February 28, 2019

Perjuangan Hidup Yang Masih Belum Selesai

Kadang-kadang rasa nak give up je dengan hidup ni tapi mana boleh ? Banyak mulut nak kena suap. Mata anak-anak yang menunggu di rumah dengan penuh harapan. Allahuakbar. Letih juga dengan masalah demi masalah yang melanda.

Alhamdulillah Allah tetap sayang. Dia uji sebab dia sayang. Pegang kata-kata hikmat itu. Muhasabah diri sebab kurangnya memberi dan lebih banyak menerima. 

Kita ni nak macam-macam tapi taknak usaha. Entah mungkin belum masanya. Tarik nafas dalam dan hembus. Semoga esok lebih baik. Malas rasanya nak fikirkan benda remeh temeh ni. Tapi benda benda ni lah yang selalu mengganggu fikiran.

Manusia takkan lari dari melakukan kesilapan. Hari ni buat, lepas tu insaf tak lama lupa dan buat balik. Susahnya nak istiqamah. Susah sangat weh. Nak buat baik dan menjadi baik ni. Bila buat jahat mudah sangat.

Nak bangkit lepas jatuh mengambil masa. Nak tarik nafas dan nak berjalan dan terus berlari perlukan masa. Semoga kita semua baik-baik saja.

Demi anak-anak dan keluarga tersayang, aku tak boleh nak give dengan mudah. Biarlah... Percaya dengan rezeki Allah yang tentukan. "Tak hidup dek puji dan tak mati dek keji".

Satu pergi, seribu mari. InshaAllah.







February 27, 2019

Allah Bagi Nikmat Sakit Untuk Kita Bersyukur Dengan Nikmat Sihat

Kak Feni ni dah lama sangat dah tak sihat tapi gagah juga badan untuk bekerja. Kalau tak kerja macam mana nak hidup. Banyak hutang nak selesai. Anak-anak hari-hari nak belanja sekolah.

Walaupun suami kerja tapi hidup di bandar macam KL ni memang rasa tertekan juga. Kalau cerita dekat orang tak percaya. Kita pun susah. Kadang-kadang pinjam sana sini sebab tak cukup. Apapun tetap bersyukur sebab Allah selalu permudahkan segala urusan.

Nak kata susah sangat tu tak lah sangat. Nak makan tu ada je rezeki. Cuma sekarang ni kena usaha lebih untuk dapatkan duit lebih nak bayar segala hutang-hutang yang masih tertunggak ni. Harapnya tahun ni ada rezeki lebih. Kak Feni nak simpan duit banyak-banyak tapi tak tahu cara.

Banyak impian nak capai tapi macam dah hilang arah. Nak mula dari mana balik pun dah tak tahu. Macam dah hilang semangat untuk buat apa pun. Tak tahu pun nak buat apa.

Isnin lepas, Kak Feni minta dengan bos nak keluar awal nak pergi Klinik Kesihatan sebab nak ambik darah. Pelik juga kenapa demam tak baik-baik. Keluar pukul 3.40 petang dan terus ke Klinik Kesihatan. Nasib baik klinik pun tak lama. Ambik darah dan jumpa doktor. Cek darah dan cek semua kesihatan, alhamdulillah ok takde denggi. Ingatkan kena denggi sebab badan pun rasa sakit habis sendi ni.

Lepas ambik ubat di farmasi terus pergi HKL, tunggu abah siap kerja. Pukul 7 baru boleh balik. Balik tu mandi, solat dan terus baring. Semalam Kak Feni apply leave sebab kena pergi sekolah abang aus. Cikgu minta ibu bapa datang untuk ambil sumbangan. Alhamdulillah, Abang Aus yang sentiasa murah rezeki.

Abahnya tak boleh nak cuti sebab dah banyak kali cuti bulan ni. Bila ummi cuti, ummi lah yang menjemput dan menghantar anak-anak sekolah. Kalau ummi kerja, Tokyah yang ambik dan hantar ke sekolah kebangsaan.



Penat juga jadi supir untuk anak-anak ni. Takdan nak rehat ,eh !dah sampai waktu nak ambik abang di sekolah agama, lepastu ambik adik di tadika. Lepas tu hantar Abang ke sekolah kebangsaan. Habis sekolah kebangsaan, kena jemput lagi. Macam tu lah tugas Tokyahnya bila ummi dengan abah kerja. 

Masa ni Kak Feni masih tak sihat tapi kena kuatkan semangat untuk anak-anak. Seronok sangat bila ummi yang hantar dan ambik dia di sekolah.

Syukur sangat anak-anak sebab masih ada opah dengan tokyah yang boleh tengok dan jaga abang dan adik. Abang pulak lepas sekolah terus kayuh basikal pergi rumah NekYam nak mengaji. Ummi tanya abang tak penat ke ? Penat juga tapi seronok.

Lepas 2 minggu sekolah hari tu hari-hari abang buat perangai taknak pergi sekolah agama. Ummi susah hati betul. Buat kerja dekat opis pun tak tenteram. Doa je banyak-banyak semoga lembut hati. Ada juga Kak Feni buat solat hajat untuk lembutkan hati anak-anak.


Doa ni Kak Feni jumpa dalam fb. Kebetulan sebab hati susah anak taknak sekolah kan. Jadi cuba buat sebelum maghrib. Dalam pukul 6.30 petang sebab azan maghrib dalam pukul 7.30 malam. Jadi Kak Feni ikhtiar dengan cara ni. Doa ibu takde hijab, inshaAllah.

Alhamdulillah tengok 2 3 hari sejak minggu lepas, Abang dah ok dan nak pergi sekolah agama. Nak bangun pagi tu susah sikit biasalah. Jadi bila malam, Kak Feni pujuk dia suruh tidur awal sebab nak sekolah. Pagi-pagi pun kena layan dia punya akal. Kalau nak mandi dengan ummi, ummi mandikan. Kalau nak mandi dengan abah, abah kena mandikan. Layan je selagi boleh. Tapi abang ni lebih suka ummi mandikan sebab ummi yang akan gosokkan gigi dia. Siram dia dan lap serta pakaikan baju.

Adik pulak jenis semua nak buat sendiri. Kalau ummi nak tolong pun dia marah. Dia cakap adik nak gosok sendiri. Tau jela kalau dia gosok sendiri. kadang-kadang bersih yang depan je. Yang belakang hitam. Gigi dia yang belakang banyak dah rosak dan hitam. Nasib baik hensem (hahaha).

Anak-anak adalah anugerah yang terindah untuk ummi. Kawan baik dan kawan gaduh. Bila ada dia bergaduh dengan ummi. Bila tak ada dia cari ummi. Ummi sayang anak-anak ummi sampai syurga. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Biarpun pahit segala dugaan yang perlu kita hadapi, ingatlah kepahitan ini pastinya ada kemanisan di kemudian hari. Semoga Kak Feni cepat sembuh untuk terus kuat dalam membesar dan mendidik anak-anak sehingga menjadi khalifah Allah yang berguna suatu hari nanti.

February 21, 2019

BUKU WANG SAKU


Semalam Kak feni nak update entri pasal buku wang saku ni tapi entah kenapa tak boleh nak taip-taip. Dok pi mai pi mai last-last hilang kisah nak menaip. Biasalah kan. Kita ni rancang bukan main tapi tuhan juga yang menentukan. Eh tiber pulak.

Hari ni kita bertabah untuk menulis dengan penuh kasih sayang. Macam ni ceritanya, semalam ada bank bagi buku wang saku ni kepada kawan Kak Feni untuk diagih-agihkan. Alhamdulilah Kak Feni pun ada bahagian.

Bolehlah bagi dekat Abang Aus dengan Adik Rayyan. Cantik buku ni sebab penuh dengan warna-warni. Warna-warni ni boleh menarik minat budak-budak untuk menggunakannya. Bukan saja budak malah mak budak macam Kak Feni pun suka. Tambah-tambah lagi bila dapat percuma.

Buku Wang Saku ni diterbitkan oleh Bank negara Malaysia dengan kerjasama institusi kewangan  di Malaysia dan Kementerian Pelajaran. Diberikan secara percuma oleh bank-bank di Malaysia. Kali ni Public Bank yang bagi. Bank lain Kak Feni tak tahu. 

So, untuk korang yang selalu berurusan dengan bank tu cuba-cuba buat ringan mulut tanya ada tak buku wang saku. Mana tahu ada rezeki dapat lah buku ni. Benda percuma kan siapa yang taknak ? Bila dah dapat tu gunakanlah sebaiknya jangan pulak mentang-mentang dapat free tak hargai pula. 

Okeylah rasanya cukup bebelan Kak Feni di blog picisan ini. Sekadar berkongsi cerita.

February 20, 2019

Perjalanan Hidup Yang Berbeza

Bila apa yang kita impikan tidak tercapai, mesti ada hikmah yang Allah nak tunjukkan untuk kita. Bersangka baik dengan Allah sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Untuk hambaNya yang selalu berdoa dan berusaha inshaAllah pasti ada bahagia.

Kadang-kadang kita rasa cemburu dengan apa yang orang lain ada dan kita tiada. Tapi disebalik ke'ada'an mereka itu, kita tak tahu betapa susahnya mereka untuk mendapatkan apa yang mereka nak. Jadi kita sebagai hamba Allah yang baik. Biarkan mereka dengan bahagia mereka dan kita dengan bahagia kita.

Cari bahagia kita sendiri dengan cara sendiri. Bersyukur itu lebih indah dan bahagia. Disebalik kekurangan yang Allah berikan mesti ada kelebihan. Cuba renung-renungkan dan bermuhasabah diri. Bila kita susah, siapa yang kita cari ? Hanya orang yang terdekat kita akan cari. Keluarga yang selalunya ada bila kita susah. Namun kita seringkali lupa bila kita senang.

Membahagiakan keluarga dahulu sebelum membahagiakan orang lain. Keluarga bahagia hati pun tenang. Hiduplah dengan penuh bahagia dan sabar dalam menghadapi segala dugaan. Yakin akan ada sinar kebahagiaan di kemudian hari


February 19, 2019

Tips Untuk Hidup Bahagia



Amboii sejak dah semakin sihat ni rajin puleks Kak Feni nak buat poster. Bila rehat lama, akan jadi malas dan otak pun jadi tepu. Jadi kita slow-slow buat balik.

Canva pun macam dah lama tak berupdate sebab lama tak buka. Buka-buka tengok alahai lama dah aku tak edit gambar dan create poster. Header blog pun macam tak cantik tapi tak pelah janji ada.

Nak buat pun kena ada mood juga. Kalau tak buat sekadar buat memang hasil tak cantik lah. Dulu tak ramai yang tahu guna canva ni. Sekarang dah ramai yang guna untuk create poster. Paling best canva ni free je. Kalau nak upgrade boleh je guna yang berbayar. Bagi Kak Feni yang free ni pun belum habis tawaf lagi. Kehkeh.

By the way just enjoy our life. Dugaan dan cabaran yang sedang kita tempuhi hari ni akan berlalu. Doakan yang baik-baik dan buat yang terbaik. Dekatkan diri dengan Allah dan serahkan segala urusan kepadaNya, inshaAllah hidup pasti akan bahagia.


February 18, 2019

11 NUTRISI PENTING YANG PERLU DIMULAKAN UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN

Pernah cuba untuk turunkan berat tapi tak berhasil hingga rasa putus asa untuk kurus. Bermacam-macam cara dicuba tapi tidak berhasil. Kadang-kadang untuk kurus dan sihat memerlukan motivasi yang tinggi. Nak menahan nafsu makan ni bukan senang. 



Di sini, kita akan menyusun beberapa helah pemakanan yang boleh diamalkan dan disokong oleh sains:

1. MINUM AIR SEBELUM MAKAN


Hanya dengan minum 2 gelas air sejuk sebelum menjamu selera dengan makanan utama dapat membantu mengurangkan berat badan. Pertama, 16 auns aiir boleh meningkatkan metabolisma yang membantu memproses makanan yang dimakan dengan lebih cekap. Kedua, air yang diminum menyebabkan perut mudah berasa kenyang dan menghalang untuk kita makan lebih banyak. Apabila terasa ingin minum minuman panas atau sejuk, ada baiknya cuba campurkan keduanya sekali. Air sejuk menjadikan tubuh lebih segar. Bagi atlit yang selalu berpeluh, air adalah kunci untuk mengelakkan badan terhidrat. Manakala air panas boleh melancarkan perjalanan darah dan proses pencernaan yang baik.

2. MINUM MINUMAN PROTEN SEBAGAI HIDANGAN SNEK

Walaupun ia bukan makanan snek yang paling menyelerakan, serbuk protein menurun dan air soya sebenarnya adalah cara yang baik untuk menghilangkan nafsu dan membina tisu tanpa lemak. Protein membantu mengekalkan badan lebih lama dan otot dapat memanfaatkan protein dengan lebih baik apabila ia datang dalam dos yang lebih kecil sepanjang hari. Kedua-dua faktor membuat serbuk serbuk dan air pilihan yang baik untuk snek tengah hari.

3. MINUM SUP TULANG


Dengan minum sup tulang atau apa-apa sup seperti daging, ayam atau ikan boleh membantu menurunkan berat badan. Penyelidikan menunjukkan memakan sebahagian sup sebelum makan dapat membantu mengurangkan jumlah kalori yang dimakan pada hidangan itu. Kaldu tulang adalah pilihan yang hebat untuk atlet kerana kolagen dalam sup boleh berpotensi membantu dengan kekuatan sendi dan tendon.

4. MULAKAN DENGAN MAKAN TELUR


Telur kuning dan putih adalah senarai makanan yang sihat, dan masa terbaik untuk makan telur adalah waktu pagi semasa sarapan. Orang yang mengambil telur sebagai sarapan sangat bagus kerana protein banyak digunakan sepanjang hari. 

5. TAHU BILA BOLEH AMBIL BUAH-BUAHAN


Kebaikan pisang hijau, kuning atau coklat boleh berubah mengikut warnanya. Sebagai contoh, makan pisang muda yang berwarna hijau bermakna kita mengambil buah yang kurang manisnya. Bila buah-buahan semakin masak ranum, ia akan menjadi semakin manis. Jika kita perlu meningkatkan tenaga sebelum bersenam, pilih buah yang lebih kuning dan jika OK dengan yang berwarna coklat boleh juga. Jika ingin mengambil snek di tengahari, pilih buah yang kurang masak untuk kesan yang lebih sihat dan memberikan banyak serat serta rendah gula.

6. PENYEDIAAN MAKANAN PASTA


Sebab lain ialah penyediaan makanan lebih awal seperti memasak, menyejukkan dan kemudian memanaskan semula pasta menjejaskan tahap kualiti makanan dan juga gula dalam darah. Ini adalah berita baik untuk atlet yang ingin makan lebih banyak karbohidrat tanpa risau tentang peningkatan keinginan makan dan kekurangan tenaga. Proses ini menghasilkan tahan kanji yang cukup untuk mengurangkan insulin sebanyak 50%.

7. CUBA BERPUASA


Melalui 12 hingga 16 jam tanpa makanan dan minuman sebenarnya sangat bagus untuk badan bagi mengawal hormon lapar, gula dalam darah dan merehatkan perut secara semulajadi. Mulakan dengan tidak mengambil makanan sehingga 12 jam. Bergantung kepada jadual aktiviti fizikal kita, itu sudah mencukupi. Rutin harian yang kurang mencabar berfungsi untuk mengehadkan lagi pengambilan hingga 8 jam sehari.Perlu diingatkan bahawa puasa adalah mengenai sekatan masa dan perlu berhati-hati untuk melakukan diet seimbang dalam rutin harian. 

8. GULA-GULA GETAH


Jika terasa ingin mengunyah makanan manis atau sajian kedua bila kita sudah kenyang, cuba kunyah gula-gula getah, gosok gigi atau floss gigi. Jaga kebersihan mulut dan pastikan mulut bersih selepas makan membantu untuk menghilangkan rasa untuk makan.

9. AMBIL GAMBAR

Tabiat mengambil gambar nampak memalukan, namu aktiviti tersebut boleh meningkatkan kebiasaan makanan kita. Dengan mengambil gambar yang banyak dan catik membuatkan kita menghargai makanan dan bukan hanya sekadar untuk makan. Gambar makanan yang terbaik selalunya akan dimuatnaik ke dalam laman sosial kerana warnanya yang menarik. Ini bukan sahaja membantu dalam diet harian kita.

10. GUNAKAN HIDUNG


Gunakan hidung untuk menghidu makanan seperti buah epal dan coklat sebelum menikmatinya. Ambil buah sebelum makan utama boleh menipu otak supaya berasa puas sebelum kita bertambah makan. Ini mungkin kelihatan pelik namun belum cuba belum tahu.

11. PILIH BIRU


Warna biru boleh mengalihkan fokus dari memikirkan tentang makanan. Secara saintifiknya, makan dalam suasana cahaya biru boleh mengurangkan selera makan dengan membuatkan makanan nampak kurang menarik. 

Tahu tak ESP Shaklee adalah salah satu produk protein yang sangat bagus untuk diamalkan bagi tujuan menurunkan berat badan. Pengambilan ESP secara konsisten boleh membantu untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal. 



Boleh ambil ESP sebagai hidangan untuk sarapan pagi kerana ia bukan sahaja membantu perut kenyang malah membekalkan tenaga sepanjang hari. Untuk info lanjut tentang KEBAIKAN ESP, boleh rujuk sini

Jadi untuk dapatkan ESP, bolehlah hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


February 12, 2019

Semoga Kita Semua Bahagia Selalu

Kadang-kadang kita merampuh marah bukan sebab kita nak pun tapi sebab terlalu tertekan dengan keadaan sekeliling. Manusia ni mudah saja melemparkan kata-kata nista tanpa menjadi seorang pendengar yang baik.

Kita ni kalau tak mampu nak jadi orang yang baik lebih baik diam je daripada berkata-kata. Tak semua orang boleh terima kata-kata yang kurang baik. Belajar menjadi seorang manusia yang baik. Umur tidak melambangkan kebaikan sebab umur hanya satu angka.

Kadang-kadang kanak-kanak lebih cantik budi bahasanya berbanding kita yang tua ni. Orang tua, jangan ingat kamu dah tua bermakna kau boleh cakap apa saja yang kau suka. Dengan alasan kau lebih banyak makan garam. 

Hidup ini kalau kita terlalu mendabik dada dengan apa yang kita ada. Sekelip mata jer Allah boleh ambil balik apa yang Dia bagi. Jangan sombong sangat dengan nikmat yang diberi percuma. Mungkin juga atas usaha kita tapi dengan izin Allah. Kalau dia tak izinkan, mana mungkin kita akan dapat apa yang kita mahukan. Ingat, kita manusia hanya mampu merancang, Allah juga yang menentukan.

Sebenarnya menaip ni hanya untuk peringatan diri sendiri juga. Kita tak tahu apa yang akan jadi esok hari. Manusia tak sempurna. Selagi ada nafas untuk berbuat kebaikan, inshaAllah pasti Allah membalasnya. 

Ya Allah, janganlah kau bolak balikkan hati kami setelah kau berikan kami hidayahMu.

Tak semua orang boleh memiliki hidayah Allah. Selagi hati kita dijentik untuk berbuat kebaikkan, teruskanlah walaupun kadang-kadang ianya amat sukar. Nak buat baik memang susah tapi kalau kita istiqamah ke jalan Allah besar sungguh pahalanya.

Ada orang kata, buat apa nak buat benda baik kalau tak ikhlas. Tapi paksalah diri untuk terus buat baik. Keikhlasan itu akan datang dengan sendirinya. Hanya Allah saja yang tahu hati kita ikhlas atau tidak. Selebihnya kita kena berusaha. Melawan nasfu sendiri juga adalah satu perjuangan yang tiada kesudahan. Nak lawan dari buat benda tak baik itu pun susah kalau hati tak kuat.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...