August 15, 2017

SUBJEK PALING DISUKAI ZAMAN SEKOLAH

Pejam celik pejam celik dah 12 tahun meninggalkan zaman persekolahan. Belajar sekolah sampai STPM.

Rindu sangat-sangat nak kembali ke zaman sekolah. Sekarang dok uruskan Abang Aus sekolah jelah. Tahun depan masuk 6 tahun.

Matematik adalah subjek yang paling digemari. Suka buat kira-kira sampai sekarang pun kerja buat kira-kira.



Best buat math ni sebab tak mengantuk. Kalau nak membaca dan menghafal memang susah. Tapi kalau buat kira-kira memang Feni suka sangat.

Masa sekolah dulu pernah dapat 100% untuk ujian Matematik. Tapi bila exam dapat C. Kehkehkeh. Kenangan semua tu.

Apapun saya memang suka buat kira-kira tambah-tambah lagi kalau bab kira duit untung menega suplemen macam sekarang ni. 

PRODUK BUANG ANGIN DALAM BADAN

Saya selalu mengalami masalah angin dalam badan. Paling tak tahan bila angin naik sampai kepala. Rasa macam meloya sampai nak muntah.

12 Tanda badan banyak angin ialah

✿ Rasa lesu / Letih / Tidak Bertenaga
✿ Selalu rasa Kebas-kebas / Sengal /Lenguh
✿ Tapak tangan / kaki berasa sejuk
✿ Selalu Menguap/ mudah mengantuk
✿ Sukar bernafas / nafas pendek
✿ Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang
✿ Kulit kering
✿ Perut Berangin
✿ Sakit kepala / Migraine
✿ Hilang Selera Makan
✿ Kurang/ hilang nafsu seks
✿ Dan lain-lain rasa ketidakselesaan badan

Sejak amalkan Peppermint Ginger Plus dengan Garlic Complex ni, badan rasa segar dan kurang kena masalah angin.


Garlic 

Selain mengeluarkan angin dari badan, ia juga memang terkenal sejak turun temurun sebagai antibiotik semulajadi.

Peppermint Ginger Plus

Rasa halia bersama mint yang menyegarkan. Membantu membuang angin dalam badan dengan mudah. 

Lega bila angin dalam badan dapat dikeluarkan. Sakit kepala hilang dan boleh buat aktiviti harian dengan senang hati.

Sekiranya ada yang ingin mencuba 2 produk hot ni bolehlah buat belian di SET BUANG ANGIN  atau menghubungi Feni :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

August 14, 2017

BUANG TOKSIN JAHAT SECARA SEMULAJADI

Tanda-tanda tubuh anda perlukan detox

Sembelit
Pening Kepala
Perut Kembung
Nafas Berbau
Berasa letih dan tidak bertenaga
Sentiasa hendak makan
Jerawat

Cara Menyingkirkan Toksin Secara Semulajadi

Banyakkan Minum Air

Air dapat menyejukkan badan dan menyingkirkan toksin apabila kita membuang air kecil.anda digalakkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 liter air dalam masa sehari.

Bersenam Selalu

Toksin yang ada dalam badan dapat dibuang melalui peluh yang keluar melalui kulit.Cara mudah untuk bersenam adalah berjalan kaki dan mengemas rumah.Badan sihat rumah pun sedap untuk di pandang.

Berpuasa

Berpuasa dapat merehatkan organ pencernaan anda kerana anda tidak makan dan minum ketika itu.

Buah-Buahan

Buah mempunyai kandungan air dan fiber yang baik dalam membantu melawaskan sistem pencernaan.Ini dapat mengelakkan sembelit dari terjadi.

Buah Citrus

Anda boleh membuat air campuran antara buah oren dan juga lemon.Buah citrus dapat menguatkan imunisasi dan juga mengurangkan ketidakhadaman akibat tersalah makan.

Bawang Putih

Bawang putih dapat membuang angin dalam perut.Jadi tidaklah anda berasa kembung dan juga sakit perut selalu.

Spirulina

Dapat mencegah sembelit dan meneutralkan toksin di dalam badan.

Alfalfa

Kaya dengan klorofil yang dapat mencuci dan membersihkan toksin dalam badan.

Teh Hijau

Teh hijau adalah minuman yang tinggi antioksida.


Pengambilan Detox dalam set Kurus juga boleh membantu dalam menyingkirkan toksin jahat. Alfalfa dan Herb-Lax lebih mudah dan senang kerana dihasilkan dalam bentuk pil.

Hubungi Feni untuk dapatkan suplemen anda.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

August 13, 2017

PETUA MENGHILANGKAN SUNBURN TERUK DENGAN MUDAH

Sunburn ni kalau dah kena kat kulit memang makan masa untuk pulih. Ada yang sampai menggelupas kulit dan pedih-pedih sebab nak pulihkan sel kulit.

Ni ada beberapa petua yang boleh diamalkan supaya kulit cepat pulih dan kembali kepada sedia kala.

1. Pakai Pelembab Sebelum Keluar
Bila dah kena sunburn ni. Kulit kita akan menjadi kering dan gelap. Jadi untuk memudahkan proses pemulihan sel-sel kulit, pakailah pelembab muka yang sesuai untuk kulit. Pilih yang bebas bahan kimia supaya dapat mengekalkan kelembapan kulit dan dalam masa yang sama memulihkan sel baru.

2. Banyakkan Minum Air Kosong
Benda ni memang paling penting. Air membantu menyeimbangkan kelembapan kulit. Kurang air boleh menyebabkan kulit mudah kering dan bersisik. Bila dah kena sunburn tu lagi teruk nak pulih.

3. Banyak Makan Buah-buahan dan Sayur-sayuran
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna warni ini sangat kaya dengan serat dan air. Ia membantu melancarkan perjalanan darah yang membantu dalam menyingkirkan sel-sel mati.

4. Amalkan Suplemen
Ini adalah paling mudah sebab dengan mengamalkan suplemen yang betul boleh membantu dalam memulihkan sel-sel kulit yang dah tak berfungsi tu. Antara suplemen yang disarankan ialah ESP dan Vitamin C.



Sekiranya anda juga berminat untuk mendapatkan 2 produk hot ni jangan malu kontek Feni ye. 

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

5 Tips Untuk Ibu Hamil Yang Mengalami Sembelit Ketika Berpantang



Sembelit dikalangan ibu hamil, bersalin dan berpantang memang tidak boleh dinafikan. Bagi ibu yang mengalami masalah sembelit ketika dalam pantang boleh menyebabkan emosi terganggu. Penting untuk menjaga emosi ketika dalam pantang untuk mengelakkan masalah kesihatan seperti meroyan.

Berikut adalah faktor-faktor masalah sembelit terjadi kepada kalangan ibu-ibu selepas bersalin:


  • Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.
  • Otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormone progesterone yang tinggi semasa hamil.
  • Takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka epistomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut.


Cara atasi sembelit selepas bersalin:


1. Banyak minum air iaitu kira-kira 6 hingga 8 gelas sehari. Jika anda menyusukan bayi, kuantitinya perlulah ditambah. Air akan membantu penghasilan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman dan pundi kencing dan mengurangkan sembelit. Dehidrasi akibat kekurangan air kerana terlalu berpantang boleh menyebabkan luka lambat baik dan air susu menjadi kurang.

2. Terus ke tandas jika rasa mahu 'membuang' walaupun anda rasa kurang selesa terutamanya dalam minggu pertama selepas bersalin. Lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan.

3. Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika dalam pantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar.

4. Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C yang memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotomy ataupun luka caesarean.

5. Amalkan suplemen yang sesuai semasa berpantang kerana bukan sahaja membantu mengatasi masalah sembelit malah mempercepatkan proses penyembuhan. Antara suplemen Shaklee yang dicadangkan untuk ibu bersalin bagi mengelakkan sembelit ialah Alfalfa, Ostematrix dan Vitamin C. Kesemua vitamin ini terdapat dalam Set Berpantang Shaklee.

Cadangan Suplemen Untuk Ibu Berpantang Ialah


  • ESP
  • Vitamin C
  • Omega Guard
  • Vitalea 
  • Ostematrix 
  • B-Complex




Kesemua suplemen atau vitamin ini sesuai diamalkan oleh ibu untuk memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan oleh ibu dan juga anak. Selain memberikan tenaga, ia juga membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan terutamanya luka dalaman.

Bagi ibu-ibu yang kurang yakin untuk mengamalkan jamu tradisional kerana dibimbangi menjadi panas oleh sesetengah orang boleh cuba kepada pengambilan suplemen kerana suplemen ini bukan sahaja membantu proses penyembuhan malah menjadi "milk booster'' untuk proses menyusukan anak.

Berminat untuk mendapatkan produk shaklee dan khidmat nasihat percuma boleh hubungi Kak Feni:-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


August 12, 2017

TIPS PEMAKANAN YANG SIHAT


Cuba tengok gambarajah ni. Makanan harian haruslah seimbang untuk memenuhi segala nutrisi harian kita.

Namun hari ini kita seringkali disajikan dengan makanan yang kurang sihat seperti makanan segera yang sudah kurang nutrisinya. Cukup sekadar hanya mengenyangkan sebab tu ramai yang mudah jatuh sakit.

Antara penyebab utama terjadinya penyakit ialah melalui makanan.

Jadi ambillah makanan yang seimbang seperti piramid makanan ini.

Kurangkan makanan yang berlemak atau berminyak. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran serta ambillah dalam kuantiti yang seimbang.

Makan secara sihat untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.

#gempakbintang

PRODUK UNTUK MEMBANTU MASALAH SEMBELIT

Akhir-akhir ni Feni banyak terima wassap dari mereka yang mengalami masalah sembelit teruk. Nak membuang punya la masalah. Ada kala sampai berjam-jam duduk dalam toilet.

Memang masalah ni. Lepas tu bila nak keluar pun sampai ada yang berdarah-darah. Masalah sembelit ni kalau tak jaga boleh kena buasir.

Buasir ni bahaya sampai nak duduk pun takut sebab sakit. Nak tidur pun seksa.
Jadi apa yang Feni boleh suggest kat diorang ialah dengan mengamalkan 3 produk ni iaitu Alfalfa, Lecithin dan Herba-lax.



Alfalfa dan Herba-lax kaya dengan serat yang berfungsi untuk melancarkan perjalanan usus. Ia juga melembutkan najis. Jadi najis tu takde lah keras bila nak membuang tu.

Lecithin pula bertindak sebagai pelincir untuk mencairkan lemak-lemak dan kolestrol jahat yang melekat pada saluran usus. 

Lecithin dan Alfalfa seeloknya diamalkan bersama-sama setiap hari. Manakala Herba-Lax hanya 3 atau 4 kali seminggu je sebab dikhuatiri kalau amalkan hari-hari dah jadi imun pulak.

Jadi dapatkan khidmat nasihat yang terbaik untuk setiap produk yang diambil.
Boleh kontek Feni untuk info lanjut atau membuat pesanan.

http://safenifeni.wasap.my⁠⁠⁠⁠ 
#gempakbintang

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...