April 26, 2018

20 TIPS UNTUK HIDUP TENANG


1. Solat di awal waktu dan langsung tidak meninggalkan solat lima waktu. Orang yang jaga solat, InsyaAllah Tuhan akan menjadikan jiwa kita lebih tenang dan damai.

2. Perbanyakkan doa dan mohon kepada Tuhan supaya diberi ketenangan jiwa. Doa yang sungguh-sungguh, bukan sekdar doa di media sosial atau sekadar menadah tangan sahaja.

3. Tidur awal atau tidur yang mencukupi serta mempunyai waktu rehat yang sempurna.

4. Jangan menangguhkan kerja. Kalau kerja yang terlalu banyak, buat sedikit demi sedikit sehingga siap. Susun perjalanan seharian supaya lancar dan sempurna.

5. Banyakkan senyum . Atau bangkitkan perasaan yang boleh membuatkan kita tersenyum seperti tengok video lawak di Youtube, baca majalah humor, imbau kenangan manis dan sebagainya.

6. Sentiasa "move on" dan lupakan kenangan pahit yang bakal membarakab semula emosi negatif sendiri.

7. Sentiasa menjadi insaf pemaaf yang sentiasa memaafkan orang lain. Biarlah orang buat jahat kepada kita, sentiasalah menjadi insan pemaaf yang tidak berdendam.

8. Jangan sesekali mencari masalah atau berbalah dengan orang lain termasuklah rakan di media sosial, ibu bapa, adik-beradik, jiran, rakan pejabat dan lain-lain. Jaga percakapan dan penulisan.

9. Kalau ada duit lebih, pergilah bercuti dalam atau luar negeri. Lagi baik kalau pergi melakukan ibadat umrah di tanah suci.

10. Sayangi binatang peliharaan, bayi, kanak-kanak dan orang tua. Sentiasa hormat kepada orang lain dan merendah diri.

11. Banyakkan bersedekah dan melibatkan diri dengan aktiviti sosial setempat.

12. Sentiasa bersyukur dengan apa yang telah kita miliki. Bukan dengan perkara yang belum kita miliki.

13. Sentiasa mencintai kerjaya atau apa yang kita buat.

14. Jangan paksa diri buat perkara yang kita tidak mampu buat. Kalau terpaksa juga buat, buatlah dengan rela dan ikhlas.

15. Sedar bahawa dunia ini adalah persinggahan. Bahawa akhirat adalah tempat yang kekal abadi.

16. Jangan berhutang. Atau kalau terpaksa berhutang juga, pastikan hutang itu tidak membelenggu hidup kita.

17. Berbelanja mengikut kemampuan. Bukan ikut kemahuan. Biar hidup sederhana. Asal jiwa tenang dan bahagia.

18. Perbanyakkan amal ibadat dan jauhi maksiat. Contohnya solat rawatib, solat Dhuha, solat Tahajud, baca Quran. Dalam masa yang sama jauhi perkara maksiat yang menjadikan jiwa kita gelisah.

19. Hadiri majlis ilmu. Belajar, belajar dan belajar.

20. Banyakkan riadah dan bersukan.

(Dipetik daripada facebook Majlis Ilmu)

📮Join Telegram Taman Orang Soleh : Klik Sini

April 25, 2018

BILA TERLEPAS PELUANG

Ni lah akibat banyak sangat emel sampai diri sendiri pening nak manage. Mujurlah akaun FB ada satu je. Akaun emel ni jarang guna sebab selalu guna yang biasa je feni8683@gmail.com. Tak ingat dah pasal apa aku boleh buka akaun emel yang ni. Tadi try buka emel-emel yang aku pernah create. Dapat emel yang ni. 


Nahhh ambik. Padan muka dah terlepas satu peluang nak tambah duit. Marilah kita berhuhu.

Takpe takpe. Keep positif dan teruskan usaha mesti Allah tengah rancang yang lebih baik. Kadang-kadang kita ni selalu stuck dengan satu masalah, padahal ada banyak lagi peluang yang boleh kita cuba. Yang penting jangan mudah putus asa.

Macam aku dulu lahhhhh. Selalu mudah sentap dengan segala kritikan. Lepas tu syok sendiri (SS) padahal orang tak kat aku tapi aku yang touching lebih. Namun sejak aku selalu baca buku-buku motivasi dan bergaul dengan orang-orang positif ni aku lebih open minded dan berani membuat something yang aku tak pernah buat. 

Berfikir di luar kotak. Lantaklah apa orang nak kata sebab bukan orang yang tolong aku masa aku susah melainkan diri aku sendiri dan juga family aku. Jadi buat apa aku nak layan atau amik port pasal kata-kata orang kan. Asalkan aku tak menyusahkan orang ye dok.

Macam tu juga aku selalu nasihatkan anak-anak buah aku, sahabat-sahabat aku sebab kadang-kadang aku ni memang akan depa cari untuk meluahkan perasaan. Aku ni kan pendengar yang baik. Aku ni kalau nak bantu dari segi wang ringgit memang tak mampu. Tapi sebagai penasihat yang tidak berbayar aku boleh. Hahaha

Okeylah aku rasa cukuplah bebelan merapu meraban aku petang ni. Kesahnya aku terlepas peluang menulis blog. Hahaha takpelah aku tunggu rezeki yang lebih besar lepas ni.




April 24, 2018

TESTIMONI YOUTH SHAKLEE UNTUK KULIT YANG BERMASALAH

Youth adalah produk Shaklee yang terbaru dan baru dilancarkan bulan April ni. Setelah produk skin care NutriWhite dan Enfuselle dihentikan dan diganti dengan produk Youth yang lebih baik dan diuji secara klinikal sesuai untuk kulit.



Jom kita tengok testimoni Youth yang telah berjaya memulihkan masalah kulit.






Produk ini direka untuk pengguna selama 60 hari. Lebih kurang 2 bulan kegunaan. Kalau macam berjimat cermat boleh tahan lama sikit. Kalau share dengan En. suami cepatlah habisnya. Produk ini di formulasi sesuai untuk semua jenis kulit. Jadi tiada masalah bagi mereka yang ada masalah kulit sensitif dan berkulit normal.

Kulit biasanya mengambil masa beberapa hari sehingga ke berapa minggu untuk sesuai dengan rejimen baru. Macam contohnya, kehadiran jerawat kecil, bintik hitam, atau bintik putih atau sedikit ketegangan/ kegatalan kulit mungkin berlaku semasa proses penyesuaian. Untuk membantu kulit dalam proses ini, kita boleh mencuba satu produk dahulu dan secara beransur-ansur tambah produk seterusnya ke dalam rejimen kita.



Jom dapatkan SET YOUTH anda hari ini ! Hubungi Feni untuk order.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

April 23, 2018

Bila AirCond Tidak Berfungsi

Hari ni masuk pejabat agak lambat sebab pergi melawat sahabat suami yang meninggal pukul 3 pagi tadi. Alfatihah untuk arwah. Semoga roh beliau di tempatkan bersama kalangan orang-orang yang beriman.

Masuk pejabat, terus riuh rendah sahabat-sahabat dalam pejabat bagitahu air takde. Jadi jangan makan atau minum banyak-banyak takut susah nak membuang. Kang naya pulak. Aku ni dahlah rumah jauh. Nak balik pun tak berbaloi. Dalam pukul 11 aircond dah mula slow. Mujur ada kipas atas meja. Jadi bolehlah menampung buat hilang sesak nafas.


Kalau takde kipas tak tahu nak bagitahu macam mana. Rasa macam duduk dalam sauna. Mujur bos pun meeting dekat luar. Kalau tak lagi haru biru. Bila semua orang nak cepat-cepat balik, tinggal lah aku seorang diri di pejabat ni.

Ambil mood nak menulis. Alhamdulillah hari nisempat jugak menulis entry tentang produk masa rehat lagi. Sejak buat draft untuk sebulan ni agak konsisten sikit nak menulis. Kalau tak macam blur-blur nak tulis apa.

Kesan berblog ni memang best berbanding main FB dan IG. Hehe sebab hari ni masuk lagi order untuk Carotomax 2 botol. Untuk suami katanya. Taknak pakai spek tapi nak ikhtiar turunkan power mata. Alhamdulillah pilihan yang bijak sebab carotomax memang sangat sesuai untuk mata.

Masa jalan-jalan kat coridor pun ada staff opis sebelah dok tanya-tanya pasal Ostematrix. Alhamdulillah rezeki tak putus-putus. Rasa puas bila dapat bantu orang lain. Semakin berkobar-kobar nak share kebaikan walaupun dugaan pun sama banyak.

Ingat ! Kita berniaga untuk membantu orang lain. Dalam masa yang sama bila berbisnes ni bos kita adalah Tuhan. Kalau kita buat apa yang Allah suka. InshaAllah mudah jer urusan ni. Kalau rasa macam serabut, sakit kepala dan sesak dengan urusan dunia, banyakkan berzikir dan mengingat Allah sebab semua dugaan yang kita hadapi ni dari DIA.

Semoga masalah AirCond tak berfungsi ni kembali pulih macam sedia kala esok. Kalau tak terpaksalah berpanas lagi. Panas dunia weh ! Dah habis positif dah rasa ni.

Vitamin Shaklee dan Penghidap G6PD

Pernah dengar tak G6PD ?

‘GLUCOSE 6 Phosphate Dehydrogenase deficiency’ atau lebih dikenali sebagai G6PD merupakan sejenis enzim genetik yang terdapat di dalam sel darah merah manusia.

Dianggarkan 400 juta penduduk di dunia penghidap G6PD dan lebih kurang 3-5% penduduk Malaysia mempunyai kekurangan ini. Penghidapnya biasanya anak lelaki, kerana ia dikaitkan dengan kromosom X.

Sebenarnya kekurangan enzim ini bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ibubapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalaminya, kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya.

Anda hanya perlu berpengetahuan tentang apa yang harus dielakkan agar hemolisis tidak berlaku.

Terdapat beberapa vitamin yang tidak disarankan kepada mereka yang menghidap G6PD atau menyusu bayi yang mempunyai G6PD Deficiency. Elakkan vitamin yang berasaskan herba seperti alfalfa dan berasaskan soya seperti ESP.

Ya, mungkin ada di antara anda yang minum ESP dan tiada masalah dengannya. Alhamdulillah Apa yang boleh dimakan bergantung kepada tahap G6PD Deficiency anda atau bayi. Rujuk doktor anda terlebih dahulu untuk mengetahui tahap kekurangan G6PD yang dialami. Untuk pengetahuan anda, lebih dari 400 jenis mutasi yang berlaku dalam kes G6PD Deficiency ni. Setiap satu jenis mempunyai tindak balas yang berbeza dengan makanan dan ubatan tertentu. Ada yang sensitif dan ada yang kurang. Apa yang saya sarankan hanyalah sebagai langkah berjaga-jaga.

Bagi ibu yang menyusukan anak, saya cadangkan hanya ambil vitamin basic sahaja seperti vitalea, b complex, vitamin C dan ostematrix untuk membantu ibu kekal bertenaga dalam masa yang sama tidak mempengaruhi pengeluaran susu ibu.



Sebelum mengambil sebarang suplemen atau vitamin, sangat penting untuk kita maklumkan kepada penjual mengenai tahap kesihatan kita supaya dapat membantu dalam mendapatkan suplemen yang betul.

Maklumat lanjut berkenaan dengan produk Shaklee boleh hubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Derita Gastrik Hilang Secara Tak Sengaja Setelah Mengamalkan Set Berpantang



Masalah gastrik boleh menyerang sesiapa saja tidak kira lelaki atau wanita, muda atau tua. Masa Feni mengandungkan anak pertama selalu jugak kena gastrik sampai kena pergi jumpa doktor. Doktor akan bagi ubat tahan sakit dan ubat putih yang macam kapur tu. Pernah juga amalkan gaviscon untuk legakan gastrik tapi bila bagitahu dekat nurse dekat KKIA, dia suruh berhenti ambil.

Masa tu memang tak kenal lagi dengan suplemen bagai ni. Tak tahu pun tentang kepentingan suplemen. Ambil jamu pun setelah bersalin sebab dengar cakap orang tua-tua. Kalau tak jaga badan takut suami lari. Hehe.

Bila dah bersalinkan anak kedua masih lagi mengamalkan jamu selepas bersalin dan alhamdulillah memang sesuai dengan Feni. Tapi bila bab angin dalam badan memang susah sangat nak keluar. Satu hari sakit perut sampai tak boleh nak buat apa. Rupanya gastrik menyerang. Salah satu sebabnya makan tak ikut waktu. Bila kena gastrik semua kerja tak boleh buat. Nak tidur tak boleh. Nak baring pun tak selesa. Nak tunggu lega kena makan pain killer.

Perlahan-lahan cari cara untuk hilangkan gastrik dan alhamdulillah sejak mengamalkan ESP dan Alfalfa sebagai milk booster kepada Adik Rayyan, gastrik dah jarang menyerang. Mungkin serasi dengan Feni kot. Ataupun memang suplemen ni membantu dalam mengatasi masalah gastrik.

Suplemen Shaklee Yang Membantu Masalah Gastrik



1. ESP

Membantu mengurangkan rasa lapar dan berangin. Tinggi protein yang diperlukan oleh tubuh. Ia memberikan tenaga untuk kekal cergas sepanjang hari.

2. B-Complex

Suplemen B-Complex membantu dalam membekalkan tenaga. Menjadikan tubuh lebih sihat dan cergas.

3. Ostematrix

Ostematrix adalah suplemen yang kaya dengan kalsium untuk memenuhi keperluan tubuh. 1 tablet Ostematrix bersamaan dengan segelas susu. Jadi untuk mereka yang tidak minum susu boleh gantikan dengan Ostematrix.

4. Peppermint Ginger Plus

Untuk membuang angin jahat dalam badan. Gastrik menyebabkan perut berangin dan nak muntah. Jadi boleh buang angin dalam badan dengan mengambil minuman Peppermint Ginger Plus suam.

Pengalaman sendiri lebih bernilai sebab diri sendiri yang rasa dan alami. Kalau dulu selalu pedih ulu hati disebabkan angin sekarang dah kurang dah sakit. Muda-muda dah kena macam-macam penyakit sebab tak jaga makan. Makan pulak nak sedap ikut tekak. Pedas, masin dan manis semua nak makan.

Sekarang bila dah kenal dengan suplemen secara tak langsung nak terus jaga pemakanan sebab kalau tak jaga makan. sia-sia je makan vitamin. Kalau tak kena gaya vitamin tak boleh menyerap dengan sempurna.

Untuk dapatkan suplemen Shaklee serta informasi produk dengan khidmat nasihat percuma boleh hubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

April 20, 2018

TAK SABAR NAK BALIK KAMPUNG

Wahhh 2 kali kena balik kampung sebab 28 haribulan 4 ni ada kenduri akikah anak buah Iman namanya. Sembelih kambing, jadi kami kena balik. Kalau tak balik teramatlah rugi sebab bila lagi nak buat rewang walaupun nak masak sejenis lauk saja. 9 hb Mei ni nak balik lagi sebab nak buang undi dalam tong undi.

Balik kampung kali ni harapnya berjalan dengan lancar dan best lah. Nak lepak lama sikit di kampung. Suami aku dah tak sabar nak balik sebab dia wakil rakyat semua orang kenal. Hahaha. Rindu weh kampung. Tempat aku bersekolah. Setiap kali lalu depan sekolah mesti cerita kat anak-anak ni lah sekolah ummi.

Tahun terakhir sekolah ialah 2005 Tingkatan 6 Atas. Aku budak STPM dan sambung kolej tapi tak habis belajar sebab taknak tambah hutang. Orang susah siapa nak tolong weh. Nak apa-apa kena usaha sendiri. Sekarang alhamdulillah hidup pun lebih baik dari dulu. Kerja siang malam pun tak kaya-kaya sebab aku jauh dengan tuhan.

Hati selalu tak tenang walaupun banyak duit. Kerja dari pagi sampai malam tapi hati kosong. Sekarang ni bila dah kahwin dan beranak pinak ni. Perlahan-lahan Allah bagi hidayah. Kalau dulu pakaianpun ikut dan je. Tudung kepala pun kadang-kadang tak pakai, sekarang alhamdulillah semakin hari semakin segan dengan diri sendiri. Terima kasih Ya Allah dengan nikmat ini. 

Berhijrah orang kata membuka peluang untuk kita berubah. Berjauhan dari adik-beradik dan kelaurga mengajar aku erti kesabaran. Nak marah lebih-lebih pun tak boleh sebab nanti siapa nak tolong kita (haha). Sabar itu lebih baik sebenarnya.

Bila nak balik kampung ni mula lah teringat zaman budak-budak hingusan dulu. Main tak ingat dunia. Tahu nak enjoy saja. Siang malam nak enjoy. Aku ni nak belajar kena kerja dulu. Kerja jual tiket bas di bus stand. Balik sekolah terus ke kaunter jual tiket bas. Haha dah 6 tahun kaunter tiket bas Transnasional diambil alih orang lain. Habis tender orang kata.

Kalau tak habis tender mungkin sampai hari ni, Kak Ani dok jual tiket bas lagi. Sekarang Kak Ani pun dah jadi tauke Restoran Dapur Rumbia. Senang banyak dah dari dulu. Hahaha alhamdulillah, orang kata susah-susah dulu senang kemudian.


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...