January 20, 2016

5 Cara Untuk Mengatasi Perut buncit





Semua orang ingin bentuk badan yang cantik dan menarik bukan? Bila perut kelihatan buncit sikit mesti orang tegur ada isi ke (mengandung) ? Alamak malunya padahal tak mengandung pun tapi sebab tak jaga badan dan pemakanan yang betul maka terjadilah perut buncit mengalahkan orang hamil. 

Jadi disini saya ingin kongsikan beberapa tips atau cara untuk mengatasi masalah perut buncit yang sering kita alami. Tak semua bernasib baik yang memiliki bentuk tubuh yang menawan seperti yang diidamkan. Tambah-tambah lagi wanita yang berumur 30 tahun keatas kerana kadar metabolisma sudah semakin menurun dan boleh menyebabkan obesiti.

Antaranya ialah seperti berikut :

💕 Melakukan senaman perut terutamanya di bahagian perut
Mengamalkan senaman perut seperti bangkit tubi atau berjalan setiap hari mampu mengelakkan pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian perut. Perut juga akan kelihatan lebih tegap dan kempis.

💕 Makan snek diantara waktu makan malam
Mengambil snek sebelum makan malam mampu mengelakkan kita makan terlalu banyak ketika makan malam. Pengambilan snek yang sihat terbaik adalah seperti biskut oat, sandwich, salad atau buah-buahan dan yogurt.

💕 Postur badan
Kedudukan yang betul sangat penting untuk memastikan otot perut dapat ditegakkan sepanjang masa bagi mengelakkan daripada perut buncit. Pastikan postur badan sentiasa dalam keadaan yang betul semasa melakukan semua aktiviti.

💕 Probiotik
Makan makanan yang mengandungi sumber probiotik seperti yogurt untuk kesihatan usus kita. Usus yang sihat mampu melakukan proses penghadaman dan pencernaan yang lancar secara tidak langsung mengelakkan perut menjadi buncit.

💕 Pengambilan serat
Pengambilan serat sangat penting untuk melancarkan proses pembuangan najis atau toksin dalam badan. Jika toksin dapat dibuang setiap hari, badan akan menjadi ringan dan perut akan menjadi lebih sihat. Banyakkan makanan seperti sayur-sayuran atau buah-buahan untuk sumber serat yang terbaik. 

💕 Pengambilan protein
Sumber protein sangat penting dalam membentuk otot badan termasuk di bahagian perut. Jika inginkan perut yang kempis anda disarankan mengambil sumber protein daripada soya, ikan, telur dan ayam. Suplemen soya seperti ESP juga sangat membantu dalam mengempiskan perut dan membekalkan tenaga. KLIK SINI.

Jadi amalkan gaya hidup yang sihat supaya sentiasa kekal langsing dan sihat supaya dapat menjalankan aktiviti harian dengan sempurna. 



Love to share
Safeni Feni
01115672780

January 19, 2016

Tips Turunkan Kolestrol Tinggi Dengan Sihat



Diet sering dikaitkan dengan kolestrol atau lemak yang terdapat dalam badan kita. Kolestrol dihasilkan oleh dua sumber iaitu daripada hati dan makanan yang diambil seperti daging dan produk tenusu.

Kandungan kolestrol yang tinggi di dalam darah boleh menyebabkan terbentuknya jaringan nipis dan plak pada dinding arteri, sekali gus menyebabkan saluran darah tersumbat. Ini boleh menyebabkan serangan jantung, strok atau masalah pembuluh darah yang lain.

Ikuti beberapa tips bagi menurunkan kadar kolestrol darah seperti di bawah :-

Melakukan senaman olahraga secara rutin sekurang-kurangnya 20-30 minit setiap hari
✿ Mengambil produk tenusu yang rendah lemak (low fat)
✿ Mengambil daging tanpa kulit
✿ Menggoreng menggunakan minyak zaitun atau minyak kanola
✿ Mengamalkan minum jus tomato dan jus epal
✿ Minum teh hijau bagi meningkatkan kolestrol baik (LDL), dan mencegah kolestrol jahat (HDL)
✿ Mengambil makanan yang boleh menurunkan kolestrol seperti bawang putih, tempe, teh hijau, buah anggur, epal, avokado serta beri biru

Suplemen yang boleh diambil untuk mencegah kolestrol jahat Klik Sini . Anda harus menjaga pemakanan supaya tahap kolestrol dalam badan stabil. 

Love To Sharing
Safeni Feni 
01115672780

January 18, 2016

Waktu Hot Untuk Post Iklan Di FB !!!

Hari ini ramai orang yang memilih untuk berniaga online kerana bebas berniaga di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Namun andai tersalah pilih bisnes dan tidak tahu caranya mungkin boleh menyebabkan kerugian kepada pemilik perniagaan itu.

Jadi hari ini saya ingin kongsikan beberapa waktu hot untuk post iklan yang terbaik dan dapat dilihat oleh pengguna. Bila ramai yang lihat status kita secara tak langsung meningkatkan sales untuk produk yang kita jual. 

Waktu post iklan yang sesuai ialah :

Waktu Pagi : 6.15am - 7.00am  (Waktu ni pengguna tegar FB akan login)
Masuk Kerja : 8.00am - 10.00am (untuk mereka yang boleh akses FB di tempat kerja
Lunch Hour : 12.30pm - 2.00pm (Layan FB sambil-sambil tunggu makanan)
Selepas Lunch : 2.30pm - 3.00pm (Layan FB sekejap sebelum masuk kerja)
Sebelum Balik : 5.30pm - 6.15pm (Masa tunggu nak balik)
Lepas Isyak : 9.00pm - 12.00am adakala sampai 1.00am - 2.00am


Waktu PALING HOT !!!
10.00am
12.00pm
3.00pm
5.00pm
9.00pm
10.00pm


Post iklan setiap hari dapat membantu dalam memperkenalkan diri kepada pelanggan. Membina jenama sendiri. Branding yourself. Buat tanpa henti. Kejayaan tak datang dengan mudah.

Ada 3 perkara yang bakal anda lalui dalam bisnes Shaklee :
1) Bermula atau daftar
2) Belajar 
3) Mengajar dan membina network

Ramai orang boleh buat no 1 tapi tak ramai yang boleh buat no 2 sebab ramai yang terus buat no 3. Semoga bermanfaat kepada peniaga-peniaga online yang masih tercari-cari waktu hot untuk post iklan ni.  


Love  to Sharing
Safeni Feni 
01115672780

January 15, 2016

Masalah Sembelit Selesai Setelah Mengamalkan Herb-Lax

Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak share pasal seorang customer saya yang mengalami masalah untuk membuang dan badan beliau agak berisi. 

Beliau pm saya di FB sebab nak cari suplemen bagi menyelesaikan masalah sembelit yang beliau alami. Jadi saya suggestlah set detoks agar masalah beliau dapat diatasi. Namun beliau hanya berminat untuk mengambil herb-lax sebab tak perlu makan hari-hari.

Herb-lax tak perlu diambil setiap hari cukup 2-3 kali seminggu. Herbalax berfungsi untuk membersihkan usus dari lemak-lemak dan kolestrol degil yang melekat pada saluran usus kita. Jadi kita tak perlu ambil herbalax setiap hari sebab kalau usus dah bersih nanti dah tak ada apa yang nak dibersihkan lagi. Hehe. Dos pengambilan adalah 4 biji sekali makan.

Herb-lax ni sesuai sangat diambil masa perut tengah sebu, berangin atau buncit kembung sebab sangat membantu dalam proses pembuangan. Yang ada masalah sembelit sangat-sangat disyorkan mengambil Herb-lax ni. Ada juga yang amalkan herb-lax ni untuk mengekalkan berat badan yang ideal. 

Jadi untuk mendapatkan produk super hot untuk masalah sembelit dan mencuci usus anda boleh hubungi saya dan mendapatkan khidmat nasihat percuma berkenaan dengan produk dan suplemen Shaklee.


Safeni Feni
SID : 1193591
SMS/WhatApps/Telegram : 01115672780
Email : feni8683@gmail.com

January 14, 2016

Penyebab Tekanan Darah Rendah Dan Cara Untuk Mencegahnya


Saya selalu mengalami tekanan darah rendah nak nak pula masa nak datang bulan (period). Masa tu kepala rasa melayang-layang dan rasa macam nak pitam saja. 

Tekanan darah rendah (hipontensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh sehingga setiap organ dari badan tidak dapat aliran darah yang cukup dan menyebabklan timbulnya gejala hipontensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza kerana ianya membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan rangsangan di dalam salur darah.

Punca tekanan rendah sentiasa tidak jelas namun ia sering dikaitkan dengan perkara-perkara berikut :

  • Kehamilan
  • Masalah hormon seperti tiriod yang begitu aktif (hypothyroidism),
  • Tiriod yang terlalu aktif (hipertiroidisme)
  • Kencing manis atau gula darah rendah (hipoglisemia)
  • Pengambilan ubat over-the- counter
  • Pengambilan ubat darah tinggi yang lebih daripada dos yang disarankan
  • Kegagalan jantung
  • Jantung aritma 9irama jantung yang tidak normal)
  • Pelebaran atau pengembangan salur darah
  • Keletihan haba atau strok haba
  • Penyakit hati

Penyebab Terjadinya Tekanan Darah Rendah

Terdapat beberapa penyebab yang boleh menyebabkan tekanan darah rendah terjadi iaitu :

1) Kekurangan volum darah iaitu cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal.

2) Dehidrasi iaitu dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.

3) Masalah jantung iaitu denyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah.

Sekiranya anda mengalami masalah tekanan darah rendah kita perlu melakukan perkara-perkara seperti berikut:

✔ Bangun dari duduk atau berbaring secara perlahan
✔ Jangan berdiri terlalu lama
✔ Jangan terlalu lama berdiri di bawah sinaran matahari
✔ Diet yang rendah kabohidrat
✔ Banyak minum air putih
✔ Hindarkan diri dari pengambilan alkohol
✔ Jika perlu tambahkan sedikit pengambilan garam
✔ Melakukan aktiviti senaman secara teratur

Suplemen yang dicadangkan untuk pesakit yang sering mengalami tekanan darah rendah seperti saya disyorkan mengambil beberapa suplemen seperti di bawah :

Vitalea ~ Penuh dengan segala mineral yang diperlukan oleh tubuh untuk memenuhi segala kekurangan nutrien yang diperlukan oleh tubuh
B-Complex ~ Mampu mengurangkan stress dan membekalkan tenaga
Vitamin C ~ Membantu mengimunkan badan dan sebagai ketahanan badan
Ostematrix ~ Kalsium sangat penting untuk mengawal selia tekanan darah
ESP ~ Membekalkan tenaga berpanjangan dan sumber protin yang baik kerana dihasilkan daripada soya yang NON GMO
Meal Shakes ~ Lengkap dengan imbangan vitamin dan mineral
Performance Drink ~ Mengelakkan dehidrasi 

Hubungi saya untuk membuat pesanan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi saya :

Safeni Feni 
SID : 1193591
SMS/WhatApss/Telegram : 01115672780
Email : feni8683@gmail.com

January 13, 2016

Rahsia Awet Muda 25 Tahun Lebih Muda Hanya Dengan Mengamalkan Vivix

Bulan ni bulan untuk awet muda sedunia. Vivix in da house !!! wahhh.. sangat-sangat teruja nak share dengan semua pasal Vivix yang super power ni.

Hari ini ramai wanita nak kelihatan cantik dan menarik untuk menjaga penampilan. Tak kiralah yang bekerjaya ataupun surirumah memang mahu kelihatan cantik dan menawan bukan? Sehingga ada yang sanggup berhabisan beratus beribu untuk kelihatan cantik. Macam-macam cara yang dibuat untuk kelihatan cantik dan mengekalkan rupa supaya kekal muda.

Ada juga golongan yang terdesak atau obses untuk cantik sehinggakan sanggup melakukan pembedahan dan menyuntik botox atau kolagen. Ada orang sudah terbiasa dan sudah lali dengan suntikan  sehinggakan rasa ketagih kalau tak buat suntikan. Adoii sakitnya tuh disini. Kalau mak jemah tak sanggup nakkk... Baik lah aku telan suplemen je banyak-banyak. Sihat pun sihat. Hehe...



Nak awet muda tak perlu pun nak sakit-sakit, nak operate atau nak suntik-suntik. Hanya dengan amalkan sesudu Vivix sehari pun dah boleh menten cantik dan awet muda tau. Hehe..

Mari kita tengok bahan-bahan yang terkandung dalam Vivix yang boleh membuatkan wajah kelihatan muda :



  • Muscadine Grape - Anggur hebat yang mempunyai lebih dari satu kromosom yang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi yang hanya terdapat dalam anggur jenis ini dan tidak terdapat dalam anggur jenis lain. Ianyanya mempunyai ciri-ciri untuk menghentikan kimia yang menyebabkan kanser, antivirus dan anti bakteria. Diuji secara klinikal sebagi agen anti penuaan.
  • Purple Carrot - Sangat antioksidan dan mampu mengurangkan risiko sakit jantung dan diabetis.
  • Elderberry - Sangat kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanin yang memberi kesan anti radang. Ia juga mampu mengurangkan simpton seperti sakit otot, sakit atau demam yang berkaitan dengan selesema atau influenza.
  • Polygonum Cuspidatum - Banyak digunakan dalam suplemen kesihatan untuk anti penuaan. Mengandungi resrevatol yang melambatkan penuaan, merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darah, meningkatkan prestasi atlet dan mampu mengurangkan berat badan.

Jangan tak tahu Vivix adalah suplemen terbaik yang sangat-sangat membantu dalam meningkatkan tahap kesihatan kita. Vivix   juga mampu untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan seperti :
  • Merendahkan tekanan darah
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Meningkatkan daya seks
  • Meningkatkan pengeluaran sperma 
  • Memutihkan dan mengurangkan pigmentasi
  • Anti Kanser
  • Merendahkan tahap kolestrol
  • Menguatkan tulang
  • Mengurangkan Artritis
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Anti Inflamasi
  • Menghalang kejadian tumor
  • Mengawal selia estrogen
  • Menstabilkan perasaan
  • Mengawal selia insulin
  • Anti depresi
  • Mengurangkan bintik penuaan
  • Membantu Glaukoma
  • Mengurangkan rambut beruban dan gugur
  • Melegakan alergi dan lelah
  • Memperbaiki Mutasi sel
  • Membantu Vasodilatasi
  • Menghalang Alzheimer 
  • Memperbaiki kualiti tidur
  • Memperbaiki tekstur kulit
  • Mengawal selia kelikatan darah

Haa apa tunggu lagi. Amal Vivix untuk awet muda. Alih-alih yang lain pun dapat efek juga. Kesihatan pun terjaga dengan Vivix super best ni.

Safeni Feni

SID : 1193591
Area : Hulu Langat / Plaza Permata / HKL
SMS/WhatsApp/Telegram : 01115672780

January 12, 2016

Team Blogger Area #TBACENTRAL BUAT EVENT GEMPAK HABIS !!!


Pada 09.01.2016 aku dengan rasminya telah pergi join event yang #TBACENTRAL anjurkan. Best giler baq hang. Walaupun lone ranjer takde kawan nak teman. Buat muka kering je pegi. Huhu. Mula-mula plan nak pegi dengan sahabat baikku Dayang tapi oleh kerana beliau ada masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan jadi terpaksalah mak jemah redah sorang-sorang. 

Perasaan takut memang ada tapi just do it beb. Masa ni lah nak kenal dengan ramai lagi orang-orang baru yang super-super hebat dalam #TBACENTRAL tu. Selalu berkenalan dalam FB dan berchatting dalam telegram je. Masa ni lah nak jumpe muka. Kenal-kenal kan. Rugi sangat kalau tak pegi.


Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Mula-mula sesi berkenalan dengan pengasas TBA iaitu Tuan Zuan dan juga anak-anak kapal TBA. Kene time mak jemah alamak hai..Tergugup plak nak cakap rasa malu-malu kucing. ahaksss...

Ok selesai sesi pertama iaitu sesi berkenalan dengan jemaah #TBACENTRAL a.k.a anak-anak kapal. Leader dan Co Leader kami pun kenalkan diri. Handsome2 and gojes2 semuanya beb. Selesai bab pertama kemudian penerangan mengenai marketing yang dijalankan oleh usahawan dan peniaga online. Tuan Zuan cakap kalau kreatif batu tepi jalan pun boleh jual. 

Inilah Pengasas TBA yang sedang memberi penerangan

Kusyuk memberi penerangan

Sesi paling best ialah sesi makan-makan sampai lebam

Food fully sponsor oleh anak-anak kapal #TBAcentral (macam portluck gitu)

Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Amar Mafi (nama FB)

Penyampaian hadiah sebagai cenderamata kepada pengasas #TBA kerana sudi berkongsi ilmu dan idea kepada anak-anak kapal

Sempat bergambar dengan Kapten Jelita @ Kuzie Yahya



Sesi paling best bila boleh salam sayang dan bergambar bila sudah tamat event

Sebenarnya banyak benda lagi nak tulis tapi masa begitu terhad dan sangat-sangat cemburu dengan kita. Setakat ini dulu sharing daripada mak jemah gojes @ Safeni Feni.

Tq for the best pic. Kredit to  @Abdullah Ramly (FB)

Love to sharing
#TBA
#TBACENTRAL
#TBANEXT
#TBACREW
#TEAMJEMAHGOJES
#SAFENI_FENI
#SHAKLEEHULULANGAT
01115672780

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...