July 4, 2018

DUNIA SEMAKIN TENAT

Pagi tadi bangun bersiap untuk pergi kerja. Hari ni kami agak santai sebab Abang Aus tak sekolah. Semalam cikgu hantar wasap dalam group tak sekolah hari ini. Ada masa santai sikit suami Feni sempat scroll handphone. 

Alangkah terkejutnya bila mendapat berita Adik Adam yang semalam ditularkan di media sosial tentang kehilangannya. Dikatakan diculik oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai bapanya. Ibu bapa Adam mengambil keputusan untuk membuat laporan polis dan akhirnya membawa kepada penemuan mayat adik Adam dalam peti ais rumah pengasuh tersebut.

Allahuakbar ! Apa yang sebenarnya telah berlaku ni ? Tak boleh nak memikir lah Mak Jemah. Senak otak dan sakit dada. Menangis mengenangkan adik Adam. Aku ada anak, jadi aku tahu perasaan seorang ibu. Masa hantar sihat walafiat tiba-tiba pergi ambil dah jadi arwah. Allahuakbar, semoga ibu dan bapa serta keluarga Adik Adam tabah menghadapi semua dugaan ini. Kami semua turut merasakan kesedihan itu.

Bila baca komen-komen di muka buku pulak memang sedih. Ada juga netizen yang buat status atau komen "sebab tu aku berhenti kerja". Tolong ! Tolong hormati perasaan orang lain okey. Memang rezeki awak dapat jadi suri rumah. Boleh jaga anak depan mata. Itu rezeki awak. Tapi jangan terlalu bangga sehingga mengguris hati orang lain yang terpaksa bekerja untuk berkhidmat kepada orang lain.

Kami yang bekerja ni pun kalau boleh nak duduk rumah. Nak membesarkan anak-anak depan mata. Nak hantar ambil anak sekolah sendiri tapi ada yang lebih memerlukan. Dengan niat nak tolong suami dan juga memberi khidmat kepada orang lain. Ibu Adam contohnya seorang jururawat yang tugasnya membantu pesakit di hospital. Jadi nak tak nak terpaksa hantar anak kepada pengasuh. 

Tak tahu nak cakap macam mana pasal pengasuh itu. Kenapa sanggup buat macam tu kepada anak kecil yang berumur 5 bulan. 5 bulan masih bayi lagi. Syurga buatmu anak. Tunggu ibu dan ayahmu di syurga. 

-Al-fatihah untuk adik Adam-

July 2, 2018

7 KEBAIKAN KOLAGEN SHAKLEE BUKAN SAHAJA UNTUK KULIT

Kolagen dikenali sebagai suplemen untuk kulit. Penggunaannya dalam pelbagai bentuk produk kecantikan dan rawatan mampu menjadikan kulit cantik tanpa cela. Sebagai makanan semulajadi yang berkesan, ia juga memberikan banyak manfaat kesihatan secara menyeluruh.

1. Menyokong Kesihatan Otak

Neuron di dalam otak adalah sumber kaya kolagen. Peningkatan kolagen membantu:-
✿ Membentuk lapisan pelindung untuk memerangai protein amyloid-beta, yang dianggap menyebabkan penyakit Alzheimer.
✿ Mengurangkan risiko degenerasi otak.

2. Meningkatkan Kesihatan Kardiovaskular

Arteri yang keras dan tersumbat dikaitkan dengan risiko serangan jantung dan strok yang lebih tinggi. Kajian mendapati bahawa:-
✿ Asid amino, proline di dalam kolagen membantu dinding arteri mengeluarkan pengeluaran lemak dalam aliran darah dan meminimumkan pengumpulan lemak.


3.Meningkatkan Kesihatan Penghadaman 

Tekanan, diet yang tidak seimbang, kurang senaman dan gaya hidup yang tidak aktif boleh menjejaskan keseimbangan semulajadi usus. Kolagen membantu:-
✿ Mengurangkan keradangan pada lapisan dalam perut, melindungi dari kerosakan.
✿ Menampung air di dalam usus, membantu makanan bergerak melalui saluran penghadaman dengan lancar.

4. Menyokong Kesihatan Sendi dan Tulang

Sekiranya anda menjalani gaya hidup akif atau jika kerja anda memerlukan anda duduk atau berdiri sepanjang hari, anda mungkin mengalami sakit sendi akibat penggunaan yang berterusan. Kolagen membantu untuk :-
✿ Menyokong dan melindungi sendi terutama di kalangan mereka yang menunjukkan tanda awal radang sendi.
✿ Melambatkan kemerosotan sendi dan mengurangkan sakit lutut dan ketegangan bagi menyokong keselesaan sendi, fleksibiliti dan mobiliti.
✿ Membina ketumpatan tulang, menggalakan pembentukan tulang yang sihat dan menguatkan tulang.

5. Menyokong Kesihatan Tulang Belakang

Postur, tekanan, gaya hidup yang tidak aktif, berat badan berlebihan atau tulang rawan yang menipis atau serta lemah akibat daripada kehilangan kolagen boleh menyebabkan anda berisiko untuk menghidapi sakit belakang. Kajian mendapati bahawa kolagen membantu:-
✿ Mengurangkan sakit tulang belakang
✿ Menyokong kekuatan otot belakang dengan menyokong kesihatan rawan

6. Meningkatkan Kesihatan Kulit

30% protein di dalam badan kita adalah kolagen. Ia memegang sel kulit bersama-sama, memastikan ikatan bahagian dalam dan luar kulit tetap kuat. Kajian menunjukkan bahawa kolagen membantu :
✿ Memberikan peningkatan yang ketara dalam keanjalan, kelembapan, dan tahap kekeringan.
✿ Meningkatkan sintesis kolagen dalam masa empat minggu.
✿ Meningkatkan tahap penghidratan kulit dalam 8 minggu.

7. Menggalakkan Kesihatan Rambut dan Kuku

Rambut dan kuku kita memerlukan kolagen untuk mendapatkan kekuatan dan keanjalan. Kolagen membantu :
✿ Membantu penyerapan nutrien pada kulit kepala untuk menyokong kelembapan rambut dan mengurangkan rambut bercabang di hujung agar ia tetap berkilau.
✿ Membina semula struktur dalaman kuku supaya ia tumbuh sihat, kuku lebih kuat dan tidak mudah pecah.



Promosi Collagen Shaklee Dilanjutkan



2 Kotak RM566.20
7 Kotak RM1,788.00

Dapatkan harga promosi dan nikmati pembelian yang lebih berbaloi dengan Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


CERMIN MATA BARU SAYA

Alhamdulillah hidup ini semakin baik. Banyak benda yang berlaku dengan izin Allah diberikan yang terbaik. Syukur sebab Allah selalu bagi jalan untuk  terus istiqamah.

Banyak impian yang tercapai dengan mudah.

Sabtu yang lepas memang penat sangat sebab seharian mengemas rumah. Pukul 11.00 tengahari keluar dari rumah pergi makan. Lepas makan pergi ke HKL (maksud saya di sekitar HKL) untuk ambil cermin mata baru. Power mata dah naik banyak. Kadang-kadang sampai sakit kepala nak muntah dibuatnya. Maklumlah dah 3 tahun tak tukar.

Kali ni Feni buat di EYE KLEEN OPTICAL SDN BHD. Bersebelahan dengan HKL, bangunan MMA. Kalau lalu situ nampak lampu menyala. Kedai tu lah. Mr. David yang buat pemeriksaan mata.


Dia akan tanya sudah berapa lama pakai spek mata ni ? Feni pun jawablah sudah 3 tahun. Yang lama ni tahun 2015. Dia cakap masalah mata ni, kalau boleh kena buat pemeriksaan setahun sekali. Kita pun okey sebab selagi mata ni nampak, tak ada masalah boleh melihat dan paling best tak sakit kepala. Feni ni sebab tak tahan sakit kepala lah nak taknak kena buat jugak.

Best di sini sebab dia guna alat moden dan tradisional. Feni ni macam agak cerewet sikit bab cermin mata ni. Salah sikit boleh sakit kepala. Itu yang tak tahan. Bila pergi kedai cermin mata biasa ni nampak macam budak-budak yang buat pemeriksaan jadi level confident itu agak kurang. Bila pergi kedai Mr. David ni dan tengok cara dia macam yakin je. Cara dia cek mata. Dia ukur anak mata. Guna alat yang dulu-dulu.


Inilah keputusan pemeriksaan mata Feni. Naik 100 dan silau pun naik. sebelah kanan naik 10 dan kiri 5. Senak mata rasanya. Dia tanya nak yang elok ke. Feni cakap nak yang elok tapi takut tak cukup duit. Hehe ayat bodek. Dia cakap mana ada mahal laa. Tapi memang pun. Sebelum ni Feni buat cermin mata pun lebih RM500.00.

Mr. David bagi harga RM300.00 siap pasang. Bingkai RM150.00 dan lens RM150.00. Alhamdulillah rezeki.Terlupa nak snap resitnya. No GST kan jadi agak murah. Kalau ada GST Feni kena tambah lagi 6% iaitu RM18.00. Yeyyy boleh makan cendol.

Pilih punya pilih tengok yang ni je macam sesuai. Yang lama macam terlalu rapat sehingga bulu mata pon boleh kena cermin. Yang ni ada ampu di bawah.


Perbezaan yang lama dan yang baru. Yang lama nampak kecik dan yang baru ni agak luas. Semoga tidak mengganggu pemandanganku untuk melihat keindahan dunia.

Cerita bab cermin mata ni. Semoga suatu hari nanti duit Feni berkepuk-kepuk boleh buat pembedahan lasik. Tak payah pakai spek mata dan tidak rabun lagi. Dulu kalau nak kenduri sanggup pakai contact lens. Sekarang dag beranak pinak memang takdan nak bersiap macam dulu. Sibuk uruskan anak-anak dengan suami dulu lah.

Semoga sakit kepala ini akan hilang dengan adanya cermin mata baru ini.

June 28, 2018

DEBAT DENGAN ORANG LEBIH PANDAI

Ada tak kawan atau orang sekeliling kita yang selalu nak menang bila bercerita. Haha tragedinya begini. Mula-mula dia beria minta pendapat kita. Kita pun dengan semangat waja memberi pendapat. Pendapat saja la kan. Tak kisah pun dia nak terima ke tidak. Last-last boleh buat gaduh. Nak dia je yang betul dan sempurna.

Orang macam ni memang wujud kat dunia yang fana ini. Jadi nasihat untuk mereka yang senasib dengan aku jom ikut tips di bawah;-


Di sini bukan nak cerita yang kita sempurna tapi nak cerita yang kita perlu bertimbang rasa dalam segala perkara. Kalau rasa tak boleh nak campur dengan orang lain. Rasa diri sendiri je yang betul tak payah nak tanya-tanya orang okey. Hahaha

Japgi ada yang tanya siapa-siapa la tu. Selalunya memang macam tu. Kita semua tak sempurna. Manusia biasa je. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Jadi kita kena terima seadanya.

Yang baik itu semuanya dari Allah dan yang buruk itu dari diri kita sendiri. 

Kalau jumpa dengan sejenis spesis macam ni, lebih baik kita diamkan diri sebab kalau kita cakap pun dia takkan terima apa yang kita cuba sampaikan. Tepuk dada tanya selera.



June 26, 2018

SOHO Impian

Bercerita tentang impian. Banyak impian kita sebenarnya tapi tidak diimiginasi secara spesifik. Sedakar bermimpi. Tak tulis dan tak buat spesifik atau lebih jelas. Bagaimana apa yang kita mahu. Kena  tulis dan gambarkan dengan jelas. Cari gambar atau lukis sendiri apa yang kita mahu.

Apa itu SOHO ? SOHO ialah Small Office Home Office. Kebanyakan WAHM yang buat bisnes di rumah memiliki satu SOHO untuk tujuan perniagaan sendiri. WAHM pula ialah WORK AT HOME MOTHER. Berbalik kepada SOHO impian Feni. Nak yang simple-simple tapi nice. Macam gambar di bawah. 


Sumber photo : google

Kalau nak diikutkan Feni dah boleh je buat SOHO ni di rumah cuma keadaan masa tidak mencukupi. Hehe. Jadi gunakan apa yang ada je. Alhamdulillah sikit-sikit dah boleh tambah.

Bila dah duduk di rumah sendiri. Sikit-sikit barang boleh beli dan topup apa yang kurang. Alhamdulillah perjalanan kehidupan semakin hari semakin baik. Buat plan, gagal cuba lagi. Gagal cuba lagi. Dalam kegagalan nak mencapai kejayaan itu tersangatlah manis. 

Kenapa Feni nak sangat SOHO ni ? Sebab senang nak buat kerja-kerja seperti update blog, update post facebook, edit poster dan mencari bahan-bahan untuk sharing di medium-medium online. Bukan apa, sejak buat bisnes di hujung jari ni memang perlukan SOHO jugak sebab nak buat kerja dengan lebih teratur. Kalau tak memang berterabur dan pening. Bila ada bilik khas untuk dijadikan SOHO ni memang sangat membantu dalam meningkatkan kualiti kerja.

Macam Feni yang masih kerja di pejabat ni memang memastikan semua kerja teratur. Di rumah pun kena teratur kalau tak kita sendiri yang pening. Bayangkan kalau keadaan rumah atau pejabat yang tunggang langgang. Nak buat kerja pun takde mood. Entah-entah ke laut terus. Bila ada SOHO ni semakin bertambah semangat nak buat kerja. Tambah-tambah lagi yang melibatkan online yang setiap hari berubah.

Feni belajar tulis impian sejak tahun 2015, masa tu memang baru mula join buat bisnes online ni. Tak tahu pun apa yang aku nak sebenarnya.  Yang Feni tahu nak banyak duit. Nak selesaikan segala hutang dan sebagainya. Tapi bukan senang nak capai satu-satu impian. Macam-macam Allah uji. Tapi alhamdulillah semakin hari semakin bertambah baik. Simpanan yang dulunya negatif hari ini semakin banyak. Perancangan kewangan pun bertambah baik.

Tulis-tulislah impian itu seperti apa yang kita mahu sebab kita tak tahu bila kita akan mencapainya. Disamping itu, kena juga berusaha sedaya upaya untuk mencapai impian kita. 

InshaAllah dengan segala perkongsian yang baik dari kita, mana tahu memberi insprirasi kepada orang lain untuk terus berjaya macam kita. Tak seronoklah kalau kita sorang je berjaya kan.

June 25, 2018

Beba Ifa 2nd Giveaway Raya!

Jom join GA raya ni mana tahu ada rezeki kita.

Klik pada banner di bawah untuk sama-sama join. Boleh sama-sama tambah kenalan dan juga sesi blogwalking.




June 22, 2018

CAWANGAN SHAKLEE MALAYSIA

Permintaan terhadap produk Shaklee memang sering mendapat perhatian rakyat Malaysia. Ini kerana produk dibuktikan oleh Sains dan diuji secara klinikal dan selamat untuk diamalkan.

Kadang-kadang bila nak je produk Shaklee tu, pengedar tiada di tempat kita. Jadi Feni senarai 7 Cawangan atau Branch Shaklee yang boleh dikunjungi untuk mendapatkan produk Shaklee dengan segera.


1. Shaklee Headquarters Di Bandar Sunway Selangor (Ofis Baru)


Level 2, Sunway Geo Tower, Jalan Lagoon Selatan, Sunway South Quay, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor

*Dibuka bermula 25 April 2017

Tel: 603-5622 3188
Fax: 603-5622 3199

Isnin hingga Jumaat:
10:00 am – 07:00 pm

Sabtu:
10:00 am – 07:00 pm

2. Shaklee Branch atau Cawangan Shaklee Di Kuala Lumpur


No 32, Jalan Seri Rejang 3, Pusat Industri Seri Rampai, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.

Tel: 603-4142 1067
Fax: 603-4142 1027

Isnin hingga Jumaat:
10:00 am – 07:00 pm

Sabtu (Minggu 1 & 3):
10:00 am – 07:00 pm


3. Shaklee Branch atau Cawangan Shaklee Di Penang, Pulau Pinang


No. 81, 83 & 85, Jalan Todak 6, Pusat Komersial Sunway Perdana, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Tel: 604-383 8261
Fax: 604-383 8560

Isnin hingga Jumaat:
10:00 am – 07:00 pm

Sabtu (Minggu 1 & 3):
10:00 am – 07:00 pm


4. Shaklee Branch atau Cawangan Shaklee Di Johor Bahru, Johor


47, 49 & 51, Jalan Molek 3/20, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor. 

Tel: 607–350 7245
Fax: 607–350 7804

Isnin hingga Jumaat:
10:00 am – 07:00 pm

Sabtu (Minggu 1 & 3):
10:00 am – 07:00 pm


5. Shaklee Branch atau Cawangan Shaklee Di Kota Bharu, Kelantan (Pantai Timur)


319, Section 25, Bandar Kota Bharu, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu. Kelantan Darul Naim.

Tel: 609-747 8688
Fax: 609-747 7711

Isnin hingga Jumaat:
10:00 am – 07:00 pm

Sabtu (Minggu 1 & 3):
10:00 am – 07:00 pm


6. Shaklee Branch atau Cawangan Shaklee Di Ipoh, Perak


32, Medan Istana 1, Bandar Ipoh Raya, 30000 Ipoh. Perak Darul Ridzuan.

Tel: 605-241 8260
Fax: 605-241 8263

Isnin hingga Jumaat:
10:00 am – 07:00 pm

Sabtu (Minggu 1 & 3):
10:00 am – 07:00 pm


7. Shaklee Branch atau Cawangan Shaklee Di Kota Kinabalu, Sabah


Lot 4.1, Neutron Point, Lorong Poin Neutron, Jalan Lintas Khidmat, 88300 Kota Kinabalu. Sabah.

Tel: 6088-393 848
Fax: 6088-393 851

Isnin hingga Jumaat:
10:00 am – 07:00 pm

Sabtu (Minggu 1 & 3):
10:00 am – 07:00 pm


Pendaftaran keahlian adalah bernilai RM80.00 atau dengan membuat pembelian melebihi 200UV (RM800.00 ke atas).



Untuk mendapatkan produk Shaklee boleh juga terus hubungi Feni dengan khidmat nasihat percuma. 

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...