual dengan harga runcit dan dapat keuntungan hampir RM60 dah untuk 3 produk ni. Sebab tu ramai yang ambil keputusan untuk join ahli.

Ramai orang salah anggap dengan menjadi ahli kena menjadi seller. Salah tu. Menjadi ahli boleh beli dengan harga ahli. Tak perlu pun menjual. Menjual ni hanya untuk mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan atau benar-benar ingin buat bisnes. Jangan disangka bisnes Shaklee ni bisnes cikai sebab ramai yang dah berjaya membina empayar sendiri hanya dengan buat bisnes Shaklee.

Jadi untuk yang berminat untuk menjadi ahli boleh menghubungi Kak Feni. 

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



March 11, 2019

Aku Anak Yang Tiada Kasih Sayang Ayah

Aku dilahirkan ketika kedua ibu bapaku sudah berpisah. Dengan kata lain bercerai hidup. Sewaktu aku masih dalam kandungan. Entah kenapa hari ni aku rasa aku nak menulis tentang kisahku. Mungkin faktor umurku yang sudah semakin meningkat.

Dilahirkan dalam keluarga yang susah menjadikan aku sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Walaupun zaman kanak-kanak aku tidak seindah orang lain tapi aku tetap bahagia sebagai kanak-kanak.

Aku membesar tanpa seorang ayah. Masa kecil ada juga la dua, tiga kali pergi jumpa ayah. Mak aku tidak pernah sekali pun menghalang aku untuk jumpa ayah. Aku sangat sayangkan mak aku sampai bila-bila pun. Dulu kecil-kecil nak pergi jumpa ayah jauh. Kena naik keretapi.

Bila pergi jumpa ayah pun. Aku tak duduk di rumah ayah sebaliknya aku duduk di rumah MakNgah aku. Alhamdulillah Makngah dan PakNgah aku baik orangnya. Di situlah aku berlonggok dengan kakak aku. Aku, kalau kakak aku tak pergi, aku pun takkan pergi sana. Budak-budak tahu nak seronok jer. Seronok boleh jalan dan naik keretapi. Tak tahu apa masalah orang tua-tua.


Aku sampai hari ni tak tahu kenapa, mengapa dan bagaimana kedua ibu bapaku berpisah. Bila ada yang tanya macam mana atau apa-apa pasal ni. Sungguh aku tak suka dan tak mampu nak cerita. Korang nak tahu tanya diorang sendiri.

Mak aku, sampai hari ni single. Hahaha jadi ibu tunggal lagi bahagia katanya. 

Bagi aku, soal kasih sayang ayah tak ada. Aku tak kisah pun. Selama ni aku okey jer hidup dengan mak dan adik beradik aku. Ayah aku pun dah 3 tahun lebih meninggal. Aku tak pernah salahkan sesiapa pun atas takdir aku macam ni. Aku lebih bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Kesusahan aku yang lalu mengajar aku tentang erti hidup.

Aku pun dah hampir 9 tahun berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki. Berbeza dengan aku sebab abah anak-anak aku ni sangat sayang dan prihatin terhadap anak-anaknya. Aku fikir balik setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya. Allah sentiasa gantikan dengan lebih baik.

Aku lebih suka anak-anak aku dapat kasih sayang yang aku tak pernah dapat masa aku kecil. Sungguh ! Aku tidak pernah berdendam dengan ayah aku. Aku redha dengan ketentuanNya bahawa hidup aku tak dapat kasih sayang ayah. Aku lapangkan hati aku bahawa ini semua adalah takdir yang Allah bagi untuk aku supaya aku sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi.

Bila teringat kenangan pahit manis kehidupan aku masa kecil aku bersyukur sebab menjadikan aku insan yang hari ni. Menjadi lebih baik dan terus berbuat baik. Walaupun kadang-kadang rasa diri ini banyak kurangnya namun aku sudah menjadi lebih baik dari dulu. Semoga kebaikan ini akan berterusan hingga akhir hayatku.

Aku maafkan semua orang yang pernah melukakan hati aku supaya aku dapat hidup lebih tenang dan bahagia. Aku lupakan segala kesakitan dalam hati, dada dan kepala supaya aku dapat nikmati rahmat yang Allah bagi. Aku ingin bahagia dengan hidup aku hari ini dan seterusnya.


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...