January 22, 2016

SET SENDI SHAKLEE

Beberapa minggu yang lepas saya ada buat posting berkenaan dengan set sendi super hot Shaklee dalam FB. Maklumlah FB adalah tempat saya mencari pendapatan tambahan selain berkongsi kisah kehidupan dengan keluarga dan sahabat handai.

Tahu tak kepadatan tulang kita akan berkurang setelah kita berumur 30 tahun ke atas. Badan juga akan kurang menghasilkan kolagen dan seiring itu kalsium dalam tulang juga semakin menurun. 

Kekurangan kalsium dalam badan boleh menyebabkan kita merasa sakit di bahagian sendi sendi terutamanya bahagian lutut. Orang tua yang mengalami sakit sendi selalunya agak sukar untuk menjalankan aktiviti harian mereka. Nak solat atau nak bergerak pun susah. Jadi saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang set sendi hebat ni.


Omega ~ membantu dalam mengurangkan inflamasi dan radang sendi serta memberi kuasa pelincir kepada sendi kita.

Ostematrix ~ membekalkan nutrien penting yang diperlukan oleh badan. Kalsium dalam ostematrix membantu dalam pembentukan tulang dan penjagaan tulang. Tulang yang sihat akan menyokong berat badan serta menggerakkan pelbagai otot badan untuk kekal cergas.

Jadi sesiapa yang ada mengalami masalah sakit sendi tu bolehlah mencuba SET SENDI SHAKLEE yang hebat ni. Sebab ianya memang telah dibuktikan oleh ramai orang yang mengalami sakit sendi. Tengok testimoni dibawah ni. Seorang akak ni mulanya nak ambil set sendi sebab selalu sakit tumit kaki tapi kulit pulak menjadi lembut malah kawasan gelap pun bertambah cerah. Haa tengok effect dia bukan sahaja sendi bertambah baik malah kulit pun bertambah cantik.


Mengantuk dalam situasi di atas mungkin disebabkan oleh healing crisis atau proses penyembuhan atau 'body adjustment' untuk memulihkan kembali apa-apa yang tidak kena dalam badan. Jadi tak perlu risau sekiranya mengalami masalah itu dan disarankan supaya mengambil air putih lebih banyak.

Jangan tunggu lagi hubungi saya untuk mendapatkan set sendi anda.


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

January 21, 2016

SET BERSALIN LENGKAP


Ibu-ibu hari ini yang masih tercaricari set bersalin moden boleh mencuba Set Bersalin Lengkap Shaklee ni. Set lengkap ini mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh ibu-ibu semasa hamil dan juga selepas bersalin (dalam pantang).

ESP 
✿ Dihasilkan daripada soya Non Genetic Modified (GMO)
✿ Protein yang tinggi iaitu 14g protein setiap pengambilan
✿ 105 Kcal untuk setiap pengambilan
✿ Penuh dengan 9 jenis Asid Amino
✿ Index glisemix yang sangat rendah sesuai untuk pesakit diabetis
✿ Bebas kolestrol 
✿Maksimum pengambilan adalah 3 sudu besar untuk setiap hari. Ianya sesuai dicampur bersama jus buah-buahan atau semua jenis minuman kegemaran anda.
✿ Sebagai 'milk booster' untuk menghasilkan susu lebih banyak dan lebih berkhasiat
✿ Info lanjut berkenaan dengan ESP boleh rujuk KLIK SINI

Vita-Lea Iron Formula
✿ Mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh
✿ Mengandungi 8mg iron untuk setiap  pengambilan
✿ Kualiti telah diuji lebih daripada 340

B - Complex
✿ Mengandungi semua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh badan
✿ B1, B2, B3, B6, B12, biotin, asid pantothenic dan juga asid folik.
✿ Diformulakan dan dipatenkan dengan Bioactivated Absorption System
✿ Mengandungi 200mg asid folik untuk setiap pengambilan
Minimum pengambilan adalah 1 biji setiap hari
✿ KLIK SINI

Ostematrix
✿ Bukan sekadar kalsium
✿Mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh seperti kalsium, vitamin D, magnesium, zinc, copper, manganese dan juga boron.
✿ Membantu dalam menggantikan kalsium yang hilang semasa hamil
✿ Mengurangkan masalah sembelit yang sering dialami oleh ibu-ibu yang sedang berpantang
✿ Minimum pengambilan adalah 4 biji sehari
✿ KLIK SINI

Omega Guard
✿ Merupakan minyak ikan terbaik dunia
✿ Sangat baik untuk perkembangan otak bayi
✿ Sangat tinggi dengan DHA dan EPA
✿ Pengambilan adalah 3 biji sekali atau dua kali sehari
✿ KLIK SINI

Sustained Release Vita-C
✿ Dihasilkan daripada sumber semulajadi dan asli
✿ 1 biji mengandungi 500mg vitamin C bersamaan dengan 7 biji limau
✿Mengimunkan si ibu dan bayi daripada dijangkiti selesema dan penyakit yang mudah berjangkit

Alfalfa Complex
✿ Boleh dianggap sebagai jamu moden
✿ Berfungsi mengecutkan rahim ibu yang lepas bersalin
✿ Dianggap sebagai "milk booster"
✿ Mampu mencegah jaundis atau kuning di kalangan bayi yang baru lahir
✿ Setiap hidangan mengandungi 300mg kalsium atau lebih kurang segelas susu


Love to share
Safeni Feni
01115672780

January 20, 2016

5 Cara Untuk Mengatasi Perut buncit





Semua orang ingin bentuk badan yang cantik dan menarik bukan? Bila perut kelihatan buncit sikit mesti orang tegur ada isi ke (mengandung) ? Alamak malunya padahal tak mengandung pun tapi sebab tak jaga badan dan pemakanan yang betul maka terjadilah perut buncit mengalahkan orang hamil. 

Jadi disini saya ingin kongsikan beberapa tips atau cara untuk mengatasi masalah perut buncit yang sering kita alami. Tak semua bernasib baik yang memiliki bentuk tubuh yang menawan seperti yang diidamkan. Tambah-tambah lagi wanita yang berumur 30 tahun keatas kerana kadar metabolisma sudah semakin menurun dan boleh menyebabkan obesiti.

Antaranya ialah seperti berikut :

💕 Melakukan senaman perut terutamanya di bahagian perut
Mengamalkan senaman perut seperti bangkit tubi atau berjalan setiap hari mampu mengelakkan pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian perut. Perut juga akan kelihatan lebih tegap dan kempis.

💕 Makan snek diantara waktu makan malam
Mengambil snek sebelum makan malam mampu mengelakkan kita makan terlalu banyak ketika makan malam. Pengambilan snek yang sihat terbaik adalah seperti biskut oat, sandwich, salad atau buah-buahan dan yogurt.

💕 Postur badan
Kedudukan yang betul sangat penting untuk memastikan otot perut dapat ditegakkan sepanjang masa bagi mengelakkan daripada perut buncit. Pastikan postur badan sentiasa dalam keadaan yang betul semasa melakukan semua aktiviti.

💕 Probiotik
Makan makanan yang mengandungi sumber probiotik seperti yogurt untuk kesihatan usus kita. Usus yang sihat mampu melakukan proses penghadaman dan pencernaan yang lancar secara tidak langsung mengelakkan perut menjadi buncit.

💕 Pengambilan serat
Pengambilan serat sangat penting untuk melancarkan proses pembuangan najis atau toksin dalam badan. Jika toksin dapat dibuang setiap hari, badan akan menjadi ringan dan perut akan menjadi lebih sihat. Banyakkan makanan seperti sayur-sayuran atau buah-buahan untuk sumber serat yang terbaik. 

💕 Pengambilan protein
Sumber protein sangat penting dalam membentuk otot badan termasuk di bahagian perut. Jika inginkan perut yang kempis anda disarankan mengambil sumber protein daripada soya, ikan, telur dan ayam. Suplemen soya seperti ESP juga sangat membantu dalam mengempiskan perut dan membekalkan tenaga. KLIK SINI.

Jadi amalkan gaya hidup yang sihat supaya sentiasa kekal langsing dan sihat supaya dapat menjalankan aktiviti harian dengan sempurna. 



Love to share
Safeni Feni
01115672780

January 19, 2016

Tips Turunkan Kolestrol Tinggi Dengan Sihat



Diet sering dikaitkan dengan kolestrol atau lemak yang terdapat dalam badan kita. Kolestrol dihasilkan oleh dua sumber iaitu daripada hati dan makanan yang diambil seperti daging dan produk tenusu.

Kandungan kolestrol yang tinggi di dalam darah boleh menyebabkan terbentuknya jaringan nipis dan plak pada dinding arteri, sekali gus menyebabkan saluran darah tersumbat. Ini boleh menyebabkan serangan jantung, strok atau masalah pembuluh darah yang lain.

Ikuti beberapa tips bagi menurunkan kadar kolestrol darah seperti di bawah :-

Melakukan senaman olahraga secara rutin sekurang-kurangnya 20-30 minit setiap hari
✿ Mengambil produk tenusu yang rendah lemak (low fat)
✿ Mengambil daging tanpa kulit
✿ Menggoreng menggunakan minyak zaitun atau minyak kanola
✿ Mengamalkan minum jus tomato dan jus epal
✿ Minum teh hijau bagi meningkatkan kolestrol baik (LDL), dan mencegah kolestrol jahat (HDL)
✿ Mengambil makanan yang boleh menurunkan kolestrol seperti bawang putih, tempe, teh hijau, buah anggur, epal, avokado serta beri biru

Suplemen yang boleh diambil untuk mencegah kolestrol jahat Klik Sini . Anda harus menjaga pemakanan supaya tahap kolestrol dalam badan stabil. 

Love To Sharing
Safeni Feni 
01115672780

January 18, 2016

Waktu Hot Untuk Post Iklan Di FB !!!

Hari ini ramai orang yang memilih untuk berniaga online kerana bebas berniaga di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Namun andai tersalah pilih bisnes dan tidak tahu caranya mungkin boleh menyebabkan kerugian kepada pemilik perniagaan itu.

Jadi hari ini saya ingin kongsikan beberapa waktu hot untuk post iklan yang terbaik dan dapat dilihat oleh pengguna. Bila ramai yang lihat status kita secara tak langsung meningkatkan sales untuk produk yang kita jual. 

Waktu post iklan yang sesuai ialah :

Waktu Pagi : 6.15am - 7.00am  (Waktu ni pengguna tegar FB akan login)
Masuk Kerja : 8.00am - 10.00am (untuk mereka yang boleh akses FB di tempat kerja
Lunch Hour : 12.30pm - 2.00pm (Layan FB sambil-sambil tunggu makanan)
Selepas Lunch : 2.30pm - 3.00pm (Layan FB sekejap sebelum masuk kerja)
Sebelum Balik : 5.30pm - 6.15pm (Masa tunggu nak balik)
Lepas Isyak : 9.00pm - 12.00am adakala sampai 1.00am - 2.00am


Waktu PALING HOT !!!
10.00am
12.00pm
3.00pm
5.00pm
9.00pm
10.00pm


Post iklan setiap hari dapat membantu dalam memperkenalkan diri kepada pelanggan. Membina jenama sendiri. Branding yourself. Buat tanpa henti. Kejayaan tak datang dengan mudah.

Ada 3 perkara yang bakal anda lalui dalam bisnes Shaklee :
1) Bermula atau daftar
2) Belajar 
3) Mengajar dan membina network

Ramai orang boleh buat no 1 tapi tak ramai yang boleh buat no 2 sebab ramai yang terus buat no 3. Semoga bermanfaat kepada peniaga-peniaga online yang masih tercari-cari waktu hot untuk post iklan ni.  


Love  to Sharing
Safeni Feni 
01115672780

January 15, 2016

Masalah Sembelit Selesai Setelah Mengamalkan Herb-Lax

Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak share pasal seorang customer saya yang mengalami masalah untuk membuang dan badan beliau agak berisi. 

Beliau pm saya di FB sebab nak cari suplemen bagi menyelesaikan masalah sembelit yang beliau alami. Jadi saya suggestlah set detoks agar masalah beliau dapat diatasi. Namun beliau hanya berminat untuk mengambil herb-lax sebab tak perlu makan hari-hari.

Herb-lax tak perlu diambil setiap hari cukup 2-3 kali seminggu. Herbalax berfungsi untuk membersihkan usus dari lemak-lemak dan kolestrol degil yang melekat pada saluran usus kita. Jadi kita tak perlu ambil herbalax setiap hari sebab kalau usus dah bersih nanti dah tak ada apa yang nak dibersihkan lagi. Hehe. Dos pengambilan adalah 4 biji sekali makan.

Herb-lax ni sesuai sangat diambil masa perut tengah sebu, berangin atau buncit kembung sebab sangat membantu dalam proses pembuangan. Yang ada masalah sembelit sangat-sangat disyorkan mengambil Herb-lax ni. Ada juga yang amalkan herb-lax ni untuk mengekalkan berat badan yang ideal. 

Jadi untuk mendapatkan produk super hot untuk masalah sembelit dan mencuci usus anda boleh hubungi saya dan mendapatkan khidmat nasihat percuma berkenaan dengan produk dan suplemen Shaklee.


Safeni Feni
SID : 1193591
SMS/WhatApps/Telegram : 01115672780
Email : feni8683@gmail.com

January 14, 2016

Penyebab Tekanan Darah Rendah Dan Cara Untuk Mencegahnya


Saya selalu mengalami tekanan darah rendah nak nak pula masa nak datang bulan (period). Masa tu kepala rasa melayang-layang dan rasa macam nak pitam saja. 

Tekanan darah rendah (hipontensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh sehingga setiap organ dari badan tidak dapat aliran darah yang cukup dan menyebabklan timbulnya gejala hipontensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza kerana ianya membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan rangsangan di dalam salur darah.

Punca tekanan rendah sentiasa tidak jelas namun ia sering dikaitkan dengan perkara-perkara berikut :

  • Kehamilan
  • Masalah hormon seperti tiriod yang begitu aktif (hypothyroidism),
  • Tiriod yang terlalu aktif (hipertiroidisme)
  • Kencing manis atau gula darah rendah (hipoglisemia)
  • Pengambilan ubat over-the- counter
  • Pengambilan ubat darah tinggi yang lebih daripada dos yang disarankan
  • Kegagalan jantung
  • Jantung aritma 9irama jantung yang tidak normal)
  • Pelebaran atau pengembangan salur darah
  • Keletihan haba atau strok haba
  • Penyakit hati

Penyebab Terjadinya Tekanan Darah Rendah

Terdapat beberapa penyebab yang boleh menyebabkan tekanan darah rendah terjadi iaitu :

1) Kekurangan volum darah iaitu cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal.

2) Dehidrasi iaitu dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.

3) Masalah jantung iaitu denyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah.

Sekiranya anda mengalami masalah tekanan darah rendah kita perlu melakukan perkara-perkara seperti berikut:

✔ Bangun dari duduk atau berbaring secara perlahan
✔ Jangan berdiri terlalu lama
✔ Jangan terlalu lama berdiri di bawah sinaran matahari
✔ Diet yang rendah kabohidrat
✔ Banyak minum air putih
✔ Hindarkan diri dari pengambilan alkohol
✔ Jika perlu tambahkan sedikit pengambilan garam
✔ Melakukan aktiviti senaman secara teratur

Suplemen yang dicadangkan untuk pesakit yang sering mengalami tekanan darah rendah seperti saya disyorkan mengambil beberapa suplemen seperti di bawah :

Vitalea ~ Penuh dengan segala mineral yang diperlukan oleh tubuh untuk memenuhi segala kekurangan nutrien yang diperlukan oleh tubuh
B-Complex ~ Mampu mengurangkan stress dan membekalkan tenaga
Vitamin C ~ Membantu mengimunkan badan dan sebagai ketahanan badan
Ostematrix ~ Kalsium sangat penting untuk mengawal selia tekanan darah
ESP ~ Membekalkan tenaga berpanjangan dan sumber protin yang baik kerana dihasilkan daripada soya yang NON GMO
Meal Shakes ~ Lengkap dengan imbangan vitamin dan mineral
Performance Drink ~ Mengelakkan dehidrasi 

Hubungi saya untuk membuat pesanan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi saya :

Safeni Feni 
SID : 1193591
SMS/WhatApss/Telegram : 01115672780
Email : feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...