December 26, 2025

Siapa Yang Tak Gila Kedai Eco ?

Haha kalau rasa nak jadi orang kaya boleh pergi kedai eco. Dulu kedai RM2. upgrade jadi kedai eco. Dari RM2 naik kepada RM2.20 Dan sekarang RM2.60. 

Takpelah nokk nak buat macam mana. Zaman pun dah berubah kan. 

Hari ni berhabis duit di kedai eco sebab nak cari berus Gigi dengan ubat Gigi husband. Berus gigi dia ada kat kedai eco sahaja. Dia selesa dengan berus gigi kat situ. Kak Feni beli yang mahal-mahal pun tak sesuai.

Bila dah masuk kedai eco pastinya ambil bakul yang besar lengkap dengan beroda. Jadinya akan tawaf satu kedai. Tengok-tengok dah penuh troli. Haha


December 24, 2025

2025 Bakal Melabuhkan Tirai Dan 2026 Akan Membuka Tirai Baru

Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah bulan Disember 2025. Tahun ni tak mudah namun alhamdulillah. 

Terima kasih Ya Allah untuk semua nikmat yang telah Kau kurniakan kepada aku. Baik atau buruk aku terima semuanya. 

Seperti biasa nak masuk tahun baru Azam itu ini. Tahun ni kalau nak disenaraikan apa pencapaian aku? Kalau bab kerja alhamdulillah banyak. Bab family macam out of control jugak. huhu. Nak work life balance tu susah.

Allah bagi ikut sini dia uji ikut sana. Begitulah. Hari ni dapat result sekolah anak-anak. Sedih juga tengok keputusan anak-anak. Nak kena banyak buat latihan dan belajar. Zaman sekarang budak-budak bukan nak dengar cakap kita. Lepas ni Kak Feni kena usaha banyak lagi untuk anak-anak. Doa banyak-banyak kepada Allah semoga anak-anak berjaya Dunia akhirat.

Seperti biasa hujung tahun akan sibuk cari kalendar Dan planner baru. Alhamdulillah hari ni dapat free. Minggu lepas dah tak sabar nak beli dah. Bila nak tak dapat. Nanti tahun baru dah belambak pulak. hehe rezeki.

December 21, 2025

[Personal] Jalan-jalan Cari Makan Suka Dessert Selayang

 Okey aktiviti hari ini ialah mengemas rumah. Basuh baju Dan lipat baju. Vaqum keseluruhan rumah. Buang sampah dan sental bilik air. Bilik air takleh nak pulun sangat sebab nak keluar cari makan.


Hari ni alhamdulillah abah bawak kami anak branak pergi ke Suka Dessert di Selayang. Kami sampai dalam pukul 1.45 petang. Kelihatan memang ramai orang tengah beratur. Dah datang Dari jauh nak tak nak kita join jela beratur. 


Setelah sejam beratur akhirkan giliran kami sampai. Alhamdulillah dapat beli 2 bucket je untuk sekali order. Jadi Kak Feni bucket saiz besar dan medium. Nak makan ramai-ramai kan. lepas tu  terus balik rumah opah. Petang ni ada makan-makan. 


Ini adalah kali kedua Kak Feni ke Suka Dessert  Sebelum ni memang tak kuasa nak beratur tapi sekali dah terkena. Beratur panjang kak Feni hari ni. Sejam beratur sebab hari ni ramai orang maklumlah hari minggu kan.



Masa tengah beratur ni ada guard yang akan bagi katalog untuk memudahkan kita pilih apa kita nak beli. Kak Feni snap gambar siap-siap apa nak beli. Mudah bila sampai di kaunter. Tak perlu ambil masa untuk pilih.




Kak Feni pilih yang nak je. Nak beli yang banyak-banyak tak cukup modal. Hihi



Selesai setelah sejam beratur. Terpulang kepada masing-masing. Kak Feni rasa berbaloi sebab tu Kak Feni sanggup pergi jauh-jauh dan dengan harga yang okeyla sekali sekala nak merasa. huhu





December 20, 2025

[PERSONAL] Seharian Di KLIA1 HARI NI

Hari ni cuti Sabtu tapi seharian dah penuh dengan aktiviti. Bermula Dari pagi mengemas rumah. Siap- siap untuk ke Plaza GM nak beli luggage besar untuk CikNi. Dia sampai semalam nak ke oversea. Kali ni trip ke Balkan, Swiss dan Italy. 

Flight pukul 9.15 malam. Kami keluar tengahari sebab nak lunch dan cari luggage kat Plaza GM. Mujur ada Dan murah-murah harga kat sini. Korang nak jalan cari luggage boleh pergi shopping dekat Plaza GM. Kat bawah tu belambak luggage macam-macam saiz. 

Kalau beli kat airport memang  berlipat Kali Ganda harga. Kali ni beli yang saiz 29. Senang masuk sekali satu luggage je. 

Kami sampai KLIA1 terus kemas beg dia. Dari 2 beg ke 1 beg. Haha biasa dah kalau tak huru hara memang bukan CikNi. Dia boleh mengemas beg dia di depan orang ramai kat Airport. Ada dia kesah? Asal dapat checkin tanpa additional changes. 

Lepas kemas beg terus tolak pergi timbang. Ngam-ngam 25kg. Alhamdulillah boleh check -in luggage dengan aman. Beratur nak check-in luggage pun bukan sekejap. Kami tunggu CikNi di food court.

Semoga selamat pergi dan kembali CikNi. 

November 4, 2025

[Personal] Ambil Mood untuk Mengemas Rumah

Hari minggu hari untuk rehatkan diri dan otak. Alhamdulillah walaupun sibuk dengan urusan dunia ni. Rumah pun kena kemas juga supaya mental lebih sihat. Kebersihan itu adalah iman



Kisah hari Ahad lepas. Walaupun kadang-kadang rasa nak duduk berguling je sambil main handphone. Gagahkan diri untuk kemas meja makan yang dah tak nampak macam meja makan. Nak makan kat meja pun takde ruang. Huhu


Bila dah selesai kemas meja. Buang barang yang dah tak perlu dah tak patut. Rasa lapang je meja. Nak makan kat meja pun selesa. Kalau tak bila nak makan kena hampar tikar duduk bersila kat lantai. Haha lepas ni boleh makan dengan selesa di meja makan. Meja makan ada tapi jadi tempat letak barang yang entah apa-apa.


Bila rumah dah kemas otak pun rasa segar. Boleh bernafas dengan tenang. Mengemas pun adalah terapi. Kak Feni suka tengok reel di fb pasal kemas mengemas, lipat kain, gosok baju, basuh pinggan, kemas dapur dan masak-masak makan-makan. Haha rasa seronok dan tenang bila dapat tengok tempat dan barang kemas.


Kak Feni ni bukanlah seorang yang OCD tapi kalau serabut sangat jadi stress. Kak Feni doakan semoga terus rajin untuk kemas mengemas ni. InshaAllah.


Kak Feni ada google dan tanya Chatgpt juga pasal tips mengemas untuk wanita yang sibuk. Siap suruh chatgpt buat susunatur keadaan dalam bilik dan ruang tamu. Kadang-kadang benda teknologi ni membantu juga bagi kita yang buntu ini. 


Dulu masa ada anak kecil rumah memang sentiasa bersepah dengan barang-barang mainan. Bila ada orang nak datang semua kelam kabut kemas masuk bakul letak dalam bilik. Haha praktik dari kecil dan sekarang bila tahu ada tetamu nak datang. Anak-anak akan segera kemas apa yang patut. Sekarang anak-anak dah remaja.

 

Kita golongan marhain. B40 jadi semua kerja kita kena buat sendiri. Pelan-pelan kayuh. Kalau rasa larat buat. Rasa tak larat kita rehat. Umur dah meningkat ni taknak dah hidup dalam tekanan. Kita buat rilek-rileks sudah.

 

Okey Feni menulis hanya untuk kepuasan diri sendiri sahaja. Untuk melatih otak sentiasa bekerja supaya tidak tepu. Untuk mak-mak yang sibuk macam kak feni jangan kita mudah putus asa. Sentiasa kuat semangat untuk teruskan hidup ini selagi diberikan waktu. Untuk anak-anak dan keluarga yang sangat perlukan semangat kita.

 

Walaupun kadang-kadang rasa rapuh juga. Rasa nak give dengan keadaan dan nak je menyerah dengan keadaan tapi terpaksa kuat bukan untuk diri sendiri tapi untuk orang-orang yang kita sayang.

 

Dalam dunia hari ini, kalau kita rajin. InshaAllah akan ada je ruang dan peluang yang terbuka. Semoga Allah sentiasa bersama kita dan kita sentiasa dalam lindungan Allah selalu.


October 24, 2025

[Personal] Ujian Tanda Allah Sayang - Kereta Kena Langgar Dari Belakang

Alhamdulillah terima kasih ya Allah sebab masih diberi peluang untuk terus bernafas dalam dunia ini. Banyak benda yang berlaku. Pejam celik pejam celik dah tinggal 2 bulan sahaja lagi nak masuk tahun baru 2026.


Banyak perkara kecil yang berlaku yang perlu disyukuri sepanjang tahun ni. Alhamdulillah. Walaupun yang tak berapa nak best pun sama banyak tapi apapun tetap bersyukur sebab masih boleh lalui segala suka duka tahun ni.


Tahun depan harapnya yang lebih baik untuk kita semua. InshaAllah. Dari segi kerja bersyukur sebab masih ada kerja dan boleh bayar komitmen bulan-bulan. Hutangnya banyak jadinya kena kerja kuat-kuat untuk selesaikan hutang yang pandai dibuat. 


Hari Sabtu lepas (18/10/2025) dalam perjalanan ke Rawang kereta kami kena langgar dari belakang. Alhamdulillah kami anak beranak tiada apa-apa dan selamat semuanya. Syukur walaupun terkejut dan panik. Semua urusan dipermudahkan. 


Masa kena tu kami 4 beranak tengah berbincang pasal budak kat taman hilang. Tiba-tiba dumb!!! Semua terus diam bengong tak tahu nak buat apa. Kak Feni terkejut dan anak-anak pun diam. Masa kena ni jalan jem jadi kereta tak berapa laju. Alhamdulillah walaupun kuat hentaman dari kereta belakang. Kami keluar tengok kemek sikit je cuma sensor(betul ke aku eja ni) belakang tercabut. 

Kereta yang langgar

Beginilah keadaan kereta kami. Takpelah kereta boleh repair. InshaAllah ada rezeki lain nak datang. Yang penting keselamatan dan nyawa tu selamat. Alhamdulillah kami semua selamat. 

kereta kami


October 17, 2025

[Personal] Plan Cuti 3 Hari Sempena Raya Deepavali



Hari ni hari Jumaat dan hari terakhir kerja untuk minggu ini. Hari yang paling disukai oleh Kak Feni dan semua orang rasanya sebab esok cuti. Minggu ni pulak ada cuti sambungan pada hari Isnin cuit Deepavali.


Perancangan cuti minggu nak bermalas-malasan saja di rumah. Nak kemas rumah yang macam tong sampah. Nak mendobi dan melipat kain baju. Itulah rutin hujung minggu kami. Nak berjalan tak tahu nak kemana dan dengan keadaan kewangan yang tak begitu meriah ni. 


Ada jugak rancangan nak bawa anak-anak pergi makan-makan tapi belum fikir nak makan kat mana. Kalau tak ingat nak masak makan dekat rumah je. Bila umur meningkat ni rasa malas nak keluar. Dapat cuti tu nak rehat kat rumah je daripada keluar nak hadap jem tambah lagi rumah Kak Feni yang sentiasa jem sokmo.


Nak keluar buang masa kat atas jalan baiklah duduk rumah rehat-rehat, makan dan tidur. Haha tanda dah tua. Cuma kesian dekat anak-anak. Sesekali nak juga keluar. Walaupun sekadar cuti mata di kedai ECO. Bukan anak-anak je yang seronok. Maknya pun tumpang sekali.


Cuti 3 hari ni nak kemas rumah. Macam-macam nak buat. Nak cuci tingkap. Nak asingkan baju-baju yang dah tak boleh pakai. Nanti ada masa nak pergi letak dekat tempat yang orang nak recycle. Nak sedekah dekat orang, zaman sekarang ni orang dah taknak. Beli dekat Shopee dengan Tiktok murah je. Jadi daripada buang begitu saja baiklah letak tempat yang sepatutnya.


Baju seluar anak-anak banyak yang dah tak muat. Semua nak asingkan dan nak pergi letak tempat recycle. Cita-cita tu besar, harapnya berjalan seperti yang dirancang. InshaAllah.



Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...