March 8, 2016

8 Langkah Toleransi Dalam Rumah Tangga


Haa.. Syok baca tajuk kan. Ok saya nak share dengan semua beberapa langkah toleransi dalam rumah tangga supaya kekal bahagia sampai syurga. Walaupun kadang-kadang ada juga berselisih faham kan. Tapi jangan jadikan itu isu untuk kita terus bermasam muka sesama pasangan. Jadi mari kita ikuti tips dibawah :


1. Ciuman

Mulakan setiap pagi dengan mencium pasangan masing-masing. Tanpa kita sedar bahawa ciuman adalah hadiah paling istimewa kerana terkandung nilai sentimental dalamnya. Dengan ciuman setiap pagi, pasti pasangan anda akan berasa dihargai.


2. Senyum

Senyum itu salah satu jenis sedekah. Melalui senyuman, anda bisa membuatkan pasangan rasa dirinya begitu berharga. Rasa kasih sayang sesama pasangan juga bertambah dari masa ke semasa.

3. Sentuhan

Sentuhan boleh menyatakan maksud tersirat perasaan anda kepada pasangan. Jika anda tidak dapat meluahkan perasaan sayang dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Sudah tentu pasangan anda akan memahaminya.


4. Cincin perkahwinan

Biarpun usia perkahwinan lebih dari 5 tahun, pakailah cincin perkahwinan setiap masa. Menerusinya anda akan berasa dekat dengan pasangan setiap kali melihatnya.

5. Hormat

Dalam memelihara keharmonian rumah tangga, suami dan isteri perlu sama-sama menjaga adab dengan mempunyai perasaan hormat kepada pasangan. Adab perlulah sentiasa dijaga supaya tidak menyakiti hati antara satu sama lain.

6. Berbudi bahasa

Sebagai isteri, sentiasa lemah lembut dalam perbuatan dan pertuturan. Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami rasa disayangi.

7. Hadiah

Berikan hadiah kepada pasangananda semasa hari-hari pentingnya. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna pasangan, itu bererti anda sentiasa mengingati hari tersebut. Bukan itu sahaja, pada hari biasa pun anda boleh memberikan hadiah sebagai kejutan.


8. Bercuti

Rancanglah percutian bermula dari awal tahun lagi. Sebaik-baiknya berdua. Namun membawa anak-anak sekali pun boleh. Paling minimum setahun sekali. Bercuti ke tempat-tempat yang menarik boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri.


Demam Campak - Tindakan Awal Selamatkan Nyawa

Bagi sesiapa yang mempunyai anak-anak kecil saya nak share sikit tentang demam campak dan sedikit panduan untuk ibu bapa juga penjaga.


Demam campak (measles) merupakan anatra penyakit yang berbahaya semasa di peringkat kana-kanak. Kebanyakan kes demam campak berlaku kepada kanak-kanak di bawah umur satu tahun kerana mereka belum menerima pelalian demam campak.



Demam campak merupakan sejenis penyakit yang sangat mudah berjangkit dan menyebabkan :


  • Demam panas (suhu tinggi)
  • Ruam merah kecil
  • Selesema dan hidung berair
  • Batuk
  • Mata merah berair/konjuktivitis
Demam campak boleh menyebabkan komplikasi seperti berikut :
  • Pneumonia (radang paru-paru)
  • Jangkitan telinga yang boleh menyebabkan pekak
  • Mata merah, bengkak dengan lelehan berair atau nanah yang boleh menyebabkan buta
  • Radang otak (encephalitis)
  • Kematian
Penyebab demam campak
  • Demam campak disebabkan oleh virus campak
  • Virus disebarkan melalui titisan kecil air liur dan titisan hidung yang terpercik semasa batuk, bersin atau bercakap
  • Virus juga boleh tersebar apabila menyentuh permukaan yang tercemar
  • Virus mampu bertahan selama 2 jam di permukaan yang terkontaminasi
Golongan berisiko
  • Bayi berumur kurang setahun
  • Kanak-kanak yang tidak mendapatkan imunisasi
  • Sesiapa sahaja yang belum pernah mendapat demam campak atau tidak pernah mendapat pelalian demam campak
Rawatan
  • Tiada rawatan khas bagi demam campak
  • Komplikasi boleh dielakkan jika demam campak dapat dikenalpasti dengan segera
  • Bawa anak anda ke klinik atau hospital dengan segera jika disyaki dijangkiti.
Pencegahan
  • Cegah demam campak dengan pelalian
  • Dapatkan pelalian demam campak sebagai hadiah hari jadi pertama anak anda
Peranan ibu bapa dan komuniti
  • Bantu pastikan semua kanak-kanak dalam komuniti mendapat pelalian MMR pada umur 12 bulan
  • Jika didapati bahawa ada kanak-kanak yang tidak mendapat pelalian, gesa ibu bapa / penjaga mereka untuk mendapatkan pelalian tersebut
  • Kanak-kanak yang disyaki menghidap demam campak perlu dibawa untuk pemeriksaan supaya jangkitan kepada kanak-kanak lain dalam komunit dapat dicegah dan rawatan dapat diberi untuk mengelakkan komplikasi
Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

March 1, 2016

ESP Untuk Kulit Cantik dan Putih Gebu



Haa Mac muncul lagi dengan promosi hebat sehebatnya dan saya sungguh teruja nak share dengan semua orang tentang kebaikan ESP ni. Saya suka sangat bila pihak Shaklee umumkan tentang promosi ESP dengan pembelian 6 dapat free 1. Beli 2 can dapat diskaun 5%. Wow. Menarik kan?

Banyak sangat khasiat ESP yang saya nak share salah satunya boleh menyebabkan kulit menjadi putih dan halus gebu gebas gitu. Hihi terasa nikmat cantik bila amalkan ESP ni. Saya suka minum ESP dicampur dengan pelbagai perisa untuk mempelbagaikan rasa.


ESP adalah makanan nutrisi yang dihasilkan daripada soya yang berkualiti tinggi dan diproses dengan suhu yang rendah bagi menjaga kualiti protin yang terkandung dalam kacang soya. Ianya dilengkapi dengan unsur kalsium untuk mengelakkan tulang menjadi rapuh kerana soya tidak bersifat asid berbanding susu lembu. 

ESP dihasilkan daripada soya non-GMO (selamat dari risiko toksin). Ia mengandungi 9 Asid amino yang penting untuk fungsi badan. Ia diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan sumber mineral.

Jom kita layan testimoni pengguna-penguna tegar ESP yang telah yakin dengan hasilnya.


Tengok photo diatas. Sahabat saya pengamal tegar ESP. Sebenarnya dia ambil ESP kononnya nak diet. Tapi hasilnya muka pun gebu gebas. Dia cakap sebelum ni muka dia kusam dan tak bermaya. Sejak amalkan ESP muka tak makeup pun dah boleh keluar. Nampak Glowing gitu. 



Muka yang sebelum kusam bertambah berseri-seri. Kulit bertambah cerah dan nampak lebih bersih.



Biar gambar berbicara. Hehe.

Wanita memang tak boleh lari dengan kecantikan. Jadi untuk kekal cantik, putih, gebu dan langsing. Saya syorkan anda mengamalkan ESP ni. Memang best sangat. Hasilnya memang ohsem la. Saya bagi 5 bintang cenggitu. Sebenarnya banyak lagi testimoni ESP dan cantik tapi hanya 3 ni sempat masukkan dalam. Ada masa saya update lagi. 

Jadi jangan tunggu lagi sementara bulan promosi ni. Cepat-cepat ambil peluang untuk dapatkan ESP anda. 


Safeni Feni
SID : 1193591
SMS/Whatsapp/Telegram : +601115672780
FB : Safeni Feni


February 24, 2016

Tahukah Anda Kenapa Kita Perlu Mengambil Suplemen ?



Ramai yang tidak mengambil kisah tentang kesihatan dan kehidupan harian kita. Jadi kenapa perlu mengambil suplemen :-



✿ Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar

✿ Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien
✿ Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar
✿ Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
✿ Kebanyakan rakyat Malaysia makan mengikut selera rasa
✿ Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan
✿ Kehilangan nutrien dalam makanan


Kekurangan nutrisi boleh meningkatkan risiko kesihatan seperti :



✘ Penuaan pramatang

✘ Kelesuan
✘ Mudah mendapat penyakit dan jangkitan
✘ Keguguran rambut
✘ Osteoporosis
✘ Kulit bermasalah
✘ Dan pelbagai masalah lagi





Kenapa Shaklee adalah makanan tambahan terbaik ?


✔ Lebih daripada 80,000 ujian kualiti dijalankan setahun bagi memastikan keberkesanan dan ketulenana sebenar
✔ Lebih daripada 350 ujian dijalankan ke atas setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran merbahaya
✔ Lebih $300 juta dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan produk
✔ Bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen
✔ Disokong oleh bukti kajian sains dan makmal yang terdapat di dalam 90 bahan kajian penerbitan




SHAKLEE
~ Sentiasa Selamat 
~ Sentiasa Berkesan 
~ Sentiasa Mesra Alam

Safeni Feni
SID : 1193591
SMS/WhatApps/Telegram: +60 1115672780

February 19, 2016

Anda Fikir Anda Sihat ? Fikir Sekali Lagi

Hari ini kita terdedah dengan pelbagai masalah pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Tambahan lagi kepada mereka yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala lumpur ni sangat terdedah dengan gejala pemakanan yang tidak sihat. Lambakan makanan segera yang terdapat di pasaran sekarang ini memudahkan pengguna untuk mendapatkan bekalan makanan.


Jadi kita memang memerlukan suplemen kerana dapat membantu dalam memenuhkan keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk kekal sihat. Zaman dahulu, kita kurang terdedah dengan pelbagai pencemaran dan sumber makanan juga adalah dari sumber asli.

Anda memerlukan suplemen kerana :

✔ Makanan hari ini terlalu banyak perisa yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit
✔ Tekanan kerja dan masalah menyebabkan badan kita kehilangan banyak sumber vitamin
✔ Dapat mengimunkan diri dari pelbagai penyakit yang mudah berjangkit seperti demam, selsema, batuk dan sebagainya.
✔ Sumber makanan yang kita makan hari ini terdedah dengan pelbagai bahan kimia contohnya sayur-sayuran dan buah-buahan.
✔ Amalan hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum alkohol sangat mengganggu penyerapan nutrisi.

Ambillah suplemen yang sesuai dengan diri anda kerana mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Love to share a good things
Safeni Feni
SID : 1193591
PM/WhatApps/Telegram :+6011-15672780

February 15, 2016

Aku Nak Menten Kurus Diva


Hai hai hai ...
Lama sangat tak bersiaran dalam blog ni. hehehe ...
Badan dah gemok naik mencanakk haha sebab balik kampung makan tak hengat dunia. huahuahua...

Hari ni balik-balik ofis semua tegur oii gemuknye mak jemah. Adess... tersipu malu mak dan terpaksa mengiakan perkara itu. ohoo...Hakikat dan kenyataan yang memang tidak boleh disangkal lagi.

Tak boleh jadi ni. Selalunya mak jemah  menten gojes ni dah terover plak. Tak sedar tahun ni dah nak masuk three siries so kene pandai-pandailah. Metabolisma badan akan berkurang ketika umur semakin meningkat dan wanita pula mula menurun bila umur dah mencecah 30 tahun. Huhu.. Baru nak feeling rasa muda.. ngehngehngeh...

Berat menten 50 tau... Dan hari ini berat mak 59kg. haa hamek kau ...!!! 

Jadi macam mana nak menten kurus ... Mak kene tetapkan matlamat supaya makan jangan terlalu banyak dan dibantu oleh suplemen produk s terlajak laris.

4 Biji Lecithin & 10 Biji Alfalfa Sehari.. Hehehe..




January 27, 2016

10 TIPS UNTUK BERHENTI MEROKOK SECARA SIHAT

Saya bukan perokok tegar namun saya ada info yang menarik untuk dikongsikan bersama anda tentang beberapa tips untuk menghilangkan ketagihan merokok. 


Tanya diri anda berapa kali anda berjanji untuk berhenti merokok? Jika anda sudah memikirkannya alhamdulillah saya ucapkan tahniah kerana sudah anda tanda anda akan berhenti merokok.

Ikuti beberapa tips di bawah supaya dapat membantu anda dalam merealisasikan matlamat anda untuk terus tidak merokok. 

1) Umumkan kepada semua orang bahawa anda ingin berhenti merokok

Anda disarankan supaya memberitahu keluarga dan rakan-rakan tentang keputusan untuk berhenti merokok. Dapatkan sokongan orang terdekat iaitu isteri, ibu, adik-beradik atau sahabat baik supaya sentiasa mengingatkan anda tentang matlamat anda untuk berhenti merokok. Penting, cuba elakkan bersama orang-orang yang merokok.


2) Tetapkan Waktu

Tetapkan target waktu untuk berhenti merokok contohnya 2-3 minggu setelah keputusan diambil. Cuba bertahan untuk berhenti merokok secara perlahan-lahan. Kurangkan bilangan rokok untuk setiap hari. Jika sekotak sehari anda boleh mengurangkannya kepada beberapa batang rokok sahaja sehari mengikut kemampuan.

3) Buat jadual 

Buat jadual tertentu untuk mencatat bilangan rokok yang dihisap setiap hari. Cuba untuk melihat hasilnya. Tak ramai orang yang berjaya pada percubaan pertama namun jangan mudah putus asa.

4) Hindari aktiviti yang membuatkan anda merokok 

Cuba kurangkan aktiviti yang melibatkan rakan-rakan perokok. Hindari minuman yang berkafein seperti rokok, bergas dan beralkohol. Cuba amalkan makan buah-buahan yang boleh menghilangkan rasa terhadap rokok.


5) Buat-buat sibuk

Ini sangat penting sebab bila anda sibuk anda tidak mempunyai masa untuk memikirkan tentang rokok. Jika waktu kerja boleh menahan diri daripada merokok mengapa lepas waktu kerja anda tidak boleh tahan merokok. Gantikan waktu senggang dengan melakukan aktiviti olahraga, joging atau berbasikal.


6) Tidur 

Dalam waktu untuk membebaskan diri daripada merokok anda disarankan lebih banyak tidur supaya tidak terlalu memikirkan tentang rokok. Badan memerlukan rehat yang sempurna dalam proses untuk berhenti merokok.

7) Kunjungi tempat bebas asap rokok

Pergi ke temapt-tempat awam yang dilarang untuk merokok seperti taman-taman permainan, pasaraya, tempat-tempat yang berhawa dingin dll. Untuk bersantai pun pergilah tempat yang bebas asap rokok.

8) Jauhi godaan rokok selepas makan

Selalunya perokok akan merokok selepas makan. Cuba elakkan diri dari merokok selepas makan. Banyakkan minum air kosong untuk mengawal perasaan dan keinginan untuk merokok. Air membantu menenangkan fikiran.

9) Perhatikan diet anda

Jaga pemakanan. Kebanyakkan perokok yang ingin berhenti merokok selalunya merasa ingin mengunyah sesuatu di dalam mulut sebagai pengganti kepada menghisap rokok. Ambil snek yang sihat seperti buah-buahan sebagai hidangan kudapan.


10) Berfikiran positif

Fikirkan tentang manfaat yang akan anda perolehi sekiranya berjaya berhenti merokok. Jangan fikirkan tentang beban yang ditanggung. Sentiasa berfikir yang kita mampu lakukan.




Hanya dengan sesudu Vivix setiap hari membantu anda untuk kurangkan ketagihan merokok. 

Kini anda boleh berhenti merokok dengan mudah hanya dengan mengamalkan Vivix yang telah diakui oleh perokok-perokok tegar.

Macam mana Vivix boleh menghilangkan ketagihan untuk merokok?

Vivix berfungsi untuk mendetoxkan nikotin yang terdapat dalam saluran darah, organ dan juga otak. Bila nikotin dalam badan sudah tiada dalam badan maka ketagihan untuk merokok juga akan hilang.

Bila anda mengamalkan Vivix rasa untuk merokok akan hilang kerana feeling untuk merokok itu telah digantikan dengan Vivix yang sedap ini.

Vivix boleh mengurangkan kejutan akibat berhenti merokok.

Sebaiknya Vivix diambil bersama dengan Alfalfa Complex untuk mencuci segala benda yang terdapat dalam organ dalaman terutama hati.

Jom lihat beberapa testimoni berkenaan dengan keberkesanan Vivix dalam membantu dalam proses berhenti merokok.







Jangan tunggu lagi dan bertindaklah sekarang untuk masa depan lebih sihat.


Safeni Feni
Telegram / WhatApps : +601115672780
Email : feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...