February 22, 2018

TIPS BUANG ANGIN DALAM BADAN SELEPAS BERSALIN



Masalah angin ni selalu menyerang dan boleh menyebabkan segala kerja terganggu. Rasanya semua orang ada masalah angin ni.

Antara punca daripada masalah angin dalam badan ni adalah:

1. Pemakanan
2. Masalah penghadaman

Bila ada masalah angin boleh membuatkan badan rasa tidak selesa. Jadi macam mana cara nak keluarkan angin ni ? Ada 2 cara iaitu sendawa dan juga kentut. 

Antara kesan daripada masalah angin berlebihan adalah : 
1. Rasa senak atau kembung
2. Badan rasa sakit
3. Tidak selesa dan lesu
4. Boleh menyebabkan sakit kepala

4 tips atau petua hilangkan angin dalam badan ni :

1. Halia
Halia adalah ejen terbaik untuk buang angin berlebihan dalam badan.
Campurkan halia dalam minuman seperti teh, limau suam. Boleh juga pelbagaikan masakan yg berasaskan halia

Layurkan 3 ulas bawang putih di atas api dan makan begitu sahaja untuk membantu anda mengeluarkan angin dengan cepat dan berkesan.

Vitamin C juga dapat membantu membuang angin dalam badan. Ini kerana ia meningkatkan daya tahan dan imunisasi badan

4. Air rebusan betik
Daun betik bukan sahaja terkenal dengan untuk merawat penyakit denggi dan mengawal kencing manis, malah ia membantu menyingkirkan angin berlebihan juga

Rebus 4-5 helai daun betik dengan lebih kurang 1 liter air. Minum air rebusan tadi dengan air suam.

Pernah tak cuba antara petua di atas ? Mesti ada rasa kurang atau lega dengan masalah angin ini. Menggunakan petua ni memang bagus sebab secara semulajadi, namun keadaan hari ini yang semua nak cepat dan pantas, Feni nak share satu produk yang sangat-sangat membantu dalam mengeluarkan angin dalam badan ni. 

Produk ini juga sesuai digunakan oleh ibu-ibu yang mengalami masalan angin selepas bersalin iaitu Peppermint Ginger Plus.



Antara manfaat Peppermint Ginger Plus ni adalah:

* Membantu melegakan otot perut 
* Membantu mengurangkan simptom-simptom demam 
* Melancarkan sistem penghadaman 
* Melegakan cirit-birit, pedih ulu hati dan gastrik 
* Meningkatkan fokus 
* Menghalang muntah selepas pembedahan 
* Mengurangkan dan mencegah masalah kembung perut 
* Melegakan haba pada musim sejuk / panas 
* Membantu melegakan / mengurangkan morning sickness 
* Melegakan senak perut

Untuk mencuba produk Peppermint Ginger Plus ini bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

February 21, 2018

VITAMIN C SHAKLEE YANG BAGUS UNTUK KULIT



Sustained Release Vita-C Plus™

Vitamin C Semula Jadi
Kod Produk: 10104 (180 tablet)
Alami semula nikmat kesihatan. Nutrien yang betul memainkan peranan penting untuk keseluruhan kesihatan dan kesejahteraan.

Vitamin C adalah vitamin penting yang larut air dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh, dengan fungsi utama sebagai antioksida yang baik. Ia juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya, semua yang membentuk tubuh anda.*

Tahukah Anda?

Tubuh anda mampu melakukan pelbagai perkara, tetapi ia tidak dapat menghasilkan atau menyimpan vitamin C. Oleh itu, anda perlu sentiasa mengambil vitamin C untuk tubuh anda melalui pemakanan harian dan suplemen.
Keistimewaan Shaklee

Sustained Release Vita-C PlusTM adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.





KKLIU 0611/2017
MAL13085068NC


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Ini adalah iklan produk suplemen.

TESTIMONI VITAMIN C




Untuk dapatkan Vitamin C dan juga suplemen Shaklee boleh hubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


Cerita Hari Ini 9

Alhamdulillah dipermudahkan urusan dan dapat menulis untuk menyebarkan kebaikan. Apa tugas hari ni ? Tugas ummi sebagai surirumah sepenuh masa sehingga 25 hb Febuari 2018. Ummi akan kembali bertugas pada hari Isnin.

Wahhhhhhhh. Tepu otak rasa bila duduk berkurung dalam rumah. Bila petang buat exercise dengan jalan-jalan dalam taman. Hilang rasa tepu dalam otak ni. Duduk dalam rumah bawah lampu bawah kipas angin rasa macam sesak nafas. Aduii macam mana la suri rumah yang setiap hari duduk rumah tu.

Sebab apa Allah bagi ummi kerja ? Sebab Allah tahu ummi tak mampu duduk rumah lama-lama. Ummi kena kerja untuk bantu abah dan meningkatkan ekonomi rumah tangga. Ummi boleh duduk rumah tapi untuk waktu-waktu hujung minggu saja. Rezeki ummi dengan bekerja dengan orang lain untuk masa ni.

Walaupun ummi memang nak sangat duduk rumah, jaga anak-anak sendiri tapi keadaan memang tidak mengizinkan. Alhamdulillah nasib baik ummi ada ibu mertua yang baik hati yang sudi jaga cucu. Jadi bolehlah ummi keluar bekerja dengan abah. Gaji ummi dengan abah tak banyak tapi cukup untuk tampung kehidupan duduk di sini.

Alhamdulillah syukur dengan nikmat Allah bila setiap kesulitan yang kami hadapi Allah lorongkan dengan kebaikan dan hikmah. Sabar dengan setiap ujian yang diberikan. Memang kami tidak mewah dengan harta tapi kami bahagia. Anak-anak tak pernah tak cukup makan  dan pakai. Kami pun tidak ajar anak-anak tentang kemewahan. Cukup dengan apa adanya. Walaupun kadang-kadang ada juga dia minta benda yang diluar kemampuan kami. Kami akan cuba terangkan kepada mereka kesulitan yang ummi dengan abah hadapi.

Ummi dengan abah bukan orang senang. Nak dapatkan sesuatu bukan senang. Kalau nak kena usaha. Ummi ajar anak-anak ummi macam tu jugak. Bab makan pun, ala kadar tak bermewah-mewah. Bila ada rezeki lebih baru boleh makan sedap-sedap. Ummi dengan abah dapat gaji baru boleh merasa makan KFC atau MC D. Itu pun tengok bajet jugak Hahaha


7 ZIKIR MUDAH MENJEMPUT REZEKI

7 ZIKIR MUDAH MENJEMPUT REZEKI

1) Memperbanyakkan membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah.

2) Membaca La Ilaha Illallahu Malikul Haqqul Mubin.

3) Membaca Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil Adziim.

4) Membaca Surah Al-Ikhlas.

5) Membaca Surah Al-Waqia'ah.

6) Memperbanyakkan Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

7) Melazimkan beristighfar.

DOA MENJEMPUT REZEKI

Ya Allah, berikanlah kami rezeki yang luas. Yang halal lagi baik tanpa memberatkan

kami. Ya Allah, jika rezeki kami masih di Langit maka turunkanlah. Jika ada di Bumi maka keluarkanlah. Jika sukar maka permudahkanlah. Jika haram, maka sucikanlah. Jika jauh maka dekatkanlah. Jika banyak maka berkatilah agar kami dapat membantu mereka yang berada dalam kesusahan dan memerlukan.

Aamiin Ya Rabb

p/s : Semoga bermanfaat untuk dikongsikan bersama. InsyaAllah




February 19, 2018

Cuti CNY 2018 - Kami Ke Manjung, Perak


Dua hari terpaksa melangkau cabaran sebab ketiadaan internet dan kekangan masa. Jumaat (16/2/2018), pukul 9 malam bertolak  ke Manjung rumah Achik. Kami pergi sana sebab lama dah tak jumpa Achik dan peluang bawa anak-anak berjalan.

Sabtu (17/2/2018) kami pergi berkelah di Teluk Senangin. Sejak beberapa tahun kebelangan ini, Manjung adalah destinasi yang kami akan pergi. Selain untuk jumpa dengan Achik, kami boleh mandi pantai. Anak-anak paling seronok. Teluk Senangin lagi jauh dari Teluk Batik. Pertama kali kami sampai ke Teluk Senangin.

Kami sampai dalam pukul 4 petang dengan segala bekalan yang dibawa untuk berkelah. Achik masakkan spagety bolognese sebagai hidangan kami petang tu. Sampai pantai cuaca agak panas terik dan terlalu ramai orang. Nak parking kereta pun susah.

Kami pergi 2 kereta sebab keluarga Pakcik Radzi pun ada. Bermalam di rumah Achik juga. Jadi kami beramai-ramai berkelah. Masa di Teluk Senangin, anak-anak tak puas mandi pun sebab keadaan pantai yang curam dan dalam. Mereka duduk digigi air dan bermain pasir. Keadaan masa tu agak panas terik sampai sakit kepala.

Ketika balik dari Teluk Senangin, kami singgah sekejap di Taman Paya Bakau. Di sini kami bagi kera makan. Tapi kami bagi roti. Roti macam tak laku sebab kera-kera kat sini dah kenyang. Tengok roti pun buat tak tahu je. Kami sampai awal kali ni, boleh menyusuri jambatan hingga ke hujung dan dapat tengok muara sungai. Airnya warna hijau dan nampak sangat dalam. 

Habis aktiviti di Hutan Paya Bakau, kami balik. Mulanya nak singgah pasar malam sebab nak beli bahan-bahan untuk masak makan malam. Dah tak larat, kami pergi makan terus. Kami makan shell out di kedai makan sebelum sampai rumah Achik. Lepas makan terus balik rumah. Mandi, solat dan rehat. Malam tu kami layan movie Korea sampai pukul 12.30 pagi.

Ahad 18/2/2018, kami pergi berkelah ke Teluk Batik. Bawak anak-anak mandi pantai puas-puas sebab di Teluk Senangin tak puas mandi. Kami pergi awal pagi sebab takut cuaca panas. Mandi, korek pasir dan makan. Kali ni kami bawak bekal yang senang-senang je. Nasi lemak, nugget, sosej, roti dan jem coklat. Air pun air mineral dan air botol je. Senang dan mudah.

Pukul 12.30 balik ke rumah Achik. Kami singgah beli barang basah untuk makan tengahari. Balik terus siap-siap untuk masak. Mak Pakcik Radzi masak sambal petai yang dibawa dari Felda Lawin Utara. Sedap ya nikmat. Siap-siap masak dan makan dalam pukul 3 petang. Lepas makan terus kami siap-siap untuk kembali ke Hulu Langat.

Pukul 4 petang, kami bertolak balik. Jalan agak sesak dan jem sebab banyak kenderaan berpusu-pusu nak masuk Kuala Lumpur. Kali ni kami cuba jalan baru ikut Sabak Bernam. Jalan punya jalan, entah mana-mana jalan. Akhirnya pukul 12.00 pagi sampai rumah. Alhamdulillah selamat juga sampai walaupun 7 8 jam juga masa diambil. Masa pergi pukul 9 pukul 1 dah sampai. 4 jam je. Masa balik sekali ganda. (Nanti kita cerita lain)



February 16, 2018

Sehari Satu Cerita 8

Rancangan hari ni ? Pagi sampai petang duduk rumah saja. Kemas rumah, basuh kain, lipat baju dan memasak. Rutin biasa sebagai seorang suri rumah. Suri rumah untuk beberapa hari. Kalau tak nak basuh dengan lipat baju pun tunggu hari minggu.

Bila hari kerja, rasa penat sangat. Ni dapat cuti lama anak-anaklah yang paling seronok sebab boleh berkepit dengan ummi 24 jam. Bila ummi kerja selalu suruh ummi balik awal tapi ummi masih belum mampu. Tempat kerja ummi jauh. Ummi pula pergi kerja dengan abah. Abah balik kerja pukul 7. Jadi ummi nak tak nak kena sabar. Dah hampir 5 tahun dah ummi kerja di Plaza Permata. 2 3 tahun pertama ummi tidur di surau kalau sampai awal. 

Alhamdulillah sejak tahun 2015, bos ummi dah bagi duduk di pejabat sampai waktu balik. Jadi masa tu ummi luangkan waktu untuk buat bisnes online secara dropship. Alhamdulillah kadang-kadang ada masuk order. Modal tak banyak hanya mendaftar jadi ahli dan kemudian dah boleh buat promosi di fb, instagram, blog dan media sosial yang lain.

Daripada kosong tak pandai menulis dan buat marketing, alhamdulillah sekarang masih lagu belajar dan belajar. Lagi banyak kita belajar lagi banyak yang kita tak tahu. Rasa macam nak pergi kursus tapi banyak sangat halangan. InshaAllah jika diberi peluang nak pergi banyak lagi kursus untuk meningkatkan lagi ilmu di dada.

Perlahan-lahan belajar. Rezeki tidak pernah salah alamat orang kata. Selagi kita berusaha, inshaAllah pasti ada jalan. Teringat kawan Feni yang berjaya buka taman bimbingan kanak-kanak dengan apa yang ada. Alhamdulillah tumpang gembira.

Dia ada juga ajak untuk buat sama-sama, tapi Feni masih sayangkan kerja sekarang. Mungkin dalam 4 atau 5 tahun lagi baru nak fokus bisnes betul-betul. Sekarang ni fokus untuk online saja. Sebab online pun boleh hidup jugak. Hihi modal pun tak banyak dan risiko pun tak banyak. Modal banyak risiko pun banyak.

Mula-mula ni kumpul database customer dan buat follow-up. Untuk customer lama, pegang ketat-ketat. Marketing untuk customer baru. Seronok kalau buat betul-betul bisnes online ni. Dapat kenal kawan baru, dapat kawan baru dan idea pun berkembang. Jangan dengki dengan orang lain. InshaAllah rezeki kita Allah yang tentukan.

Kita hanya perlu berusaha dan bertawakal. Dalam mengejar impian banyak perkara yang kita akan lalui. Suka duka perjalanan menuju kejayaan itu sangat manis untuk dikenang. Jadilah insan yang baik untuk dikenali bukan dengan benda yang tak baik. 

February 15, 2018

Sehari Satu Cerita 7

Lewat bersiaran hari ni. Banyak benda nak kena fikir. Sampai berserabut kepala dibuatnya. Orang tak tahu masalah kita. Biarlah sebesar besar masalah, ingat Allah lagi besar. Tiada masalah yang tak boleh diselesaikan. Sabarlah dan berdoa agar diberikan jalan. InshaAllah kekusutan akan dileraikan.

Membuat keputusan ketika marah, banyak sangat buruknya. Bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk orang lain juga. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan. Walaupun ada benda yang kita tak bersetuju tapi bila Allah uji kita dengan cara itu mesti ada hikmah disebaliknya. Berlapang dada.

Apa aktiviti kami anak beranak hari ini ? Duduk rumah main dan kemas rumah macam biasa. Baju banyak yang belum di lipat. Kain yang nak dibasuh masih sikit sebab semalam 2 kali ummi putar mesin basuh. Jadi hari ini agak ringan. Esok pula  cuci baju.

Semalam kami 3 beranak cuci garaj kereta. Alhamdulillah sudah bersih. Tengahari ummi masak cincai-cincai sahaja. Nasi dengan telur dadar dan juga ulam-ulaman. Hari ini, belum memikir lagi nak masak apa. Sardin ada satu tin dalam peti. Nak masak sardin selalu tak boleh sebab orang kata tak elok untuk kesihatan. Kadang-kadang teringin tu yang masak.

Ummi cuba buat makanan yang sihat untuk anak-anak. Bagi buah dan sayuran. Tapi sekarang ni bila makan buah, batuk pula jadinya. Ni musim-musim raya cina ni banyak dapat buah limau. Tak berani nak bagi anak-anak makan takut batuk. Ummi hari tu makan sebiji terus sakit perut. Esok pagi terus ulang alik ke tandas. Ngeri tapi rasa macam kempis je perut.

Bila dah berumur ni, kadar metabolisma badan semakin menurun. Kalau tak jaga betul-betul badan cepat naik dan susah nak turun. Ummi ni makan dahlah tak boleh tinggal nasi. Sehari tak makan nasi boleh pengsan. Menggeletar tangan dan kaki. Kena juga makan nasi. Benda lain tak dapat takpe, asalkan jangan nasi. Sekarang ni pun tengah cuba untuk mengurangkan jumlah nasi. Makan dalam jumlah yang sikit. Lebihkan sayur dan juga buah-buahan. Masalahnya tak semua jenia sayur ummi boleh makan. Buah tu inshalAllah boleh telan.

Ummi suka makan nasi dengan ulam sebab boleh cicah budu. Ada budu makan selera. Hehe maklumlah "oghe Kelate" mana boleh tinggalkan budaya asal. Cakap pun bau budu. Ada mak kisah ?


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...