August 26, 2017

APA YANG PERLU SAYA BUAT BILA ANAK DEMAM

Dalam minggu ni dah 2 kali Kementerian Kesihatan hantar kontraktor untuk sembur nyamuk aedes. Balik kerja dah malam dalam pukul 7.30 malam baru sampai rumah. Sampai rumah tengok asap fogging berkepul-kepul sampai sesak nafas. Betapa kuatnya bau asap ubat nyamuk ni. 


APA YANG PERLU SAYA BUAT BILA ANAK DEMAM ?


Saya akan pantau keadaan suhu anak. Sememangnya saya spare siap-siap satu termometer untuk cek suhu badan anak. 

Saya akan lapkan badan anak kalau badan terlalu panas. Lapkan dengan air sejuk. Basahkan kain tuala dan lap ke seluruh badan hingga ke kepala anak. Kadang-kadang saya gunakan air asam jawa untuk menurunkan suhu badan.

Pakaikan pakaian yang nipis dan selesa untuk anak. Masa anak demam tak boleh pakaikan pakaian yang tebal-tebal supaya pengaliran udara bebas. Suhu panas akan mudah keluar. Memang anak akan terasa sejuk tapi dalamannya panas.

Saya akan cuba untuk bagi anak minum air suam supaya badan kekal hidrat. Selalunya mereka tidak akan berselera makan atau minum. Cuba pujuk supaya mereka dapat habiskan minuman untuk mengembalikan tenaga.

Demam yang teruk dan berlarutan sehingga berhari-hari kena bawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

Sebagai alternatif saya sediakan Nutriferon sebagai suplemen untuk membantu menguatkan imun badan. Rasa Nutriferon yang masam-masam manis boleh menghilangkan rasa pahit mulut. Nutriferon adalah sebagai alternatif untuk membantu badan anak supaya cepat lega dari demam. Ubat pun kena makan juga ikut nasihat doktor. 


Sekiranya ada yang ingin mencuba NUTRIFERON untuk membantu dalam meningkatkan imun badan bolehlah menghubungi Feni :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com




BASIC H MEMUDAHKAN KERJA HARIAN IBU

Sekarang ni kalau boleh nak dapatkan satu produk yang bagus dan multifunction. Boleh buat cuci pinggan mangkuk dan juga boleh buiat cuci satu rumah.

Sejak kenal Basic H ni memang dah jatuh cinta dengan produk ni. Mula beli sebab nak buat cuci botol susu anak je. Tau saja la bila botol susu ni memang mudah melekat sisa-sisa susu kat puting botol susu tu. Bila rendam dengan Basic H memang mudah hilang. Macam peluntur kain tu. Takut nak guna peluntur kain sebab risau dengan bahan dalam peluntur memang tak sesuai untuk botol susu anak.

Basic H Shaklee memang dibuktikan bebas bahan kimia bahaya dan selamat untuk digunakan.

  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Selain untuk mencuci botol susu anak, Feni suka guna Basic H untuk mencuci lantai. Hanya titiskan beberapa titisan Basic H ke dalam sebaldi air kemudian sedia untuk mengemop lantai. Bila dah siap mop lantai dengan Basic H, bau wangi je. Lalat pun tak sudi nak singgah. Sesuai untuk buat lap meja makan juga.


Basic H juga boleh dicampurkan dengan air remdaman sayur-sayuran untuk mencuci kotoran pada sayur. Ia juga membuatkan sayur kekal segar dan lambat rosak.


Kasut sekolah yang susah nak cuci tu pun sesuai sangat guna Basic H supaya kembali putih bersih. Rendam je dulu kasut yang kotor hitam itu dengan beberapa titisan Basic H kemudian gosok perlahan-lahan, Tak perlu tonyoh kuat-kuat sampai badan  pun cepat penat. Hihihi.


Sekiranya anda berminat untuk mencuba Basic H Shaklee bolehlah menghubungi Feni melalui salah satu medium di bawah :-


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com







August 25, 2017

AGENDA CUTI SEKOLAH

Abang Aus dah start cuti sekolah hari ni. Macam-macam plan nak buat untuk Abang Aus. Plan hari minggu ni nak bawak dia dengan Adik Rayyan naik MRT sebab kami tak pernah naik MRT lagi.

Khamis 24/08/2017 Abang Aus dah naik MRT dengan kawan-kawan sekolah dia. Balik seronok benor dok cerita dia naik MRT.
















Adik Rayyan tak pernah naik MRT lagi. Bila tengok gambar Abang Aus dengan rakan-rakan naik MRT dia pun sibuk nak naik. Jadi salah satu agenda cuti sekolah ni ialah nak naik MRT. Plan lain akan difikirkan kemudian. Siapkan kerja sekolah dulu baru boleh jalan. Hihihi. 

CARA URUSKAN MASA UNTUK KERJA HAKIKI DAN BISNES

Kerja makan gaji dengan majikan memang seronok sebab tiap-tiap bulan gaji tetap masuk walaupun kita ni buat kerja atau tak. Tapi kadang-kadang gaji tu memang tak cukup sebab kos sara hidup hari ni memang sangat tinggi tambah-tambah lagi yang duduk kat bandar besar macam Mak Jemah ni. Duduk di Hulu Langat dan bekerja di Kuala Lumpur. Meh Mak Jemah share cara uruskan masa untuk kerja hakiki dan bisnes online.



1. Susun Keutamaan

Ini sangat penting supaya kita dapat susun jadual kerja kita. Feni akan buat satu jadual untuk sehari. Bahagikan kepada 4 bahagian iaitu Penting, Tak Penting, Urgent, Tak Urgent. Yang penting dan urgent perlu disiapkan segera.


2. Jangan bertangguh

Jangan nanti, jangan sekejap lagi. Buat segera. Makin lama bertangguh, makin besar rasanya kemalasan itu. Jangan biarkan malas bermaharajalela.


4. Buat jadual atau to-do list

Barulah nampak apa yang sepatutnya dibuat. Tak adalah asyik skroll newsfeed Fesbuk dan membuang masa memikirkan hal orang lain.


5. Fokus! 

Fokus untuk selesaikan satu-satu perkara sebelum perkara yg lain. Cuba jangan buat semua sekali dalam satu masa, atau fokus terganggu dan akibatnya satu kerja pun tak siap!

6. Doa dan tawakal kepada Allah

Mohonlah kepada Allah minta ditunjukkan jalan dan dipermudahkan urusan. Percayalah, dari Allah semua urusan ni & Dia akan pandu ke jalan terbaik untuk menyelesaikan semuanya dengan cemerlang.


Bila dah ada perancangan tu taklah pening atau kena bambu dengan bos sebab kerja tak siap kan. Yang penting kerja hakiki settle, bisnes online pun mantopss.

Jadi yang mana nak join ahli Shaklee bolehlah kontek Feni ye ?


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

August 24, 2017

PENTINGNYA SIDE INCOME ZAMAN HARGA MINYAK NAIK SETIAP MINGGU NI

Hidup dalam zaman mencabar hari ni memang perlukan isi rumah melakukan 2 kerja dalam satu masa. Kerja dengan majikan untuk dapat pendapatan tetap dan buat bisnes online secara sampingan. Ini adalah untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat pada zaman harga minyak tengah naik setiap minggu ni.

Kadang-kadang nampak remeh je bisnes online ni sebab nampak untung macam sikit. Namun bila diambil kira keuntungan bersih itu boleh menampung kos-kos yang mungkin sangat membantu kita. Dengan adanya side income ni kita tak perlu tunggu gaji untuk menyelesaikan perbelanjaan harian.



1. TAMPUNG PERBELANJAAN HARIAN

Bagi Feni, side income ni memang membantu Feni dalam belanja harian. Pagi-pagi bila hantar anak ke sekolah biasalah mesti akan singgah di kedai dulu. Kadang-kadang beli kui atau roti untuk sarapan anak-anak. Kadang belanja setiap pagi sampai RM5 hingga RM10. Kalau kira sebulan dah berapa. Kalau ikut gaji rasanya memang tak cukup.

2. TABUNGAN MASA HADAPAN

Bila dah buat bisnes online sebagai punca pendapatan ni. Bolehlah menyimpan sikit-sikit untuk masa depan. Feni memang ambik takaful untuk anak-anak sebab takut juga apa-apa yang terjadi pada kami. Sekurang-kurangnya bila kami tiada, anak-anak ada sumber kewangan untuk meneruskan hidup mereka.

3. SIMPANAN KECEMASAN

Bila dah ada simpanan ni mesti kena ada simpanan kecemasan. Kalaulah tiba-tiba kena sakit ke. Nak kena pakai duit banyak. Dah ada simpanan kecemasan. Harapnya dijauhkan dari perkara buruk.

4. TABUNG PERCUTIAN

Yang ni paling best bila buat side income. Tabung untuk bercuti dengan family. Nak harapkan duit gaji sendiri asyik habis dok selesaikan masalah ekonomi rumah tangga. Kita buat bisnes untuk tampung belanja pergi bercuti. Anak-anak memang suka sangat kalau sebut pasal nak pergi travel. Bukankah seronok bila tengok anak-anak dan keluarga seronok ?

5. SELESAIKAN HUTANG

Banyak hutang boleh buat kita rasa tertekan sebab tak mampu nak bayar. 9/10 punca rezeki adalah melalui perniagaan. Jadi jangan takut untuk memulakan perniagaan. Mulakan dengan apa yang ada. Side income ni kalau kena gaya boleh selesaikan segala hutang terutamanya yang pernah pinjam dengan PTPTN tu.

Jadi sekiranya anda sedang mencari peluang perniagaan yang boleh menjana pendapatan secara part time bolehlah menghubungi Feni :-


Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

WARNA KEGEMARAN SAYA

Bila dapat tajuk task macam ni teringat pula masa kecik-kecik mesti ada warna kegemaran. Siap bercop-cop lagi. Aku warna biru, kau warna merah. Pastu tak boleh sama pulak tu. Kalau sama akan dikata meniru. Hahaha

Indah sungguh zaman kanak-kanak ribena. Hanya tau main dan makan je. 

Warna kegemaran Feni ialah Pink. Suka sangat warna pink. Kalau pilih baju ke ape ke mesti tertarik dengan warna pink. Bila pergi jalan-jalan pasaraya ke kalau ada benda warna pink mesti nak pegang. Baju pulak banyak warna pink.

Sekarang ni dah tak kisah warna apa pun janji selesa. Pink tu tetap ada. Kalau nak hias rumah dengan warna pink macam tak sesuai sebab anak-anak semua lelaki. Kena pilih warna yang sesuai untuk anak lelaki. Kalau pilih pink macam anak perempuan pulak kan. 

Feni paling suka baju dress pink yang buat masa kenduri kahwin acu sebab kaler dia cantik dan terang gitu dan paling penting nampak slim. Ahakss.


Apa pulak warna kegemaran korang ? Mehla share dengan Mak Jemah.

#gempakbintang
#gempakbintang2017



August 23, 2017

SAYA PEMALU SEBAB TU SAYA LEBIH SUKA BUAT BISNES ONLINE

Salah satu sebab kenapa saya pilih bisnes online sebagai punca pendapatan sampingan ialah sebab saya ni pemalu. Pemalu sangat nak terangkan kebaikan produk secara offline. Bila secara online ni senang sebab saya punyai masa untuk terangkan kepada mereka.

Produk yang selalu menjadi pujaan ramai dan selalu repeat order ilah SET CANTIK TERLAJAK LARIS iaitu ESP, Vitamin C, Vitamin E, Vivix dan Collagen Powder.

Kesemua produk Shaklee ni macam dah ada dalam kepala bila customer pm atau wassap. Hihi barulah SID yang aktif giteww.

Kalau offline kena banyak stok kat tangan. Modal pun kena banyak. Kalau buat online macam bisnes Shaklee ni tak perlukan modal yang banyak. Hanya hp dan internet. Bila ada customer order dan bank in duit. Kita pun terus order melalui shaklee2u. So tiada isu tentang produk expired atau tersimpan banyak bawah katil. Tak semak kepala nak fikir macam mana nak jual. Buat je semuanya secara online.

Ada jugak kawan-kawan dekat atau customer yang duduk area rumah order Shaklee. Feni akan deal la dengan diorang. Selalunya Feni ada juga simpan stok sikit-sikit untuk yang segera atau COD tapi tak banyak. Jadi risiko kerugian akibat stok tak terjual tu memang rendah sangat.

Feni suka buat online melalui medium fb, instagram dan blog. Kalau macam nak segera guna fb dan instagram. Untuk masa akan datang Feni lebih suka share dalam blog. Sebab blog ni lebih mudah orang nak google. Alhamdulillah Feni tak putus-putus dapat pm dan order. Semuanya Feni buat secara online saja.

Sekiranya ada produk Shaklee yang berkenan di hati bolehlah menghubungi Feni ye ?

Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp:+601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...