October 4, 2018

5 TAHUN 6 BULAN 4 HARI SUDAH AKU DI SINI

Alhamdulillah pejam celik sudah 5 tahun aku kerja di sini. Suasana kerja yang best bagi aku sebab flexible. Bos pun okay-okay sahaja. Bab gaji memang tak boleh nak cakap sebab P&C.

Kadang-kadang teringin juga nak cuba sesuatu yang baru tapi mengenangkan aku kena pergi interview balik. Lepastu  nak dapat benefit macam sekarang ni memang susahlah. Mungkin rezeki aku di sini. 

Azam aku nanti. Nak kerja sampai umur 40 tahun je dengan orang. Lepas umur 40 tahun aku nak berhenti kerja dan fokus dengan bisnes sendiri. Sekarang ni enjoy dulu dengan pengalaman menjadi seorang pekerja.

Kalau sebelum ni, aku sering bertukar-tukar kerja sebab selalu berpindah. Lepas tu, masa tu tak kahwin lagi jadi komitmen pun memang tak banyak. Hanya untuk diri sendiri je. Jadi memang tak kisah pun apa nak jadi esok hari.

Bila dah kahwin dan beranak pinak ni, mula berfikir ke depan untuk masa depan anak-anak. Kerja kuat untuk masa depan anak-anak. 


Antara tugasan awal Kak Feni masa mula-mula masuk company ni. Terkejut sebab pejabat memang huru hara. Tak tahu nak mula dari mana. Filing pun memang hancur. Hari kedua Kak Feni kena cucuk di kedua belah tangan untuk masuk ubat sebab kena muntah-muntah dan cirit birit. Haha terkejut dengan keadaan opis. Mula-mula memang teruk sangat rasa. Banyak benda nak kena buat. Sekarang alhamdulillah semua dah "under control".

Tahun 2013 Kak Feni tak banyak share di media sosial. Kunun nak private. Sebenarnya tak reti pun. Kehkehkeh.


[FIREDRILL 2013] 
Ni adalah kali pertama Kak Feni kena turun ke bawah melalui tangga dari tingkat 13. Rasa nak tercabut kaki. 2 minggu tak hilang sakit urat disebabkan firedrill ni. Serik dah rasa nak turun ke bawah guna tangga. Merasa jugalah turun dengan tangga. Sampai bawah kaki dah tak rasa apa dah.


Ni masa tahun 2015. Kerja semakin bertambah dan bertambah. Kak Feni mula faham tentang kerja-kerja sebagai pemaju seperti progress billing, kira loan dan sebagainya. Alhamdulillah untuk ilmu ini.

Kini dah 5 tahun lebih masih kerja disini. Daripada badan kurus keding, comel lote. Sekarang ni dah semakin comel dan lotenya. Hahahaha


Dalam 5 tahun ni, banyak suka duka yang telah dilalui. Banyak benda yang best berlaku sebab boss dan sahabat semuanya baik-baik. Kami bekerja dengan ikhlas hati untuk sama-sama menjemput rezeki.

Semoga ada sinar di kedepan hari. Boss naikkan gaji ke. Dapat bonus berkodi-kodi ke. Bawak kami pergi travel ke. Best kan ? 


October 3, 2018

Alhamdulillah Untuk Hari Ini.



Alhamdulillah selesai dah meeting dengan ustaz yang datang jauh dari Kota Bharu. Kalau minggu lepas kami yang terpaksa turun ke Kota Bharu, hari ni ustaz pula yang datang ke KL. Siapa ustaz ni ? Ustaz adalah salah seorang ejen untuk mempromosikan shoplot kami di Kota Bharu.

Kak Feni tak boleh nak mention lebih-lebih pasal hal-hal syarikat sebab P&C kan. Kang tak pasai-pasai kena saman dengan company. Just nak share tentang kedudukan diri je.

Apa tugas Kak Feni sebenarnya ?

Sediakan paperwork dan buat sedikit penerangan. Sebenarnya paperwork ni tak boleh buat sorang-sorang. Kena duduk dan berbincang dengan boss sebab segala keputusan kita staff tak boleh nak memandai. Apa pun boss yang kena buat keputusan. 

Kak Feni cuma dengar dan buat kertas kerja saja. Apa yang boss putuskan. Kami yang mengikut arahan. Kadang-kadang stress juga dengan kerja ni sebab rasa macam tak boleh nak buat. Nak marah dan geram pun ada. Tapi dah nama pun staff kan. Nak tak nak kena hadap jugak la.

Harapnya lepas ni selesailah semua ni. Sakit kepala dah nak mikir. Haha sebab dari tahun ke tahun tak selesai lg. Masalah takkan selesai selagi nyawa dikandung badan. Jadi bersabarlah dengan segala ujian yang Allah bagi ni.

Selesai meeting untuk hari ini. Esok kita sambung kerja lagi.

October 2, 2018

KEBAIKAN VITAMIN C SHAKLEE

Vitamin C tidak pernah dijumpai secara sendirian. Makanan yang mengandungi vitamin C juga mengandungi bioflavonoid. Bioflavonoid diperlukan untuk penyerapan vitamin C dan kedua-duanya berfungsi bersama-sama untuk meningkatkan fungsi badan supaya kita berasa sihat setiap hari. Sentiasa pastikan mengambil dos vitamin C untuk kesegaran segera bila-bila masa dan dimana sahaja.

1. Mabuk Hamil

Bagi sesetengah wanita, mabuk hamil boleh berlaku sepanjang hari. Apabila digabungkan dengan vitamin K, Vitamin C membantu melegakan rasa mual dan muntah. Pilih vitamin C yang memberi anda rasa masam sedikit untuk melegakan mabuk hamil.




2. Mengantuk

Kajian menunjukkan bahawa kekurangan vitamin C boleh menyebabkan tidur lebih pendek. Kurang tidur atau kualiti tidur yang tidak bagus boleh menyebabkan kekurangan tenaga dan mengantuk pada siang hari yang menjejaskan produktiviti. Kekalkan kesegaran dengan vitamin C yang boleh dikunyah.



3. Selsema

Gejala seperti hidung berair, bersin, keletihan dan batuk boleh dikurangkan dengan pengambilan vitamin C. Antioksidan ini meningkatkan pengeluaran sel darah putih, yang merupakan komponen utama sistem imun. Ia juga dapat mengurangkan tempoh selsema.



4. Mabuk Laut

Mabuk laut berlaku apabila sistem keseimbangan telinga dalaman terganggu, yang mengakibatkan penghasilan histamin, yang menjadikan kita mabuk laut. Hindari mabuk laut dengan vitamin C yang berfungsi sebagai ati-histamin, memulihkan keseimbangan badan serta mengurangkan simptomnya untuk memastikan keselesaan sepanjang perjalanan.


5. Sakit Tekak

Sakit tekak berlaku apabila tekak dijangkiti, menyebabkan keradangan. Vitamin C mengandungi sifat anti histamin untuk membantu menyekat kesan keradangan dan meneutralkan toksin yang dihasilkan oleh jangkitan. 


PERBEZAAN SHAKLEE


Vitamin C yang selamat untuk diamalkan. Rasa citrus yang hebat. Ditambah dengan serbuk rosehips, bioflavonoid sitrus dan hesperidin untuk meningkatkan fungsi vitamin C.


Hubungi Kak Feni untuk info berkenaan dengan produk Shaklee serta membuat pesanan.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Done Daftar Sekolah TABIKA Untuk Adik Rayyan


Hari ni macam biasa bangun awal tapi Adik terlebih excited sebab nak daftar dia masuk tabika tahun depan. Dia cakap dia taknak sekolah sebab nak jaga baby Abang Par (adik Abang Par). Bila dah sampai sekolah dia senyum je.

Alhamdulillah selesai sudah pendaftaran sekolah adik hari ni. Ummi dah ambil borang minggu lepas lagi. Semalam baru complete semua cuma gambar passport je belum ambil lagi. Minggu ni kena pergi ambil gambar di kedai gambar. Tak tahulah macam mana gaya nanti. 

Cikgu cakap kena order baju saiz S sebab nampak adik kecik je. Cakap juga dengan cikgu, kalau tak sekolah rugi pulak sebab abang dulu dah sekolah 5 tahun. 6 tahun dah boleh membaca dan mengira. Cikgu cakap tak mengapa sebab 5 tahun hanya untuk ajar anak-anak tentang disiplin dan berkawan. 

Terima kasih cikgu sebab memahami. 

Tahun depan, adik akan mulakan sesuatu yang baru. 2 tahun ni dia hantar je abang ke sekolah. Tahun depan dia pulak. Yang pastinya dia tak mengamuk nak bangun pagi. Hari pertama tak tahulah macam mana dengan sekolahnya. Adakah ummi kena ambil cuti ? Harus dah sebab abang pun baru pertama kali sekolah rendah dan sekolah agama.

Harapnya semua berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.




October 1, 2018

JOM DETOX HATI UNTUK HIDUP LEBIH SIHAT DAN CERGAS

Hati yang tidak sihat menyebabkan

1. Bau badan
2. Keletihan kronik
3. Emosi tidak stabil
4. Kembung atau perut tidak selesa
5. Gatal, kering. kuning dan gelap pada kulit
6. Berat badan bertambah atau ketidakupayaan untuk menurunkan berat badan

Hati merupakan organ terbesar kita, hati menapis dan menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan di dalam tubuh kita terutamanya toksin. Oleh itu, kesihatan dan kesejahteraan seseorang bergantung pada seberapa baik tubuhnya membunag dan menyingkirkan toksin.

Detox hati dengan nutrisi hebat - DTX Complex


Kandungan dalam DTX- Complex yang membantu dalam menyihatkan hati.



SCHIZANDRA CHINENSIS

Herba anti tekanan ini membantu
✔ Melindungi hati
✔ Meningkatkan pertahanan badan terhadap tekanan alam sekitar, pendedahan toksin, kerisauan serta penyakit emosi dan mental.
✔ Mengurangkan pengumpulan lemak dalam hati.
✔ Menghalang kecederaan hati dan mengurangkan keradangan hati.

MULK THISTLE

 Bertindak sebagai antioksidan, ia mencari radikal bebas dan menghindar mereka dari merosakkan sel termasuk :-
✔ Meneutralkan radikal bebas.
✔ Membaiki kerosakan pada sel hati.
✔ Melindungi sel baru hati daripada rosak oleh toksin yang sama.
✔ Menyingkirkan bahan kimia dan dadah (termasuk ubatan yang terdapat di kaunter farmaseukal seperti acetaminophen).

KUNYIT

Curcumin, komponen utama kunyit sebagai anti-radang dan antioksidan kuat yang membantu :
✔ Memerangi pengoksidan yang menyebabkan kerosakan hati.
✔ Meningkatkan kadar hormon otak untuk mencetuskan perkembangan neuron baru dan mencegah pelbagai proses degeneratif otak untuk fungsi tubuh yang optimum.

ARICHOKE

Secara umumnya tinggi dengan serat, asid folik, vitamin c, dan vitamin K, artichoke membantu:
✔ Menggalakkan pengaliran hempedu untuk membuang toksin dari hati.
✔ Memberi kesan anti-radang.
✔ Mengurangkan kadar lemak dan kolesterol dalam hati.

DANDELION

Kaya dengan antioksidan dan mengandungi vitamin A, B, C, D, E dan beta-carotena serta zink, besi, kalium dan selenium untuk :
✔ Menyokong kesihatan hati.
✔ Meningkatkan penghadaman.
✔ Meningkatkan pengeluaran air kencing untuk membuang toksin dari sistem kita.

CENDAWAN REISHI

Dipanggil sebagai "cendawan keabadian" oleh orang Cina. Ia membantu :
✔ Mengawalatur sistem imun.
✔ Meningkatkan kesihatan usus.
✔ Menyediakan sifat anti-oksida dan anti-histamin.
✔ Menyokong pertahanan sel hati daripada jangkitan bakteria dan toksin.



D - Detox hati untuk mengembalikan kesihatan hati.
T - Tiga biji sehari untuk meningkatkan kesihatan hati secara semulajadi.
X - Ekstrak tumbuhan menyingkirkan toksin badan untuk meningkatkan keupayaan untuk mengekalkan hati yang sihat.

 Bagaimana untuk mendapatkan suplemen DETOX HATI ini ? Boleh terus menghubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

WELCOME OCTOBER !


Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Oktober dah hari ni. Semoga baik-baik sahaja untuk bulan ni. Jom bangkit berlari. Selagi belum capai apa yang di impikan. Teruskan berusaha. Abaikan kata-kata negatif yang selalu menghantui diri dan fikiran.

Doa dan terus berdoa. Allah Maha Mendengar cuma kita yang belum bersedia untuk menghadapinya.  Lagi 3 bulan je lagi nak sambut tahun baru. Semoga semuanya berjalan dengan baik dan lancar sekali.

OCTOBER, please be nice for me.

PROMOSI SHAKLEE OKTOBER 2018

Promosi Oktober 2018 dengan tawaran yang lebih hebat dan lebih menarik.

ZINC PLUS DAH KEMBALI

Zink plus dah kembali ke Malaysia setelah tiada untuk beberapa ketika. Kenapa Zink ni hebat ? Lelaki yang mengamalkan zink dapat membantu dalam memperbaiki masalah prostat.  Ia melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuhkan benign prostatogemaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zink dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakakn prostat dalam kadar 70%.




VITAMIN C : BELI 3 BOTOL DAPAT 5% DISKAUN


Untuk cantik, vitamin C boleh bantu. Ia merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.


YOUTH MEMPERKENALKAN "RESTORING EYE TREATMENT"

☑ Mengurangkan penampilan garis halus, kedutan dan kedutan di sisi luar lipatan mata.
☑ Mengurangkan sembap dan lingkaran hitam mata.
☑ Membantu menegangkan kulit di sekeliling mata.
☑ Menegangkan dan menghidrat.
☑ Melembapkan dan melindungi.




PROMOSI YOUTH UNTUK KEKAL CANTIK





Untuk pertanyaan dan pembelian produk Shaklee boleh hubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...