October 25, 2018

Segment Bloglist by Farah Farhana


Syarat-syaratnya ialah :-

1. Follow blog ini jika belum follow. (wajib)
2. Buat satu post dengan tajuk Segment Bloglist by Farah Farhana
3. Tepek banner di atas dan backlink kan ke post ini.
4. Tinggalkan link entry korang kat komen post ini.

Klik link banner untuk join. 

VITAMIN UNTUK MASALAH KOLESTEROL

Cadangan suplemen terbaik untuk mengatasi masalah kolestrol ialah :-

✿ Vivix

Suplemen terbaik yang mengandungi 4 mekanisme penuaan pada tahan sellular yang membantu melawan kerosakan DNA. 

✿ Phytocol-ST

Direka khas dengan formula khas yang terbukti secara klinikal membantu penyerapan kolesterol dan menurunkan kolestrol LDL. Ia menghalang kolesterol baru terjadi. Sterol dan stanol yang wujud  secara semulajadi dalam tumbuhan, buahan, sayuran di bijirin mampu menurunkan koleterol LDL(jahat).

✿ Omega Guard

Omega Guard membantu merendahkan kadar kolestrol dan mengelakkan pembekuan darah dalam badan. Membantu mengekalkan tahap kesihatan. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah dan melancarkan perjalanan darah.

✿ Vitamin E

Sangat anti-oksidan. Menghalang oksidasi LDL oleh radikal bebas. Vitamin E membantu dalam meningkatkan kolesterol HDL.

✿ Lecithin

Chooline dan inositol untuk metabolisma lemak. Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salurdarah. Pengambilan tambahan mengemulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam tubuh.

✿ Garlic Complex

Membantu menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan pembekuan darah,. Meningkatkan HDL serta melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

✿ Alfalfa Complex

Untuk sintestis lemak. Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja yang mengandungi saponin, iaitu seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.

✿ Vitamin C

Menurunkan LDL, meningkatkan HDL. Mengekalkan kolesterol sihat. Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah serta mengekalkan kapilari darah yang sihat. 

✿GLA Complex

Mengurangkan LDL. Menghalang penambahan berat badan dengan berkesan. Pengambilan GLA Complex secara berterusan membantu juga dalam mencantikkan kulit.


Boleh hubungi Kak Feni untuk dapatkan SET KOLESTEROL ini.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

October 24, 2018

MANFAAT B COMPLEX SHAKLEE UNTUK KESIHATAN

Siapa yang memerlukan B-Complex ?

✿ Wanita hamil
✿ Ibu yang menyusukan anak
✿ Ibu yang sedang berpantang
✿ Mereka yang mementingkan kecantikan kulit
✿ Mereka yang mahukan zuriat
✿ Mereka yang mengalami masalah migrain
✿ Mereka yang mengalami masalah eczema atau alahan
✿ Mereka yang ingin mengawal paras kolestrol

Tanda-tanda badan kekurangan Vitamin B

✿ Lemah sistem saraf
✿ Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi penyakit jantung
✿ Boleh mengakibatkan anemia
✿ Masalah depresi(tekanan perasaan)
✿ Kehilangan daya memori
✿ Cepat letih
✿ Sesak nafas
✿ Insomnia
✿ Kurang fokus dan konsentrasi
✿ Mudah tersinggung

MANFAAT B-COMPLEX SHAKLEE

1. Mengurangkan Risiko Kecacatan Otak atau Tulang Belakang Janin Dalam Kandungan


Mengapakah wanita hamil perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

2. Meredakan Senggugut Dan Simprom Sebelum Datang Bulan



B-Complex boleh dianggap sebagai vitamin anti-stress. Bagi wanita yang selalu mengalami masalah PMS atau senggugut boleh amalkan B-Complex beberapa minggu sebelum datang bulan. Ia membantu melegakan masalah senggugut dan menstabilkan hormon.

3. Mencegah Perlcche atau Kerekahan Mulut, Jangkitan Lidah (glossitis) dan Nafas Berbau


Bagi yang ada masalah mulut berbau, selalu kena ulser dan masalah mulut boleh juga ambil B-complex untuk membantu mengatasi masalah ini. Penyakit mulut boleh menyebabkan masalah hilang keyakinan kepada diri. Nak bercakap dengan orang pun malu kalau mulut berbau. B-Complex boleh bantu.

4. Baik untuk Mata



B-Complex adalah vitamin yang disarankan untuk mata.  Cukupkan keperluan harian B-Complex  boleh mengurangkan keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, memperkasakan daya ingatan dan daya pemerhatian (fokus).

5. Membantu Pembentukan Sel Darah Merah dan Antibodi yang Sihat Serta Mencegah Anemia


B-Complex membantu menguatkan anti-bodi. Bagi ibu mengandung yang mengalami masalah HB low, elok amalkan B-Complex. Kalau pergi klinik, doktor akan bekalkan asid folik untuk ibu bagi tujuan meningkatkan HB. 

6. Melawan Tekanan, Meredekan Sakit Kepala, Kemurungan, dan Insomnia serta Memastikan Fungsi Saraf




B-Complex juga dikenali sebagai vitamin anti-stress. Bagi mereka yang selalu berada dalam keadaan tertekan, stress dan kemurungan boleh ambil b-complex sebagai suplemen harian. 


7. Membantu Masalah Rambut




Keguguran rambut selalu terjadi kepada mereka yang sudah berumur. Namun hari ni sudah tak kira umur disebabkan oleh gaya hidup kita. Makan makanan yang kurang berkhasiat seperti makanan segera, tak bersenam dan sebagainya. Rambut mudah gugur dan risiko untuk botak.

8. Memberikan Tenaga


B-Complex adalah antara suplemen yang ada dalam SET KURUS SHAKLEE. Ini adalah kerana ia berfungsi menukarkan makanan kepada tenaga. Ia juga membantu dalam memberikan tenaga berpanjangan.

9. PERBEZAAN SHAKLEE


B-Complex Shaklee berbeza dengan vitamin B dalam pasaran kerana ianya dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi dan diuji selamat untuk diamalkan. Pengambilan secara berterusan menjadikan kualiti kehidupan lebih baik.

Jangan lupa dapatkan B-Complex hari ini dengan menghubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


Siap Buat Order Penimbang Digital Dengan Lazada

Alhamdulillah sejak pandai buat order dalam talian ni. Makin mudah kerja Kak Feni. Nak apa-apa order je online. Nanti abang posmen hantar sampai depan pintu rumah. Tak perlu nak keluar dah. Kalau keluar karang banyak pulak belanja nye. Minyak lah, tol lah lepas tu bila lapar nak makan di luar pulak. Jadi hari ni Kak Feni beli online je. 

Kak Feni beli penimbang digital sebab dalam misi nak turunkan berat badan. Berat badan masa timbang hari Sabtu lepas di rumah Mak Ude ialah 67.7kg. Wowww macam tak percaya tapi kena percaya juga sebab itulah diriku.

Untuk misi menurunkan berat dan mendapatkan bentuk badan yang ideal. Kak Feni beli penimbang ni supaya boleh mengukur berat hari-hari. Ewah. Semangat sikit nak kurus kan kalau ada benda baru.



Kak Feni buat alamat di rumah sebab senang, balik rumah dah ada barang. Kalau buat alamat di pejabat, kena angkut bawa balik dengan motor pulak. Satu hal lagi. Buat alamat rumah, posmen hantar ke rumah terus.

Sebenarnya seronok juga beli secara online ni. Macam bagi hadiah kat diri sendiri je. Nak tunggu orang bagi hadiah, tak tahu bila dan tak tahu siapa nak bagi. Jadi kerjalah sekuatnye untuk dapatkan apa yang kita mahu.

Lazada adalah medium belian online yang boleh dipercayai. Kalau ada apa-apa kita boleh hantar komplen dekat mereka. InshaAllah barang Kak Feni ni akan sampai minggu depan dalam 28 Oktober hingga 1 November.

Semoga Kak Feni sentiasa kaya raya boleh beli macam-macam lagi barang di Lazada nih. Kehkehkeh


October 23, 2018

APA YANG DIMAKSUDKAN KETAGIHAN GULA PADA PANDANGAN ANDA



Bagi ramai orang, perjuangan untuk mengurangkan ketagihan gula adalah sangat tinggi. Ia boleh terjadi ketika waktu petang semasa di tempat kerja, di waktu pagi hari, selepas makan tengahari, semasa dalam latihan atau paling teruk di waktu malam.

Ketagihan gula boleh menyebabkan kemudaratan terhadap kesihatan. Bagaimanapun, jika anda tahu apa yang badan perlukan, lebih mudah untuk membuat pilihan secara sihat berbanding memilih sesuatu yang manis.

Disini terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan ketagihan benda manis :-

1. KEKURANGAN MAGNESIUM


Bagi ramai orang, ketagihan gula dalam bentuk coklat menunjukkan badan kekurangan magnesium. Menurut penyelidik Susan Yanovski daripada Institut Diabetis, Pencernaan dan Penyakit Ginjal Kebangsaan.

Yanovski mengatakan bahawa sekitar 80% orang Amerika Syarikat mungkin mengalami kekurangan mineral, yang mana boleh menyebabkan kerengsaan, insomnia dan tekanan darah tinggi.

Walaupun koko dalam coklat adalah kaya dengan sumber magnesium, gula dalam coklat boleh masalah kepada kesihatan kerana ia boleh menyebabkan pancang insulin dan masalah lain. Selain coklat, antara sumber magnesium yang lain ialah kekacang, bijirin dan sayuran hijau gelap. 



2. BAKTERIA YANG DIPERLUKAN OLEH USUS


“Sekiranya kita menetapkan diet untuk memperbaiki kesihatan seseorang. Penting untuk kita memahami apa mikroorganisma yang membantu dalam mengawal untuk mendapatkan kesan yang lebih baik”.

Jeffrey Gordon, Ahli Biologi dan Profesor di Washington University

Kadang-kadang pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam kesihatan usus anda, yang bermaksud semua bakteria baik tidak dapat berfungsi dengan baik seperti sepatutnya. Ia berpunca daripada makanan ringan yang menjadikan keadaan bertambah teruk.

Dalam penyelidikan beliau, Gordon mendapati penggunaan makanan bergula boleh menyebabkan bakteria usus menjadi terlalu bergantung kepada gula dan menyebabkan penolakan kepada makanan sihat apabila diperkenalkan. Usus secara aktif boleh mensabotaj kita untuk makanan yang lebih sihat. Itu sangat betul namun ianya boleh dilatih semula.

Dengan mengamalkan makanan yang menggalakkan bakteria yang lebih sihat terutamanya memilih prebiotic yang tinggi seperti yogurt rendah gula dan makanan lain yang ditapai. Bakteria baik untuk menggantikan bakteria jahat. 




3. TIDAK CUKUP REHAT


Walaupun tidur merupakan sebahagian dari rehat, hadkan waktu untuk tidur dengan mencari jalan lain bagi meredekan tekanan.

Menurut penulis, Alex Soojung-Kim Pang dalam bukunya “Rest: Why You Get More Done When You Work Less” yang bermaksud rehat diperlukan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Rehat yang tidak mencukupi menjadikan badan menjadi lebih lemah dalam pelbagai hal termasuklah nutrisi. Ia boleh menimbulkan keperluan untuk “rangsangan” yang mungkin datang dalam bentuk gula. Walaupun itu merupakan keinginan yang mungkin sementara, ia boleh menjadi kebiasaan.

Beliau mencadangkan agar kita mengambil rehat dalam tempoh yang singkat setiap hari terutamanya pada masa keinginan terhadap makanan manis. Contohnya, daripada memilih snek yang manis ketika waktu petang, boleh cuba berjalan-jalan di luar selama 15 minit. Pang berkata, berjalan merupakan bentuk rehat yang sedar kerana ianya merehatkan diri dari tekanan harian.

Kadang-kadang keinginan terhadap boleh menjadi sangat kuat apabila kita mempunyai faktor ini. Sebagai contoh, terlalu banyak kerja sehinggakan terpaksa mengambil makanan yang tidak seimbang yang menyebabkan badan menjadi bertambah letih dan kurang nutrisi.


Sumber : myfitnesspal.com





October 22, 2018

VIVIX UNTUK IBU BERPANTANG

Ibu berpantang wajib jaga kesihatan supaya dapat menjaga bayi yang baru dilahirkan. kalau diri sendiri pun tak terjaga, agak sukar untuk si ibu menjaga bayinya.


Apa dilema seorang ibu yang dalam berpantang?

1. Sembelit kerana kurang minum air dan sukar untuk meneran
2. Sakit di bahagian faraj kerana jahitan episiotomi atau koyak sebab kepala bayi besar
3. Sakit di bahagian faraj akibat jangkitan kuman
4. Faraj berbau
5. Pendarahan post partum dengan simptom seperti denyutan nadi yang pantas, pening kepala.
6. Sakit kepala akibat kesan sampingan epidural atau pra-eklampsia bersama dengan penglihatan kabur dan/atau berasa loya
7. Imsonia akibat jadual tidur yang berubah mengikut peel bayi
8. Demam panas
9. Kemurungan
10. Berfikir hendak bunuh diri
11. Sakit rengat
12. Bengkak susu
13. Keguguran rambut
14. Kulit muka pucat
15. Wajah kurang berseri



MANFAAT VIVIX BAGI IBU BERPANTANG

✔️Menyembuhkan organ peranakan dan
✔️Memulihkan kesihatan rahim selepas bersalin.
✔️Memulihkan luka bersalin sama-ada luka luaran atau dalaman.
✔️Mengembalikan kecantikan tubuh.
✔️Mengelakkan stress atau gila meroyan



Bagaimana vivix bertindak dalam menyembuhkan/memberikan manfaat di atas kepada ibu berpantang?


🍇Vivix Bersifat Antioksidan Paling Unggul
Semasa berpantang, adalah penting kita menjaga kesihatan diri kita di samping kita menjaga bayi. Bunyi macam remeh ye la masa berpantang duk terkurung je dalam rumah mana mungkin kita akan jatuh sakit tapi kita perlu ingat diri kita juga terdedah kepada risiko atas faktor cuaca dan juga kesihatan mereka yang tinggal bersama dengan kita. Malah tak cukup nutrisi juga boleh mendedahkan kita kepada penyakit sebab menu berpantang yang agak strict.
Jadi dengan mengamalkan supplemen yang mempunyai antioksida tinggi sekurang-kurangnya dapat memelihara tubuh badan kita daripada demam, selsema, penyakit berjangkit dan jangkitan kuman.


🍇Memperbaiki sel
Proses kelahiran samada normal atau caesar, kedua-duanya akan melalui proses episiotomi, yakni dijahit. Resveratrol di dalam Vivix membantu untuk memperbaiki dan menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat. Jadi luka jahitan cepat sembuh, kering dan kurang risiko bernanah. Ada yang memberikan feedback bila mengamalkan Vivix, luka caesar mereka sembuh dalam masa seminggu. Berbanding mengamalkan ikan haruan, doktor kurang menggalakkan kerana didapati akan menyebabkan adhesions.

Adhesions are fibrous bands that form between tissues and organs, often as a result of injury during surgery. They may be thought of as internal scar tissue that connects tissues not normally connected.

Lapisan kulit kita terdiri daripada 3 lapisan iaitu epidermis, dermis dan hipodermis. Hasil feedback daripada rakan-rakan yang mengamalkan ikan haruan semasa anak pertama, kesannya untuk kelahiran anak seterusnya. Sewaktu doc belah perut, doc mengambil masa yang lama iaitu 2-3 jam untuk mengasingkan kulit yang berserabut. Ada rakan saya lapisan kulit antara usus dan rahim sambung menyambung dan ini yang dipanggil adhesions. Bila adhesions berlaku ia menjadi tugas sukar bagi doc kerana untuk memisahkannya bukan satu kerja mudah dan ibu berkenaan juga agak stress kerana terpaksa melalui proses di atas selama berjam-jam.

🍇memulihkan dan memberikan tenaga selepas proses kelahiran
Vivix mengandungi polyphenols yang membantu untuk meningkatkan mitochondria dalam sel. Bila bilangan mitochondria dalam sel meningkat, badan kita akan merasa lebih bertenaga. Ibu berpantang perlu sentiasa bertenaga supaya dapat menguruskan diri dan bayi dengan baik.

🍇resveratrol membantu meningkatkan metabolisme
dalam tempoh berpantang, kebanyakan daripada kita perlu kurang gerakan. Jadi selama 44 hari kita tak dibenarkan untuk exercise.
sedangkan exercise ni penting untuk tingkatkan metabolisme kita. bila amalkan vivix, di dalamnya terkandung resveratrol yang telah dikaji oleh saintis membantu untuk meningkatkan metabolisme. Kalau boleh dalam apa keadaan sekalipun, kita perlu kekalkan tahap metabolisme badan kita. bila metabolisme kita turun, maka kegemukan boleh terjadi akibat makanan susah untuk dicerna.

TESTIMONI VIVIX UNTUK IBU BERPANTANG










Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

ATAU

KEBAIKAN GARLIC COMPLEX SHAKLEE UNTUK KESIHATAN

Bawang putih terkenal dengan khasiatnya yang berupaya untuk mencegah jangkitan penyakit. Ia dianggap sebagai antibiotik semulajadi. 

Garlic Complex adalah satu produk keluaran Shaklee yang berasaskan bawang putih.

Ia dihasilkan daripada bawang  putih jenis premium yang bebas dari racun perosak dan di tanam secara organik di California, USA di waktu musim panas.

Ia dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allician aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual di pasaran mengandungi Allician aktif).

Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic.

Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary dan Spearmint).

Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita.

Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar.

KEBAIKAN GARLIC COMPLEX SHAKLEE UNTUK KESIHATAN










Garlic mengandungi pelbagai jenis komposit fisiologii yang terdiri daripada bahan sulfat untuk menentang bahan anti-oksidan dan anti kanser. Inilah asal bau garlic.

Hubungi Kak Feni untuk dapatkan Garlic.


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...