Semalam berkesempatan untuk ke KLIA bagi melihat pemandangan kapal terbang mendarat. Maklumlah kami tak pernah sampai lagi tempat ni. Mula-mula sampai memang excited gila sebab tak pernah tengok kapal terbang lalu atas kepala di ketinggian yang sungguh rendah.
Kami sampai sini dalam pukul 5.45 petang dah sebab bergerak dari rumah pukul 4.30 petang. Agak jauh juga dari rumah. Nak sampai ke KLIA ni ada satu simpang 4 yang traffic light dia berhenti agak lama. Haha kami dahlah tak sabar nak sampai.
Satu pengalaman baru sebab boleh tengok kapal terbang terbang rendah dan perlahan sebelum mendarat. Macam-macam kapal terbang yang kami tengok. Ada yang besar, ada yang kecik. Anak-anak memang seronok sangat sebab boleh tengok kapal terbang.
Adik Rayyan ingat kami nak naik kapal terbang. Nak naik kapal terbang pergi mana taktahu.
Nak bagitahu nama tempat ni memang Kak Feni tak tahu sebab adik ipar yang bawak. Hahaha nak pergi sekali lagi memang tak tahu berjaya sampai ke tak. Yang pastinya masa kami sampai memang banyak kereta dan ramai orang dah menunggu untuk tengok kapal terbang mendarat.
Seronok dan teruja sebab kapal lalui memang betul-betul atas kepala kita. Mula-mula takut juga bila dah lepas 2 3 buah kapal terbang. Dah hilang rasa takut tu.
Kami lepak sini tak lama sebab cuaca dah mendung nak hujan. Selepas lepak sini kami ke tempat kapal terbang Air Asia terbang dan mendarat. Macam bas je tengok setiap kapal terbang tu jalan ikut turn. Ada yang nak berlepas naik dan ada yang nak turun. Ikut trek masing-masing. Keadaan trafik udara di sini nampak begitu sibuk dengan pelbagai kapal terbang. Ewah macam pakar aircraft dah Kak Feni ni.
Lepas puas tengok kapal dan hujan pun mulai turun. Kami bergerak pulang. Sampai di rumah, air masuk dalam rumah sebab hujan lebat.
Sebuah blog untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi, keibubapaan, kesihatan, kecantikan dan gaya hidup yang sihat. Peluang menjana pendapatan melalui bisnes online melalui blog. Blog untuk mempromosikan produk kesihatan seperti suplemen dan kecantikan seperti produk penjagaan diri dan muka.
November 12, 2018
PROMOSI SHAKLEE NOVEMBER 2018
Untuk mendapatkanPRODUK SHAKLEE PROMOSI ini bolehlah menghubungi Kak Feni.
Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com
VITAMIN IBU HAMIL YANG MESTI DIAMALKAN OLEH IBU SEMASA HAMIL
Selain mengamalkan gaya hidup yang sihat. Ibu hamil juga memerlukan vitamin bagi memerlukan keperluan nutrisi bagi ibu dan juga janin yang dikandung oleh ibu hamil.
VITAMIN IBU HAMIL TRIMESTER 1
Untuk trimester pertama iaitu dari bulan pertama hingga bulan ketiga kehamilan. Ibu digalakkan untuk mengamalkan vitamin seperti Vitalea, Vitamin C, ESP dan juga B-complex.
Vitalea adalah multivitamin yang sangat penting untuk ibu hamil. Kebanyakan wanita hamil akan mengalami kekurangan nutrisi diawal kehamilan disebabkan perubahan hormon yang menyebabkan ibu mengalami muntah-muntah dan tidak mempunyai selera untuk makan. Jadi sebaiknya ibu mengambil suplemen Vitalea untuk membantu dalam mengekalkan nutrisi untuk ibu dan juga bayi.
ESP adalah serbuk soya yang dihasilkan daripada soya non-GMO iaitu soya yang tidak diubah genetiknya. Ianya membantu dalam memberikan tenaga berpanjangan untuk ibu. Hilang selera makan boleh menyebabkan ibu kurang bertenaga untuk menjalankan tugas harian. ESP membantu dalam membekalkan tenaga.
Vitamin C ialah vitamin yang sangat-sangat membantu ibu untuk mengurangkan masalah 'morning sickness". Mengurangan perasaan ingin muntah kerana rasanya yang masam boleh mengelakkan loya tekak. Selain itu vitamin C juga membantu dalam mengimunkan ibu dan bayi dari mudah terkena jangkitan seperti selsema, demam dan batuk.
B-Complex sangat penting untuk perkembangan otak bayi. Pengambilan B-complex sebelum dan semasa hamil mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan kecacatan tiub neuron sehingga 70%.
VITAMIN IBU HAMIL TRIMESTER 2 DAN 3
Trimester kedua iaitu bulan keempat hingga bulan keenam kandungan. Ketika ini pertumbuhan bayi sangat pesat. Sistem otot dan tulang rangka terus berkembang. Bulan kelima, tulang rawan perlahan-lahan membentuk tulang. Pada bulan keenam, otak dan paru-paru bayi sedang berkembang dengan pesat. Berat badan bayi akan terus bertambah sehingga lahir.
Trimester Ketiga iaitu 3 bulan terakhir kehamilan. Bulan ketujuh, kelapan dan kesembilan. Berat otak berkembang 400-500% sehingga lahir. Lemaknya semakin bertambah dan kulit menjadi kurang berkedut. Otak semakin berkedut untuk sambungan saraf. Bayi memerlukan bekalan kalsium yang cukup untuk menguatkan dan mengeraskan tulang. Pengerasan tulang rangka berterusan, dan bayi akan melalui banyak perkembangan otak. Bayi masih terus berkembang. Otak membina beribu-ribu sambungan saraf.
Vitamin yang patut diamalkan ialah ESP, Vitalea, B-Complex, Ostematrix, Vitamin C dan juga Omega Guard.
ESP - Protein dalam ESP penting untuk membekalkan kalori tambahan yang diperlukan oleh ibu. Protein untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan. Pengambilan ESP secara berterusan menjadikan ibu lebih sihat dan betenaga sepanjang kehamilan.
Vitalea - Membekalkan zat besi kerana isipadu darah bertambah 2 kali ganda ketika ini. 1 tablet vitalea bersamaan dengan 40 jenis lauk. Jadi pengambilan vitalea sebagai multivitamin bukan sahaja untuk ibu malah anak yang bakal lahir juga menjadi lebih sihat dan cukup nutrisi.
Ostematrix - Membantu dalam membekalkan kalsium untuk menyokong perkembangan tulang. Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur boleh memperbaiki masalah kebas-kebas, kekejangan dan sakit sendi untuk ibu hamil. Kalsium dan protein untuk perkembangan tulang.
Vitamin C - Membantu untuk penyerapan zat besi, menguatkan sistem imun dan tisu penghubung. Ibu hamil yang tidak cukup vitamin akan mudah penat. Pengambilan 120mg vitamin C sehari bersamaan 2 tablet sehari sesuai untuk keperluan ibu hamil.
Omega Guard - Membantu dalam perkembangan otak bayi. Omega 3 untuk menyokong perkembangan otak. Lemak sihat untuk menyokong perkembangan otak dan kesihatan kulit. Vitamin C untuk menyokong kesihatan kulit.
B-Complex - Mengelakkan masalah kecacatan tiub neuron. Vitamin B untuk menyokong perkembangan otak. Mengandungi 8 jenis vitamin B yang sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita makan kepada tenaga. Asid Folic, B6, dan B12 membantu kesihatan jantung dan saluran darah dengan merendahkan tahap homocysteine dalam darah. Vitamin ini bertindak pada tahap maksima apabila deberikan secara serentak. Namun kebanyakkan ibu-ibu hamil tidak mendapat kelapan-lapan vitamin ini semasa tempoh hamil.
VITAMIN IBU HAMIL
Kebanyakan vitamin yang diamalkan semasa trimester 1 boleh diteruskan sehingga waktu berpantang dan menyusu. Memang sangat berbaloi mengamalkan vitamin Shaklee berbanding dengan jamu yang hanya terhad semasa dalam pantang dan selepas pantang sahaja. Vitamin hanyalah suplemen yang mencukupkan keperluan nutrisi.
Untuk mendapatkan VITAMIN IBU HAMIL ini bolehlah menghubungi Kak Feni.
Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com
November 9, 2018
KONVO ABANG AUS 2018
Ummi ambik cuti awal sebab nak menghadiri majlis konvo Abang Aus. Peluang tak datang banyak kali. Jadi ummi sanggup buat apa sahaja untuk anak-anak dan family.
Majlis konvo abang sesi 2. Bermula pukul 10.30 pagi. Cikgu mohon untuk hadir awal sebab nak setup-setup baju la apa lah. Jadinya kami tiba awal selepas bersarapan siap-siap sebelum sampai dewan.
Majlis ni melibatkan semua sekolah Tabika di seluruh daerah. Memang ramai anak-anak dan juga ibu bapa. Abah terpaksa parking jauh sebab tak ada parking.
Semoga Abang menjadi anak yang soleh untuk ummi dengan abah. Menjadi insan yang berjasa untuk agama, bangsa dan negara.
Makanan Yang Aktifkan Cyst
MAKANAN YANG AKTIFKAN CYST
Makanan yang perlu dielakkan:
1) Soya dan evening primrose.
Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen.So, bila kita makan benda ni maka paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst. Doc ade bagitahu saya yang sume wanita ade cyst cuma kecil atau besar, boleh hilang tak boleh hilang.
evening primrose oil
**info yang baru saya tahu: minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak tu mendapat kanser. Then, mengikut kajian keatas pesakit kanser payudara plak, ramai antara mereka menggunakan evening primrose ni.
2) Ayam.
Ayam kan disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesaran dia. Kebiasaannya ayam disuntik hormon estrogen. Tapi ayam kampung boleh makan kot.3) Ikan keli yang dibela.
Kena tangkap ikan keli dalam sawah la pasni kalau dah mengidam sangat.4.) KAWAL PEMAKANAN
Kolestrol juga adelah penyebab kenaikan hormone estrogen. Kolestrol adalah precursor kepada estrogen.NOTA TAMBAHAN
Pemakanan bg Wanita pengidap Endometriosis/Adenomyosis/Fibroid/Cyst/PCOSDisini saya kongsikan bersama jenis makanan yg amat sesuai & yg harus di elakan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ia nya berulang kembali.
Makanan yg di galakkan
> Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar> Sayuran jenis kekacang - kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
> Kekacang - badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
> Sayuran - kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
> Buah-buahan - Nenas & betik
> Ubi kayu
> Sup miso ( sejenis pes yg di buat dari kacang soya yg di peram dicampur kedlm sup utk di jadikan miso sup)
> Teh hijau
Makanan yg harus di elakkan
> Daging merah (kambing & lembu)
> Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
> Produk tenusu seperti keju
> Ikan haruan
> Gamat
> Bahan perisa - pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
> Makanan manis - kuit muih manis & pencuci mulut
> Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
> Makanan segera - burger, sosej, nugget, mee segera dll
> Makanan ringan - cip kentang, jajan dll.
> Makanan berlemak/ berminyak
FIBROID DAN CYST
♛RAHIM ADALAH EMAS BAGI WANITA♛
TANDA - TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH
✔ Gangguan Haid✔ Keputihan
✔ Masalah ketidaksuburan
✔ Kemandulan di kalangan wanita
✔ Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
✔ Perut kembang
✔ Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
✔ Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
✔ Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
✔ Kerap letih dan lesu
✔ Sakit lutut dan tumit
✔ Kesejukkan kaki dan tanggan
✔ Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
✔ Kerap keguguran
✔ Ketumbuhan fibro dan cyst
BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?
1. Punca penyakit ini bermula pada ganguan haid dan sengugut2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita
3. Ia sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.
ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?
Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshar dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuhan itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka.
VITAMIN YANG MEMBANTU DALAM MASALAH CYST
November 7, 2018
Jom cantik dengan YOUTH SHAKLEE
Jom cantik dengan YOUTH SHAKLEE.
Untuk mendapatkan produk YOUTH SHAKLEE ini boleh terus menghubungi Kak Feni.
Untuk mendapatkan produk YOUTH SHAKLEE ini boleh terus menghubungi Kak Feni.
Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com
Subscribe to:
Posts (Atom)
Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]
Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...
-
Alhamdulillah terima kasih ya Allah sebab masih diberi peluang untuk terus bernafas dalam dunia ini. Banyak benda yang berlaku. Pejam celik...
-
Cuti 2 hari buat apa? Hairi Sabtu lepas Adik Rayyan kelas tambahan kami pergi buat cek mata di Sungei Wang Plaza sebab kat situ banyak kedai...
-
Hari ini bermula dengan webinar e-invoice yang akan dijalan secara langsung bermula Julai 2025. Kami sebagai pemaju dan bakal pengimport d...




































