October 10, 2017

PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI 3 HARI 2 MALAM

Alhamdulillah percutian kami kali ni lebih seronok sebab pergi bersama keluarga suami. Mak mertua, ayah mertua, adik beradik suami serta ipar duai. Tak cukup corum bila satu family adik ipar tak join sebab anaknya masih kecil lagi.

Kami bergerak awal ke KLIA sebab takut jem. Maklumlah jalan rumah kami ni masih belum dinaik taraf lagi. Jadi terpaksa bersesak ditambah dengan kami pergi waktu hari kerja. Lagi teruk jemnya.

Kami parking kereta di hentian Putrajaya sebab bayaran parkingnya tak mahal. RM4.00 sehari. Kalau parking di KLIA dengar cerita sampai RM50.00 sehari. Jadi untuk menjimatkan kos kami parking di Putrajaya dan naik ERL ke KLIA. Tambang kami untuk 4 orang (2 dewasa 2 kanak-kanak) jumlahnya RM27.20. Kalau pergi balik semuanya RM54.40. Jadi boleh bajet siap-siap berapa kos untuk berjalan.

Kami sampai awal di Hentian Putrajaya dalam pukul 7.50 pagi. Sarapan siap-siap di situ barulah beli tiket dan terus ke KLIA.




Sementara menunggu waktu Check-In kami sibuk berwefie bersama-sama. Merakamkan kenagan untuk kali ni. Maklumlah semuanya tak pernah naik kapal terbang. Hanya 2 orang je yang pernah.




Beg kami. Yang belum diwrap. 

Aktiviti kami hari pertama selepas sampai di Langkawi ialah cari makan dulu. Mula nak pergi makan kat tempat yang kawan-kawan suggest. Cari punya cari tak jumpa. Tutup ke ape tak tahu. Last-last kami makan je kat kedai makan yang kami jumpe. Alhamdulillah sedap dan murah. Ayah mertua belanja. Hihi

Kemudian kami gerak ke UnderWaterWorld. Kami di situ dalam sejam je. Pukul 6 waktu last masuk. Kemudian baru balik Check In Apartment. Kami bermalam di Perdana Beach Resort. Kami masuk dalam pukul 7.30 malam. Mandi, solat dan berehat. Malam kami keluar jalan-jalan amik angin ke pantai Chenang. Tapi tak turun kereta pun sebab anak-anak dah tidur. Balik rumah dalam pukul 11.00 malam terus boom tidur sampai pagi. 

06/10/2017- Jumaat
Bangun awal pagi dan bersarapan di rumah. Abang Fairus beli roti canai, nasi bungkus dan kuih muih di kampung seberang jambatan berdekatan dengan apartment yang kami tinggal.

Pukul 8.00 kami terus bergerak ke tempat Cable Car.



Kami semua naik cable car ni kecuali mak sebab dia takut. Puas jugak memujuk dia tak mahu. Last-last dia duduk je bawah sorang.

Perasaan bila naik cable car ni mula-mula rasa relax je. Sampai kat tengah memang nak tercabut jantung bila tengok dia punya cable tu mencacak naik ke atas. Adoi pejam mata. Namun sempat juga merakam beberapa gambar kenangan di sini walaupun kaki macam cramp tak boleh jalan.





Mereka berempat ini sungguh berani kerana berjaya turun naik tangga nak pergi ke jambatan. Kami tunggu di atas.



Mak Yong hamil 4 bulan tidak mahu mengalah.

Sky Cab ni start pukul 9.00 pagi. Kami ambil masa dalam 2 jam duduk di atas. Dalam pukul 11.00 kami turun bawah. Pengalaman ni tak datang banyak kali. Jadi alhamdulillah dah pun merasa. Kami pilih pagi sebab takut cuaca petang hujan. Kalau hujan atau ribut atau berangin memang tak boleh naik cable car ni.

Next, kami ke 3D. kat sini ambil masa yang lama jugak la sebab ramai orang. Nak bergambar kena tunggu turn. Kami banyak ambil gambar disini. 




Kemudian kami terus ke Taman Buaya.

Masa ni lepas makan, jadi masing-masing dah penat dan mengantuk. Ada yang sakit kepala sebab panas semua ada.

Lepas ke Taman Buaya kami teruskan ke Langkawi Wildlife Park. Kat sini boleh tengok macam-macam haiwan. Anak-anak paling suka. Tetap meneruskan perjalanan walaupun masing-masing dah penat.















Di WildLife ni kita akan diberi voucher untuk claim makanan haiwan. Boleh claim di kaunter makanan. Mereka akan bagi makanan haiwan macam kacang, kuaci, pilet dan carrot. Bila lalu di kandang haiwan tu bolehlah bagi makan. Setiap sangkar atau kandang tu akan tulis dia makan apa. Jadi kita bagi lah makan ikut apa yang haiwan tu makan.


Lepas tu kami gerak ke HIG untuk shopping coklat. Sampai kat HIG pun dah senja. Shopping sikit-sikit terus balik tempat menginap. 

Sebelum tu kami ke Pekan Kuah dulu nak ambik gambar dengan helang.



07/10/2017 - Sabtu

Bangun awal pagi untuk ke Pantai Chenang. Kami keluar dari rumah pukul 8.00 pagi. Cari makan di kedai yang jumpa di tepi jalan. Macam biasa kami makan roti arab dan nasi campur. Ikut selera masing-masing.


Datang Langkawi tak pergi pantai sungguh rugi. Jadi kami pun ambik masa sejam disini. Anak-anak tak lepas peluang mandi dan main korek pasir.


Dalam pukul 10.00 pagi kami gerak balik ke apartment sebab nak mandi kolam pulak. Mandi kolam pun tak lama sebab nak bersiap untuk balik.




Perkara yang best memang ambik masa yang singkat je kan. Rasa tak cukup 3 hari bercuti. Nak-nak pulak bila bersama family tersayang.

Lepas mandi kolam terus naik dan bersiap untuk pulang. Pukul 12. Kami dah ready untuk check out. Terus ke airport sebab nak terus check in. Flight kami delay. Pukul 3 lebih baru terbang. Kami sampai di KLIA pukul 4.50 petang.

Alhamdulillah percutian keluarga yang best dan inshaAllah ada rezeki kami akan kembali lagi ke Langkawi.

October 4, 2017

SUPLEMEN YANG MEMBANTU KESIHATAN KULIT



Sebelum kenal dengan produk suplemen ni memang Feni tak tahu pun kepentingan makan suplemen. Namun sejak beranak pinak dan hidup semakin berubah. Terdesak untuk menambah stok EBM untuk Adik Rayyan masa tu menyebabkan Feni mencuba Alfalfa dan ESP sebagai milk booster. 

Tak sangka lepas mengamalkan ESP dan Alfalfa, susu menjadi meriah dan dapat kumpul stok EBM. Sehinggalah hari ni Adik Rayyan yang berumur hampir 3 tahun pun masih menyusu badan.

Lepas pantang, Feni tambah suplemen Vitamin C sebab nak kuatkan imun diri sendiri dan juga Adik Rayyan. Maklumlah lepas pantang terus masuk kerja. Pergi dan balik kerja pulak dengan motor. Tau sajalah keadaan jalan bila naik motor ni. Terdedah pada habuk dan debu. Mudah kena sakit dan kulit pun nampak kusam dan tak bermaya.

Bila dah beranak ni masa sangatlah berharga. Dah takde masa dah nak mekap lama-lama. Sibuk uruskan anak-anak je. 


KEBAIKAN VITAMIN C SHAKLEE



KEBAIKAN ESP SHAKLEE




TESTIMONI DIRI SENDIRI YANG TELAH MENGAMALKAN SET CANTIK SEJAK TAHUN 2015



Bila tengok gambar-gambar lama, gelak besar mengalahkan pontianak. Ya Allah teruknya muka Feni dulu.

2011

Kulit kusam dan tidak bermaya
Tona kulit tidak sekata
Parut jerawat dan jeragat

2017

Kulit semakin sihat dan gebu
Tona kulit sekata
Parut jerawat dan jeragat hilang

Alhamdulillah sejak amalkan suplemen ni secara konsisten, masalah kulit kusam dan tidak bermaya ni selesai. Nak keluar tanpa mekap pun senang hati sebab memang tak suka mekap pun. Kalau mekap pun time-time ada event atau pergi kenduri. Kalau setakat nak lepak kedai mamak memang tak mekap la.

Untuk yang berminat untuk mendapatkan produk SHAKLEE atau membuat pesanan bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com




LANGKAWI, TUNGGU KAMI DATANG

Sumber gambar : En google

Langkawi, tunggu kami datang !

Hihi tak sabarnya nak sampai langkawi. Esok kami akan naik flight ke Langkawi pukul 12.10 tengahari dan tiba di sana dalam pukul 1.00 petang. Tiket flight dah lama booking dekat Traveloka. Esok kena keluar awal la sebab nak parking di Putrajaya dan naik ERL ke KLIA1.

Alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan lancar. Dari booking tiket flight pergi balik hingga la tiket-tiket nak berjalan kat sana. Kebetulan bulan September hari tu ada MATTA FAIR bolehlah beli tiket nak naik Cable Car dan jalan-jalan di sana dengan harga yang lebih murah. So, kepala dah tak pening nak gi mana, nak gi mana bila sampai sana.

So, esok pepagi dah kena keluar awal sebab jalan kat rumah tu memang jem gila. Anak-anak memang eksaited gila tapi ummi abah pun lebih lagi. Haha maklumlah pestime nak naik kapal terbang kan. Abang Aus 5 tahun dah nak naik kapal terbang. Adik Rayyan umur tak sampai 3 tahun dah naik kapal terbang. Rezeki korang ler anak-anak. Alhamdulillah.

Ummi dengan abah bila dah 30-an baru nak merasa naik belon. Tu pun syukur ya rahmat walaupun hanya sekadar nak pergi Langkawi. Keh keh keh.

InsyaAllah lepas ni kalau ada rezeki boleh pergi ke luar negara pulak. Nak simpan duit nak pergi umrah pulak. Semoga Allah permudahkan segala urusannya.

Okey, nanti Mak Jemah sambung cerita Langkawi di next entry naaa.

October 3, 2017

KEBAIKAN PROTEIN ESP UNTUK KULIT YANG SIHAT DAN CANTIK

Sejak kenal ESP sebagai minuman tambahan yang membantu dalam mencantikkan kulit ni memang terus jatuh cinta. Sehari mesti Mak Jemah akan pastikan ambil 3 sudu ESP bagi memastikan keperluan protein harian mencukupi. Banyak sangat kebaikan protein ESP untuk kulit sihat dan cantik.

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. Energizing Soy Protein ini diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekslusif dan komprenhensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan.



Kebaikan ESP untuk Kulit Yang Cantik dan Sihat ialah :-

1. Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan ESP yang kerap boleh menjadikan kulit lebih awet muda.

2. Baik untuk hormon. Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras koletsrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

3. Baik untuk Prostat. Genistein yang terkandung  dalam kacang soya terbukti keupayaannya untuk mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga amat baik untuk pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

4. Meremajakan kulit dengan merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen ati-penuaan, mengembalikan radiant kulit dan kepejalan otot. Mempercepatakan sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

5. Pembekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan melawan tekanan.

6. Membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan penuaan.

7. Membantu masalah rambut beruban dan keguguran.

9. Membantu meningkatkan memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.

KEPENTINGAN PROTEIN

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungis psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun  untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya membawa kepada kematian.

TESTIMONI DIRI SENDIRI YANG MENGAMALKAN ESP SEBAGAI SUPLEMEN HARIAN.


Alhamdulillah sejak konsisten amalkan ESP dan set cantik dari tahun  2015 sampai hari ni. Kulit semakin sihat dan lebih cantik dari dulu. Feni lebih percayakan nak cantik perlukan masa. Nak-nak pula kecantikan bermula dari dalam.

Kalau dulu kulit kusam dan tidak sekata. Sekarang alhamdulillah tona kulit sekata dan nampak lebih segar. Nak keluar pun mekap tak payah tebal-tebal. Sekadar pakai bedak dan lipgloss pun dah  cukup.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan ESP dan SET CANTIK bolehlah menghubungi Feni. Feni guide cara yang betul untuk amalkan SET CANTIK ni supaya hasilnya memang memuaskan  hati.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...