August 29, 2018

Ronaldmohoni.com Salam Merdeka 2018 Giveaway


Tarikh Giveaway:
19 0gos hingga 09 September 2018

Hadiah:
1. RM 10 untuk seorang pemenang
2. RM 5 untuk 8 pemenang

Hadiah akan dikurangkan jika penyertaan tidak melebih 20 penyertaan. Keputusan berdasarkan cabutan nombor bertuah. Sebarang pertanyaan sila ajukan diruangan komen. Sekian dan salam merdeka.

Bagaimana nak join Giveaway ni ? Just klik banner.

CUTI-CUTI MALAYSIA - GUNUNG LANG IPOH PERAK 25/08/2018

Hari kedua di Ipoh. Bangun pagi sarapan roti canai. Beli bungkus makan di hotel saja. Bila dah beramai-ramai ni memang kena berjimat cermat lah kan sebab kami bukan orang have-have. Boleh berjalan pun dah seronok sangat.

Nak masuk Lost World Tambun pukul 3.00 petang jadi kami masih mempunyai masa untuk berjalan  di Gunung Lang. Ni pun kali pertama Kak Feni sampai di Gunung Lang ni. Dulu masa duduk di Gerik bertahun-tahun memang tak pernah singgah. Lalu ikut jalan raya je.

Kami sampai di sini dalam pukul 12.30 macam tu. Lepak depan jeti nak ke pulau di sana kena bayar tiket naik bot RM3.00 seorang.

Semuanya 7 dewasa 3 kanak-kanak dan 1 warga emas.

#GunungLang di Ipoh Perak. Naik bot RM3. Kayuh basikal yang 2 orang tu RM15 untuk sejam. Basikal kanak-kanak untuk #AbangAus RM2 sahaja.

Dulu tiap-tiap minggu turun Ipoh. Tak pernah singgah. First time jugak sampai sini. Ikan dia besar-besar. Beli makanan ikan RM2 sepeket. Roti untuk ikan RM1.60 satu plastik.

Anak-anak paling seronok.


Setelah beli tiket kenalah beratur untuk naik bot. Banyak juga bot di sini tapi yang beroperasi hanya satu. Dok pi mai pi mai yang tu je sebab orang tak ramai. Makanya beraturlah kami beramai-ramai.


Nak turun ke jeti kena berhati-hati terutamanya untuk kami yang bawa anak-anak kecil dan juga warga emas. Salah langkah boleh tergolek. 




Orang Ipoh yang taktahu nak pergi mana hujung minggu boleh luangkan masa dengan anak-anak di sini. Quality time with family orang kata. Macam kami ni ada rezeki singgah sini memang rasa berbaloi. Entah bila pulak nak sampai tak tahu.

Naik bot ni tak sampai 5 minit dah sampai seberang sana. 

Sorilah video cokia dari kak feni yang tak pandai bervideo ni.



Sampai di jeti terus jalan-jalan. Ada banyak juga haiwan yang di bela di sini. Aktiviti kami di sini bagi makan ikan. Makanan ikan boleh dibeli dengan harga RM2 sepeket. Roti pulak RM1.60 sebuku (satu plastik).

Ikan di sini gemuk-gemuk dan segar-segar sebab kenyang diberi makan oleh pengunjung.



 



Lepas bagi makan ikan kami teruskan dengan berjalan kaki konon nak round-round pulau ni. Sampai tengah jalan kesian dekat TokMek sebab tak larat nak berjalan. Tengah panas pulak tu, makanya kami pun menyewa basikal untuk memudahkan perjalanan kami melawat tempat ni.

Sewa basikal untuk 2 tempat duduk tu RM15/jam. Basikal kanak-kanak untuk Abang Aus RM2/jam. Kami ambil 2 basikal kemudian tambah lagi satu untuk Abang Afan dengan abahnya.

Kami berada di sini tak lama sebab kejar waktu nak masuk Lost Word Of Tambun. Nak tengok show harimau pukul 3.00 petang. Jadi pukul 2.00 kami dah keluar dari tempat ni untuk makan tengahari.

Tunggu giliran untuk naik bot. Bila hujung minggu memang ramai orang datang sini. Jadi jeti memang penuh dengan orang ramai yang ingin mengisi masa bersama keluarga tersayang. Bot sampai terus ambil tempat masing-masing. Kali ni ada safety jacket untuk dipakai. Anak-anak memang teruja. Tak sempat siap pakai dah sampai jeti sebelah sana. Kasi can untuk anak-anak merasa.



Jurugambar terbaik di seantero dunia. Haha

Sebelum bergerak meninggalkan Gunung Lang, Ambil la beberapa photo kenangan sebab tak tahu tahun bila pulak nak sampai sini.

Air terjun ni, ada masa-masa je dia turun tau sebab masa kami mula-mula sampai takde air terjun. Nak balik tu baru mereka pasang. "nice view".





Selepas bergambar, kami bergegas ke Lost World Of Tambun. Dah sampai di sana keluar balik sebab nak makan dulu kenyang-kenyang sebelum bermain sepuasnya di dalam tu. Kalau dah masuk tak boleh keluar. Macam biasa makanan luar tak boleh bawak masuk. Jadi kami ni nak jimat kannnnn. Makan tengahari di luar dulu siap-siap. 

Next Kak Feni share cerita di Lost World Of Tambun pulak. Semoga banyaklah masa Kak Feni ni. Amin.

August 27, 2018

BERSERONOK DI MAPS IPOH 24/08/2018

Percutian yang sememangnya tidak dirancang oleh kami. Balik kampung untuk menyambut hari raya qurban di Kelantan. Balik dari Kelantan terus ke Ipoh untuk menghantar Abang Chik sebab nak masuk MAPS untuk Abang Afan. Last-last dengan kami sekali terjebak masuk Maps. Ummi tumpang rezeki anak-anak.

Kami ke sana selepas makan tengahari lepas solat Jumaat. Pukul 2.00 petang tapi rasa rugi ambil tiket awal RM60.00 untuk seorang dewasa. Kanak-kanak RM57.00. Kalau masuk pukul 5.00 petang harga tiket hanya RM35.00 seorang. Abang Chik, Kak Ina dan Afan dah ada tiket sebab dia beli tiket secara online. Tinggal kami jela yang beli tiket secara walk-in. Ummi, Achik, TokMek, Abang Aus dan Adik Rayyan. Adik Rayyan tak kena tiket sebab saiz badan kecil.


Wawan datang lambat jadi beli tiket kemudian. Dari pintu utama ke tempat main tu kena lalui jambatan yang boleh tahan jauh juga. Bagi kita orang muda mudi yang kuat ni memang okey. Macam untuk orang tua macam Tokmek memang agak meletihkan. Tambah-tambah lagi kalau masa tu panas terik, memang sangat-sangat mencabar.

Terdapat banyak permainan di sini. Bagi Kak Feni bayaran RM35.00 sekali bayar memang berbaloi sebab boleh naik benda yang sama berulang-ulang. Haha dulu masa kecil tak dapat nak merasa bila dah besar ada peluang nak merasa. Kenapa kita nak lepaskan peluang kan ?


Haha di sini boleh merasa naik benda ni. Kalau di funfair hanya untuk kanak-kanak. Ni untuk mak bapak budak pun boleh naik. Tok Mek pun naik juga khas untuk warga emas.


Lepas naik binatang berpusing tu, anak-anak naik kapal terbang berpusing. Kami ingat untuk kanak-kanak sahaja, rupanya dewasa pun boleh naik.






Bila keadaan di luar sangat panas. Kami masuk pulak tempat yang ada aircond untuk menyejukkan badan. Disini memang kena minum air kosong banyak-banyak takut kena strok haba pulak kan. 


Anak-anak seronok main dalam ni sebab sejuk dan luas. Cantik dan selesa terasa macam duduk dalam laut. Kami duduk di atas kapal laut yang karam.


Selepas berjalan-jalan di dalam laut. Kami pergi pulak main kereta eksiden tu. Haha orang panggil apa tak tahu. Kak Feni panggil kereta eksiden je. Yang lain boleh naik cuma Adik Rayyan je yang tak lepas sebab tak cukup ketinggian. Jadi ummi pun terpaksa mengalah tak naik sama. Huhu.


Kami kemudian ke Show The Smurf Teatre. Kat dalam ni tak boleh buat bising, nanti Papa Smurf marah. Boleh tengok and just enjoy the show.




Lepas tengok Papa Smurf, kami menuju ke Live Action Zone sebab ada pertunjukkan drift kereta dan motor. Anak-anak memang teruja sebab boleh tengok live benda macam ni. Setiap aksi yang mereka buat ada cerita. Rezeki kami dapat tengok live drift ni sebab masa kami sampai jadual tayangan drift dengan Boboiboy sama waktu. Kena pilih salah satu. Disebabkan oleh ramai orang hari ni, mereka mengubah jadual.




Kemudian lepas tengok drift kami beratur nak masuk dewan nak tengok Capten Papazola. Beratur panjang nak masuk. Sampai turn dah penuh. Kami dahlah ramai 9 orang. Merayu juga dekat penjaga tu sebab bukan senang nak masuk kan. Dahla tayangan terakhir untuk hari ini. Kami bernasib baik sebab ada yang keluar. 



Banyak tempat yang tak sempat kami main sebab nak tengok boboiboy. Anak-anak paling seronok sebab dapat bermain dan berjalan. Kami berjalan sesama kami je sebab abah tak boleh nak balik kena kerja.

Kami kemudiannya masuk dewan untuk tengok 4D Boboiboy. Di sini, kita akan diberikan cermin mata untuk melihat tayangan cerita boboiboy. Tayangan 4D.






Dari pukul 5.00 hingga pukul 10.00 malam memang rasa cukup penat dah untuk kami semua. Mujurlah ummi tak pancit dan sakit kepala. Jalan tengah-tengah panas memang mencabar. Mujur air kosong untuk anak-anak boleh bawak masuk. Kalau nak berbelanja dalam ni saja harga dia agak mahal untuk ummi. Untuk orang lain mungkin berpatutan.

Untuk anak-anak memang kena bawa duit lebih sebab dalam ni sama dengan taman tema tempat lain. Tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman dari luar. Jadi untuk anak-anak kecil macam ummi ni memang kena spare duit lebih. Maklumlah anak-anak ni bila dah berjalan memang akan minta makan dan minum sebab letih, lapar dan dahaga.

Selepas menonton wayang Boboiboy 4D ni. Kami menunggu Maskot Boboiboy and the gang. Anak-anak paling teruja sebab dapat jumpa Boboiboy. Sementara menunggu maskot keluar kami lepak di kedai Tok Abah.



*Hehe muka Abang Afan cetum je sebab gaduh dengan abah die.







5 jam berada di sini memang dah cukup untuk semua show di sini. Alhamdulillah kami dapat tengok semua show yang ada. Last sekali kami dapat bergambar dengan maskot Boboiboy and the gang. Untuk anak-anak memang seronokla. Pergi musim cuti sekolah memang seronok sebab meriah dan ramai orang.

Lepas keluar dari MAPS ni terus pergi makan beramai-ramai. Raya kali ni memang betul-betul full dengan aktiviti berjalan. Nak makan kat dalam MAPS ni dah banyak yang tutup. Makanan banyak yang dah habis.

Terima kasih untuk AyahChik dengan Cik Ina serta Abang Afan sebab bawa Abang Aus dengan Adik Rayyan jalan-jalan. Kalau tak susah lah nak merasa. Tambah-tambah lagi dengan abah tak ada. Nak harapkan ummi seorang memang kita tak pergi lah untuk keselamatan anak-anak.

Next entry Kak Feni cerita pasal Gunung Lang dan Lost World Of Tambun pulak. Chill ya.

KEMBALI MASUK KERJA !



Yeah memulakan tugas dengan penuh semangat hari ini setelah seminggu bercuti. Memang bercuti sakan kali ni. Alhamdulillah rezeki Allah yang tidak pernah putus. Rezeki Allah dari sumber yang tidak disangka-sangka.

Semuanya telah di rancang oleh Allah. Allah sebaik-baik perancang.

Banyak benda nak share ni haa. Tunggu bila free Kak Feni akan mula menaip dan edit picture sikit-sikit. Banyak gambar dalam handphone Abang Chik yang masih belum di transfer. Jadi kena tunggu.




August 17, 2018

MEALSHAKES MEMBANTU MASALAH SEMBELIT DIKALANGAN KANAK-KANAK

Adik Rayyan berumur 2 tahun 8 bulan ketika ni. 2 3 bulan ni dia taknak minum susu sangat. Dia suka sangat makan makanan manis dan berperisa. Jenuh nak mengajar dia makan makanan yang sihat. Jadi bila nak membuang memang jadi masalah kepada dia.

Alhamdulillah sejak Feni bagi dia minum Meal Shakes yang dicampur dalam susu, masalah sembelit dia kurang. Kalau tak nak membuang bukan main susah lagi. Adakalanya sampai menangis nak berak.

Budak umur ni mana tau apa yang dia makan itu baik atau tidak asalkan sedap dia makan. Kita pulak tak sampai hati nak tengok.


Pengalaman Kak Feni dalam memberikan Meal Shakes sebagai hidangan harian untuk Adik Rayyan memang bagus dan sangat membantu dalam mengatasi masalah sembelit. Malah Kak Feni sangat sarankan kepada ibu yang mengalami masalah yang sama boleh cuba bagi MealShake untuk anak-anak.

Rasa Meal Shakes yang lemak manis berperisa vanila memang sangat membuka selera. Baunya juga sangat wangi.



PILL BOX SHAKLEE


Kak Feni panggil pill box ni mangkuk tingkat sebab ia bertingkat-tingkat macam mangkuk tingkat. Cantik dan ekslusif nampak kan ?

Esok nak balik kampung memang senang bila ada benda ni sebab tak perlu angkut semua botol-botol suplemen Shaklee. Jadi sangat menjimatkan ruang dan juga beg tak berat. Hihi

Semalam pergi Branch Shaklee di Sri Rampai, yang kaler hijau dah kehabisan stok. Tinggal yang kaler putih je. Jadi kalau sesiapa yang nak order kena tunggu Shaklee restok dulu ya.

August 15, 2018

KENAPA AKU TAKNAK BERANAK LAGI ?



Hari ni terpanggil untuk meluahkan perasaan sikit. Dua tiga hari ni penuh di wall facebook tentang sebuah taska di Melaka yang mendera kanak-kanak. Memang aku tak sanggup nak tengok dan scroll laju-laju. Bila ada kawan tunjukkan video tersebut hati ni memang membuak dan sungguh sakit hati. 

Seorang ibu menghantar anak ke pusat asuhan atau taska untuk dididik menjadi insan yang berguna namun trauma yang mereka dapat. Balik cerita dekat ibu bapa tapi ibu bapa tiada pilihan dan bersangka baik. Mungkin cikgu-cikgu nak mengajar. 

Bagi aku kalau memukul untuk mengajar tiada masalah tapi memukul sampai tercampak anak-anak dari kerusi itu. Itu sudah terlalu melampau. Sakit hati sangat wahai manusia yang berhati binatang wei.

Bila orang tanya kenapa Kak Feni taknak beranak lagi ? Ni lah salah satu sebabnya. Ada ke orang nak jaga anak aku sebaik mungkin ? Nak harapkan ibu mentuaku yang semakin hari semakin bertambah usianya memang tak lah. Cukuplah dua orang setakat ni. Itu pun dah bersyukur sangat-sangat dah. Bagi je kasih sayang secukupnya.

Lelaki ke perempuan ke, aku tetap bersyukur dengan rezeki Allah bagi. Kalau beranak lagi pun lepas ni harapnya dipermudahkan segala urusan. Aku berhenti kerja jaga anak sendiri ataupun dapat pengasuh yang baik-baik tapi sejujurnya aku tak sanggup. Mungkin sebab tu aku tak beranak lagi. 

Allah menguji mengikut kemampuan hambanya
Bukan niat nak melawan takdir atau sebagainya namun lebih baik kita merancang dengan kemampuan kita. Aku juga pernah ada kes anak pertama lekat uri dan akan berisiko untuk anak-anak yang lahir kemudian. Namun alhamdulillah proses kelahiran anak kedua berjalan dengan sempurna tiada sebarang komplikasi. Pengalaman itu akan kekal dalam ingatan sampai bila-bila. Doktor pun menyarankan agar menjarakkan kelahiran. Jadi buat masa ni cukup dua dulu.

SOALAN: Saya mempunyai sepuluh anak, jadi doktor telah mengarahkan saya berhenti mengandung kerana risaukan kesihatan serta faktor umur yang mencecah 47 tahun. Bolehkah saya dan suami merancang keluarga menggunakan kaedah tertentu.

Jawapan: Hukum merancang keluarga terbahagi kepada tiga. Pertama, harus merancang keluarga jika ia dilakukan bagi memelihara kesihatan setelah mendapat nasihat daripada doktor pakar sakit puan. Perbuatan merancang keluarga ini telah lama diamalkan sahabat Nabi SAW menerusi kaedah 'azal.

Namun, merancang keluarga mestilah mendapat keizinan daripada pasangan masing-masing. Jika tidak, hukumnya boleh berubah daripada harus kepada haram kerana ia termasuk dikira menzalimi pasangan atau tidak taat kepada arahan suami.

Kedua, makruh berbuat demikian sekiranya ia hanya sekadar suka-suka di samping risau terhadap rezeki pasangan dan anak pada masa hadapan. Ketiga, haram merancang keluarga jika ia dilakukan hanya kerana takut miskin.

Niat sedemikian termasuk dalam larangan Allah SWT melalui firman-Nya dalam surah al-Isra', ayat 31, yang menegaskan bahawa Dia yang memberikan rezeki kepada setiap hamba-Nya dan perbuatan membunuh adalah jenayah besar.

Perbuatan itu juga boleh menjadi haram jika isteri tidak mendapat izin daripada suami dan begitulah sebaliknya. Oleh demikian, pasangan mestilah berbincang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

* Penulis ialah pensyarah Fiqh Kepenggunaan Semasa Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia

Petikan dari : Berita Harian

Alhamdulillah aku tetap bersyukur dan berterima kasih dengan ibu dan bapa mentuaku yang sanggup bersusah payah menjaga cucunya itu. Walaupun lasak kasih sayang antara mereka tidak pernah berbelah bahagi. 

Hahaha kalau dapat cucu lagi pun mereka takkan kasi can lah bagi dekat orang lain untuk dijaga. 

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...