November 20, 2015

SET CANTIK UNTUK MEREKA YANG MEMENTINGKAN KECANTIKAN DAN KESIHATAN

Assalamualaikum semua

Ramai antara kita yang impikan kulit cantik dan cerah berseri? Feni boleh bantu awak dapat kulit cun dengan produk dari dalaman ni! Selalu try macam2 skincare tapi kulit muka still sama kan?

Jom rawat dari dalam dulu, barulah luar cantik!

Dengan set ni, bukan je muka cantik, satu badan cantik tau!

Jom Feni bagitau satu-satu fungsi produk dalam SET CANTIK  ni ok ?







ESP

☀ Nak kulit jadi HALUS MULUS GEBU GEBAS? ESP Lah jawapannya !

☀ Menjadikan kulit PUTIH & ANJAL

☀ Kandungan protein dalam ESP yg tinggi dapat meransang penghasilan KOLAGEN dalam badan

☀ Jangan tak tahu ESP juga boleh menjadikan bentuk badan yang ideal kerana ia mengenyangkan






SUSTAINED RELEASE VIT C

☀ Meransang PEMBENTUKAN KOLAGEN

☀ Membantu mengekalkan kulit yg AWET MUDA

☀ MENCERAHKAN KULIT secara semulajadi

☀ Mengecilkan PORI MUKA

☀ Membantu menghilangkan jerawat dan jeragat bermula dari dalam




COLLAGEN POWDER

☀ Memperbaiki tekstur kulit wajah

☀ Menghilangkan kedutan

☀ Melembabkan kulit

☀ Melindungi kulit dari radikal bebas

☀ Melicin dan melembutkan kulit

☀ Menegang payu dara dan punggung

☀ Mengurangkan pigmentasi jeragat


VITAMIN E

☀ Mengurangkan PARUT JERAWAT

☀ Mengurangkan KESAN JERAGAT

☀ Menjadikan KULIT LEMBAB secara semulajadi

☀ Sesuai untuk KULIT KERING/ BERSISIK

☀ Menjadikan kulit AWET MUDA & FLAWLESS

Nak order? Berminat? Contact Feni ok, in sha Allah will give u the best price & best consultation.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

November 16, 2015

Pengalaman Sebagai Seorang Peniaga

Hai Hai Hai

Assalamualaikum semua.

Saya baru balik dari bercuti ni. Balik kampung tengok mak kat kampung di Kelantan nuuu.. Biasalah orang tua kan. Bila dah lama tak tengok cucu mesti rindu. Saya pun balik lah bawak 2 tentera tuu..hoho..

Balik kampung tanpa suami memang mencabar sebab anak-anak taknak kat orang. Seminggu huru hara dunia tapi itulah indahnya bila ada anak kan kan? Syukur alhamdulillah saya ada 2 kakak yang sporting morting yang tolong bawak kami anak beranak nak balik kampung.

Orang kata bisnes online ni senang namun bila anda dah ceburkan diri dalam bidang ni. Hanya yang mengalami saja yang tahu. Haha. Namun saya sangat enjoy dengan bisnes produk S yang saya ceburi sekarang ni. Saya tak perlu menyimpan stok banyak-banyak sebab saya boleh buat secara online. Saya juga tak perlu berkejar ke stokis untuk mengambil barang sebab semuanya diuruskan oleh pihak Shaklee.

Alhamdulillah saya telah membuat pilihan yang tepat dengan memilih bisnes Shaklee untuk berniaga secara online kerana buat masa ni saya masih lagi bekerja dan masa saya sangat terhad. 

Saya pernah bekerja sebagai pekerja Seven Eleven dengan gaji RM650/bulan. Haha mase tu rasa kaya sangat-sangat dah. Dapat gaji 2 kali sebulan jadi tiap-tiap tengah bulan dan hujung bulan dapat lah shopping macam2. haha rasa sungguh kaya dah mase tu sebab xde tanggungan. Dapat duit hanya untuk belanja diri sendiri. 

Saya pernah kerja sebagai penjual tiket bas. Jadi penjaga kaunter tiket bas. Jual pakaian kat pasar malam semua dah merasa. haha. sebab tu hati pon dah kental kot.huwaaa...

Oklah ..nnt menulis lagi... babaiii.

Update pengalaman dengan gambar semasa berniaga dulu.







Masa kami berniaga ni memang best sebab ramai orang keluar membeli. Harga getah masa tu tu tinggi. Memang seronok sangat berniaga.

November 5, 2015

Vitamin C Untuk Kesihatan dan Kecantikan



Bulan November ni bulan untuk bertambah cantik. Feni suka sangat bila pihak Shaklee umumkan promosi vitamin c ni sebab Feni suka cantik. Kata orang nak cantik luaran bermula dari dalam.

Kebaikan Vitamin C untuk kesihatan dan kecantikan :-

  • Amat penting untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan seluruh secara amnya
  • Memenuhi keperluan vitamin C untuk tubuh yang lebih sihat
  • Sustained Release Vita-C dengan rumusan semulajadi
  • Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
  • Selamat digunakan kerana ianya dihasilkan secara semulajadi
  • Kulit menjadi lebih cerah dan halus
  • Menghilangkan jeragat dari dalam
  • Mengimunkan badan dari pelbagai penyakit seperti selesema, demam, batuk dan sebagainya
  • Sesuai untuk seisi keluarga kerana ianya terbukti selamat digunakan.

Dalam sebotol Vitamin C Plus ni ada 180 biji. Jadi sekiranya penggunaan sebiji sehari bermakna boleh tahan sehingga 6 bulan. Wow berbaloi-baloi la kan. 

Testimoni Vitamin C yang berjaya menambat hati pengamalnya :-

1. Masalah Kulit Menggelupas Selesai




2. Jerawat Batu Di Muka Semakin Kecut Dan Hilang


3. Menghilangkan Jerawat


4. Kulit Semakin Sihat dan berseri



Boleh menghubungi Feni untuk maklumat lanjut berkenaan dengan produk dan membuat pesanan :-


Safeni FeniShaklee ID : 1193591SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780Email: feni8683@gmail.com




October 27, 2015

Aku Sedang Mencari Kekuatan Diri


24/10/2015 adalah tarikh yang mungkin aku ingat sampai bila-bila. Allahuakbar. Beg tangan aku diragut oleh peragut yang mencari peluang untuk senang dengan mudah. Masih terbayang-bayang lagi macam mana si peragut tu datang dan tarik beg aku. Adegan tarik menarik ada juga tapi tenaga lelaki dan aku tak mampu nak menarik balik beg aku. Allahuakbar. Sakit peha-peha sebab konon nak kejar peragut tu. Last2 dia broom bawak motor laju2.

 Bila fikir2 balik biarlah biarlah. Nanti mesti ada rezeki lain yang datang. Allah sedang menguji kesabaran aku. Aku harus tabah dan sabar. Asalkan aku dengan anak selamat cukuplah. Duit dan barang-barang lain tu boleh cari. Anak aku ...ohoho.tak dapat nak bayangkanlah.. Syukur alhamdulillah walau aku kehilangan duit tap anak dan beberapa dokumen penting tapi keselamatan kami berdua lebih penting.

Berlapang dada walau kadang2 datang juga perasaan sakit hati. Cepat2 istighfar ingat Allah. Sebab semua kejadian yang berlaku dengan izin Allah juga. Kun Fa Ya Kun. Kalau Allah kata jadi maka jadilah. Kita hamba kene redha. Berserah dengan sepenuh hati bahawa Allah lebih tahu. 

Hari ini aku mengumpul kekuatan untuk kembali berjuang meneruskan kehidupan untuk mencapai segala cita-cita yang dirancang. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.


October 21, 2015

Jerebu oh jerebu

Allah Allah Allah

Alhamdulillah hari ni baru ada kekuatan untuk menulis. Aku cuba kuatkan semangat sebab x brapa nak sihat 2 3 hari ni. Maklumlah keadaan cuaca yang sangat tidak baik. Kuning warna. Ya Allah aku takut dengan kuasaMu. Ampunkan aku ya Allah.

Udara sekarang ni dah beracun dan bacaan IPU sangat tinggi. Banyak sekolah ditutup sebab kualiti udara sangat tidak elok untuk kesihatan. Ya Allah ampunkanlah hambaMu ni. Kuatkan kami dalam menghadapi semua dugaan mu.

Anak-anak pun banyak yang kene selesema dan sesak nafas. Aku bersyukur sebab anak-anakku tak berapa teruk dan keadaan masih terkawal. Segala aktiviti luar rumah dikurangkan sebab cuaca yang tak elok ini. Aku terpaksa tinggalkan anak-anak dirumah demi tuntutan kerja. huhuhu..sedih weh..

Banyakkan minum air masak untuk atasi sakit tekak dan makanlah suplemen untuk mengimunkan badan. Walau kadang-kadang kita sakit juga namun sekurang-kurangnya kita cuba untuk sihat. Musim-musim jerebu ni kurangkan aktiviti luar

October 16, 2015

Pengalaman Pertama Nak Pegi Kelas Offline Sendiri

Haha. Tengok tajuk pun dah nak gelak besar weh.. That my first time i drive sendiri nak pergi kelas Offline anjuran Master Haji Roslan dekat Sri Rampai Branch. Ini adalah program kali kedua aku join dalam bisnes Shaklee ni. Macam-macam aku fikir. Macam-macam benda aku nak buat dalam bisnes ni. Aku nak berjaya jadi aku kene join orang yang berjaya.

Ohoo..mula-mula mase Master NadZaim wassap aku pasal program ni. Aku huru hara jugak lah. Maklumlah anak kecik lagi. Macam mane ni wei ?? Sape nak jage adik Rayyan..?? Nak bawak aku xde baby seat dalam kete. huhu. So plan A B C kene ada. Otak bergeliga mencari idea macam mane aku nak pegi. Aku rojer kakak ipar aku Kak La tanya mintak tolong boleh tak jage adik Rayyan. Dia kata ok Alhamdulillah selesai satu bab. 

Kedua aku rojer my BFF Dayang ajak dia join skali. Dayang ni adalah anak shaklee aku so aku ajak dia skali dan dia okay. Haha. Kami pun buat perancangan macam mana nak pergi tempat tu sedangkan aku memang tak tahu tempat dan tak tahu jalan. Maklumlah selama ni semua en suami yang bawak. Kita jage anak je kat sebelah. huhu..

Tiba hari yang ditunggu-tunggu aku keluar awal pagi bersama anak sulungku Abang Aus untuk mengambil Dayang dan Aisar di Kajang. Dari Kajang kononya nak pasang waze tapi entah mana-mana jalan yang dia tunjuk. Rasa nak menangis oiii. Huhu.. dan kami sesat oooh tidakkkk... Col orang tu col orang ni tanya jalan. haha.. Mase kekalutan berlaku macam2 wassap dapat. Terima kasih kepada yang banyak membantu.

Kami sampai di Shaklee Sri Rampai tepat pukul 11.00 pagi sedangkan kelas bermula pukul 10.00 pagi. Kami terlewat sejam tapi takpelah. Hentam jela labuuuu. Memandangkan ni kami pegi sendiri so pandai-pandai la bawak diri. Kami masuk buat muka selamba walau kerusi dah tak banyak..hoho

Dalam kelas ni macam-macam sharing diorang buat. Bestttt dapat banyak ilmu... Rugi sape yang tak pegi kelas-kelas ilmu free ni..

Nahhn belanje gambar sepukul untuk tatapan u olss...


Bersama Dayang, Neesa, Master Salwa Ashbul Jannah dan anak-anak

Bersama orang-orang yang hebat kita pun rasa hebat... hahaha.. Amik auraaaaa...

Thanks to Dayang sebab sudi susah payah dengan aku..Haha lawak weh... Huru hara dunia bila si nana jumpe si nana demi menuntut ilmu. Huwaaaa... Sesat berkilo-kilo, minyak kereta hampir habis dan bateri handphone out of service.. Memang Terbaekkk !!!

Okay daaaa... Jumpe lagi di entry akan datang bila ada masa free ada mood nak menulis dan ade idea mencurah2...keke..

Salam sayang...
Safeni Feni

October 15, 2015

Bahaya GLA untuk Wanita



GLA atau nama panjangnya gamma linolenic asid adalah lemak omega 6 yang paling terkenal. GLA boleh didapati di dalam susu badan ibu, dalam biji primrose dan buah blackcurrents. GLA sangat diperlukan oleh tubuh untuk kesihatan manusia, namun badan tidak boleh menghasilkan GLA. Jadi kita perlu mendapatkan GLA dari sumber makanan. 

Kebanyakan wanita tidak sedar bahawa fibroid atau cyst telah wujud dalam badan kita namun jika ia aktif dan semakin membesar boleh dikesan dengan terjadinya simpton-simpton seperti dibawah.

Antara simptom-simptom fibroid atau cyst:-
  • Haid yang tidak teratur atau berpanjangan
  • Sakit perut
  • Sakit ketika bersama suami (hubungan kelamin)
  • Perut membuncit
  • Pendarahan abnormal

Kebaikan GLA COMPLEX

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS
  • Membantu dalam menangani menopouse
  • Melegakan simptom akibat rhematoid arthritis
  • Mengandungi Vita E untuk menguatkan dinding arteri
  • Mengurangkan "blood cloth' yang menyebabkan serangan jantung

BAGAIMANA GLA COMPLEX MEMBANTU MENGECUTKAN SEL FIBROID DAN CYST ?

  • GLA berfungsi untuk menstabilkan hormon dalam badan. Pertumbuhan fibroid dirangsang oleh hormon estrogen.
  • GLA akan membantu untuk menstabilkan hormon supaya ianya cukup-cukup je mengikut keperluan kita. Jadi sel cyst dan fibroid akan jadi tidak aktif.
  • Ini kerana kebiasaannya sel ini aktif apabila hormon estrogen dan progesteron ini tinggi. GLA juga dilengkapi dengan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan untuk menyingkirkan radikal bebas atau sel kanser yang menyebabkan sel kanser yang menyebabkan fibroid dan cyst itu.
  • Bagi kes wanita yang tidak subur atau sukar hamil pun sama. Mereka tidak boleh hamil disebabkan oleh kepekatan estrogen dan progestrogen yang sedikit di dalam badan. Dengan mengambil GLA dapat membantu mengembalikan hormon ke tahap normal.
  • Jika hormon dalam keadaan normal atau stabil, peluang untuk hamil juga adalah tinggi.

Jom kita lihat testimoni pengguna ni yang berjaya hamil dengan ikhtiar GLA COMPLEX :-











Nota Kaki : Kalau anda rasa tidak selesa selepas makan GLA seperti sakit perut atau simptom-simptom nak ada cyst atau fibroid. Cepat-cepat rujuk doktor terus takut ada masalah dalaman lain. Bila makan GLA baru dapat kesan. Shaklee bukan ubat tapi supplement (makanan tambahan).

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...