August 21, 2017

TIPS KESELAMATAN BALIK KAMPUNG KETIKA BALIK RAYA

Minggu depan kita nak sambut hari kemerdekaan dan seterusnya raya haji. Hati gembira tak terkata. mesti ramai yang ambil keputusan untuk balik raya di kampung. Aktiviti wajib bagi kami satu family bila tiba musim raya. Nak-nak pulak raya haji bagi orang Kelantan memang rugi sangat kalau tak balik. Suasana raya haji di sana lebih meriah kalah raya aidilfitri. Jom ikuti beberapa tips keselamatan balik kampung ketika balik raya :-

1) SEDIAKAN JADUAL 

Selalunya Feni akan sediakan satu list barang-barang untuk balik kampung. Antara kandungan dalam list tersebut mestilah barang-barang peribadi diri untuk semua ahli keluarga. List ni penting supaya barang penting tidak tertinggal.


2. LAPORKAN RUMAH KOSONG DI BALAI POLIS

Setiap kali nak tinggalkan rumah, pastikan buat laporan rumah kosong di balai polis terdekat. Mereka ada sediakan buku rekod/borang untuk diisi. Anggota polis yang bertugas akan meronda dan menghantar laporan harian kepada anda. Pastikan memang tak ada orang dalam rumah atau datang ke rumahlah. Karang tak pasal2 pulak kena masuk lokap.

3. BAGITAHU JIRAN YANG YANG RAPAT

Sebelum balik kampung eloklah bagitahu jiran tetangga yang tak balik kampung supaya tolong tengok-tengokkan rumah. Tinggalkan nombor kita supaya senang dihubungi sekiranya terjadi sesuatu.

4. SEDIAKAN SUPLEMEN UNTUK KEKAL CERGAS SEMASA DALAM PERJALANAN BALIK KAMPUNG

Ini memang penting. Selalunya Feni akan sediakan makanan dan minuman untuk kami sekeluarga. Maklumlah bila balik kampung musim-musim perayaan ni banyak tempat R&R akan penuh dan sesak dengan orang ramai. Jadi masa nak makan minum tu dah jimat. Kadang-kadang kami berhenti makan kat tepi kereta saja. Tak lupa energy booster untuk kami iaitu performance drink dan cinch tea supaya kekal cergas dan bertenaga sepanjang perjalanan.



5. PASTIKAN KEADAAN RUMAH SELAMAT UNTUK DITINGGALKAN

Kunci semua pintu dan tingkap, buka kepala tong gas, buang sampah dan mulakan perjalanan dengan bacaan doa. 

Selamat jalan dan selamat menyambut hari raya bersama keluarga tersayang.


Sekiranya ada yang berminat untuk membuat pesanan produk bolehlah menghubungi Feni :-


Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com




August 20, 2017

BISNES YANG INGIN SAYA JALANKAN SELAIN BISNES SHAKLEE

Alhamdulillah ditemukan dengan Shaklee untuk belajar buat bisnes terutamanya yang zero bab bisnes ni. Kalau setakat nak berniaga pasar malam tu okey la. Ambik barang dan terus jual kepada customer.

Banyak benda nak buat kalau banyak modal. Bisnes yang paling Feni nak buat selain bisnes Shaklee sudah tentu nak jual pakaian muslimah macam jubah, tudung dan baju lelaki yang lebih sopan santun. Maklum saja sekarang ni banyak saingan. Tapi pakaiannya lebih kepada yang kurang sopan. Ewah.

Suka sangat jual pakaian ni sebab kita sendiri akan rasa selesa bila pakai. Pakai baju ketat-ketat memang tak selesa. Pakaian pulak kena ada saiz dari xs hinggalah xxxl. Maksimum ikut permintaan.

#teambintang

PERSEDIAAN MEMELIHARA TULANG AGAR TIDAK BERISIKO MENGHIDAP OSTEOPOROSIS 20 TAHUN AKAN DATANG



Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan kepadatan tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah.

Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita selepas menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat.

Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan kepadatan tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.

Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen (serat elastik yang kuat), bahan mineral, salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil. Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik.

Tulang yang dibaiki diperteguhkan dengan pelbagai zat protin dan mineral yang diserap dari saluran darah. Ini termasuk kalsium, fosporus, protien dan juga asid amino . Hormon pertumbuhan dan hormon seks mengawal jumlah mendapan bahan mineral dalam tulang. Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopaus, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.

Pentingnya kalsium untuk mengekalkan tulang yang sihat ialah untuk mengelakkan tulang rapuh. Amalkan ostematrix setiap hari sebagai suplemen kalsium bagi memenuhi keperluan kalsium harian.


Antara kebaikan Ostematrix ialah :

1. Menguatkan Tulang

Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas

Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.

3. Meringankan stress


Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid

Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh

Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.

Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.


6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.





Hubungi Feni untuk dapatkan Ostematrix anda hari ini:-

Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


August 19, 2017

APA YANG SAYA PALING TAK BOLEH KAWAL NAFSU BILA SHOPPING

Bila shopping benda yang Feni tak boleh nak kontrol nafsu ialah bila tengok baju atau shawl yang lawa-lawa. Tak kisahlah harganya mahal ke murah ke. Janji boleh beli.

Feni tak kisah pasal harga, yang mahal lagi best kan. Hahaha macam kaya sangat.

Perempuan memang tak boleh lari dari nak melawa. Selain baju, handbag, jam dan barang kemas. Koleksi baju paling banyak. Barang kemas pun ada la sikit-sikit sebagai perhiasan diri.

Barang mekap pun tak banyak. Hanya yang asas-asas je ada. Bedak muka, pelembab muka dan pelembab bibir. Muka pun nak berseri kan. Tak suka mekap tebal-tebal sebab takut kalah hantu kak limah pulak.

#gempakbintang

5 TIPS NAK SIHAT DAN CERGAS DALAM PANTANG

Ibu yang baru lepas bersalin memerlukan tenaga yang banyak untuk kekal sihat dan cergas dalam pantang. Ikuti beberapa tips supaya kekal sihat dan cergas dalam pantang :-


1. AMALKAN MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT

Semasa pantang kita sering mendengar pesanan orang-orang lama tentang menjaga pemakanan. Makan kena makan makanan yang kering-kering seperti nasi dengan ikan kering sahaja supaya badan tidak gemuk. Makan makanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan ibu pantang sembelit. Sembelt ni sangat bahaya dan boleh mengakibatkan penyakit buasir kalau tidak dicegah dari awal. Sebaiknya amalkan makanan yang sihat dalam pantang seperti banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran.

2. MINUM AIR PUTIH SECUKUPNYA

Air sangat penting untuk proses penyembuhan. Air putih sangat bagus untuk memperbanyakkan susu ibu. Seeloknya minumlah air panas atau suam. Elakkan minum ais.


3. MEMAKAI BENGKUNG 

Lepas bersalin memang perlu memakai bengkung supaya dapat mengembalikan tekstur bentuk badan kembali ke asalnya. Bengkung juga membantu dalam mengurangkan nafsu makan.


4. MENGAMALKAN PANTANG LARANG ORANG TUA

Seeloknya mengikut amalan orang-orang tua seperti bertungku untuk mengecutkan rahim. Tidak keluar rumah ketika dalam pantang. Elakkan mengangkat barang berat atau melakukan kerja-kerja yang boleh memudaratkan ketika dalam pantang. Banyakkan rehat supaya dalaman cepat pulih.


5. MENGAMBIL SUPLEMEN

Mengamalkan suplemen yang sesuai untuk ibu berpantang supaya kekal sihat dan cergas dalam pantang. Boleh amalkan SET BERPANTANG SHAKLEE untuk kekal sihat dan cergas dalam pantang. 


Sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkan suplemen Shaklee ni bolehlah menghubungi Feni :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

#gempakbintang

August 18, 2017

PRODUK KECUTKAN BENGKAK TONSIL ANAK

APA ITU TONSIL ?


Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-



1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung

2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah

3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.


Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?


Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.

Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.


Antara gejala radang tonsil ialah :-
1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur



Rujukan daripada : http://drazwan.blogspot.my



Produk Shaklee yang membantu untuk mengecutkan bengkak tonsil anak ialah :-

✿ Nutriferon

  • Kebiasaannya asma dicetuskan oleh serangan alergen dan sistem imun kanak-kanak tak dapat bertahan dengan serangan itu.
  • Nutriferon mengandungi interferon semulajadi yang boleh menghalang serangan yang mencetuskan asma itu.

✿ Omega Guard

  • Bantu tingkatkan sistem imun dan menguatkan paru-paru. Membaiki alahan kulit dan penyakit lelah.
  • Kajian menunjukkan kanak-kanak yang amalkan minyak ikan secara berterusan dapat mengurangkan simptom asma.P
  • Penggunaan asid lemak omega 3 (yang banyak dalam omega guard) adalah selat dan sesuai untuk mengawal masalah berkaitan paru-paru dan pernafasan.

✿ Meal Shakes


  • Membekalkan 19 vitamin dan mineral yang membantu menguatkan imunisasi kanak-kanak.
  • Membekalkan tenaga kepada kanak-kanak supaya tak mudah penat. Kanak-kanak asma sensitif dengan aktiviti lasak. Jadi meal shake sekurang-kurang dapat tingkatkan tenaga mereka untuk sama-sama melakukan aktiviti dengan rakan-rakan.

✿ Chewable Vitamin C

  • Menguatkan antibodi dan sistem imun.
  • Melegakan sakit tekak 




Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk untuk membantu mengecutkan tonsil ini bolehlah menghubungi Feni atau  order terus di SET TONSIL UNTUK ANAK .



Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

CARA MENAIKKAN PLATELET DARAH SEMASA DEMAM DENGGI

APA ITU DEMAM DENGGI


Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.



Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).



Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.



Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.

DEMAM DENGGI BERDARAH

Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.




Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.

Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.

Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.


APAKAH TANDA-TANDA DEMAM DENGGI?


  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.





PEMASTIAN DIAGNOSA PENYAKIT


Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).

Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.

NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.

RAWATAN

  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi jerlum.
  • Antibiotik tidak diperlukan.

BAGAIMANA CARA UNTUK MENCEGAH DENGGI?


Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.

Elakkan gigitan nyamuk dengan:
  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.

Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.


Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:
  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.

SUPLEMEN SHAKLEE YANG MEMBANTU DALAM MENINGKATKAN PLATELET DARAH SEMASA DEMAM DENGGI



PERFORMANCE DRINK

  • Performance Drink adalah minuman yang mengandungi ion yang membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  • Ia juga mencegah penyahidratan akibat kekuranga air dalam badan.

VITAMIN C

  • Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun tubuh dan melawan jangkitan.
  • Vitamin C juga penting untuk membantu sel darah putih dalam badan bagi menghalang bakteria ataupun jangkitan-jangkitan kuman. Selain itu, membantu menguatkan sistem imun badan kita.

NUTRIFERON

  • Kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahhkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh kuman atau virus.


ESP
  • Untuk memberikan tenaga dalam badan kita. Dan ESP nie sangat bagus untuk menambahkan gula dalam darah kita. Maksudnya untuk glukosa yea.. Sebab kekurangan glukosa tue yang menyebabkan badan kita lemah dan lesu.
Sebarang pertanyaan berkenaan dengan produk Shaklee atau membuat pesanan bolehlah menghubungi Feni seperti di bawah :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...