Alhamdulillah hari ni penuh dengan aktiviti mengemas rumah. Terapi pula bila boleh kemas rumah. Basuh baju, lipat dan susun di tempatnya. Mudah nak cari dan pakai nanti.
Rumah Kak Feni berada di kawasan yang selalu kena banjir bila naik air. Jadi rumah memang tak banyak perabot dan sofa. Bukan tak teringin nak menghias rumah. Mengenangkan banjir biar jela. Tahan nafsu untuk membeli.
Beli pun yang mana perlu. Rak kat dapur pun beli yang besi dan mudah dicuci kalau air banjir naik.
Sejak Abang Aus dan Adik Rayyan masuk sekolah ni, bertambah kerja Kak Feni. Hari minggu kena habiskan masa untuk siapkan pakaian sekolah anak-anak. Gosok baju dan lipat baju sekolah anak. Bila nak guna tak kelam kabut.
Anak-anak banyak mengajar Kak Feni erti kesabaran dan kehidupan ni. Buat kerja pun untuk anak-anak.
Abang Aus, kalau hari minggu memang padat. Pagi sekolah agama, tengahari bersiap untuk sekolah kebangsaan. Balik sekolah kebangsaan, terus pergi mengaji. Alhamdulillah dia okey dan nak belajar.
Hujung minggu memang dia rehat dan main puas-puas. Ni baru minggu pertama. Semuanya okey bagi Abang Aus.
Bagi Adik Rayyan pula, hari pertama sekolah memang menangis kaw-kaw. Hari kedua menangis masa pagi jer. Balik nampak okey. Hari ketiga, sampai pagi di sekolah pun dah tak menangis.
Cikgu hantar gambar aktiviti hari Jumaat. Merantai manik buat gelang. Adik cakap dia buat. Duduk depan cikgu sebab dia takut nak kawan. Alahai adik, ummi nak cuti lama tak boleh. Kena kerja cari duit.
Harapnya lepas ni kita lebih banyak masa untuk bersama. InshaAllah.
Sebuah blog untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi, keibubapaan, kesihatan, kecantikan dan gaya hidup yang sihat. Peluang menjana pendapatan melalui bisnes online melalui blog. Blog untuk mempromosikan produk kesihatan seperti suplemen dan kecantikan seperti produk penjagaan diri dan muka.
January 5, 2019
December 28, 2018
Abang Aus Dah Nak Mula Sekolah
Hari ni Kak Feni pergi sekolah agama Abang Aus sebab nak bayar yuran sekolah agama. Namun tak boleh nak bayar sebab yuran akan mula di kutip pada 5 haribulan Januari nanti. Jadinya hari Sabtu minggu depan, Kak Feni kena pergi sekolah balik untuk bayar yuran.
Pagi tadi Kak Feni hanya beli buku dan bayar segala keperluan sekolah Abang je. Dapat buku dan lencana. Barang lain tu, kena tunggu guru kelas bagitahu kemudian. Sekarang ni, ustazah tengah buat kerja-kerja setup nak tubuhkan group wasap untuk ibu bapa.
Nasib baik juga, abahnya terus pergi sekolah tadi. Rupanya hari ni hari last untuk pembelian buku. Kak Feni tengok di facebook tentang ibu bapa yang buat bayaran yuran. Bagus juga ada fb ni sebab secara tak langsung mengingatkan kita tentang sekolah anak-anak.
Sejak Abang dengan Adik nak sekolah ni, memang banyak belanja yang kena keluar. Beli baju sekolah, kasut, beg dan alat tulis memang perlukan duit yang banyak. Ni baru 2 orang anak. Kalau yang anak ramai tu lagi lah. Tapi inshaAllah, Allah tu menguji hambanya ikut kemampuan. Mesti ada jalan.
Kak Feni pun rasa sesak juga, tapi rezeki tu datang dalam macam-macam cara. Angah belanja beli beg untuk sekolah petang. Cikgu tadika Abang hadiahkan beg sekolah untuk sekolah agama (sesi pagi). Ummi dah tak pening untuk fikir duit belanja beli beg. Adik punya beg pun Kak Feni beli yang biasa-biasa je.
Bila ingat-ingat balik masa Abang nak masuk sekolah tabika, 5 tahun pada tahun 2017 tu. Kak Feni beli beg offer je RM10. Beli 2 untuk Abang 1 Adik 1. Dapatlah 2 sebab nak jimat. Pakai 2 3 bulan dah mula rosak beg tu. Patutlah harga murah. Anak-anak masa tu tak kisah pun janji ada beg boleh sekolah. Kasut pulak Kak Feni beli kasut plastik yang harganya RM9.90 je. Tahun ni cari takde dah. Pakai kasut tu sampailah hujung tahun. 2018 untuk 6 tahun tabika, kasut dah mula ketat jadi kena beli kasut baru yang lebih selesa.
Untuk 2019 ni, kelengkapan Abang Aus dah selesai. Alhamdulillah tunggu nak belajar je la. Minggu depan dah mula sekolah tahun baru. Kak Feni yang excited lebih sebab anak pertama nak masuk darjah satu.
Bila dah jadi ibu ni, keperluan untuk anak adalah lebih penting berbanding diri sendiri. Sanggup berlapar dan bersusah untuk anak-anak. Harapnya Abang dan Adik menjadi anak yang soleh dan berguna untuk agama nanti.
Doa ummi sentiasa ada untuk anak-anak.
December 26, 2018
Ole-ole From Bandung
Petang ni menarik sikit sebab dapat menikmati keenakan biskut kering KartikaSari dari Bandung dengan nescafe. Haha sebabnya selalu nescafe dengan biskut kering HupSeng tu je. Makanan ruji bila petang hari.
Alhamdulillah rezeki tak pernah salah alamat. Terima kasih Kak Diana tak pernah lupa kalau ke mana-mana. Syukur dikurniakan rezeki sahabat-sahabat yang baik-baik belaka. Hanya tuhan je yang dapat balas segala kebaikan korang kepada kami.
By the way Kartika Sari ni memang sangat famous di Bandung. Kak Ani masa pergi Bandung hari tu pun habis banyak yang dia borong bawa balik. Macam-macam kek dia beli. Harga dia memang boleh tahan lah.
Berjalan ke Bandung ni memang kena spare duit banyak-banyak sebab bila dah sampai sana memang jadi gila. Semua nak beli. Hahaha kena belajar ilmu tahan nafsu kalau yang jenis kurang have-have ni.
Sebenarnya, Kak Feni tak kisah pun kalau ada sahabat-sahabat yang nak travel ke luar negara tak belikan apa-apa pun untuk Kak Feni. Kak Feni faham jer. Sebab diorang pergi pun nak berjalan tengok negara orang bukan nak semakkan otak nak belikan kita souvenir. Kita pun kalau nak pesan apa-apa dekat sahabat tu, janganlah pesan pakai air liur. Diorang nak beli pun pakai duit. Haaa macam tu.
Kita pulak, kalau dah pesan dengan air liur. Bila diorang dah balik dan tak belikan apa yang kita pesan, jangan pula nak sentap-sentap. Salah sendiri juga sebab siapa suruh order dengan air liur. Lain kali order tu hulur sekali duit kosnya. Diorang nak tolong beli pun mujur. Nak harap kita sampai sana entah bila.
Eh ! Terpanjang pula bebelan Kak Feni petang ni.
FUTURE LIFE DESIGN
FUTURE LIFE DESIGN |
1. CAREER LIFE
Pilihan kerjaya kita ? Contohnya, kita buat bisnes. Adakah pilihan bisnes yang menguntungkan ? Ada sistem atau tak ? Kita kena ada simpanan 6 bulan sebagai pelindung (back up plan). Contohnya, kalau tiba-tiba kita kena buang kerja atau diberhentikan kerja oleh majikan. Bolehkah kita teruskan kehidupan kita macam biasa ?
2. FINANCIAL LIFE
Berapa simpanan kita ? Bagaimana kita uruskan kewangan kita ? Pelaburan untuk masa depan kita ?
3. PERSONAL LIFE
Apa itu impian ?
Apa Pencapaian kita selama kita hidup ?
4. FAMILY LIFE
Pendidikan anak-anak.
Rumah
Melancong
Kecemasan
5. COMMUNITY LIFE
Bagaimana kita menambah nilai dalam kehidupan orang lain.
Berapa ramai yang sudah dibantu ?
6. SPIRITUAL LIFE
Ending kita berapa ?
Beribadat
Haji
Umrah
KEJAYAAN BERMULA DENGAN IMPIAN
1. Apakah BIG WHY kita ?
2. Apakah Matlamat kita ? (Goal Setting)
- Jelas + Tepat + Logik
3. Boleh dicapai tak dengan usaha atau kerja yang kita sedang lakukan sekarang ?
Contoh :-
Nak jual 7 set tupperware dalam seminggu. Jadi sehari kena jual 1 set tupperware.
Matlamat kena jelas.
Ramai yang terperangkap dalam "rat race".
Jalan keluar dari "rate race" ialah lari dari "rat race".
Bagaimana nak lari ?
1. Tukar kitaran. Tukar persekitaran tempat kerja.
2. Cuba sesuatu yang baru.
3. Melancong
4. Ubah diri kita dulu sebelum kita ubah orang lain.
Untuk marketing ONLINE, belajar SEND OUT SHIP
Contohnya, 3 post sehari untuk setiap page dan juga personal post.
Kita tak tahu kapal mana yang akan bawa balik hasil. Kita hantar banyak-banyak kapal. Kita tak tahu kapal mana yang akan bawa balik hasil.
KENAPA KITA GAGAL ?
1. MATLAMAT yang kita setting itu tidak jelas. Gagal kita cuba lagi dan lagi.
2. Mudah puas hati dengan apa yang kita buat.
3. Tiada TEAMWORK.
4. Penghalang KEJAYAAN.
Kak Feni buat nota sikit tentang kehidupan kita ni. Buat bisnes tapi tak tahu kemana hala tuju. Buat step by step. Bila kita dah ada matlamat, secara tak langsung. Kita akan tetapkan fokus kita.
Berkali-kali kita gagal bukan bermakna selamanya kita gagal. Teruslah berjalan. Akan ada sesuatu yang indah di hadapan.
December 24, 2018
Kami Balik Kampung
Dalam hidup ini, ada benda yang kita boleh rancang dan ada yang kita tak boleh nak rancang. Macam nak balik kampung Jumaat lepas. Kami gesa-gesa balik kampung sebab ada kematian di kampung. Adik bapa mertua Kak Feni dijemput Ilahi.
Cadangnya memang bapa mertua, mak mertua, Kak la dengan suami nak balik kampung pada Sabtu sebab ada kenduri. Bila dapat tahu yang bapa saudara meninggal terus kami EL dan balik kampung. Hari Jumaat tu, jalan banyak kereta jadi perjalanan ambil masa yang lama berbanding biasa.
Kami sampai di kampung pukul 6.00 petang, terus ziarah rumah arwah. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah. Orang yang baik, Allah sayang. Isterinya tabah dan redha walaupun arwah tak sempat nak tengok anak kahwin. Berbalik pada Allah. Allah dah atur cantik dah.
Sabtu, kami hanya bersantai di rumah opah je.
Ahad, hari kenduri. Kami beramai-ramai ke dewan. Alhamdulillah berjalan dengan meriah sekali.
Lepas kenduri, kami terus bersiap-siap untuk pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan dari Gerik ke KL kali ni mengambil masa lebih kurang 7 jam sebab jalan raya banyak kereta. Cuaca pula hujan. Pukul 10 malam kami selamat sampai di rumah.
Hari ni kami masuk kerja masing-masing.
December 20, 2018
Makan-Makan Di Little Rara Di Jalan Kia Peng. Kuala Lumpur
Semalam kami satu family ke Jalan Kia Peng untuk makan mee ala-ala Thai di Little Rara. Sebenarnya dah lama dah Kak Feni dengan Kak La plan nak ke sini sebab Kak La asyik cakap sedap-sedap. Nak pergi sendiri asyik tertangguh je.
Kebetulan Pakjang ada kerja di KL ni, dia ajak la kami semua makan. Kak La suggest di sini sebab Pakjang suka makan sup. Hari kerja jadi kami keluar agak lambat. Pukul 10 malam baru keluar dari rumah. Lepas tu jalan punya la jem semalam sebab terowong Jalan Tun Razak di tutup.
Sampai di Little Rara dah dekat pukul 11.00 malam. Haha sebenarnya kami tak tahu pun nak makan apa. Makan jela untuk rasa sebab sebelum keluar tu, kami dah makan nasi dah.
Bila dah ramai ni, biasalah nak tunggu makanan pun memerlukan masa.
Sebelum balik bergambar kenangan dulu. Adakah ini makan-makan terakhir untuk 2018 ? Hihi rasanya sebab masih ada masa lagi kan.
Entah bila adik dengan abah pergi enterframe di kereta kodok ni ntah sebab masa makan, ummi duduk dengan abang. Adik dengan abah. Abang makan nasi habis separuh pinggan. Adik, abah cakap makan la 2 3 suap. Adoiii.
Perut kenyang, kami pun bertolak balik. Masing-masing naik kereta masing-masing. Adik nak ikut angah. Depa pergi ronda Dataran dulu. Kami terus balik. Sampai rumah pun dah pukul 1.00 pagi.
December 19, 2018
BUKA BUKU BARU HARI NI
Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ni Kak Feni buka buku baru sebab buku lama dah habis. Ewah ! Awal sangat Kak Feni buka buku baru kan.
Cerita pasal buku baru ni, memang takkan habis sampai bila-bila. Sebabnya setiap hari kita akan lalui banyak benda yang baru walaupun kita rasa asyik benda yang sama je yang kita buat. Contohnya, macam Kak Feni ni haaa. Bangun pagi. Mandi siap-siap solat subuh dan kemudian bersiap untuk datang kerja.
Lepas tu datang kerja dan seterusnya buat kerja pejabat macam biasa. Kadang-kadang kita rasa "ala boringnya asyik buat benda yang sama". Hakikatnya kita telah melalui hari yang berbeza. Masa takkan menunggu kita dan akan terus berjalan hingga la hari terakhir dunia ini.
Ni haa cover buku nota yang Kak Feni buat guna apps CANVA. Cantik dan puas hati sendiri sudeh !
Bila dah tampal di buku jadi macam ni.
Nampaklah cantik sikit dari sebelum ni khen. Kalau sebelum ni Kak Feni tulis je pakai maker pen. Well! Walaupun tulisan Kak Feni ni agak not bad tapi rasa kalau buat guna komputer lagi so much better. So kita proceed dengan yang guna printer jela.
Bila print tak sama kaler dengan yang buat sebab printer yang baru ni kaler dia lebih gelap. Tak macam yang dulu. Kaler pun sharp je. Eh ! tiber cerita pasal printer pulak. Tak kisahlah janji kita boleh DIY khenn.
Yang lama sebelum di upgrade menjadi lebih cantik.
Awal bulan lagi dah siap buku nota ni sebab buku lama dah tinggal beberapa helai je. Hari ni baru sempat buat cover sebab nak buka buku baru ni kena lah semangat sikit.
Kak Feni ada juga survey diary 2019 di kedai buku dan kedai DIY tapi tak berkenan di hati. Buat jela sendiri. Cantik ke tak cantik, okey je sebab sendiri buat dan sendiri puas hati.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]
Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...
-
Alhamdulillah terima kasih ya Allah sebab masih diberi peluang untuk terus bernafas dalam dunia ini. Banyak benda yang berlaku. Pejam celik...
-
Cuti 2 hari buat apa? Hairi Sabtu lepas Adik Rayyan kelas tambahan kami pergi buat cek mata di Sungei Wang Plaza sebab kat situ banyak kedai...
-
Hari ini bermula dengan webinar e-invoice yang akan dijalan secara langsung bermula Julai 2025. Kami sebagai pemaju dan bakal pengimport d...

















