April 18, 2018

Vitamin Yang Tidak Sesuai Untuk Ibu Amalkan Ketika Hamil

Dalam SET Shaklee kami sebagai SID perlu tahu juga tentang ilmu pasal vitamin ni. Bukan main hentam keromo je asal dapat untung. No no no ! Tidak boleh begitu. Nak dapat untung pun jangan sampai membahayakan orang lain. Alhamdulillah Feni berada dalam group yang sentiasa ingat mengingati.

Antara Suplemen Shaklee yang tidak boleh di amalkan oleh ibu hamil ialah :-

1) Vivix
2) Vit E
3) Alfalfa
4) Herb-Lax
5) GLA Complex
6) Cinch
7) Carotomax
8) Lecithin
9) Nutriferon
* supplemen diatas tinggi anti-oksidan.Tidak sesuai untuk ibu hamil

Dapatkan nasihat yang betul berkenaan dengan suplemen yang anda amalkan supaya mendapat kesan kebaikan yang maksimum. 

Pengambilan suplemen yang betul dan konsisten sangat-sangat membantu meningkatkan tahap kesihatan untuk ibu hamil.

Suplemen yang terbaik untuk ibu hamil ialah :

ESP
Vitalea
B-Complex
Omega Guard
Vitamin C
Ostematrix



Untuk mendapatkan  SET KEHAMILAN SHAKLEE ni boleh hubungi Kak Feni :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Jom Pos Surat !

Aktiviti hari ini ialah pos surat kepada semua buyer yang masih ada bil tertunggak. Setelah sebulan buat surat. Tiap-tiap hari meeting dan berbincang tentang template surat. Macam nak pecah kepala. Yang tak pernah masuk meeting pun kena panggil masuk meeting. Budak-budak Kota Bharu pun kena panggil naik ke Kuala Lumpur.

Seminggu dok ulang-ulang berbincang pasal benda yang sama. Berpuluh-puluh rim paper habis buat printing. Buat template dan ubah itu ini. Kadang-kadang balik rumah dah penat sampai makan pun tak lalu.

Rasa nak baring jer bila penat sangat. Hari ni rasa lega sikit bila separuh dari surat dah berjaya masuk ke dalam tong pos.








Sempat berselfie sementara sorting surat-surat ni. Mana tahu esok-esok dah kaya tak kerja dah dekat CSSB (ewah). Harap-harap lepas ni dimurahkan dan dilimpahkan rezeki yang berkat untuk aku dan semua orang. Mana tahu bos nak bagi bonus berbulan-bulan kat kami bolehla buat modal buka bisnes. 

Sekarang ni kerja dengan orang dulu. Kumpul pengalaman. Belajar menjadi kuli sebelum menjadi bos kepada kuli.

Macam nak pilihanraya dah padahal nak pos surat je pun. Kesian kat Pakcik Majid terkena tempias. Kena tolong tampal setem. Terima kasih banyak la Pak Cik.

Ada sikit lagi yang belum selesai sebab bila disemak ada kesalahan terhadap pengiraan dan perlu ditandatangan oleh bos kami. Jadi terpaksa hold dulu sampai esok. Esok baru bos masuk.

Penat weiiii tapi inilah kerja kami. Nak merungut lebih-lebih pun tak boleh sebab inilah kerja kami. Kerja untuk dapat gaji dan gaji itulah yang kami gunakan untuk buat itu ini. Nak rezeki berkat kena buat kerja dengan ikhlas. Walaupun kadang-kadang kerja yang kita buat tu memang tak best dan tak kena dengan jiwa kita. Kalau kita ikhlas inshaAllah semua benda akan dipermudahkan. 

Alhamdulillah untuk hari ni. Berlalu dengan jayanya. Chill !



April 17, 2018

SUPLEMEN UNTUK TAMBAH TENAGA BAGI WANITA YANG SIBUK


Assalamualaikum.

Hari ni Feni dapat wassap dari customer yang inginkan suplemen yang membantu dalam memberikan tenaga untuk dia. Masalah dia, selalu letih, kaki kebas dan kadang-kadang tidur tak berapa lena.

Suplemen yang Feni cadangkan ialah ESP, Alfalfa, Ostematrix, Vitalea dan juga B- Complex. Suplemen yang terbaik ialah Vivix namun dia cakap nak cuba yang pil je dulu.



Jom tengok apa kebaikan untuk setiap produk tersebut.

ESP - ENERGIZING SOY PROTEIN

ESP adalah makanan nutrisi soya yang berkualiti tinggi yang diproses dengan suhu rendah bagi menjaga kualiti protin dalam kacang soya. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti susu segar, milo atau buah-buahan yang dikisar menjadi smooties. Seeloknya ESP dibancuh dengan air sejuk atau suam-suam kuku bagi memelihara protein supaya tidak musnah pada suhu yang tinggi.


ALFALFA


Alfalfa dianggap sebagai penambah tenaga bagi wanita. Khasiat alfalfa yang membantu dalam memberikan tenaga serta menjaga kesihatan dalaman. Antara kebaikan lain selain memberi tenaga ialah membantu masalah keputihan, penggalak susu bagi ibu menyusu dan juga menyihatkan rahim.

OSTEMATRIX


Ostematrix dikenali juga sebagai pil kalsium untuk memenuhi keperluan kalsium bagi wanita. Kadang-kadang tugas harian yang sibuk menyebabkan kita kurang mendapat khasiat daripada makanan. Jadi pengambilan ostematrix membantu dalam mencukupkan keperluan kalsium harian.

VITALEA


Multivitamin yang terbaik untuk semua bukan sahaja untuk wanita malah lelaki juga boleh amalkan vitalea sebagai suplemen harian. Ia mengandungi mineral dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Membekalkan tenaga dan juga membantu dalam mengekalkan kesihatan.

B-COMPLEX


Vitamin B terkenal sebagai vitamin anti-stress. Untuk wanita yang sibuk dan selalu stress dengan rutin harian perlu mengambil B-Complex untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan. B-Complex Shaklee lengkap dengan asid folik yang sesuai diamalkan oleh ibu hamil

VIVIX

Vivix adalah suplemen terbaik dari Shaklee. Ianya satu-satu suplemen yang berbentuk cecair. Membantu memberikan tenaga dan minuman yang sihat. Hanya satu sudu teh sehari sebagai suplemen harian.

Alami sendiri perbezaan sebelum dan selepas mengamalkan suplemen semulajadi dari Shaklee. Dapatkan nasihat yang betul untuk suplemen yang diambil.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan produk dan khidmat nasihat percuma boleh menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



Perjalanan Seribu Batu Dimulakan Dengan Langkah Pertama

Bestnya bila kita tengok orang yang dah berjaya tu kan. Mesti dalam hati terdetik "bestnya jadi dia". Kadang-kadang kita ni selalu lupa dengan nikmat yang berada di sekeliling kita. Kita tak sedar Allah dah bagi nikmat yang banyak sangat untuk kita.

Asyik nampak orang yang lebih sedangkan kita pun punyai kelebihan yang Allah bagi. Bersyukur dengan nikmat Allah bagi.


Sebenarnya bila kita belajar bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi kepada kita setiap hari. Kita akan berasa amat bertuah kerana diberikan peluang dan waktu untuk menikmati hari-hari yang lebih bahagia. Walaupun ada yang suram namun yakinlah bahawa pasti akan ada sinar bahagia di kemudian hari. Ujian Allah bukan untuk memudaratkan kita tapi untuk kebaikan kita.

Seribu langkah bermula dengan langkah pertama. Kalau kita tak mulakan dulu macam mana nak sampai ke langkah yang ke seribu ye tak ? 

Mulakan dengan apa yang ada. Try and adjust orang kata. Jangan mudah putus asa dengan hidup ini. Semua ini adalah dugaan untuk kita. Kalau tak berjaya dengan cara ni kita cuba dengan cara lain. InshaAllah mesti akan ada jalan.



April 16, 2018

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Assalamualaikum w.b.t.


Sebelum buat bisnes Shaklee, hanya jadi pengamal sahaja. Bila kesan yang baik terhadap diri sendiri baru rasa nak share kebaikan dengan semua orang. Nak semua orang pun dapat rasa kebaikan daripada produk yang kita amalkan.




Produk Shaklee terkenal dengan keistimewaannya iaitu :


1. SELAMAT

Dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi yang bebas bahan kimia merbahaya untuk kesihatan. Semua produknya adalah bebas bahan-bahan yang diharamkan. Tiada pewarna dan perisa atau pemanis tiruan. Setiap produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Ia juga dibuktikan dengan Sains.


2. TERBUKTI

Produk Shaklee telah dibuktikan dengan beribu-ribu ujian klinikal. Sebanyak US$300 juta telah dilaburkan untuk membuat kajian serta pembangunan produk. Sebanyak 54 pingat emas olimpik telah dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee


3. BERKESAN




Kajian Suplemen Pemakanan Shaklee adalah kajian perintis mengenai pengguna suplemen pemakanan jangka panjang yang menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik, berbanding mereka yang mengambil multivitamin jenama lain atau tiada multivitamin sama sekali.

Kajian Suplemen Pemakanan Shaklee [Shaklee Dietary Supplement Study] adalah kajian bebas oleh University of California, Berkeley, ke atas corak penggunaan, status kesihatan dan nutrisi pengguna jangka panjang pelbagai suplemen pemakanan. Kajian rentas-silang ini telah diterbitkan dalam Nutritional Journal, jurnal saintifik ulasan-sejawat atas talian pada Oktober 24, 2007. 

Oleh yang sebab demikian saya lebih suka share tentang kebaikan produk Shaklee untuk diamalkan supaya sama-sama kekalkan kesihatan.


Aktiviti Saya Yang Padat

Padat sungguh aktiviti sejak minggu lepas. Rasa macam nak pitam pun ada. Meeting hari-hari. Hari minggu pulak dengan kerja rumah. Rasa macam tak berdaya.

Semalam basuh baju tak sempat sidai pun. Biar jelah dalam washing machine tu. Balik ni kalau tak hapak boleh sidai. Kalau hapak terpaksalah basuh balik. Membazir sabun dan juga softener. Dahlah barang sekarang ni mahal.

Aktiviti tak berhenti sejak balik dari Teluk Batik 2 minggu lepas. Aktiviti full. Hujung minggu pun ada saja agenda. Ummi okey la jugak sebab hari Sabtu dah mula cuti. Abah hari Ahad je yang cuti. Anak-anak pulak nak dengan dia. Nak tidur pun asyik kena kacau dengan anak-anak.

Semalam masa nak rehat pun sekejap je sebab nak kena pergi ke NSK untuk beli barang-barang nak masukkan dalam goodies masa kenduri 28/04/2018 nanti. Maknanya kami akan pulang ke kampung. Tak boleh nak ambil cuti banyak sangat dah tahun ni sebab banyak nak guna cuti.

Nampak gayanya tahun ni kena banyak balik kampung. Minggu depan balik kemudian bulan 5 ni balik lagi sebab nak mengundi. Tarikh mengundi tahun ni jatuh pada 09/05/2018 hari Rabu. Jadi rasanya kena balik hari jelah jawabnya.


April 10, 2018

HARGA IKAN BILIS MATA BIRU

Kalau ke Lumut atau Pulau Pangkor mesti tidak ketinggalan untuk membeli buah tangan atau bekalan sebelum pulang ke lubuk rezeki masing-masing. Macam kami yang diberikan rezeki untuk berkunjung ke Teluk Batik sebagai destinasi bercuti dan sempat pergi ke Lumut sebelum bertolak pulang ke rumah.


Kami satu keluarga pergi ke Lumut untuk membeli sedikit ikan bilis mata biru yang memang terkenal sebagai ikan bilis yang dikategorikan sebagai terbaik dan segar. Kalau nak dibandingkan dengan ikan bilis yang dijual di pasar. Memang ikan bilis mata biru dari Pangkor adalah yang terbaik. Jadi jangan hairan dengan harganya yang boleh mencecah RM7.50 hingga RM8.00 untuk 100gram. Jadi sekilo dapat dalam RM65.00 - RM80.00 bergantung pada gred ikan bilis.

Nak beli banyak-banyak tak boleh sebab bajet untuk bercuti dah lari sebab kena bayar lebih untuk tukar tempat penginapan. Harga chalet perlu ditambah kerana bertukar tempat. Tidak seperti yang dirancang.

Harga ikan bilis meningkat dari masa ke semasa mengikut harga pasaran. Kalau dulu dapat beli ikan bilis mata biru ni dengan harga RM4.80 untuk 100 gram. Sekilo RM48.00. Kalau beli banyak kilo baru dapat diskaun. Sekarang nak dapat harga macam tu memang tak boleh la. Kos pengangkutan dari Pangkor ke Lumut pun menggunakan perkidmatan bot. Jadi harga pun meningkat ikut harga pasaran.

Nak beli di Lumut boleh. Pandai-pandai pilih kedai dan kalau ada masa lebih boleh survey dari kedai ke kedai. Ada rezeki dapat ikan bilis yang harganya lebih murah selepas tawar menawar. Ringan-ringankan mulut untuk bertanya dan tawar menawar. Kalau tak, kita yang rugi. Yang penting kita senyum supaya orang nak bagi diskaun pun senang hati.

Lepas ni, kalau ada rezeki kami lagi untuk pergi Lumut atau Pangkor nak borong ikan bilis mata biru banyak-banyak. Ikan bilis yang segar dan baru.



Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...