February 14, 2017

SELAMAT HARI LAHIR KAK NOOR


Semalam 13/02/2017 kami satu ofis ditambah dengan sorang Mek Nadia celebrate besday Kakak Gojes kami yang ke ...

Aktiviti tahunan yang tidak pernah miss sejak kerja kat sini. Macam adik beradik. Huaaa.
Will miss this moment.

Semoga akak diberikan kesihatan yang baik dan bahagia sampai syurga.

Tukang ambik gambar takde gambar. Kihkihkih. Betapa wefish nye kami kan kan ?


Jom layan photo kami yang sememangnya comei dan muda sokmo nih.


Besday siapa sebenarnya nih. Hihihi














Awat kami tiup tak padam apinya ?


Semoga kita semua tetap bahagia macam ni sampai bila-bila. Amin.


PROMOSI FEBUARI 2017

Masih belum terlambat untuk Feni share tentang promosi Febuari sebab masih ramai yang tak tahu apa yang Shaklee tawarkan bulan ni.


Tawaran ini berlangsung sehingga akhir bulan. Berbaloi sangat. 

Beli Lecithin 2 botol pada harga sebotol. Alfalfa pun sama. Beli 2 botol pada harga sebotol. Alhamdulillah. tawaran yang sangat menarik.

Untuk Ostematrix pula. Beli 7 botol pada harga 6 botol. Kalau beli 2 botol dapat diskaun 5%. Wow wow wow.

Untuk Vivix pula masih sama. Beli 2 botol dapat keahlian secara percuma. Vitalea for Children beli 4 botol pada harga 3 botol.


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

February 13, 2017

Singkirkan Toksin Dalam Badan Dengan Set Detox Shaklee


Antara Suplimen untuk Detox ialah :

Vivix
Herba-lax
Alfalfa
Peppermint Ginger Plus
Garlic

Semua suplimen ini membantu dalam menyingkirkan toksin dalam badan. 
DTX Complex membantu meningkatkan kesihatan hati. Ia juga membantu dalam meningkatkan sistem imun badan.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com






February 10, 2017

Percutian Ke Pulau Pangkor

Tiap-tiap tahun bos bagi cuti seminggu bila nak sambut Chinese New Year. Tahun ni cuti sangat special sikit sebab boleh pergi Pangkor.

Bermula hari Isnin 30 haribulan Januari 2017 bermulanya perjalanan balik kampung. Balik melalui jalan Manjung sebab nak hantar Pak Cik Radhi. Abah tak dapat nak hantar sebab kerja. Huhu.

Kami balik 7 orang iaitu TokMek, Pakcik Radhi, Achik Manjung, Abang Wan, Abang Aus dan Adik Rayyan. Dari Kl ke Manjung, Pakcik Radhi yang bawak. Manjung ke Kuala Kangsar, Achik Manjung bawak kereta. Kuala ke Gerik bagi peluang budak baru dapat lesen bawak iaitu Abang Wan.

Jadi baliklah kami. Achik Manjung drive dari Manjung sampai la ke Gerik. Lalu jalan lama ikut Kuala Kangsar. Jalan ni best sebab jalan kampung. Sejuk je. Konon mentang-mentang dok Kuala Lumpur. Kihkihkih.

Balik Kelantan sehingga hari Khamis. Hari Khamis petang bertolak balik Gerik. Pukul 9.00 malam sampai kat Gerik. Terus pergi kedai Kak Ani. Apa lagi jadi Cashier la.

Balik tidur rumah Kak Ani. Esok aktiviti padat dengan nak pergi bank settlekan apa yang patut. Singgah rumah kawan untuk ambil bantal hotel. Alhamdulillah dapat jugak bantal yang baru dan selesa macam bantal hotel.

Lepas tu teruskan perjalanan ke Lawin Utara pulak. Ke rumah mertua Achik. Singgah situ kejap kemudian perjalan diteruskan ke Manjung. Sampai Manjung dalam pukul 6.00 petang. Achik singgah lagi di Hospital tempat dia kerja untuk bagi barang yang dikirimkan oleh rakan-rakannya.

Selesai barulah bertolak balik ke rumah Achik. Sampai rumah Achik mandi, rehat, masak dan makan malam. Penat tapi seronok.

Anak-anak tak buat perangai. Dalam kereta banyak  tidur. Ummi kena duduk kat belakang sebab takut Adik Rayyan main gear kalau duduk depan.

Malam tu jugak  Abah sampai dari KL. Pukul 11.00 malam abah sampai. Drive kereta sorang untuk mengambil anak-anak dan isteri. Sian abah asyik kena tinggal.

Sabtu pagi siap-siap barang untuk pergi ke Pulau Pangkor. Kami masak siap-siap dari rumah. Bawak bekal nasi goreng, sandwich dan kudap-kudapan.

Kami naik feri di Marina Jetty. Tambang feri RM14 seorang. Parking pula RM15 yang tak berbumbung, manakala yang berbumbung RM20. Oleh kerana kami tak bermalam kami pilih yang tak berbumbung.


Kami naik Feri pukul 12.00 sebab feri pukul 11.00 terlepas. Sampai awal tapi terlepas feri. Tak tahu jadual pulak tu. So save siap-siap jadual. Kalau ada rezeki boleh pergi lagi.


Abadikan kenangan dengan Batu Bersurat. Siapa yang selalu lepak sini mesti tahu tempat ni kan.


Kota Belanda. Cantik sangat binaan dan kukuh strukturnya. 

Ops sikit lagi nak share. Kami sewa motor je sebab senang nak round-round pulau. Harga sewa untuk sebuah motor skuter RM40, motor biasa RM30. Oleh kerana kami ambik 2 motor. Sebuah untuk Achik dan Pakcik Radhi penyewa tu bagi RM60. Alhamdulillah. Isi minyak RM5. 

Okaylah next time sambung story lagi.



KEAHLIAN SHAKLEE


Untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee mudah saja. Ada 2 pilihan sama ada bayar yuran keahlian sebanyak RM79.50 atau dengan membeli barangan Shaklee sebanyak 200uv atau lebih. 

200uv tu macam mana ?
Setiap produk Shaklee ada uv masing-masing. Contohnya Sebotol Vivix ialah 118uv. Kalau beli 2 botol Vivix dah 118x2=236uv. Kalau beli 2 botol Vivix dah layak mendapat keahlian percuma. Kemudian dapat pulak bonus yang dimasukkan ke dalam akaun bulan depan.

Macam mana nak kira bonus. Lain kali Feni share. Entry kali ni fokus kepada nak join ahli saja okey ?

Penting untuk mendaftar dengan upline yang aktif supaya tidak terkapai-kapai dalam mendapatkan info. Ini untuk yang ingin buat bisnes dalam Shaklee. 

Ramai surirumah dan juga golongan profesional telah berjaya membuktikan bahawa mereka mampu menjana pendapatan yang lumayan hanya dengan menjalankan bisnes Shaklee.

Bisnes Shaklee ini tidak bermusim kerana permintaan terhadap suplimen memang sentiasa ada. Ramai orang yang membeli produk Shaklee kerana memang banyak bukti tentang keberkesanannya.

Produk Shaklee telah diuji secara klinikal dan siap ada LandMark study untuk produknya. Pengambilan suplimen secara berterusan mampu membantu dalam meningkatkan kualiti kehidupan.

Dalam masa yang sama membuka peluang kepada semua orang supaya menjana pendapatan mengikut keselesaan masing-masing. Sambil-sambil makan suplimen untuk diri sendiri dan share kebaikannya, dapat jugaklah hasilnya kan. Untung-untung dapat makan vitamin free. 

Perniagaan Shaklee sentiasa berkembang dan mendapat permintaan yang hangat kerana ramai yang dah celik tentang kepentingan nutrisi yang betul. Masalah kesihatan adalah salah satu punca ramai orang berusaha untuk mendapatkan khasiat dari suplimen bagi mencegah penyakit bahaya.

Menjadi ahli Shaklee anda layak untuk mendapatkan harga ahli yang lebih murah berbanding harga pasaran. 

Untuk yang ingin menjana pendapatan pula ada beberapa ganjaran lain yang boleh dimiliki kepada yang layak. Antara ganjaran yang ditawarkan ialah :
✔ Bonus setiap bulan
✔ Sibsidi pembelian kereta
✔ Umrah 
✔ Percutian

Semuanya ditanggung oleh Shaklee. Menarik kan ? Bukan itu sahaja. Kalau join group kami. Upline selalu bagi reward untuk sesiapa yang join task. Hadiahnya pula bukan yang biasa-biasa. Memang best sangat. Ops terbongkar rahsia pulak.

Okey, jangan lupa kontek Feni kalau berminat  nak join ahli. Boleh pilih sama ada nak bayar RM79.50 atau buat belian 200uv ke atas.


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



February 9, 2017

Siapakah Ahli Pertama Dalam Group Feni Dan Apakah Produk Yang Beliau Beli


Ahli pertama yang join Shaklee dengan Feni ialah Elly namanya. Dia tertarik untuk register ahli disebabkan kualiti produk shaklee yang memang terkenal dengan kualitinya dan selamat digunakan.

Dia mengalami masalah kulit yang teruk dan ingin menambah tenaga. Dia mencari suplimen dan krim yang boleh merawat masalah ruam untuk anaknya.

Kebetulan masa tu ada promosi join ahli dengan pembelian satu produk layak dapat free vitalea. Terus Feni kontek beliau supaya terus grab je promosi ni. Bukan senang pihak shaklee nak bagi promosi yang meletop macam ni.

Produk pertama yang beliau beli ialah Herbal Blend dapat Vitalea secara percuma. Berbaloi kan ? 

Setelah tahu tentang promosi ini terus beliau teruja untuk register ahli. Ahli Shaklee yang join shaklee layak untuk membeli dengan harga ahli.


Berbaloi kan ? Bila dah join ahli memang jimat sebab dapat beli dengan harga yang jauh lebih murah. Diskaun antara 5% hingga 20% dah boleh cover postage kalau jauh. Kalau nak beli dekat Branch memang kos minyak nak pergi ditanggung sendiri. Hihi.

Seronok sebenarnya join ahli dengan orang yang betul dan aktif sebab kita akan sentiasa dapat maklumat yang tepat dan sentiasa UP TO DATE.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

February 8, 2017

Asal Usul Nama Group Sendiri

Dalam bisnes Shaklee, Kami digalakkan untuk menghasilkan satu group sendiri untuk menghebahkan segala info berkenaan dengan produk, promosi dan juga bisnes.

Feni dulu masa buat bisnes Shaklee memang bermula dari kosong, zero dan tak tahu apa-apa. Alhamdulillah dapat masuk group coaching yang sangat best iaitu #teambintang dan foundernya adalah Nad Zaim. Feni adalah cucu kepada Nad Zaim dalam bisnes Shaklee. Mak Shaklee Feni pula ialah Nor Azlina.

Sangat penting untuk kita tahu siapa upline-upline kita bila berada dalam bisnes Shaklee. Ini adalah untuk memudahkan kita mencapai apa yang kita inginkan dalam bisnes Shaklee. Upline-upline inilah yang menjadi mentor kepada kita yang dapat membimbing kita menuju ke puncak. InshaAllah.

Nama Group Feni yang pertama sekali Feni hasilkan ialah PowerPuffGurl. Ramai juga ahli dalam tu walaupun hanya sekadar untuk beli nak makan sendiri. Kemudian Feni hasilkan satu lagi group untuk yang serius nak buat bisnes. Feni asingkan ahli-ahli Shaklee yang nak buat bisnes dengan yang hanya join ahli untuk makan sendiri. 

Nama Group tu TeamJemahGojes. Dalam group tu banyak info-info dan tips-tips bagaimana nak mulakan bisnes. Alhamdulillah semakin hari semakin bertambah ahlinya. 

Dalam group ini kami sama-sama share ELMU bagi memantapkan jualan dan meningkatkan pendapatan masing. Kami belajar cara-cara nak update status, ayat coywriting, info produk, buat poster serta membuat sponsor.

Feni sangat suka masuk group-group coaching yang selalu disediakan oleh upline-upline sebab memang membantu meningkatkan motivasi diri supaya lebih berusaha, lebih bekerja keras dan lebih positif.

Paling Feni suka baca sharing dari mereka tentang amalan rohani bagi menjemput rezeki. Master Checklist kena penuhkan. Rasa macam ada panduan untuk terus bertahan dalam bisnes ini kerana ia sering meriah dengan kata-kata motivasi dan teguran yang sangat membina.

Daripada malu nak buat posting sebab selalu kena sindir dengan teman-teman. Sekarang dah terbiasa. Tak buat posting rasa macam tak syok dan tak seronok. Lepas satu tembok halangan. Nak berniaga di FB ni kena selalu update status. Barulah orang nampak. Bila orang nampak, potensi untuk orang membeli dengan kita sangat tinggi.

Itu salah satu cara nak dapatkan sales. Mentor selalu pesan. Buat betul-betul. InshaAllah Allah tunjuk jalan.

Kita dah buat perkara yang betul dan tak perlu takut nak share benda yang baik sebab suplimen yang kita jual adalah selamat untuk kesihatan. Ia dibuktikan dengan Landmark Study. Ia juga disahkan selamat untuk diamalkan.

Nak join ahli dan nak mulakan bisnes boleh kontek Feni. 

Safeni Feni 

SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780

Email: feni8683@gmail.com





Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...