August 8, 2018

AMALAN HARIAN

AMALAN HARIAN
1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh.
🔴 Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.
2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}.
🔴 Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.
3. Kemudian bacalah surah Yasin.
🔴 Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.
4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat.
🔴 Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.
5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari).
🔴 Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.
6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman.
🔴 Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.
7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}
8. Kemudian baca Surah An-Naba’.
🔴 Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”
9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin.
🔴 Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.
10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah.
🔴 Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.
11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk.
🔴 Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.
12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis.
🔴 Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan
13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.
14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah (muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut.
🔴 Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.
16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’.
🔴 Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalah perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.
17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh.
🔴 Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’
18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja.
🔴 Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.
19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, bagi perempuan mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.
20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’.
🔴 Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.
21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.
22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu.
🔴 Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.
Amalkan sedikit demi sedikit yg mana mampu. Semoga kita dpt amal dan sampaikan. Amin

Kak Feni copy paste. 

BACAAN GULA DALAM DARAH NORMAL

Tahap gula yang tinggi dalam darah boleh merosakkan mata, gingal, saraf dan saluran darah. Penting untuk kita dalam mengawal bacaan gula dalam darah supaya dapat mengelakkan dari terkena penyakit kencing manis.

KESAN KADAR GULA TERLALU RENDAH DALAM DARAH :-


☼ Kulit pucat
☼ Berpeluh
☼ Cepat letih
☼ Gelisah
☼ Kurang daya fokus
☼ Mudah marah
☼ Jantung berdebar
☼ Kekejangan
☼Tidak mampu berdiri atau berjalan

KESAN KADAR GULA TERLALU TINGGI DALAM DARAH :-


☼ Berat badan berkurang
☼ Nafsu makan meningkat
☼ Letih
☼ Dahaga
☼ Sering buang air kecil
☼ Mudah gelisah
☼ Penglihatan kabur
☼ Kulit kering, kemerahan dan terasa panas

SUPLEMEN YANG MEMBANTU DALAM MENSTABILKAN KADAR GULA DALAM DARAH



Cegah sebelum parah. Selain mengamalkan suplemen, kita juga disarankan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti mengamalkan pemakanan yang sihat, elakkan merokok dan minum minuman keras, bersenam dan berfikiran positif untuk kekalkan tahap kesihatan.

*suplemen bukanlah ubat, ianya makanan tambahan yang mencukupkan keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.



Berminat untuk mendapatkan SET DIABETIS atau produk Shaklee yang lain boleh hubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

August 7, 2018

Giveaway Merdeka 2018 Lexee Memang Wow


Jom support GA sahabat blogger Siti Mariam Morshidi.

Klik pada banner untuk join.

5 LANGKAH MENCEGAH HFMD DENGAN BASIC H SHAKLEE



Sejak HFMD menyerang Malaysia ni. Macam-macam cara ummi cuba buat untuk elakkan anak-anak dari terkena jangkitan HFMD ni. Antaranya Kak Feni elakkan pergi ke pasaraya dan juga tempat-tempat awam yang terlalu ramai orang.

1. PASTIKAN BASUH TANGAN 


Kak Feni akan pastikan anak-anak basuh tangan selepas bermain terutamanya bila bermain di luar rumah. Kadang-kadang kita tak tahu apa benda yang mereka pegang. Gunakan pencuci tangan yang selamat dan bebas bahan kimia seperti Basic H Shaklee sebagai pembasmi kuman.

2. ELAKKAN MENGUNJUNGI TEMPAT-TEMPAT AWAM


Selalunya Kak Feni akan keluar bawa anak-anak berjalan di pasaraya atau taman permainan. Buat masa ni Kak Feni akan elakkan ke tempat macam tu. Sebab antara punca yang paling kerap terkena jangkitan HFMD ialah troli pasaraya. Ya, troli yang kita letakkan barang kering dan basah tu. Jadi memang Kak Feni cuba elakkan. Kalau pergi pun Kak Feni tak bagi anak-anak duduk dalam troli.

3. BERSIHKAN SEGALA MAINAN


Bersihkan segala mainan dan peralatan yang selalu kita dan anak-anak guna. Guna pembasmi kuman yang sesuai dan sudah tentu Kak Feni pilih Basic H sebab ianya selamat untuk digunakan. Bukan sahaja untuk membasmi kuman malah mencegah pembiakan kuman dan dan virus.

4. GUNAKAN TISU BASAH


Pasti sediakan tisu basah terutama bila keluar. Kadang-kadang nak cari air susah jadi yang paling mudah guna tisu basah. Selain tisu basah boleh juga sediakan sanitizer untuk membersihkan tangan.

5. BAWA SPRAY BASIC H 


Benda mudah dan senang hanya ikut langkah di bawah.







BAGI MENDAPATKAN BASIC H DAN PRODUK SHAKLEE BOLEH TERUS HUBUNGI KAK FENI.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

atau

August 6, 2018

JALAN-JALAN TEMPAT MENARIK DI BUKIT TINGGI DAN AKTIVITI

Kak Feni nak simpan kenangan di sini. Semalam jalan-jalan cari makan dengan suami dan anak-anak. Trip yang tidak dirancang. Biasalah hari Ahad kan hari bersantai-santai. 

Kami keluar rumah seawal pukul 9.00 pagi. Nak cari makan dan luangkan masa dengan anak-anak. Maklumlah dah lama kami tak berjalan. Ummi request nak pergi Port Dickson. Ummi cakap kita pergi makan dan balik. Abah cakap taknak sebab panas. Kesian dekat anak-anak dan takut kes ulat bulu pantai yang berbisa tu. Aishhh. Macam-macam hal sekarang ni. Nak bawak anak-anak pergi ke tempat main macam dalam pasaraya tu takut pulak dengan wabak HFMD yang sedang melanda sekarang ni. 

Kami bersarapan di Kampung Baru dengan HKL. Tempat abah selalu beli makan pagi. Abah memang takde tempat lain. Area tempat dia jugak nak lepak.

Lepas bersarapan kami mulakan perjalanan. Kami mulanya nak pergi ke Genting Highland tapi terpaksa tukar plan ke Bukit Tinggi sebab sebelum masuk susur ke Genting dah mula sesak dengan kereta. Ummi dengan abah pun tukar plan ke Bukit Tinggi. Abang Aus dah mula mengamuk sebab tak jadi naik Genting.

Kami sampai di atas puncak Bukit Tinggi pukul dalam pukul 11.45 tengahari. Tak tahu nak tuju kemana sebenarnya sebab tidak merancang kan.

Nak masuk naik ke atas kena lalu ikut gate yang berbayar. Bayaran yang dikenakan untuk seorang dewasa RM14.00 dan kanak-kanak RM8.00. Kami empat beranak hanya kena 3 tiket sahaja. 2 dewasa 1 kanak-kanak. Jadi semuanya RM36.00.



Ini adalah kali pertama kami pergi ke Bukit Tinggi, jadi memang tak tahu nak tuju ke mana. Jadi destinasi pertama ialah Perkampungan Jepun. Nak naik bukit ke tempat ni memang mencabar sebab masa kami naik ada kereta yang tak lepas naik terpaksa patah balik menurun bukit. Kereta kami pun macam slow gila masa naik tu. Berdebar sungguh rasa tapi apapun alhamdulillah sampai juga.



Nak sampai ke Kampung Jepun ni memang mencabar keimanan Kak Feni sebab kena naik tangga dan berjalan kaki naik bukit. Masa ni rasa mengah gila sebab letih, maklumlah jarang exercise. Fuh memang penat. Kalau bawak tokmek, kak feni rasa confirm duduk dalam kereta je tak naik atas. (Tak sesuai untuk warga emas yang kurang tenaga) huhu.


Sebelum sampai ke Kampung Jepun tu, kami posing dulu. Thanks abah sebab jadi fotografer takdak upah. Hahaha.




Azabnya nak sampai sini padahal tak jauh mana pun. Keadaan membukit yang curam sampai tercungap-cungap Kak Feni. Anak-anak menten happy dan seronok sebab dapat berjalan. Di sini ada satu gerai yang menjual barangan Jepun. Kami singgah sini sebab anak-anak nak makan ais krim. 


















Abang Aus ambil gambar ummi dengan abah dan adik

Kami menghabiskan masa di sini dua jam lebih sebelum bergerak ke  COLMAR TROPICALE. Hati tu memang nak pergi sini dulu tapi tersalah jalan pergi ke Japanese Village. Jadi jalan di sini puas-puas. Bawa anak-anak tengok hutan. Jumpa anak sungai kecil dan semut. Dua-dua sangat teruja, maklumlah duduk di Langat, jarang keluar. Duduk dalam rumah batu, tak macam ummi dulu duduk rumah papan nak roboh.

Pukul 2.30 kami bergerak ke COLMAR TROPICALE. Di sini rasa macam duduk di overseas. Hehe.











Dah penat berjalan, kami pun nak balik ke rumah. Dalam perjalanan terjumpa dengan Kak Diana dan keluarga. Memang tak sangka sungguh boleh jumpa di atas sana. Hahaha. Memang terkejut sangat-sangat dan teruja sungguh. Masa tu dia dan keluarga pun dah siap nak gerak pulang.



Lepas ni bolehlah datang lagi kalau rasa nak hilangkan tekanan dan nak hirup udara segar. Perjalanan dari Kuala Lumpur tak lama pun. Dalam 45 minit ke sejam je. Kami turun dari Bukit Tinggi pukul 3.30 petang. Pukul 4. 15 dah sampai rumah. Anak-anak adalah orang yang paling seronok bila abah dengan ummi bawak berjalan.

Luangkan masa layan anak-anak sebab nanti kita tak tahu bila Allah nak bagi peluang macam ni lagi.

Bulan depan kita vacation TIGA HARI DUA MALAM di Cameron Highland pulak. Nantikan kisahnya di entri yang akan datang. 

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...