January 9, 2019

DUGAAN TAHUN BARU

Hidup ni mudah je sebenarnya. Kau buat baik maka hasilnya baik-baik saja. Kalau kau buat jahat maka jahatlah hasilnya. 

Tenang-tenang saja. Biarlah orang nak buat apa pun asalkan jangan kita yang buat. Bila kita plan untuk maju dan ada orang pun dengan seribu satu alasan untuk menghalang. Biarlah. Kita doakan saja semoga dia dapat hidayah. 

Nak bergaduh bertumbuk dan bermasam muka tak payah lah. Paling kuat pun kita jauhkan diri je. Takpe takpe Allah ada. Pesan tu je dekat diri sendiri. Sekarang Allah uji aku dengan begini begitu. Mungkin ada hikmahnya. Berfikir dengan positif je.

Kadang-kadang kita nak juga keluar dari kepompong. Orang tak tahu apa masalah kita. Kadang-kadang dah tahap kemurungan. Orang takkan faham cuma kita je. Cari jalan untuk membuatkan kita sendiri happy dan bahagia.

Bak kata orang, layan orang gila kita pun sama naik gila. Jadi biarlah dia gila sorang-sorang. Dia buat tak betul dekat orang. Ingat Allah tak pernah tidur. What goes arround comes arround. Jadi jangan sedih-sedih.

Satu jer, ingat doa orang yang teranaiya ni dimakbul tuhan. Antara cepat dan lambat je. 

Peringatan untuk aku juga supaya jangan buat kat orang. Susah itu biasa untuk aku tapi aku tak biasa menyusahkan orang. InshaAllah selagi ada kudrat dan peluang untuk ubah hidup ni aku akan cuba yang terbaik.

Tanya diri sendiri, kenapa hidup kau tak senang. Sebab hati kau busuk. 
Sedih juga aku sebab ada juga manusia yang macam ni. Kita buat baik dia pula balas kita dengan tuba. Ermmm tak kata pun diri ni baik sangat tapi masih sedar diri. Allahuakbar semoga aku pun dapat hidayah juga lah.

Meluahkan segala yang terbuku bukan senang. Kadang-kadang pendam sendiri pun sakit juga. Biarlah aku luahkan di sini.

Kepada yang terasa, lantaklah. Aku pun manusia biasa. Ada hati dan perasaan. Penat dah jaga hati orang. Hati sendiri pun tak terjaga. Sekali sekala kena juga selfish. Buat baik kena pijak kepala. Buli kita macam kita tak ada apa-apa. 

Ni tara kita masih ada kerja, ada kudrat dan kemampuan untuk usaha sendiri. Kalau lah kita ni susah merempat. Pandang pun tak ingat kot. Entahhh !

Kadang-kadang bila merenung balik apa yang berlaku. Dah banyak pengajaran yang berlaku tapi masih belum diberi kesedaran untuk berubah. Masih di takuk yang lama. Bila orang tegur, dia je yang betul.

Orang macam ni. Aku doakan dia bahagia lah selalu dan jangan menyusahkan aku. Bukan tak boleh menumpang tapi tolonglah jangan menyusahkan orang. 

Sekian tu jela yang aku nak luahkan. Semoga esok baik-baik saja. amin

January 8, 2019

4 KEBAIKAN ESP YANG MESTI DIKETAHUI SEMPENA PROMOSI TAHUN BARU 2019

Tahun baru dan semangat baru. Ewah !

Walaupun dah 8 haribulan hari ni, Kak Feni masih bersemangat untuk buat sharing tentang KEBAIKAN ESP yang Kak Feni minum hari-hari ni.

1. ESP UNTUK KECANTIKAN


Ramai yang mengambil ESP untuk cantik mengakui sejak mengamalkan ESP, kulit menjadi lebih cantik dan gebu. Sumber protein dalam ESP memang sangat membantu dalam menganjalkan kulit. Ini secara tak langsung menjadikan kulit nampak segar dan cantik.

Rahsia untuk awt muda ialah dengan mengamalkan ESP hari-hari. Nak lagi cantik boleh add-on VITAMIN C dan VITAMIN E. Dalam SET CANTIK, memang sangat menekankan untuk cukupkan nutrisi kulit dengan pengambilan ESP secara konsisten.


2. ESP UNTUK KEHAMILAN


Semasa hamil, ramai ibu-ibu yang mengalami masalah alahan atau senang panggil "morning sickness". Bila kena alahan macam ni, selera makan tak ada, muntah-muntah dan letih untuk menjalani hari-hari yang mendatang. Pengambilan ESP sebagai sumber protein boleh membantu. Ia bukan sahaja membantu memberikan ibu tenaga, malah anak dalam kandungan juga boleh menyerap zat yang dimakan atau minum oleh ibunya.

Jangan tak tahu, ESP ini bukan hanya untuk ibu hamil malah untuk ibu dalam pantang dan menyusu juga boleh amalkan ESP setiap hari. Ia juga menjadi penggalak susu yang sangat bagus untuk ibu dan sangat berkhasiat untuk si manja.


3. ESP UNTUK OTOT


Pernah dengar tak ? Protein sangat membantu dalam membina otot sebab tu ramai ahli-ahli sukan yang bina badan itu ambil protein untuk bina dan kuatkan otot mereka supaya nampak lebih segak dan "sado". Kebanyakan protein yang diambil oleh ahli bina badan sangat mahal tapi tidak menjadi masalah kepada mereka kerana ingin mendapatkan bentuk badan yang diinginkan. Lepas ni boleh cuba pula ESP untuk mendapatkan badan idaman.


4. ESP UNTUK TENAGA


Yang ini memang tidak boleh dinafikan. Soya merupakan sumber protein penting untuk mencukupkan keperluan nutrisi harian. Bagi mereka yang selalu sibuk dan makan yang tidak menentu boleh simpan ESP sebagai hidangan segera yang menyihatkan serta mengelakkan masalah 



Jadi untuk yang berminat dapatkan ESP bulan ni, promosi beli 2 can dapat 5% diskaun dan 7 can pada harga 6 can. 


Hubungi Kak Feni untuk pesanan dan info lanjut.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Atau


January 7, 2019

Jalan-Jalan Di Ikea Cheras

Semalam semua orang cuti jadi kami meluangkan masa untuk bersama anak-anak. Berjalan di Ikea Cheras. Biasalah bila dah berjalan ni memang tak sah kalau tak menghabiskan duit.

Barang di Ikea ni sangat berkualiti dan harganya pun setimpal dengan kualiti. Masuk sini memang seronok sangat berangan. Feeling macam orang kaya.





Bersantai di sini memang seronok. Hari Ahad memang ramai sangat orang yang datang untuk mendapatkan barang yang diperlukan. Kak Feni hanya ushar-ushar je. Ambik gambar sebab nak cari idea nak deko rumah nanti.

Berangan nak beli meja tulis untuk Abang Aus dan Adik Rayyan. Anak ada 2 jer setakat ni. Kalau boleh nak bagi yang terbaik dan termampu untuk anak-anak. Selagi ada peluang dan kudrat ini. InshaAllah akan gunakan sebaik mungkin.

Sebelum pergi Ikea, kami pergi melepak di Batu Caves, gerai makan POKLI MEE CELOP. Makan mee celop telur gedik. Sedap sangat sebab tak heavy. Yang sedang-sedang sahaja. Pekena pulak dengan teh vanila ais yang sedap memang kena sungguh. Ada juga coconut shake kalau taknak pilih teh vanila.

Bawak Ibu Tutik, Acik Marzuki dan Cik Idah sebab diorang tak pernah datang sini. Lama dah tak jumpa, sekali jumpa memang riuh rendah.





Lepas puas jalan-jalan di Ikea dan Mytown, kami balik dan lepak rumah Kak Idah. Macam biasa kena tunggu dia masak dan makan baru boleh balik rumah. Orang nak bawa dia keluar pergi makan. Dia sibuk nak masak nak suruh makan. Hahaha apapun terima kasih untuk semuanya.


January 5, 2019

Permulaan Tahun Baru

Alhamdulillah hari ni penuh dengan aktiviti mengemas rumah. Terapi pula bila boleh kemas rumah. Basuh baju, lipat dan susun di tempatnya. Mudah nak cari dan pakai nanti.

Rumah Kak Feni berada di kawasan yang selalu kena banjir bila naik air. Jadi rumah memang tak banyak perabot dan sofa. Bukan tak teringin nak menghias rumah. Mengenangkan banjir biar jela. Tahan nafsu untuk membeli.

Beli pun yang mana perlu. Rak kat dapur pun beli yang besi dan mudah dicuci kalau air banjir naik.

Sejak Abang Aus dan Adik Rayyan masuk sekolah ni, bertambah kerja Kak Feni. Hari minggu kena habiskan masa untuk siapkan pakaian sekolah anak-anak. Gosok baju dan lipat baju sekolah anak. Bila nak guna tak kelam kabut.

Anak-anak banyak mengajar Kak Feni erti kesabaran dan kehidupan ni. Buat kerja pun untuk anak-anak.

Abang Aus, kalau hari minggu memang padat. Pagi sekolah agama, tengahari bersiap untuk sekolah kebangsaan. Balik sekolah kebangsaan, terus pergi mengaji. Alhamdulillah dia okey dan nak belajar.

Hujung minggu memang dia rehat dan main puas-puas. Ni baru minggu pertama. Semuanya okey bagi Abang Aus.

Bagi Adik Rayyan pula, hari pertama sekolah memang menangis kaw-kaw. Hari kedua menangis masa pagi jer. Balik nampak okey. Hari ketiga, sampai pagi di sekolah pun dah tak menangis.


Cikgu hantar gambar aktiviti hari Jumaat. Merantai manik buat gelang. Adik cakap dia buat. Duduk depan cikgu sebab dia takut nak kawan. Alahai adik, ummi nak cuti lama tak boleh. Kena kerja cari duit.

Harapnya lepas ni kita lebih banyak masa untuk bersama. InshaAllah.

December 28, 2018

Abang Aus Dah Nak Mula Sekolah

Hari ni Kak Feni pergi sekolah agama Abang Aus sebab nak bayar yuran sekolah agama. Namun tak boleh nak bayar sebab yuran akan mula di kutip pada 5 haribulan Januari nanti. Jadinya hari Sabtu minggu depan, Kak Feni kena pergi sekolah balik untuk bayar yuran.

Pagi tadi Kak Feni hanya beli buku dan bayar segala keperluan sekolah Abang je. Dapat buku dan lencana. Barang lain tu, kena tunggu guru kelas bagitahu kemudian. Sekarang ni, ustazah tengah buat kerja-kerja setup nak tubuhkan group wasap untuk ibu bapa.

Nasib baik juga, abahnya terus pergi sekolah tadi. Rupanya hari ni hari last untuk pembelian buku. Kak Feni tengok di facebook tentang ibu bapa yang buat bayaran yuran. Bagus juga ada fb ni sebab secara tak langsung mengingatkan kita tentang sekolah anak-anak.

Sejak Abang dengan Adik nak sekolah ni, memang banyak belanja yang kena keluar. Beli baju sekolah, kasut, beg dan alat tulis memang perlukan duit yang banyak. Ni baru 2 orang anak. Kalau yang anak ramai tu lagi lah. Tapi inshaAllah, Allah tu menguji hambanya ikut kemampuan. Mesti ada jalan.

Kak Feni pun rasa sesak juga, tapi rezeki tu datang dalam macam-macam cara. Angah belanja beli beg untuk sekolah petang. Cikgu tadika Abang hadiahkan beg sekolah untuk sekolah agama (sesi pagi). Ummi dah tak pening untuk fikir duit belanja beli beg. Adik punya beg pun Kak Feni beli yang biasa-biasa je. 

Bila ingat-ingat balik masa Abang nak masuk sekolah tabika, 5 tahun pada tahun 2017 tu. Kak Feni beli beg offer je RM10. Beli 2 untuk Abang 1 Adik 1. Dapatlah 2 sebab nak jimat. Pakai 2 3 bulan dah mula rosak beg tu. Patutlah harga murah. Anak-anak masa tu tak kisah pun janji ada beg boleh sekolah. Kasut pulak Kak Feni beli kasut plastik yang harganya RM9.90 je. Tahun ni cari takde dah. Pakai kasut tu sampailah hujung tahun. 2018 untuk 6 tahun tabika, kasut dah mula ketat jadi kena beli kasut baru yang lebih selesa.

Untuk 2019 ni, kelengkapan Abang Aus dah selesai. Alhamdulillah tunggu nak belajar je la. Minggu depan dah mula sekolah tahun baru. Kak Feni yang excited lebih sebab anak pertama nak masuk darjah satu.

Bila dah jadi ibu ni, keperluan untuk anak adalah lebih penting berbanding diri sendiri. Sanggup berlapar dan bersusah untuk anak-anak. Harapnya Abang dan Adik menjadi anak yang soleh dan berguna untuk agama nanti.

Doa ummi sentiasa ada untuk anak-anak.






December 26, 2018

Ole-ole From Bandung


Petang ni menarik sikit sebab dapat menikmati keenakan biskut kering KartikaSari dari Bandung dengan nescafe. Haha sebabnya selalu nescafe dengan biskut kering HupSeng tu je. Makanan ruji bila petang hari.

Alhamdulillah rezeki tak pernah salah alamat. Terima kasih Kak Diana tak pernah lupa kalau ke mana-mana. Syukur dikurniakan rezeki sahabat-sahabat yang baik-baik belaka. Hanya tuhan je yang dapat balas segala kebaikan korang kepada kami.

By the way Kartika Sari ni memang sangat famous di Bandung. Kak Ani masa pergi Bandung hari tu pun habis banyak yang dia borong bawa balik. Macam-macam kek dia beli. Harga dia memang boleh tahan lah.

Berjalan ke Bandung ni memang kena spare duit banyak-banyak sebab bila dah sampai sana memang jadi gila. Semua nak beli. Hahaha kena belajar ilmu tahan nafsu kalau yang jenis kurang have-have ni. 

Sebenarnya, Kak Feni tak kisah pun kalau ada sahabat-sahabat yang nak travel ke luar negara tak belikan apa-apa pun untuk Kak Feni. Kak Feni faham jer. Sebab diorang pergi pun nak berjalan tengok negara orang bukan nak semakkan otak nak belikan kita souvenir. Kita pun kalau nak pesan apa-apa dekat sahabat tu, janganlah pesan pakai air liur. Diorang nak beli pun pakai duit. Haaa macam tu.

Kita pulak, kalau dah pesan dengan air liur. Bila diorang dah balik dan tak belikan apa yang kita pesan, jangan pula nak sentap-sentap. Salah sendiri juga sebab siapa suruh order dengan air liur. Lain kali order tu hulur sekali duit kosnya. Diorang nak tolong beli pun mujur. Nak harap kita sampai sana entah bila.

Eh ! Terpanjang pula bebelan Kak Feni petang ni.


FUTURE LIFE DESIGN

FUTURE LIFE DESIGN | 

1. CAREER LIFE

Pilihan kerjaya kita ? Contohnya, kita buat bisnes. Adakah pilihan bisnes yang menguntungkan ? Ada sistem atau tak ? Kita kena ada simpanan 6 bulan sebagai pelindung (back up plan). Contohnya, kalau tiba-tiba kita kena buang kerja atau diberhentikan kerja oleh majikan. Bolehkah kita teruskan kehidupan kita macam biasa ?

2. FINANCIAL LIFE

Berapa simpanan kita ? Bagaimana kita uruskan kewangan kita ? Pelaburan untuk masa depan kita ?

3. PERSONAL LIFE

Apa itu impian ? 
Apa Pencapaian kita selama kita hidup ?

4. FAMILY LIFE

Pendidikan anak-anak.
Rumah
Melancong
Kecemasan

5. COMMUNITY LIFE

Bagaimana kita menambah nilai dalam kehidupan orang lain.
Berapa ramai yang sudah dibantu ?

6. SPIRITUAL LIFE

Ending kita berapa ?
Beribadat
Haji
Umrah

KEJAYAAN BERMULA DENGAN IMPIAN

1. Apakah BIG WHY kita ?
2. Apakah Matlamat kita ? (Goal Setting)
- Jelas + Tepat + Logik 
3. Boleh dicapai tak dengan usaha atau kerja yang kita sedang lakukan sekarang ?

Contoh :-

Nak jual 7 set tupperware dalam seminggu. Jadi sehari kena jual 1 set tupperware.

Matlamat kena jelas.

Ramai yang terperangkap dalam "rat race".


Jalan keluar dari "rate race" ialah lari dari "rat race".


Bagaimana nak lari ?

1. Tukar kitaran. Tukar persekitaran tempat kerja. 
2. Cuba sesuatu yang baru.
3. Melancong
4. Ubah diri kita dulu sebelum kita ubah orang lain.


Untuk marketing ONLINE, belajar SEND OUT SHIP
Contohnya, 3 post sehari untuk setiap page dan juga personal post.

Kita tak tahu kapal mana yang akan bawa balik hasil. Kita hantar banyak-banyak kapal. Kita tak tahu kapal mana yang akan bawa balik hasil.


KENAPA KITA GAGAL ?

1. MATLAMAT yang kita setting itu tidak jelas. Gagal kita cuba lagi dan lagi.

2. Mudah puas hati dengan apa yang kita buat.

3. Tiada TEAMWORK.

4. Penghalang KEJAYAAN.


Kak Feni buat nota sikit tentang kehidupan kita ni. Buat bisnes tapi tak tahu kemana hala tuju. Buat step by step. Bila kita dah ada matlamat, secara tak langsung. Kita akan tetapkan fokus kita.

Berkali-kali kita gagal bukan bermakna selamanya kita gagal. Teruslah berjalan. Akan ada sesuatu yang indah di hadapan.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...