October 26, 2018

5 Manfaat Minum Air Putih Waktu Pagi

5 Manfaat Minum Air Putih Waktu Pagi | 



1. Kulit jadi berseri🌝


Minun air putih setiap pagi setelah bangun tidur membantu membersihkan racun dalam darah sehingga wajah kita berseri dan berkilau.

2. Melangsingkan tubuh💃


Berat badan yang ideal merupakan impian setiap orang. Bagi Anda yang ingin menyesuaikan berat badan, maka mulakan amalan minum air putih pada waktu pagi.

3. Membersihkan usus🛌


Usus besar merupakan salah satu organ di sistem pencernan kita. Dengan meminum air dalam keadaan perut kosong, kita membantu membersihkan usus dan badan kita lebih mudah menyerap nutrisi makanan yang masuk .

4. Melancar proses penghadaman🚽


Bagi seseorang yang mengalami sembelit atau susah buang air besar pada waktu pagi, maka sebaiknya minum air putih setelah bangun tidur yang mana bertujuan untuk membantu melancarkan proses penghadaman.

5. Membuang racun🙅‍♀️ 


Membuang racun melalui peluh dan proses penghadaman yang mengurangkan risiko kepada penyakit merbahaya.






PENIMBANG DIGITAL DARI LAZADA DAH SAMPAI

Balik kerja semalam tengok-tengok barang yang Kak Feni order dari LAZADA dah sampai. Wahhh memang tip top lah service LAZADA ni. Kelmarin order, semalam dah sampai. Guna khidmat ninja.

Kak Feni ada tulis pasal Siap Buat Order Penimbang Digital Dengan Lazada pada 24/10/2018. Dah petang dah masa tu.


Ingatkan minggu depan sampai, rupanya semalam dah sampai. Bukan saja Kak Feni yang excited, malah semua yang ada di rumah semalam excited. Nak timbang berat badan masing-masing. Haha maklumlah barang baru kan.

Anak-anak pun sibuk nak menimbang berat. Berat semua orang tak sampai pun 60kg. Kak Feni sorang je berat yang mencecah 66kg. Huhu tak boleh jadi ni. Kena turunkan berat badan sampai 55 kg ni.

Kalau diikutkan BMI Kak Feni sekarang ni memang dah overweight. Berat tak sesuai dengan ketinggian. Berat yang sesuai untuk ketinggian Kak Feni adalah antara 46 hingga 60kg. Kak Feni kalau dapat turun sampai 60kg pun dah syukur sangat dah.

October 25, 2018

KISAH SEMALAM YANG SERAM



Haha amboi tajuk kemain kannnn. Saje jela nak share kat sini. Tentang bisnes juga lah kan. Okey mungkin juga Kak Feni yang masih belum cukup ilmu.

Macam ni ceritanya. Kak Feni ni buat bisnes online dan modalnya tak berapa nak besor macam jerung-jerung dan ikan jaws tu (eh betul ke aku eja nih). Buat pun secara part time je. Bila free habis waktu kerja, jadi Kak Feni updatelah pasal produk dan kebaikan produk yang Kak Feni amalkan sekarang ni.

Okey fine. Semalam ada lah seorang customer ni. Mula-mula dia pm kak feni untuk beli produk sekian-sekian. Kak feni pun okey, alhamdulillah maybe ni rezeki aku. Banyak juga yang dia order. kalau harga runcit mencecah hampir RM700. Happy lah kita nye sebab orang nak beli banyak kannn.

Okey. Cerita pun cerita. Dia cakap dia ahli tapi lama dah expired. Okey Kak Feni pun tolong la dia cek sama ada dia boleh renew lagi ke tidak. Maklumlah ada terms & condition nya la kan. Da setel semak status dia masih boleh renew dengan harga RM30. Kalau dah lebih 3 bulan appeal baru boleh responsor. Kak Feni pun bertungkus lumus la try buat untuk dia. 

Buat secara online la kan sebab dia pun tak tahu status dia. Kak Feni minta izin beliau dulu la nak try login id dia. boleh lah login id dia dan seterus nya. Buat order. Kak Feni bagitahu dia "akak kena bayar sekian sekian." Dia pun cakap laa ingatkan boleh COD. 

Huhuhu akak, saya dah tolong akak semak akak punya keahlian. Buat order untuk akak guna id akak tanpa cas apa-apa pun. Lepas tu dia bagitahu susah nak bank in. Huhu macam mana ni kak. Feni dah tolong akak secara percuma. 

Kak Feni ada juga bagitahu, kalau nak order kena bayar dulu sebab nak ambil barang pun kena bayar dulu. Last-last dia cancel. Dia bagitahu nak minta tolong orang lain. 

Berhuhuhu la kak Feni. Tak pelah aku ikhlaskan hati ini. Boleh je nak cakap "akak carilah upline akak yang dulu, suruh dia tolong". Tapi tak sampai hati pulak. Biarlah mungkin takdak rezeki aku.

Allah nak bagi yang lebih baik dan lebih banyak kepada aku lepas ni. Aku nak cakap apa. Memang rezeki aku dapat customer macam tu semalam.


12 KEBAIKAN VITAMIN C SHAKLEE YANG MESTI DIAMALKAN SETIAP HARI

Tinggal lagi beberapa hari saja lagi untuk mendapatkan Vitamin C Shaklee yang memang sangat bagus untuk diamalkan. Kalau nak diikutkan harga Vitamin C Shaklee jauh lebih murah berbanding dengan vitamin C yang dijual di pasaran.

Jom kita tengok apa kebaikan VITAMIN C SHAKLEE ini.

1. MENGUATKAN ANTIBODI BADAN



Ini adalah antara pengalaman Kak Feni sendiri. Sejak amalkan vitamin C ni. Dah jarang kena selsema, demam dan batuk. Kalau kena pun tak lama dan cepat baik. Badan pun bertambah sihat dan kurang kena jangkitan virus. Datang dan balik kerja dengan motor, memang terdedah dengan habuk dan debu. Cuaca pulak tak menentu, jadi kalau badan lemah memang selalu kena sakit. Alhamdulillah sejak Vitamin C ni jadi amalan. Jarang kena demam.

2. MENYOKONG KESIHATAN OTOT, CARTILAGE (TISU) DAN SALURAN DARAH



Vitamin C membantu merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan juga tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik. 

3. MELAWAN JANGKITAN VIRUS



Gejala seperti hidung berair, bersin, keletihan dan batuk boleh dikurangkan dengan pengambilan vitamin C. Antioksidan ini meningkatkan pengeluaran sel darah putih, yang merupakan komponen utama sistem imun. Ia juga dapat mengurangkan tempoh selsema.

4. MELINDUNGI KULIT DARI SINAR UV DAN MENGELAKKAN KULIT MENJADI KUSAM



Vitamin C mempunyai sifat antioksidan dan sangat berperanan dalam pembentukan kolagen, sehingga kehadiran vitamin C tidak dapat dipisahkan dari kulit yang sihat. Vitamin C banyak ditemukan sebagai penyusun lapisan dermis dan epidermis dalam kulit normal. Namun, kerana proses penuaan, kandungan vitamin C dalam lapisan dermis dan epidermis dapat menurun. Oleh kerana itu, banyak produk perawatan kulit antiaging yang menambahkan kandungan vitamin C untuk memperlambat proses penuaan kulit. Selain karena penuaan, kandungan vitamin C dalam kulit juga bisa menurun kerana paparan sinar ultraviolet dan polutan terhadap kulit.

5. MELINDUNGI DNA DARI TINDAK BALAS FOTOKIMIA



Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit). Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

6. PUDARKAN KESAN SUNBURN



Berada di tengah panas terik matahari boleh merosakkan sel-sel kulit. Menjadi kulit kering dan gelap. Kalau berhari-hari terpaksa berjemur di tengah panas seperti ahli sukan, memang menyebabkan kulit terbakar. Untuk mengatasi masalah 'sunburn' atau membantu dalam memudarkan 'sunburn', vitamin C akan membantu.

7. MENCERAHKAN KULIT




Berkenaan kajian dalam makmal, mereka telah menemui bahawa Vitamin C ini mampu mengurangkan penghasilan pigment yang dipanggil sebagai Melanin. Proses penghasilan melanin ini dipanggil sebagai melanogenesis. Pigment Melanin inilah yang menyebabkan kulit kita berwarna gelap. Vitamin C mengurangkan pigmentasi dengan cara merencatkan fungsi enzim tyrosinase di dalam sel melanocytes. Ini menyebabkan penghasilan Melanin berkurangan dan secara teorinya menyebabkan kulit bertambah cerah.

8. MENGUATKAN SISTEM IMUN TUBUH


Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

9. MELINDUNGI KULIT DARI RADIKAL BEBAS




Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

10. MEMBANTU TUBUH MENGHASILKAN KOLAGEN



Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka.

Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

11. MEMPERBAIKI TEKSTUR KULIT



Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

12. MEMBANTU PENYEMBUHAN LUKA



Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.

Jom dapatkan VITAMIN C yang paling hebat dan terlaris dalam pasaran ni dengan Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


Segment Bloglist by Farah Farhana


Syarat-syaratnya ialah :-

1. Follow blog ini jika belum follow. (wajib)
2. Buat satu post dengan tajuk Segment Bloglist by Farah Farhana
3. Tepek banner di atas dan backlink kan ke post ini.
4. Tinggalkan link entry korang kat komen post ini.

Klik link banner untuk join. 

VITAMIN UNTUK MASALAH KOLESTEROL

Cadangan suplemen terbaik untuk mengatasi masalah kolestrol ialah :-

✿ Vivix

Suplemen terbaik yang mengandungi 4 mekanisme penuaan pada tahan sellular yang membantu melawan kerosakan DNA. 

✿ Phytocol-ST

Direka khas dengan formula khas yang terbukti secara klinikal membantu penyerapan kolesterol dan menurunkan kolestrol LDL. Ia menghalang kolesterol baru terjadi. Sterol dan stanol yang wujud  secara semulajadi dalam tumbuhan, buahan, sayuran di bijirin mampu menurunkan koleterol LDL(jahat).

✿ Omega Guard

Omega Guard membantu merendahkan kadar kolestrol dan mengelakkan pembekuan darah dalam badan. Membantu mengekalkan tahap kesihatan. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah dan melancarkan perjalanan darah.

✿ Vitamin E

Sangat anti-oksidan. Menghalang oksidasi LDL oleh radikal bebas. Vitamin E membantu dalam meningkatkan kolesterol HDL.

✿ Lecithin

Chooline dan inositol untuk metabolisma lemak. Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salurdarah. Pengambilan tambahan mengemulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam tubuh.

✿ Garlic Complex

Membantu menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan pembekuan darah,. Meningkatkan HDL serta melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

✿ Alfalfa Complex

Untuk sintestis lemak. Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja yang mengandungi saponin, iaitu seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.

✿ Vitamin C

Menurunkan LDL, meningkatkan HDL. Mengekalkan kolesterol sihat. Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah serta mengekalkan kapilari darah yang sihat. 

✿GLA Complex

Mengurangkan LDL. Menghalang penambahan berat badan dengan berkesan. Pengambilan GLA Complex secara berterusan membantu juga dalam mencantikkan kulit.


Boleh hubungi Kak Feni untuk dapatkan SET KOLESTEROL ini.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

October 24, 2018

MANFAAT B COMPLEX SHAKLEE UNTUK KESIHATAN

Siapa yang memerlukan B-Complex ?

✿ Wanita hamil
✿ Ibu yang menyusukan anak
✿ Ibu yang sedang berpantang
✿ Mereka yang mementingkan kecantikan kulit
✿ Mereka yang mahukan zuriat
✿ Mereka yang mengalami masalah migrain
✿ Mereka yang mengalami masalah eczema atau alahan
✿ Mereka yang ingin mengawal paras kolestrol

Tanda-tanda badan kekurangan Vitamin B

✿ Lemah sistem saraf
✿ Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi penyakit jantung
✿ Boleh mengakibatkan anemia
✿ Masalah depresi(tekanan perasaan)
✿ Kehilangan daya memori
✿ Cepat letih
✿ Sesak nafas
✿ Insomnia
✿ Kurang fokus dan konsentrasi
✿ Mudah tersinggung

MANFAAT B-COMPLEX SHAKLEE

1. Mengurangkan Risiko Kecacatan Otak atau Tulang Belakang Janin Dalam Kandungan


Mengapakah wanita hamil perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

2. Meredakan Senggugut Dan Simprom Sebelum Datang Bulan



B-Complex boleh dianggap sebagai vitamin anti-stress. Bagi wanita yang selalu mengalami masalah PMS atau senggugut boleh amalkan B-Complex beberapa minggu sebelum datang bulan. Ia membantu melegakan masalah senggugut dan menstabilkan hormon.

3. Mencegah Perlcche atau Kerekahan Mulut, Jangkitan Lidah (glossitis) dan Nafas Berbau


Bagi yang ada masalah mulut berbau, selalu kena ulser dan masalah mulut boleh juga ambil B-complex untuk membantu mengatasi masalah ini. Penyakit mulut boleh menyebabkan masalah hilang keyakinan kepada diri. Nak bercakap dengan orang pun malu kalau mulut berbau. B-Complex boleh bantu.

4. Baik untuk Mata



B-Complex adalah vitamin yang disarankan untuk mata.  Cukupkan keperluan harian B-Complex  boleh mengurangkan keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, memperkasakan daya ingatan dan daya pemerhatian (fokus).

5. Membantu Pembentukan Sel Darah Merah dan Antibodi yang Sihat Serta Mencegah Anemia


B-Complex membantu menguatkan anti-bodi. Bagi ibu mengandung yang mengalami masalah HB low, elok amalkan B-Complex. Kalau pergi klinik, doktor akan bekalkan asid folik untuk ibu bagi tujuan meningkatkan HB. 

6. Melawan Tekanan, Meredekan Sakit Kepala, Kemurungan, dan Insomnia serta Memastikan Fungsi Saraf




B-Complex juga dikenali sebagai vitamin anti-stress. Bagi mereka yang selalu berada dalam keadaan tertekan, stress dan kemurungan boleh ambil b-complex sebagai suplemen harian. 


7. Membantu Masalah Rambut




Keguguran rambut selalu terjadi kepada mereka yang sudah berumur. Namun hari ni sudah tak kira umur disebabkan oleh gaya hidup kita. Makan makanan yang kurang berkhasiat seperti makanan segera, tak bersenam dan sebagainya. Rambut mudah gugur dan risiko untuk botak.

8. Memberikan Tenaga


B-Complex adalah antara suplemen yang ada dalam SET KURUS SHAKLEE. Ini adalah kerana ia berfungsi menukarkan makanan kepada tenaga. Ia juga membantu dalam memberikan tenaga berpanjangan.

9. PERBEZAAN SHAKLEE


B-Complex Shaklee berbeza dengan vitamin B dalam pasaran kerana ianya dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi dan diuji selamat untuk diamalkan. Pengambilan secara berterusan menjadikan kualiti kehidupan lebih baik.

Jangan lupa dapatkan B-Complex hari ini dengan menghubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...