April 18, 2016

8 TANDA BADAN ANDA PENUH DENGAN TOKSIN


1) SEMBELIT

Anda perlu membuang air besar  2 kali sehari bagi memastikan bahan buangan pepejal dan cecair toksin tidak disimpan lama dalam badan dan membawa penyakit.

2) KEMBUNG PERUT

Usus yang tidak bersih dan penuh dengan toksin akan menyebabkan angin terperangkap di dalamnya dan menyebabkan perut menjadi kembung dan tidak selesa.


3) SAKIT KEPALA

Badan yang penuh toksin akan menyebabkan anda mengalami sakit kepala yang berulang-ulang malah boleh menyerang anda setiap hari.


4) LETIH DAN LESU

Toksin yang terkumpul dalam badan seumpama racun yang mencuri tenaga di dalam badan menyebabkan kita lesu dan tidak bermaya sepanjang hari.

5) MULUT BERBAU

Usus yang kotor dan tidak dibersihkan secara kerap akan menyebabkan mulut berbau busuk dan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain di sekeliling.

6) PERUT BUNCIT

Najis yang terkumpul lama di dalam usus akan mengeras dan menjadi tempat angin berkumpul. Ini boleh menyebabkan perut kelihatan boroi walaupun berat badan masin normal.

7) KULIT KUSAM

Jika masalah kulit seperti jerawat dan kulit kusam anda berpanjangan cuba ambil langkah untuk detoks bagi membersihkan toksin yang berkumpul dalam badan terlebih dahulu.

8) KEMARUK MAKAN

Badan yang bertoksin akan menyebabkan anda tidak boleh mengawal cara makan dengan baik malah menyebabkan badan sering rasa lapar dan ingin mengunyah makanan sepanjang hari.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan program detoks boleh menghubungi saya dan khidmat rundingan secara percuma.


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

April 14, 2016

Kebaikan Omega Guard Shaklee

Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan terbaik di dunia. Ianya diekstrak dari ikan air laut sejuk dari perairan Negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.


OMEGA PENTING UNTUK IBU HAMIL DAN MENYUSU



OMEGA PENTING UNTUK KANAK-KANAK


OMEGA MEMBANTU DALAM PROSES MENGURUSKAN BADAN


OMEGA SESUAI UNTUK PESAKIT DARAH TINGGI, HYPERTENSION & KENCING MANIS


OMEGA SESUAI UNTUK PESAKIT KRITIKAL



Cadangan Pengambilan Omega Guard adalah :

Untuk Kesihatan
2 Kali Sehari (2-4 softgel) - Sebelum atau selepas makan.

Untuk masalah sakit tulang, kolesterol tinggi atau tekanan darah tinggi, ambil 2 softgel 2 kali sehari setiap hari.

Untuk mendapatkan Omega Guard boleh hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp:+601115672780
Email: feni8683@gmail.com


Setelah Seminggu Membisu Seribu Bahasa

Waa ini adalah cerita minggu lepas. Setelah ulser penuh mulut. Menangis dalam hati. Sebab nak menangis keluar suara tak boleh sakit sangat. Pastu dengan anak kecik plak kene demam campak. Allahurabbi hanya Allah yang tahu apa perasaan itu.

Alhamdulillah setelah sakit itu telah pulih. Aku kembali menceriakan suasana di ofis dan rumah. Masa sakit tu macam-macam cara aku buat untuk sembuhkan ulser tu. Kumur colgate plak, kumur ubat klinik dan air garam. auchhh. waaa pedihnya.

Sakitnya hanya Allah yang tahu sampai keluar air mata. Paling sedih tak boleh cakap dengan anak-anak. Bila kat ofis pulak bila ada call semua tak boleh nak jawab. Hanya berkomunikasi dengan wassap. Mujur ada altenatif lain.


Rasanya dah dekat setahun aku tak kena ulser kat mulut sebab aku amalkan makan suplemen. Ni tak tahu kenapa jadi balik. Mungkin sebab aku kurang minum air kot dan juga cuaca panas lit-lit.

Jadi sekarang ni kena amalkan vitamin c banyak sikit dari sebelum ni. Selalu ambil sebiji sehari kan jadi aku up kan 2 biji sehari untuk pulihkan kembali tempat ulser tu walaupun dah beransur sembuh. Tak nak sejarah kembali berulang kerana seksanya naik telaga buruk dalam mulut hanya Allah yang tahu.


Kebetulan bulan ni bulan promosi untuk vitamin C. Tak lepaskan peluang untuk simpan stok kat rumah sebab vitamin c sangat bagus untuk kesihatan dan juga untuk cantik. 

Kekurangan vitamin c boleh menyebabkan gusi berdarah, lebam pada kulit, melambatkan proses pemulihan, kulit kering, ruam dan kulit menjadi kasar.




Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com






Endometriosis Bukan Masalah Senggugut

Tahukah anda kesakitan senggugut yang melampau berulangkali adalah petanda kepada penyakit endometriosis ? Namun endometriosis bukan senggugut. 

Sesetengah wanita yang mengalami kesakitan ketika haid mengganggap itu adalah simptom biasa. Mereka menanganinya dengan makan ubat dan kemudian rasa sakit hilang antara dua hingga lima hari.

Namun tahukah anda kesakitan senggugut yang melampau dan berulang kali adalah petanda kepada penyakit endometriosis? Secara saintifik endemetriosis membawa maksud selaput rahim yang tumbuh di luar rahim seperti usus, pundi kencing, salur kencing, tiub fallopian dan bahagian lain diluar kawasan pelvik.





Perlu diketahui bahawa endometriosis bukan senggugut, tetapi senggugut yang teruk merupakan simptom endometriosis. Ia masalah yang kerap berlaku dan dua pertiga berpunca daripada ketidaksuburan wanita.

Endometriosis ialah gangguan bergantung setrogen yang boleh mengakibatkan morbiditi yang tinggi termasuk sakit pelvis, pembedahan berulang kali dan kemandulan. Penyakit ini berlaku apabila tisu yang biasanya melapisi bahagian dalam rahim atau dikenali sebagai endometrium tumbuh diluar rahim terutama di sekitar kawasan pelvis, usus dan dalam keadaan yang jarang berlaku dalam perut atau paru-paru.

Sukar untuk menentukan keterukan penyakit ini kerana setiap wanita adalah unik. Menurut masyarakat Amerika Perubatan Reproduktif 2001, terdapat empat peringkat. Peringkat pertama minimal implan cetek, kedua lebih mild implan dangkal (< 5 cm), ketiga sederhana iaitu pelbagai implan cetek dan invansif dan keempat teruk.

Punca penyakit ini tidak dapat ditentukan. Pakar mempercayai bahawa sel-sel tertentu dari lapisan rahim mungkin boleh melimpah ke belakang di sepanjang tiub fallapio semasa tempoh. Sel-sel ini kemudian menjadi pekat dan berdarah dengan setiap kitaran haid. Keadaan ini boleh berkembang menjadi tisu parut dan mengikat organ bersama-sama.

Walaupun penyakit ini tiada penawar. Pelbagai rawatan hormon boleh menyimpan gejala yang berkaitan dengan endometriosis tetapi pembedahan boleh berkesan untuk penyingkiran luka-luka tetapi bergantung kepada kemahiran pakar bedah.

Wanita dengan endometriosis dinasihatkan untuk  makan makanan organik, mengekalkan diet yang  sihat dan bersenam secara teratur. Namun ini tidak menjelaskan mengapa wanita yang sihat mempunyai endometriosis.

Di Malaysia tiada maklumat statistik diketahui tetapi mengikut statistik di seluruh dunia daripada Kementerian Sains Reproduktif (2009), endometriosis memberi kesan kira-kira satu dalam 10 wanita semasa tahun reproduktif mereka yang berumur 49 tahun, yang kira-kira 176 juta wanita di dunia yang terlibat.

Walaupun jumpalh wanita yang mengalami penyakit ini meningkat setiap tahun di Malaysia, wanita masih perlu menghadapi dan meneruskan kehidupan seharian mereka seperti biasa. 

Masalahnya kesakitan yang sering disalah tafsir sebagai tempoh kesakitan haid. Kebanyakan wanita muda dan penduduk umum perlu dididik tentang perkara normal atau tidak berkaitan dengan kesihatan haid.

Jika kesakitan menghalang seorang wanita daripada pergi sekolah atau universiti atau wanita menjadi produktif di tempat kerja, ini tidak normal dan memerlukan rawatan.

Dalam pada itu ramai wanita yang lewat mendapatkan rawatan. Kelewatan ini disebabkan oleh kekurangan kesedaran mengenai endometriosis, pantang larang sosial yang mengelilingi penyakit dan hakikat bahawa wanita tidak tahu apa yang normal dan apa yang tidak berkaitan dengan kesihatan haid. 

Namun kesedaran boleh diberi kepada wanita di sekolah-sekolah dan universiti. Risalah mengenai endometriosis perlu diedarkan dan rawatan untuk endometriosis perlu khusus serta akses kepada rawatan ini disediakan kepada semua orang yang memerlukannya.



April 12, 2016

PERLU KE MAKAN VITAMIN ?

Ada orang kata tak perlu pun makan vitamin sebab dah amalkan gaya hidup sihat. 






Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

 10 CARA BAGAIMANA BANGKIT DARI JATUH 

Saya tidak tahu nukilan siapa. Tapi saya ingin juga share. Semoga bermanfaat dan saya doakan penulis yang menulis kata-kata motivasi ini berjaya dunia akhirat.


1. Pertama sekali kena mengaku bahawa SEMUA silap berpunca dari kita.

2. Istighfar banyak banyak. Reset diri sendiri ke zero point.

3. Set matlamat baru. Lebih tinggi dari yang dicapai sebelum ini.

4. Lupakan masa gemilang lepas, lupakan waktu riang lepas. Anggap segala bermula dari tiada. Dari tiada kepada ada. From zero to hero. Build from nothing.

5. Asingkan kawan negatif dan positif, tinggalkan yang negatif dan mixed dengan positif people.

6. On connection dengan Allah SWT, Off connection dengan makhluk yang tak memberi manfaat. Keep attached dengan Allah.

7. Bahagi masa kepada 3 bahagian, rehat, kerja dan ibadat.

8. Believe, believe dan believe. Percaya dan yakin 1000% akan bangkit semula.

9. Banyak tersenyum dari merenung. Walaupun yang dapat musibah ataupun pun kebaikan.

10. Buat , buat dan buat. Jangan pandang belakang, kiri kanan, side mirror pun jangan tengok. Jalan terus sahaja.

Boleh boleh?? 


Semoga bermanfaat dan dapat membantu. Semoga anda kaya dan berjaya dunia akhirat 


Hidup Berimpian dan Impian Harus Besar



Bercerita tentang impian. Semua orang ada impian dan harapan masing-masing termasuklah aku. Suka berangan dan berimpian. Nak jadi kaya dan ada rumah besar nak ada kereta besar. Haha dan yang paling penting hidup untuk

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...