December 16, 2016

Suplimen Untuk Kecutkan Fibroid dan Cyst

Suplimen yang disarankan untuk pesakit fibroid dan cyst.

1) Vivix - mengimpak 4 mekanisma utama penuaan sekular
2) Carotomax - antioksidan yang kuat
3) Vitamin C 500 mg SR - Antioksidan yang kuat, menentang radikal bebas dan menyekat sel kanser
4) Vita E 400 IU - Antioksidan yang kuat
5) GLA Complex - Mengawal Ketidakseimbangan hormon
6) Alfalfa Complex - Mengandungi iodin, detoks, anti inflamasi dan anti kulat
7) Nutriferon - Mempertingkatkan sistem imun
8) Garlic - Antioksidan yang kuat dan antibiotik semulajadi
9) Lecithin - Membakar lemak berlebihan
10) Herbalax - Pembersihan usus dan boleh dijadikan sebagai detoks.
11) B- Complex- Mengurangkan stress dan menghasilkan tenaga



Safeni Feni 
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Warnai Tangan Dengan Inai

Bila gagal pegang kata-kata ini :

" Bila Allah letakkan kita di bawah, sebenarnya Allah nak ajarkan 100 cara untuk kita daki balik ke atas ".

Dalam menuju kejayaan kita akan lalui banyak sangat dugaan. Tapi dugaan itu yang sebenarnya mematangkan kita. Dalam perjalanan untuk menuju kematian juga banyak dugaan yang kita akan hadapi.


Alhamdulillah untuk hari ini kerana masih diberikan nafas oleh yang Maha Esa untuk menikmati hari-hari yang indah ini. Siapa kita untuk menidakkan nikmat yang Allah berikan secara percuma.

Kita sering leka dan lupa. Mengejar duniawi sehinggakan melupakan nikmat yang ada di depan mata. 

Aku manusia biasa yang seringkali lupa dan leka dengan duniawi. Berusaha keras untuk masa depan diri sendiri dan keluarga. Dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan. Menjadikan aku seorang yang lebih tabah dan sabar dalam menghadapi semua dugaan.

Semasa kecilku seringkali dihina dan dicerca oleh kerana keluargaku susah. Yang menghina itu pula bukan sesiapa tapi mereka yang terdekat dengan aku sendiri. Kadang-kadang sedih hati kerana mengapa begini mengapa begitu.

Sebenarnya itulah yang mengajarku untuk menjadi lebih kuat seperti hari ini. Syukur alhamdulillah kerana aku hari ini tidak lagi hidup dengan meminta-minta belas ehsan sesiapa. Hanya pada Allah tempat aku mengadu.

Kalau dulu aku tak berani untuk bersuara dan hanya berdiam diri saja. Aku hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan semua orang. Aku sangat pemalu dengan semua orang. Aku sangat takut dengan diri sendiri. Hari ini aku bangkit untuk menulis masa depanku.

Jika dulu aku selalu bermimpi untuk mendapatkan itu ini. Kenapa hari ini aku tidak berani untuk merealisasikan mimpi-mimpi aku ? Mimpi itu percuma dan aku perlu berusaha lebih gigih untuk mendapatkan apa yang aku mahukan.

December 14, 2016

Perbezaan Antara Vitamin Semulajadi dan Vitamin Sintetik

Hari ni Feni nak share tentang perbezaan antara vitamin semulajadi dan vitamin sintetik yang banyak di pasaran. Jangan sebab nak murah kesihatan tergadai. 

Jom lihat  Jadual di bawah ini.


Untuk mendapatkan vitamin yang buat secara semulajadi tak susah kerana banyak dujual di pasaran. Namun untuk membezakan samaada semulajadi atau sintetik paling mudah dengan melihat ke dalam botol vitamin. Kebanyakannya di letakkan dengan silica gel itu menandakan vitamin sintetik.

Dah tau apa perbezaan untuk memilih vitamin. Jadi pilihlah yang semulajadi dan selamat.

December 9, 2016

Punca dan Gejala Diabetis

PUNCA DIABETES MENYERANG 

✤ Berlebihan Berat Badan 
✤ Keturunan 
✤ Pemakanan 
✤ Tidak Aktif Secara Fizikal
✤ Faktor Lain Sprt Bangsa Umur & Jantina .

TANDA DAN GEJALA DIABETES 

✤ Sentiasa Dahaga
✤ Kerap Buang Air Kecil 
Susut Berat Badan Walaupun Berselera Makan
Luka Lambat Sembuh 
Merasa Letih & Lesu 
Gatal Terutama Pada Kemaluan .

BAHAYA DIABETES PADA KITA:

Diabetes yang tidak dirawat atau dikawal akan mengakibatkan kesan yang serius kepada pesakit. 
Gangrin (Tisu Mati), Kudis Yg Menular Yg Bleh Sebabkan Kaki Di Potong. Rabun Yg Boleh Mengakibatkan Buta
Serangan Jantung Angin Ahmar (Stroke) 
Tekanan Darah Tinggi 
Penyakit Buah Pinggang 
Koma Atau Tak Sedarkan Diri Penyakit Saraf (Hilang Deria Rasa/Sentuh) Contohnya Tak Rasa Sakit walaupun Terpijak Objek Tajam

CARA MENCEGAH DIABETIS :

 Jaga pemakanan dengan mengurangkan makanan yang manis
✤ Melakukan senaman sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari
✤ Gaya hidup yang sihat
✤ Menjauhi rokok dan alkohol

Salah satu cara yang mudah ialah mengamalkan Vivix setiap hari.




Safeni Feni 
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

December 6, 2016

6 Manfaat Shaklee Collagen Powder


Badan kita memerlukan kolagen untuk kekal cantik dan sihat. Bila dah berumur kolagen dalam badan akan berkurang. Ini banyak berlaku ketika berumur 30 tahun ke atas. Metabolisma badan pun semakin menurun bila dah berumur 30 tahun ke atas.

Funca kekurangan kolagen dalam badan ialah :

1) Gaya hidup moden yang selalu berada dalam tekanan (stress).
2) Tidur yang tidak menentu
3) Tidak cukup tidur
4) Diet tidak seimbang
5) Gaya pemakanan yang tidak menentu
6) Tidak mengambil makanan yang berkhasiat
7) Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan minum alkohol

Kolagen boleh  didapati melalui sumber tumbuhan dan haiwan.

Paling mudah dengan mengamalkan Shaklee Collagen Powder. Ianya dihasilkan daripada sisik ikan merah. Ikan merah hidup sehingga 500m di dasar lautan dan bebas dari pencemaran. Sisik ikan merah ini mampu menahan tekanan dasar laut yang tinggi. Jadi ia tak sama dengan ikan lain.




Jadi untuk kelihatan cantik, sihat dan muda boleh amalkan Shaklee Collagen Powder ini. 

Promosi untuk Disember 2016

Buy 7 at 6
Buy 2 and get 5% off

Memang berbaloi. Rugi tak cuba. 

Safeni Feni 
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


Testimoni Set Cantik Dan Set Resdung

Resdung yang teruk merupakan salah satu punca terjadinya jerawat yang banyak. 
Mencari suplimen yang dapat membantu untuk mengatasi masalah ini di internet akhirnya bertemu jodoh dengan produk Shaklee.

3 tahun mengamalkan suplimen shaklee iaitu ESP, Vitalea, Omega, Ostematrix, Vitamin C dan Alfalfa membantu memulihkan kulit dan juga masalah resdung.

Nak cantik dan sihat perlukan pengorbanan. Tidak sia-sia mengamalkan suplimen bila dapat hasil yang diidamkan.



Ingin mencuba suplimen shaklee seperti adik manis di atas boleh hubungi :

Safeni Feni 
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

November 30, 2016

Interferon - Perisai Penting Semula Jadi Badan

Interferon

Interferon ialah protein yang dihasilkan oleh badan kita dengan kuantiti yang sangat sedikit. Ia merupakan sekumpulan bahan-bahan anti-virus yang dihasilkan oleh sel-sel kita sebagai tindak balas kepada kehadiran virus-virus. Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai komponen utama ke arah fungsi imun yang sihat dan keupayaan untuk mengganggu replikasi virus yang dihasilkan oleh sel-sel yang dijangkiti virus serta membantu memperlahankan jangkitan virus. Dengan kata lain, Interferon mampu merangsang sistem imun badan kita untuk melawan jangkitan dan penyakit-penyakit serius tertentu.

Bagaimana Interferon berfungsi?


Setiap hari tubuh kita diserang oleh patogen dan mikrob berbahaya yang mengerumuni persekitaran kita dengan tersembunyi, tidak dapat dirasa dan disentuh, tetapi tidak dinafikan merupakan ancaman kepada kesihatan.

Sistem imun kita telah dicipta untuk melindungi kita. Walau bagaimanapun, kehidupan harian seperti pemakanan yang kurang berkhasiat, tekanan, pencemaran dan keletihan boleh melemahkan fungsi imun badan.

Apabila sel-sel kita diserang oleh virus, ia mengaktifkan satu bahan yang dipanggil INTERFERON. Inteferon dihasilkan secara semulajadi oleh badan kita dan mempunyai dua fungsi penting:


1. Interferon memberikan isyarat kepada sel-sel bersebelahannya dan mencetuskan fungsi kekebalan.

2. Interferon mengaktifkan sel-sel imun yang membunuh serangan patogen atau bakteria.

Interferon penting untuk melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap berjuta-juta bakteria yang boleh membawa kepada satu siri jangkitan.

Terdedah kepada patogen dan mikrob, keletihan akibat tekanan, pencemaran dan toksin serta diet yang tidak sihat boleh menjejaskan sistem imun kita. Perisai Penting Semula Jadi Badan


Penemuan Dr Kojima


Selepas lebih daripada 40 tahun penyelidikan yang melibatkan pemeriksaan, pengujian dan penilaian terhadap lebih daripada 200 jenis herba, Dr. Yasuhiko Kojima, ahli imunologi terkemuka dunia berjaya menemui formula untuk meningkatkan tahap interferon dalam tubuh manusia pada tahun 1954. Beliau kemudiannya mencipta campuran khasiat yang dipatenkan, terbukti secara klinikal adalah gabungan antara mineral dan ekstrak daripada tumbuhan yang berasal dari benih Labu, bunga Safflower, benih Plantago, dan putik bunga

Honeysuckle Jepun, dimana kesemuanya didapati berupaya untuk membantu:

• Meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan anda

• Mengaktifkan pertahan sistem imun anda dengan lebih cepat

• Mengerakkan pasukan ‘pencarian dan pemusnahan’ sistem imun

Interferon merangsang ekstrak tumbuhan

Kajian-kajian awal makmal mendapati, seawal tiga hari, campuran proprietari yang mengandungi ekstrak tumbuhan semula jadi ini boleh melepaskan potensi penuh sistem imun.

Safeni Feni 
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...