October 24, 2018

Siap Buat Order Penimbang Digital Dengan Lazada

Alhamdulillah sejak pandai buat order dalam talian ni. Makin mudah kerja Kak Feni. Nak apa-apa order je online. Nanti abang posmen hantar sampai depan pintu rumah. Tak perlu nak keluar dah. Kalau keluar karang banyak pulak belanja nye. Minyak lah, tol lah lepas tu bila lapar nak makan di luar pulak. Jadi hari ni Kak Feni beli online je. 

Kak Feni beli penimbang digital sebab dalam misi nak turunkan berat badan. Berat badan masa timbang hari Sabtu lepas di rumah Mak Ude ialah 67.7kg. Wowww macam tak percaya tapi kena percaya juga sebab itulah diriku.

Untuk misi menurunkan berat dan mendapatkan bentuk badan yang ideal. Kak Feni beli penimbang ni supaya boleh mengukur berat hari-hari. Ewah. Semangat sikit nak kurus kan kalau ada benda baru.



Kak Feni buat alamat di rumah sebab senang, balik rumah dah ada barang. Kalau buat alamat di pejabat, kena angkut bawa balik dengan motor pulak. Satu hal lagi. Buat alamat rumah, posmen hantar ke rumah terus.

Sebenarnya seronok juga beli secara online ni. Macam bagi hadiah kat diri sendiri je. Nak tunggu orang bagi hadiah, tak tahu bila dan tak tahu siapa nak bagi. Jadi kerjalah sekuatnye untuk dapatkan apa yang kita mahu.

Lazada adalah medium belian online yang boleh dipercayai. Kalau ada apa-apa kita boleh hantar komplen dekat mereka. InshaAllah barang Kak Feni ni akan sampai minggu depan dalam 28 Oktober hingga 1 November.

Semoga Kak Feni sentiasa kaya raya boleh beli macam-macam lagi barang di Lazada nih. Kehkehkeh


October 23, 2018

APA YANG DIMAKSUDKAN KETAGIHAN GULA PADA PANDANGAN ANDA



Bagi ramai orang, perjuangan untuk mengurangkan ketagihan gula adalah sangat tinggi. Ia boleh terjadi ketika waktu petang semasa di tempat kerja, di waktu pagi hari, selepas makan tengahari, semasa dalam latihan atau paling teruk di waktu malam.

Ketagihan gula boleh menyebabkan kemudaratan terhadap kesihatan. Bagaimanapun, jika anda tahu apa yang badan perlukan, lebih mudah untuk membuat pilihan secara sihat berbanding memilih sesuatu yang manis.

Disini terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan ketagihan benda manis :-

1. KEKURANGAN MAGNESIUM


Bagi ramai orang, ketagihan gula dalam bentuk coklat menunjukkan badan kekurangan magnesium. Menurut penyelidik Susan Yanovski daripada Institut Diabetis, Pencernaan dan Penyakit Ginjal Kebangsaan.

Yanovski mengatakan bahawa sekitar 80% orang Amerika Syarikat mungkin mengalami kekurangan mineral, yang mana boleh menyebabkan kerengsaan, insomnia dan tekanan darah tinggi.

Walaupun koko dalam coklat adalah kaya dengan sumber magnesium, gula dalam coklat boleh masalah kepada kesihatan kerana ia boleh menyebabkan pancang insulin dan masalah lain. Selain coklat, antara sumber magnesium yang lain ialah kekacang, bijirin dan sayuran hijau gelap. 



2. BAKTERIA YANG DIPERLUKAN OLEH USUS


“Sekiranya kita menetapkan diet untuk memperbaiki kesihatan seseorang. Penting untuk kita memahami apa mikroorganisma yang membantu dalam mengawal untuk mendapatkan kesan yang lebih baik”.

Jeffrey Gordon, Ahli Biologi dan Profesor di Washington University

Kadang-kadang pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam kesihatan usus anda, yang bermaksud semua bakteria baik tidak dapat berfungsi dengan baik seperti sepatutnya. Ia berpunca daripada makanan ringan yang menjadikan keadaan bertambah teruk.

Dalam penyelidikan beliau, Gordon mendapati penggunaan makanan bergula boleh menyebabkan bakteria usus menjadi terlalu bergantung kepada gula dan menyebabkan penolakan kepada makanan sihat apabila diperkenalkan. Usus secara aktif boleh mensabotaj kita untuk makanan yang lebih sihat. Itu sangat betul namun ianya boleh dilatih semula.

Dengan mengamalkan makanan yang menggalakkan bakteria yang lebih sihat terutamanya memilih prebiotic yang tinggi seperti yogurt rendah gula dan makanan lain yang ditapai. Bakteria baik untuk menggantikan bakteria jahat. 




3. TIDAK CUKUP REHAT


Walaupun tidur merupakan sebahagian dari rehat, hadkan waktu untuk tidur dengan mencari jalan lain bagi meredekan tekanan.

Menurut penulis, Alex Soojung-Kim Pang dalam bukunya “Rest: Why You Get More Done When You Work Less” yang bermaksud rehat diperlukan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Rehat yang tidak mencukupi menjadikan badan menjadi lebih lemah dalam pelbagai hal termasuklah nutrisi. Ia boleh menimbulkan keperluan untuk “rangsangan” yang mungkin datang dalam bentuk gula. Walaupun itu merupakan keinginan yang mungkin sementara, ia boleh menjadi kebiasaan.

Beliau mencadangkan agar kita mengambil rehat dalam tempoh yang singkat setiap hari terutamanya pada masa keinginan terhadap makanan manis. Contohnya, daripada memilih snek yang manis ketika waktu petang, boleh cuba berjalan-jalan di luar selama 15 minit. Pang berkata, berjalan merupakan bentuk rehat yang sedar kerana ianya merehatkan diri dari tekanan harian.

Kadang-kadang keinginan terhadap boleh menjadi sangat kuat apabila kita mempunyai faktor ini. Sebagai contoh, terlalu banyak kerja sehinggakan terpaksa mengambil makanan yang tidak seimbang yang menyebabkan badan menjadi bertambah letih dan kurang nutrisi.


Sumber : myfitnesspal.com





October 22, 2018

VIVIX UNTUK IBU BERPANTANG

Ibu berpantang wajib jaga kesihatan supaya dapat menjaga bayi yang baru dilahirkan. kalau diri sendiri pun tak terjaga, agak sukar untuk si ibu menjaga bayinya.


Apa dilema seorang ibu yang dalam berpantang?

1. Sembelit kerana kurang minum air dan sukar untuk meneran
2. Sakit di bahagian faraj kerana jahitan episiotomi atau koyak sebab kepala bayi besar
3. Sakit di bahagian faraj akibat jangkitan kuman
4. Faraj berbau
5. Pendarahan post partum dengan simptom seperti denyutan nadi yang pantas, pening kepala.
6. Sakit kepala akibat kesan sampingan epidural atau pra-eklampsia bersama dengan penglihatan kabur dan/atau berasa loya
7. Imsonia akibat jadual tidur yang berubah mengikut peel bayi
8. Demam panas
9. Kemurungan
10. Berfikir hendak bunuh diri
11. Sakit rengat
12. Bengkak susu
13. Keguguran rambut
14. Kulit muka pucat
15. Wajah kurang berseri



MANFAAT VIVIX BAGI IBU BERPANTANG

✔️Menyembuhkan organ peranakan dan
✔️Memulihkan kesihatan rahim selepas bersalin.
✔️Memulihkan luka bersalin sama-ada luka luaran atau dalaman.
✔️Mengembalikan kecantikan tubuh.
✔️Mengelakkan stress atau gila meroyan



Bagaimana vivix bertindak dalam menyembuhkan/memberikan manfaat di atas kepada ibu berpantang?


🍇Vivix Bersifat Antioksidan Paling Unggul
Semasa berpantang, adalah penting kita menjaga kesihatan diri kita di samping kita menjaga bayi. Bunyi macam remeh ye la masa berpantang duk terkurung je dalam rumah mana mungkin kita akan jatuh sakit tapi kita perlu ingat diri kita juga terdedah kepada risiko atas faktor cuaca dan juga kesihatan mereka yang tinggal bersama dengan kita. Malah tak cukup nutrisi juga boleh mendedahkan kita kepada penyakit sebab menu berpantang yang agak strict.
Jadi dengan mengamalkan supplemen yang mempunyai antioksida tinggi sekurang-kurangnya dapat memelihara tubuh badan kita daripada demam, selsema, penyakit berjangkit dan jangkitan kuman.


🍇Memperbaiki sel
Proses kelahiran samada normal atau caesar, kedua-duanya akan melalui proses episiotomi, yakni dijahit. Resveratrol di dalam Vivix membantu untuk memperbaiki dan menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat. Jadi luka jahitan cepat sembuh, kering dan kurang risiko bernanah. Ada yang memberikan feedback bila mengamalkan Vivix, luka caesar mereka sembuh dalam masa seminggu. Berbanding mengamalkan ikan haruan, doktor kurang menggalakkan kerana didapati akan menyebabkan adhesions.

Adhesions are fibrous bands that form between tissues and organs, often as a result of injury during surgery. They may be thought of as internal scar tissue that connects tissues not normally connected.

Lapisan kulit kita terdiri daripada 3 lapisan iaitu epidermis, dermis dan hipodermis. Hasil feedback daripada rakan-rakan yang mengamalkan ikan haruan semasa anak pertama, kesannya untuk kelahiran anak seterusnya. Sewaktu doc belah perut, doc mengambil masa yang lama iaitu 2-3 jam untuk mengasingkan kulit yang berserabut. Ada rakan saya lapisan kulit antara usus dan rahim sambung menyambung dan ini yang dipanggil adhesions. Bila adhesions berlaku ia menjadi tugas sukar bagi doc kerana untuk memisahkannya bukan satu kerja mudah dan ibu berkenaan juga agak stress kerana terpaksa melalui proses di atas selama berjam-jam.

🍇memulihkan dan memberikan tenaga selepas proses kelahiran
Vivix mengandungi polyphenols yang membantu untuk meningkatkan mitochondria dalam sel. Bila bilangan mitochondria dalam sel meningkat, badan kita akan merasa lebih bertenaga. Ibu berpantang perlu sentiasa bertenaga supaya dapat menguruskan diri dan bayi dengan baik.

🍇resveratrol membantu meningkatkan metabolisme
dalam tempoh berpantang, kebanyakan daripada kita perlu kurang gerakan. Jadi selama 44 hari kita tak dibenarkan untuk exercise.
sedangkan exercise ni penting untuk tingkatkan metabolisme kita. bila amalkan vivix, di dalamnya terkandung resveratrol yang telah dikaji oleh saintis membantu untuk meningkatkan metabolisme. Kalau boleh dalam apa keadaan sekalipun, kita perlu kekalkan tahap metabolisme badan kita. bila metabolisme kita turun, maka kegemukan boleh terjadi akibat makanan susah untuk dicerna.

TESTIMONI VIVIX UNTUK IBU BERPANTANG










Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

ATAU

KEBAIKAN GARLIC COMPLEX SHAKLEE UNTUK KESIHATAN

Bawang putih terkenal dengan khasiatnya yang berupaya untuk mencegah jangkitan penyakit. Ia dianggap sebagai antibiotik semulajadi. 

Garlic Complex adalah satu produk keluaran Shaklee yang berasaskan bawang putih.

Ia dihasilkan daripada bawang  putih jenis premium yang bebas dari racun perosak dan di tanam secara organik di California, USA di waktu musim panas.

Ia dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allician aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual di pasaran mengandungi Allician aktif).

Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic.

Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary dan Spearmint).

Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita.

Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar.

KEBAIKAN GARLIC COMPLEX SHAKLEE UNTUK KESIHATAN










Garlic mengandungi pelbagai jenis komposit fisiologii yang terdiri daripada bahan sulfat untuk menentang bahan anti-oksidan dan anti kanser. Inilah asal bau garlic.

Hubungi Kak Feni untuk dapatkan Garlic.


October 21, 2018

KEBAS-KEBAS TANGAN DAN KAKI HILANG SETELAH MENGAMALKAN OSTEMATRIX

Minggu lepas Kak Nab (cleaner di pejabat Kak Feni) mengadu.

Feni, aku ni sakit sangat badan. Habis kebas-kebas tangan dan kaki aku ni. Nak buat macam mana ? Kalau pergi doktor di ceknya berapa kena ?

Kak Feni yang sedang sibuk di meja kerja pun berhenti dan fokus kepada masalah beliau. Macam doktor pulak Kak Feni ni kan. Kebetulan di meja Kak Feni ada Ostematrix. Kak feni pun bagi la sedikit untuk Kak Nab.

Kak Feni ambil ostematrix ni sejak kena kebas-kebas tangan 2 bulan sudah. Pergi jumpa doktor dan doktor cakap " kalau nak ambil suplemen, ambil suplemen kalsium. Ia boleh membantu dalam masalah kebas-kebas ni."

Alhamdulillah sejak Kak Feni amalkan Ostematrix ni, masalah kebas-kebas ni dah kurang. Lepas tu bila tidur malam pun dah jarang kena "tangkap mengkarung".



Boleh rujuk KEBAIKAN OSTEMATRIX SHAKLEE

Ostematrix adalah suplemen kalsium yang sesuai diamalkan oleh mereka yang kurang minum susu bagi mencukupkan keperluan kalsium setiap hari. Satu tablet Ostematrix bersamaan dengan segelas susu atau 80 biji badam.

KEPERLUAN KALSIUM DALAM BADAN




KENAPA KITA PERLU AMALKAN OSTEMATRIX ?












TESTIMONI OSTEMATRIX 







Dipetik dari Harvard Health Publication

Jika anda sedang mencari supplement Kalsium, pastikan ia mengandungi magnesium! Kenapa?

1. Magnesium ada mineral yg sukar utk disimpan didalam tubuh.

2. Magnesium bantu menyerap calcium dan mengekalkannya di
dalam tubuh.

3. Magnesium bertindak dengan baik bersama calcium utk membina matrix tulang anda yang kuat dan kukuh (utk mengelakkan kerapuhan).

4. Magnesium dan calcium bergabung memberikan kesihatan yang lebih baik pada sistem cardiovascular anda.

5. Magnesium dan kalcium bergambung membantu mengatasi masalah insomnia, ia memberikan anda tidur yang lena.

6. Jangan lupa, lengkapilah kalcium supplemen anda dengan vitamin D! Kenapa?
>>Vit D memaksimakan penyerapan calcium didalam tubuh
>>Vit D juga membantu regulate calsium didalam peredaran darah

7. Carilah kalsium supplement dari sumber calcium citrate kerana kadar penyerapan kedalam tubuh lebih tinggi!!


Untuk mendapatkan SUPLEMEN KALSIUM atau produk Shaklee yang lain boleh hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

October 19, 2018

Sekadar Berkongsi Cerita

Menjadi seorang wanita, isteri dan ibu kepada 2 orang anak lelaki bagi Kak Feni sememangnya mencabar juga. Kita yang kena uruskan semua kadang-kadang boleh stress dan hilang mood.



Tahun ni, Abang Aus dah 6 tahun dan Adik Rayyan 4 tahun. Suasana pagi agak kelam kabut pada mulanya sebab Kak Feni tak pandai nak uruskan masa dengan betul. Pagi-pagi nak gosok baju, nak mandi dan siapkan anak-anak. Rasa letih sangat dan Kak Feni akan mula mengamuk dekat suami dan anak-anak.

Dahlah kita nak cepat. Semua benda kita nak buat, boleh hilang mood. Pada pandangan Kak Feni masa tu mengharapkan bantuan suami untuk memandikan anak sementara Kak Feni menggosok baju. Bila anak-anak mula mengamuk dan taknak mandi dengan abahnya, mula lah Kak Feni naik angin. Cakap kuat-kuat dan ugut anak dengan macam-macam hal. Nak tinggal di rumah sorang-soranglah, rotanlah dan ada kalanya Kak Feni mengamuk tutup kipas, lampu dan pintu sebab nak suruh diorang bangun dari tidur. Kejam sangat masa tu. Sedih pulak bila ingat perbuatan sendiri.

Lama-lama Kak Feni datang keinsafan dalam diri. Anak adalah amanah Allah yang perlu dijaga sebaiknya. Masa kanak-kanak ni lah anak-anak nak bermanja dengan kita. Esok bila diorang dah besar tak tahu masih ada peluang ke tak nak bermanja-manja dengan anak-anak. 

Sementara ada peluang ni. Kak Feni berusaha menjadi ibu yang baik. Pagi-pagi dah tak mengamuk macam dulu. Bangun awal dan siapkan anak-anak dengan bahagia. Biarlah diorang bangun dengan mood yang ceria. Tak rugi pun. Ummi yang kena berlembut dulu. Macam mana kita ajar diorang. Maca tu lah jadinya. Ummi yang kena banyak sabar. 

Alhamdulillah sejak 2 3 bulan ni, Kak Feni cuba taknak marah-marah waktu pagi. Kalau anak-anak buat perangai pun Kak Feni cuba bertenang dan kawal keadaan. Layan je kerenah diorang. Nak mandi dengan ummi, ok. Nak pakai baju dengan ummi , ok. Alhamdulillah mood anak-anak pun okay dan pergi sekolah dengan baik. Abang pakai kasut sendiri. Tak ada nak mengamuk-ngamuk lempar kasut dan stoking.

Bila semuanya baik-baik saja, kita pergi kerja pun dengan tenang dan aman. Kalau tak mesti timbul rasa kesal dan menyesal sebab pagi-pagi dah buat hal. Buat kerja pun dalam keadaan serba salah.dan ada yang tak kena.

Terima kasih ya Allah sebab menyedarkan aku sebelum aku terlambat. 

JANA PENDAPATAN BERSAMA SHAKLEE

Sekarang ni ramai orang yang mengalami masalah kewangan dan sibuk mencari peluang untuk menambah pendapatan. Yang banyak menjadi pilihan adalah dengan buat bisnes online. Feni pun tak kurang juga. 

Hanya dengan handphone yang ada khidmat internet kita dah mampu menjana pendapatan dimana sahaja. 

Selalunya yang mendaftar untuk menjadi ahli Shaklee adalah seseorang yang telah atau sedang mengamalkan suplemen Shaklee. Bila dah rasai sendiri perubahan yang berlaku setelah mengamalkan produk Shaklee barulah bersemangat nak berkongsi dengan orang lain.

Bagi Kak Feni yang selalu kena penat, letih dan kena demam ni. Memang perlukan suplemen untuk membantu dalam meningkatkan tenaga. Kalau dulu untuk hilangkan mengantuk, kena ambil kafein. Sekarang bila dah kenal dengan suplemen Shaklee. Perlahan-lahan meninggalkan kafein. Sekali sekala teringin tu bolehlah.

Antibodi badan pun semakin lama semakin kuat sejak amalkan suplemen ni. Kalau tak dulu dalam sebulan mesti 2 3 kali kena demam dan selsema. Macam imun badan semakin kuat lah. Suplemen ni macam dia tambah nutrisi yang kita kurang. Maklum sajalah kita ni kadang-kadang nak makan pun yang sedap-sedap je. Sayur dan buah kurang makan. Jadi macam mana nak dapat nutrisi yang cukup.

Macam Nak Daftar Sebagai Ahli Shaklee ?

Untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee mudah saja. Ada 2 pilihan sama ada bayar yuran keahlian sebanyak RM79.50 atau dengan membeli barangan Shaklee sebanyak 200uv atau lebih. 



200uv tu macam mana ?
Setiap produk Shaklee ada uv masing-masing. Contohnya Sebotol Vivix ialah 118uv. Kalau beli 2 botol Vivix dah 118x2=236uv. Kalau beli 2 botol Vivix dah layak mendapat keahlian percuma. Kemudian dapat pulak bonus yang dimasukkan ke dalam akaun bulan depan.

Penting untuk mendaftar dengan upline yang aktif supaya tidak terkapai-kapai dalam mendapatkan info. Ini untuk yang ingin buat bisnes dalam Shaklee. 

Ramai surirumah dan juga golongan profesional telah berjaya membuktikan bahawa mereka mampu menjana pendapatan yang lumayan hanya dengan menjalankan bisnes Shaklee.

Bisnes Shaklee ini tidak bermusim kerana permintaan terhadap suplimen memang sentiasa ada. Ramai orang yang membeli produk Shaklee kerana memang banyak bukti tentang keberkesanannya.

Produk Shaklee telah diuji secara klinikal dan siap ada LandMark study untuk produknya. Pengambilan suplimen secara berterusan mampu membantu dalam meningkatkan kualiti kehidupan.

Dalam masa yang sama membuka peluang kepada semua orang supaya menjana pendapatan mengikut keselesaan masing-masing. Sambil-sambil makan suplimen untuk diri sendiri dan share kebaikannya, dapat jugaklah hasilnya kan. Untung-untung dapat makan vitamin free. 

Perniagaan Shaklee sentiasa berkembang dan mendapat permintaan yang hangat kerana ramai yang dah celik tentang kepentingan nutrisi yang betul. Masalah kesihatan adalah salah satu punca ramai orang berusaha untuk mendapatkan khasiat dari suplimen bagi mencegah penyakit bahaya.

Menjadi ahli Shaklee anda layak untuk mendapatkan harga ahli yang lebih murah berbanding harga pasaran. 

Untuk yang ingin menjana pendapatan pula ada beberapa ganjaran lain yang boleh dimiliki kepada yang layak. Antara ganjaran yang ditawarkan ialah :
✔ Bonus setiap bulan
✔ Sibsidi pembelian kereta
✔ Umrah 
✔ Percutian

Semuanya ditanggung oleh Shaklee. Menarik kan ? Bukan itu sahaja. Kalau join group kami. Upline selalu bagi reward untuk sesiapa yang join task. Hadiahnya pula bukan yang biasa-biasa. Memang best sangat. Ops terbongkar rahsia pulak.

Okey, jangan lupa kontek Feni kalau berminat nak join ahli. Boleh pilih sama ada nak bayar RM79.50 atau buat belian 200uv ke atas.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...