July 14, 2015

Meal Shakes Shaklee Adalah Minuman Berkhasiat Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Kesibukan kita setiap hari menyebabkan kita kekurangan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk kekal sihat. Pemakanan yang tidak seimbang juga menyebabkan kita mengalami masalah kesihatan seperti cepat letih, tidak fokus, mengantuk dan pelbagai masalah lagi. Masalah ini boleh diselesaikan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Pengambilan makanan yang sihat juga dapat mengatasi masalah kesihatan kita. 



Apakah Meal Shakes ?

Meal Shakes dihasilkan daripada sumber semulajadi yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, Lactalbumin(sejenis susu) dan lain-lain. Ia juga menyediakan nutrisi lengkap yang diperlukan oleh tubuh. 

Kebaikan Meal Shakes

  • Merupakan nutrisi lengkap yang mengandungi 24 jenis Vitamin, mineral dan zat perlu.
  • Kaya dengan protin yang membekalkan nutrisi kepada sel tubuh.
  • Membantu memulihkan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Mengandungi asid folic, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium untuk membantu proses untuk membesar.
  • Mengandungi Vitamin A, C, E, Zinc dan Selenium bersifat anti oksida yang bertindak untuk melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengandungi Vitamin B lengkap, zat besi dan Copper yang cukup untuk membina sel darah merah yang sihat disamping menghasilkan kulit dan wajah lebih cantik.
  • Sumber pemakanan yang mengandungi serat dan protin yang terbaik.
  • Ianya juga kaya dengan sumber kalsium.

Meal Shakes sangat sesuai diambil oleh :-

  • Kanak-kanak aktif yang kurang makan
  • Ibu menyusukan anak kerana dapat membantu melancarkan penyusuan dan susu menjadi lebih pekat
  • Wanita yang mementingkan kecantikan
  • Para atlet yang inginkan kecergasan berpanjangan
  • Pelajar yang sering hilang daya fokus
Rasa Meal Shakes yang berperisa vanila amat lazat dinikmati bersama dengan campuran minuman lain. Saya suka mencampurkan  Meal Shakes bersama ESP dan Cocoa Tamar. Rasanya memang sangat sedap dan boleh membekalkan tenaga sepanjang hari. Tambah lagi sekarang ni bulan puasa, tiada masalah untuk saya kekal bertenaga walau berpuasa dan menyusukan anak kedua saya. 

Meal Shakes juga boleh dijadikan sebagai sarapan yang berkhasiat untuk seisi keluarga. Amalan pemakanan yang sihat membantu kita untuk kekal sihat, cantik dan bertenaga sepanjang hari.




Berminat untuk mendapatkan Meal Shakes tapi tak tahu macam mana boleh terus hubungi saya.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


July 8, 2015

Tips Untuk Turunkan Berat Badan Dengan Cepat


Haha..kalau tak berjaya juga kene kerja lebih kuat la. Bertekad untuk kurus. Amalkan pemakanan yang sihat insyaAllah badan kita akan kekal kurus dan sihat.

Selamat mencuba dan jangan berputus asa...kipidap !!! dont gibabb..

July 7, 2015

5 Tips Untuk Mengatasi Masalah Sembelit


Masalah sembelit sering berlaku kepada sesiapa sahaja termasuklah wanita hamil dan juga kanak-kanak. Sembelit boleh menyebabkan kita berasa sangat tidak selesa dan boleh mendatangkan pelbagai penyakit.




Disini saya sertakan beberapa tips untuk mengelakkan sembelit dikalangan ibu hamil dan juga kanak-kanak :

1) Makan makanan yang berserat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Bijirin mengandungi banyak serat yang membantu dalam proses pembuangan.

2) Minum air kosong secukupnya. Najis akan menjadi keras sekiranya air dalam badan tidak mencukupi. Anda disarankan supaya minum air yang sebanyak 1 liter untuk 25kg berat badan. Jadi sekiranya berat badan anda adalah 50kg. Anda perlu meminum air kosong sebanyak 2 liter atau lebih.

3) Melakukan senaman untuk mempercepatkan pergerakan usus seperti berjalan kaki atau berbasikal. Dengan senaman ini dapat mempercepatkan proses pembuangan melalui usus seterusnya keluar melalui dubur.

4) Buang air besar sekira terasa ingin membuang. Jangan melengahkan kerana akan menyebabkan perjalanan najis terbantut dan boleh terjadinya sembelit.

5) Mengambil suplemen yang sesuai untuk masalah sembelit seperti Alfalfa dan Lecithin untuk orang dewasa. Manakala Meal Shakes untuk kanak-kanak.


Sekiranya semua cara diatas tidak berjaya maka anda hendaklah berjumpa doktor. Masalah sembelit boleh membawa kepada fecal impaction iaitu najis tidak boleh dikeluarkan melalui dubur. Masalah ini perlukan rawatan di hospital. Bertindaklah cepat sebelum terlambat. 



Cara order suplemen yang membantu masalah sembelit ialah dengan menghubungi saya melalui salah satu medium di bawah :-

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

20 Amalan Murah Rezeki Yang Mesti Diamalkan

Assalamualaikum warahmatullah,
Semua orang impikan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur, termasuklah saya. He.. he... Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Terdapat amalan-amalan yang boleh menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.





Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.




1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah SWT

Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim

Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Surah Ibrahim, ayat 7)

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah ali-Imran, ayat 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan bacasurah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.


18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (Surah at-Thalaq, ayat 3)

Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Surah at-Talaq, ayat 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Renung-renungkan dan marilah kita sama-sama beramal. Mudah-mudahan Allah SWT melimpah-ruahkan rezeki-Nya kepada kita. Amiin.

Kebaikan Vivix Shaklee Sebagai Suplemen Untuk Hidup Lebih Sihat


Vivix Shaklee dihasilkan dengan campuran unik botani Plugonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan lobak ungu yang kaya dengan Polifedol. Polifedol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada tanaman yang ada khasiat antioksidan(penuaan).


Kebaikan Vivix
  • Meransang rangsangan penuaan yang sihat
  • Membantu menghalang kanser
  • Mengurangkan risiko sakit jantung
  • Mengurangkan komplikasi pesakit diabetis
  • Menyokong kesihatan sendi
  • Mengurangkan insiden bagi penyakit Alzheimer
  • Membantu dalam mengurangkan berat badan
  • Meningkatkan sistem imun
  • Meningkatkan kesihatan mata
  • Meningkatkan kesihatan keseluruhannya
  • Merendahkan tekanan darah 
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Meningkatkan daya seks
  • Meningkatkan pengeluaran sperma
  • Memutihkan dan mengurangkan pimentasi
  • Mengurangkan kedut halus
  • Anti kanser
  • Merendahkan tahap kolestrol
  • Menguatkan tulang
  • Mengurangkan Artritis
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Anti inflamasi
  • Menghalang kejadian tumor
  • Menstabilkan perasaan
  • Mengawal selia insulin
  • Anti depresi
  • Mengurangkan bintik penuaan
  • Membantu Glaukoma
  • Mengurangkan rambut beruban dan gugur
  • Melegakan alergi dan lelah
  • Memperbaiki mutasi sel
  • Membantu rasodilatasi
  • Menghalang alzheimer
  • Mencegah masalah prostat
  • Memperbaiki kualiti tidur
  • Memperbaiki tekstur kulit
  • Mengawal selia kelikatan darah
Fakta tentang Vivix :-
  • Vivix telah disahkan halal oleh JAKIM.
  • Vivik boleh bertahan selama 8 bulan
  • Vivix tidak digalakkan untuk wanita yang hamil, menyusukan anak dan golongan yang berumur kurang dari 18 tahun. 
  • Vivix perlu disejukkan setelah dibuka untuk mengekalkan kesegaran yang optimun.
Testimoni Vivix

Vivix untuk kecantikan
Vivix untuk pesakit diabetis
Vivix untuk pesakit strok
Vivix untuk pesakit tumor


Promosi JULAI 2015
Beli 2 botol atau lebih dapat Free Membership Shaklee

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

July 6, 2015

Set Kecantikan Kulit Shaklee



Semua orang mahu kelihatan cantik dan menarik bukan? Bukan hanya wanita lelaki pun tak kurang mahu kelihatan segak menawan. Kita perlu manjaga penampilan untuk kelihatan lebih cantik dan menarik. Kekurangan diri menyebabkan kita hilang keyakinan diri. 

Ramai orang mengalami masalah jerawat, jerawat batu, jeragat, kulit kusam, kulit kering, bintik-bintik lemak dan banyak lagi. Masalah ini mengganggu keyakinan kita untuk berhadapan dengan orang ramai. Perasaan malu untuk berhadapan dengan khalayak ramai menyebabkan kita berasa begitu rendah diri.

Masalah ini boleh diatasi sekiranya kita berfikiran positif dan sentiasa mahu memperbaiki diri. Kita harus mencari jalan untuk tampil lebih menarik disamping mengembalikan keyakinan diri. 

Shaklee menyediakan pelbagai rangkaian produk makanan tambahan set cantik untuk mengembalikan keremajaan kulit.




1) Sustained Release Vita C 500mg
  • Berkesan untuk mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu & berseri. 
  • Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik-bintik hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap bawah mata 
  • Merawat penyakit kulit seperti bisul, ekzema, dermatis, juga batuk serta demam selesema. 
  • Membasmi bakteria jerawat dan merawat parut. 
  • Anti penuaan dan anti kedut. 
  • Mengatasi masalah resdung dan alahan. 
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mengekalkan kesihatn gusi dan gigi. 
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran, jangkitan setra meningkatkan imuniti. 
  • Membantu mengurankan tekanan darah tinggi, mencegah aterosklerosis. 
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka dan pengeluaran hormon anti-stress. 
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas. 
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang berlebihan, berguna dalam rawatan anemia. 
  • Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah dan menurunkan paras kolesterol dalam darah. 
  • Merawat jangkitan saluran kencing. 
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain. 
  • Dijual hanya oleh pengedar sah sahaja, Jangan takut atau ragu dengan Vitamin ini. 
  • Penting untuk menyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selsema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi. 
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya. 
  • Vitamin C adalah jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan. 
2) B-Complex
  • Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir 
  • Mengelakkan penyakit beri-beri 
  • Meransang pertumbuhan kanak-kanak 
  • Amat diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut 
  • Penting untuk fungsi normal sistem saraf 
  • Mencegah stress dan menguatkan antibodi tubuh 
  • Amat Penting untuk aktivti sel genetik 
  • Diperlukan untuk memproses dan pembaikan sel-sel darah merah 
  • Mencegah anemia dan penting untuk proses pembaikan sel darah merah 
  • Meningkatkan kemampuan berfikir 
3 ) Vita E
  • Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah 
  • Mengurangkan parut, jeragat dan jerawat 
  • Membantu mengekalkan kandungan lembapan pada kulit 
  • memelihara sel-sel daripada ancaman radikal bebas 
  • Membantu memproses penyembuhan kulit

    Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan SET KECANTIKAN KULIT SHAKLEE ini bolehlah menghubungi Feni melalui salah satu medium di bawah :-


    Safeni Feni
    SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
    Email: feni8683@gmail.com





      July 3, 2015

      5 Tips Ringkas Untuk Mengelakkan Kaki Kejang Dikalangan Ibu Hamil


      Masalah kaki kejang sering terjadi dikalangan ibu hamil. Hanya ibu hamil saja yang tahu betapa seksanya kalau kena. Dalam bahasa kampungnya tangkap mengkarung. Untuk mengembalikan keadaan asal mengambil masa. Jadi jom amalkan 5 tips ini untuk mengelakkan kekejangan kaki :-

      1) Pemilihan Kasut

      Pengunaan kasut yang sesuai dan selesa sepanjang hari sangat penting. Gunakan stoking yang sesuai untuk sokongan bagi membantu ibu-ibu hamil daripada mengalami kekejangan.

      2) Senaman Regangan

      Buat Senaman regangan otot sebelum tidur. Anda boleh menarik jari kaki ke arah lutut sambil menolak tumit jauh dari badan.

      3) Banyakkan Pergerakan

      Elakkan daripada berdiri untuk tempoh masa yang agak lama. Apabila duduk pula, sentiasa putarkan buku lali dan lakukan pergerakan kaki.

      4) Minum Susu atau Suplemen Kalsium

      Amalkan minum susu atau pengambilan suplemen kalsium setiap hari. Seelok-oloknya ambil sebelum tidur. Anda juga disyorkan untuk mengambil Ostematrix Shaklee sebagai suplemen kalsium.

      5) Tinggikan Kaki

      Sewaktu tidur anda hendaklah meletakkan alas kaki dengan bantal. Ini dapat meninggikan paras kaki berbanding badan.


      Bagaimana Ostematrix membantu mengatasi masalah kekejangan ?

      Ostematrix adalah kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya yang unik dibuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi  kalsium, magnesium, forforus dan vitamin D, Zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian menunjukkan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

      Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kekejangan, kebas-kebas, sakit sendi dan arthiritis.

      Bagaimana mahu mendapatkan Ostematrix ?

      Anda boleh menghubungi Feni melalui salah satu medium dibawah :-

      Safeni Feni
      SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
      Email: feni8683@gmail.com

      Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

      Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...