November 2, 2017

SUPLEMEN UNTUK KULIT KERING DAN BERJERAWAT

Masalah kulit kering dan berjerawat yang dialami oleh sahabat Feni menyebabkan dia berasa sangat rendah diri dan tidak mahu pun bergaul dengan orang. Bila keluar pun macam malu-malu nak menonjolkan diri. Bila tanya sepatah dijawabnya sepatah.

Feni akhirnya suggest supaya amalkan suplemen untuk masalah kulit dia. Antara suplemen yang dicadangkan untuk kulit kering dan berjerawat iala SET CANTIK iaitu ESP, Vitamin E dan Vitamin C.


KELEBIHAN SUPLEMEN INI UNTUK KULIT 

ESP

✿ Sumber protein yang berasaskan soya
✿ Membantu memulihara kulit supaya nampak sihat dan segar
✿ Membina sel-sel kulit yang baru lebih sihat
✿ Melembabkan kulit supaya kulit tidak kering dan mengelakkan kulit menjadi kusam
✿ ESP ni boleh membantu dalam memberikan tenaga untuk kekal cergas sepanjang hari

Vitamin E

✿ Sangat kaya dengan anti-oksidan yang membantu melawan penuaan
✿ Mengelakkan kulit dari menjadi berkedut atau menegangkan kulit
✿ Melembabkan kulit dan nampak lebih lembab dan glowing.
✿ Sesuai untuk lelaki juga kerana membantu dalam memekatkan sperma.

Vitamin C

✿ Vitamin yang sangat baik untuk kulit
✿ Membantu dalam memudarkan parut-parut jerawat
✿ Mengurangkan pertumbuhan jerawat 
✿ Mencerahkan kulit serta menjadikan kulit nampak bersih dan sihat

Pengambilan SET CANTIK ini secara konsisten sangat membantu dalam mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.

TESTIMONI SET CANTIK







Berminat untuk mendapatkan SET CANTIK untuk kulit ini bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp:+601115672780
Email: feni8683@gmail.com


November 1, 2017

PROMOSI NOVEMBER 2017

November datang lagi dan promosi Shaklee untuk bulan ni adalah :-



Manakala ini adalah untuk penggemar-penggemar Vivix yang memang terkenal untuk kesihatan dan kecantikan. Dapatkan 2 botol Vivix dengan diskaun 5%. Jimat berganda-ganda.



Jom hubungi Feni untuk maklumat lanjut serta mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini.

Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp:+601115672780
Email: feni8683@gmail.com

KESEDARAN KANSER PAYUDARA UNTUK WANITA

19 daripada setiap 100,000 kematian adalah berpunca daripada kanser payudara. Manakala 1 daripada 19 wanita Malaysia berisiko untuk menhidap payudara.

Kanser payudara adalah kanser yang sering terjadi kepada wanita berbanding kanser lain. Ianya berpunca daripada perkembangan sel-sel dalam payudara yang tidak terkawal.

Antara tanda-tanda kanser payudara ialah :-

Ketulan pada payudara

Lakukan pemeriksaan sendiri. Tekan payudara perlahan-lahan dan berhati-hati jika terdapat ketulan. Ketulan itu boleh jadi keras atau lembut yangt idak bergerak apabila ditekan. Jika terjumpa ketulan. Silalah berjumpa doctor dengan segera.

Payudara gatal


Payudara yang gatal tidak beruam adalah tanda biasa kepada kanser payudara. Ia menandakan tanda awal kepada kanser payudara. Rasa gatal ini kerap disusuli dengan keluarnya cecair daripada putting, dan tisu payudara yang kelihatan lebih tebal.

Payudara bengkak


Tanda bengkak ini boleh disertai dengan kulit yang merah, panas dan gatal yang terasa lembut apabila disentuh. Ini adalah salah satu tanda awal penghidap kanser payudara.

Leher dan bahu terasa kaku


Jika terasa kaku pada leher dan sakit bahu, ia bukanlah seperti yang anda sangka. Kanser payudara biasanya akan merebak ke bahagian tulang belakang, belakang badan atau bahu yang menyebabkan kesakitan. Jika anda sudah sapu minyak, berehat dan urut badan namun masih rasa sakit, segera berjumpa doctor untuk lakukan pemeriksaan payudara.

Perubahan pada saiz payudara


JIka melakukan pemeriksaan sendiri. Periksa sekali saiz payudara. 

Payudara lembut


Jika payudara anda berasa sakit, ia lebih mudah untuk dikesan. Namun ia menjadi kebiasaan untuk ketumbuhan tersebut dalam bentuk yang sangat kecil di sepanjang tisu payudara. Ia menyebabkan payudara menjadi lembut apabila baring atau bergesel dengan baju dalam.

Keluar cecair dari putting


Jika terdapat cecair selain dari susu keluar dari puting seharusnya segeralah berjumpa dengan doctor.

Puting menjadi menjadi sensitif


Putting menjadi sensitive apabila bersentuhan dengan sesuatu. Contohnya bergesel dengan coli.

Perubahan pada puting


Ini selalunya dirasai oleh pasangan. 

Struktur kulit menjadi berubah


Keadaan kulit pada bahagian payudara berubah juga adalah salah satu tanda kanser payudara. Oleh itu segeralah berjumpa dengan doctor untuk pemeriksaan lanjut.




Cadangan suplemen yang membantu pesakit kanser dalam menjalani kehidupan ialah :-

Vivix – Membantu merencatkan pertumbuhan sel kanser dan memelihara sel yang normal, mempercepatkan proses penyembuhan.


Resveratrol dalam Vivix telah terbukti dalam banyak kajian saintifik bahawa ia mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser. Jika berminat di atas laporannya (sel kanser apa yang dibuat kajian), boleh hubungi saya secara personal.

Nutriferon – Menggalakkan penghasilan interferon yang memantapkan sistem imun bagi melawan punca-punca kanser.

Pesakit kanser mempunyai sistem imunisasi badan yang lemah. Jikalau pun kuat, mereka tetap perlukan imunisasi badan yang lebih kuat untuk melawan sel-sel kanser. Apatah lagi jika pesakit kanser menjalani rawatan kemo, sel darah putih mereka akan turun dengan mendadak dan mereka akan mudah jatuh sakit seperti demam serta sukar sembuh. Mereka amat perlu menguatkan sistem imun badan.

Performance Drink – Membekalkan bekalan air yang cukup kepada pesakit dan mengelakkan terhidrasi akibat rawatan.

Pesakit kanser yang menjalani rawatan kemo akan selalu muntah-muntah. Jadi, bantulah mereka dengan Perfomance Drink ini bagi mengelak terhidrasi atau kehilangan bendalir dalam badan.

Energizing Soy Protein – Untuk memastikan protein dan kalori yang mencukupi kerana pesakit kanser biasakan hilang selera makan apatah lagi ketika menjalani rawatan kemo.

Pesakit kanser akan kurang makan selepas rawatan kemo. Bantu mereka dengan supplemen protein ini agar mereka tetap mendapat nutrien protein yang amat penting. Protein adalah penting untuk pembinaan sel-sel badan.

Alfalfa Complex – Memastikan keadaan beralkali dalam badan kerana sel kanser lebih membiak subur dalam keadaan berasid.

Sel kanser hidup dalam keadaan berasid. Jadi pastikan anda sentiasa mengambil makanan beralkali agar sel-sel kanser tidak mampu hidup. Amalkan Alfalfa; tumbuhan yang tergolong dalam makanan yang beralkali.

Vita-Lea – Membekalkan kesemua vitamin dan mineral untuk memastikan kesihatan tubuh badan

Pesakit kanser akan kekurangan nutrien kerana kurang selera makan. Sedangkan mereka perlukan badan yang sihat untuk kuat dan bertenaga serta melawan penyakit.

Vitamin B Complex – membantu penghasilan sel darah merah kerana sel darah merah mungkin menerima kesan akibat kemoterapi

Selain itu B-Complex juga baik untuk meredakan stress dan mengurangkan kesakitan. Pesakit kanser tidak boleh stress kerana stress akan membiakkan lagi sel-sel kanser.

Vitamin C Sustained Released – Bertindak sebagai antioksida dan merangsang sistem imun

Vitamin C hebat dalam membasmi sel-sel kanser. Seperti buah lemon yang kaya dengan Vitamin C. Pesakit kanser wajib mengambil Vitamin C dan mengamalkan meminum air lemon.

Omega Guard – Mengurangkan keradangan dan merangsang penghasilan eikasonoid baik yang boleh melawan perkembangan sel kanser

Biasanya tumor ini adalah akibat keradangan. Jadi ambillah minyak ikan Omega Guard ini bagi mengurangkan keradangan (inflammation).

DTX Complex – Membuang kesan kemoterapi daripada hati

Kemoterapi menggunakan ubat yang kuat. Ubatnya tidak baik untuk hati. Jadi ambil lah DTX Complex ini bagi mendetoks hati akibat kesan ubat kemoterapi.

Carotomax – pre vitamin A yang mengawal perkembangan sel sihat selepas kemoterapi.

Antara supplemen vitamin yang penting untuk pulih daripada kanser adalah Vitamin A. Lobak merah juga baik untuk diamalkan (lobak merah kaya Vitamin A).

Peppermint Ginger Plus – Mengawal rasa loya yang sering dialami oleh pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi.

Semoga ini dapat membantu kurangkan rasa loya pesakit kanser selepas menjalani kemoterapi.


Suplemen ini boleh dipilih ikut kemampuan masing-masing. Dapatkan khidmat nasihat percuma dengan Feni untuk setiap suplemen Shaklee yang diambil.

Berminat untuk dapatkan suplemen ni bolehlah menghubungi Feni.


Feni +601115672780

October 31, 2017

APA YANG SHAKLEE TELAH BERI KEPADA SAYA ?

Dalam group #TURBO dan juga #TeamBintang, kami diberi tugasan untuk menulis tentang apa kebaikan yang telah kami perolehi sejak BERSHAKLEE.

Ini cerita Feni :-

Saya bangga berSHAKLEE sebab membantu saya membina impian bukan saja untuk saya, malah keluarga saya juga turut merasakannya.

Kalau dulu saya malu-malu nak share nak promot bisnes sendiri. Sekarang saya dah berjaya keluar dari zon itu.

Kalau dulu saya sangat takut nak berjumpa berkenalan dengan insan-insan lain. Hari ini saya lebih terbuka untuk berkenalan dengan kawan baru.


Kalau dulu saya tak pandai pun nak uruskan masa. Kerja, keluarga dan bisnes. Dengan Shaklee saya lebih menghargai masa yang saya ada.

Kalau dulu tak tahu pun amalan rohani itu boleh membuatkan saya lebih bahagia. Hari ni saya cuba sentiasa penuhi master checklist saya.

Kalau dulu saya suka tulis ikut perasaan marah saya (syaiton). Hari ini saya lebih berhati-hati dalam menulis agar saya juga dapat pahala bila ada kebaikan didalam isinya.

Banyakkkk sangat dah perkara yang berjaya mengubah hidup saya bila join Shaklee.

Life is not about finding yourself but creating yourself.

So i choose to be happy a rich today.

JALAN-JALAN HILANGKAN STRESS DI TAMAN EKO RIMBA KANCHING

Tak tahu kemana nak pergi bila hujung minggu kali ni. Abah bawak kami anak-anak dan beberapa sahabat kerja ke TAMAN EKO RIMBA KANCHING yang terletak di Rawang, Selangor.

Bayaran masuk ialah RM2.10 bagi dewasa. Manakala kanak-kanak adalah percuma.


Kami ke sini untuk menikmati keindahan suasana alam yang memang susah sangat nak jumpa di Kuala Lumpur ni. Masa nak masuk ke dalam ni, ada brother yang jual ais krim tu cakap level 3 pun dah dalam jadi sangat tak sesuai untuk anak-anak kecil.

Kami hanya berjalan sikit je mencari tempat untuk berkelah. Ada beberapa buah pondok yang disediakan untuk berkelah. Kami berkelah disitu.

Kami tiba di sini dalam pukul 12 tengahari. Masa ni memang lapar gila sebab pagi tak sarapan. Hahaha. Sampai terus buka bekalan dan masak. Menu yang kami masak simple-simple je. Ikan bakar, ayam goreng, sambal kicap dan last sekali megi.

Aktiviti mandi manda hanya dienjoy oleh anak-anak sebab kami sibuk dengan aktiviti masak dan makan.

Suasana disini okey namun kualiti airnya kurang bersih sebab banyak keladak. Bila kita pijak air tu banyak keladak yang keluar. Nak mandi kena bersihkan tempat dulu bagi daun-daun turun.

Makanan kena jaga sebab banyak sangat penghuni sini (kera) menunggu peluang nak curi makanan kita. Orang nak mandi dia pun sibuk nak mandi. Macam-macam gaya dia buat. Siap menyelam bagai. Geram nengoknya.

Next travel nak pergi mana pulak ye ? Dekat-dekat pon okeylah janji boleh hilangkan stress ni. Hihuuu.

Okey bye. Happy closing today.


October 30, 2017

CARA BROADCAST WHATAPPS TERUS KEPADA CUSTOMER

Alhamdulillah hari ni 27/10/2017 berjaya blast wassap kepada semua kenalan di list wassap. Sebelum ni leceh sebab dok pm sorang-sorang.

Benda ni dah belajar lama dah tapi tak apply pun. Sangat rugi sebab ilmu yang bermanfaat tidak digunakan. So, hari ni buat ayat untuk promo ESP dan terus send ke dalam broadcast ni. So, nama-nama contact yang ada dalam broadcast tu akan terima la wassap kita. Dengan syarat contact nama tu dia pun save contact nama kita.

Tak penat la kita nak pm sorang-sorang. Sekali send 20 orang dapat. Samada dapat respon atau tidak itu terpulang. Yang penting, kita dah buat kerja kita.

Sebagai peniaga online yang sentiasa kena bersaing dengan orang lain. Kita perlu pantas dalam bab-bab teknologi ni. Kalau lambat kena tinggal.

Jadi sentiasalah berusaha untuk menjadi yang lebih kedepan dan terbaik. InsyaAllah tidak akan sia-sia segala usaha kita. Mana tahu dalam 20 orang contact nama yang kita blast promo tadi berminat. Bukan ke masyuk tu.

Mudah je nak buat broadcast ni. Sebelah kiri atas kan ada titik 3 titik. Klik situ akan keluar list macam dalam gambar.



Kemudian pilih New broadcast. Kemudian pilihlah nama contact dalam list tu. Kemudian bila ada promosi untuk produk yang kita jual tu bolehlah terus blast. Semudah abc kan.

Selamat mencuba !


BAHAYA HFDM KEPADA ANAK-ANAK DAN CARA MENCEGAHNYA

Semalam ada kelas bersama Cikgu Neesa. Alhamdulillah diberi pendedahan tentang bahaya penyakit ini. HFMD adalah sejenis penyakit berjangkit yang boleh merebak melalui sentuhan.


HFMD adalah topik paling HOT kalau di taska. Orang kata SERIAU la kalau taska suspect tiga kanak kanak HFMD TASKA akan ditutup selama sepuluh hari bekerja. 

Definisi HFMD? 

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71).

Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan : 


* cecair hidung
* air liur
* lepuh (blister) 
* najis kanak-kanak yang dijangkiti 
* sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD

Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti :


* demam, 

* luka (ulcer) di mulut, 

* ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki.

* Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 – 7 mm) pada tangan

✅pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). 

✅Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya


Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga


* Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. 

* Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. 

* Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital.

*  Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. 

* Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.

Langkah Pencegahan


💝Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. 

💝Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.

💝Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.

💝Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.

💝Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.

💝Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.

💝Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.

💝Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda HFMD.

Produk Shaklee yang boleh digunakan ialah : 

-----------------------------------
1. Basic H untuk pembersihan. Titiskan beberapa titik Basic H ke dalam air mandian dan siram. Barang-barang mainan juga boleh dicuci dan dibilas dengan Basic H.

2. Nutriferon - Untuk meningkatkan antibodi anak-anak.

3. Meal shake - Membantu dalam memberikan tenaga dan mempercepatkan proses penyembuhan. Boleh dibancuh sebagai minuman penambah tenaga.

4. Vita C chew - Membantu meningkatkan kesihatan kanak-kanak. Menguatkan sistem imun dan membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan.

5. Herbal Blend boleh disapu pada ruam-ruam HFMD. Membantu ruam cepat kering dan mengelakkan kulit berparut.


Jom baca kisah Nurul Husna tentang HFDM.


Bercerita pasal HFMD lagi...
Dulu masa 1st time kakak kena HFMD..
Mula2 ingatkan ruam je...
Tapi bila cek ruam2 tu hanya ada kat tangan, tapak kaki dan dalam mulut..
Terus dapat agak tu adalah HFMD.

Cepat2 pergi klinik untuk dapat diagnos dari doktor..
SAH !!
Memang HFMD..


Banyak jugak la dapat ubat dari doktor..
Termasuk krim..
Masa tu dah jenuh fikir..

Macam mana la nak bagi kakak makan ubat..
Dia dahlah penakut makan ubat..
Dah telan pun dia boleh muntah balik..


So no solution..
Saya terpaksa abaikan ubat2 klinik..
Dan ikhtiar dengan vitamin shaklee sahaja iaitu nutriferon.
Alhamdulillah nutriferon banyak membantu..


Kali ke2 kakak kena masa tu baru balik dari bercuti..
Kalau dah pergi hotel..
Anak2 gerenti nak mandi kolam..


Mula2 nampak bintik2 merah dah stat baik kat kaki..
Badan dia makin lemah macam nak demam.
Cepat2 saya bagi nutriferon..

Bukan tak nak refer doktor..
Dapat ubat nanti memang sah2 dia tak makan..
Alhamdulillah esoknya bangun pagi terus aktif macam biasa..


Produk Shaklee adalah produk makanan tambahan yang semulajadi yang diuji selamat untuk diamalkan. Ia adalah alternatif untuk membantu dalam proses menyembuhkan. Ianya bukan ubat.

Nak cuba produk Shaklee bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni +601115672780





Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...