October 1, 2025

[Review]GMEELAN COVER CUSHION & LOOSE POWDER


Alhamdulillah lama dah Kak Feni tak menulis di blog ni. Tepu dah rasa otak ini sebab lama tak buat karangan. Ok now im back. Haha sekadar untuk memeriahkan google dan melatih otak ini supaya tidak tepu. 

Sebenarnya bedak compact Kak Feni dah hancur masa balik kampung hari tu. Habis bedebu satu beg. Dengan baju seluar habis kena bedak. Kak Feni ni tak kisah pun nak pakai bedak mahal ke murah. Janji ada. Yang paling mahal pakai bedak Mac. Sekarang rasa nak cuba benda lain pulak. Selalunya beli masa promo je.

Oleh kerana kita ada kedai oren. Makanya kita order jela dengan kedai oren. Kali ni rasa nak cuba bedak dari GMEELAN ni. Kak Feni ni biasala tak boleh tengok offer terus grab. Setakat 2 3 kali pakai ni memang puas hati.


Yang kotak warna pink tu best ada cushion dan bedak compact. Kalau nak gi mana-mana bawak satu ni je. Bubuh dalam beg. Yang Loose Powder dalam kotak hitam tu saja gatai nak beli nak tambah koleksi bedak. 


Okey sekian kisah beli bedak di kedai Oren. By the way nak beli moisturature Aiken boleh tengok SINI. Memang best juga kalau pakai untuk melembabkan kulit.




March 11, 2025

Done Training E-Invoice Untuk Import & Eksport

 


Hari ini bermula dengan webinar e-invoice yang akan dijalan secara langsung bermula Julai 2025. Kami sebagai pemaju dan bakal pengimport dan pengeksport produk halal kena ambil cakna dengan apa yang kerajaan buat sekarang.


Walaupun agak pening kepala dan ada benda yang memang tak masuk langsung dalam kepala ni, alhamdulillah berjaya juga habiskan program sehari hari ini. Alhamdulillah syukur.


Kami join webinar je untuk bulan Mac dan di pejabat sahaja. Bulan April inshaAllah akan pergi secara face to face dengan tenaga pengajar. Jadinya kena pergi training 2 hari. Entah masuk ke tidak la otak aku yang dah tak berapa nak muda ni. Haha harapnya berjaya bawa balik ilmu dan share dengan orang lain la.


Training ni bukan murah. Bayaran per pax dan harga boleh tahan. Mujur office bayarkan. Kalau harapkan diri sendiri bayar lambert lagi lah.


By the way hari ni dah 10 Ramadhan dah. Maknanya lagi 20 hari je nak sambut raya. Baju raya dah beli ke belum. Kak Feni habuk pun takdak lagi. Ingat nak beli yang murah-murah je kat tiktok atau shopee. Shopee boleh spay later. Hihi. Bulan depan baru bayar.


March 10, 2025

Pejam Celik Pejam Celik Dah 2025

Alhamdulillah masih diberikan nafas dan kesihatan yang baik untuk meneruskan hidup ini. Syukur kepada Allah. Pejam celik pejam celik dah 9 Ramadhan hari ni. Tiba-tiba puasa, tiba-tiba raya. Begitulah hidup ini.


Anak-anak pun makin membesar dan semakin meningkat remaja. Masa kecil kita yang jaga belai. Bila dah meningkat usia. Kadang-kadang cakap kita pun tak berapa nak dengar. Begitulah. Namun sebagai ibu, jangan pernah putus doa untuk anak-anak sebab doa ibu ini tiada hijabnya.


Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan anak-anak. Berjaya dunia akhirat. Syurga itu bukan percuma jadi nak capai syurga tu bukan senang. Allah akan uji kita dengan macam-macam ujian. Kadang-kadang kita rasa tak mampu nak hadapinya tapi Allah dah janji yang Dia takkan menguji hambanya diluar kemampuannya.



Kita ni selalu leka dengan duniawi sampai lupa tujuan hidup yang sebenar. 


UJIAN TANDA ALLAH SAYANG

Manusia pasti akan diuji oleh Allah SWT atas nikmat yang dikurniakan.

Apabila Allah SWT mengasihi hamba-Nya, maka pasti Allah SWT akan mengujinya. Ujian Allah SWT hendaklah diambil sebagai satu tanda kecintaan Allah SWT kepada kita.


Kalau tanpa ujian, kita akan leka dengan nikmat duniawi. Lupa bersyukur dan sentiasa mencari apa yang kurang dan salah. Kalau kita redha dengan ujian yang Allah bagi, inshaAllah hati akan tenang.

 Sekian, bulan Mac baru start menulis supaya otak ini tidak tumpul. 

June 21, 2024

Petua Orang Lama Jaga Miss V Untuk Kekal Sihat dan Segar

Alhamdulillah Hari ni kak feni berkesempatan untuk berkongsi petua orang lama untuk menjaga miss v Kita supaya kekal segar dan sihat selalu. Gunakan bahan yang ada kat rumah je. InshaAllah berkesan.

Bahan-bahannya ialah 
1. 7 biji buah manjakani
2. 5 keping asam keping/gelugur
3. secubit garam

caranya 
Rebus kesemua bahan tersebut sehingga mendidih.

Bila dah mendidih boleh ambil sedikit masukkan dalam bekas yang sesuai untuk dibuat tangas. Tangas tu macam mana ? Letakkan air rebusan tadi bawah bangku yang berlubang. Duduk atas bangku dan selimutkan Guna kain batik atau kain yang sesuai.

Duduk dan bertenang untuk beberapa minit sehingga rasa wap tu naik ke miss v kita. Bila dah selesai boleh lah guna lebihan air rebusan untuk mencuci miss v kita. Dalam seperiuk tu asingkan la siap-siap dari awal kepada 2 bahagian. 1 untuk bertangas dan 1 untuk buat cuci.

Lakukan 2 atau 3 Kali seminggu atau ikut kesesuaian diri masing-masing. Petua orang lama. Kalau ada sireh pun elok juga untuk rebus dan buat bahan tangas dan cuci. Orang dulu-dulu mana ada produk canggih macam sekarang. Buka botol terus guna. Mereka guna secara alami je.

Cara orang dulu jaga badan jaga diri. Yang mana elok kita boleh ikut. Yang mana tak elok tu Kita jangan ikut. Begitulah. Kita raikan sesame kita. Yang moden pun boleh guna. Yang lama jangan lupa.

InshaAllah kalau ada rezeki ada petua yang best-best akan Kak Feni kongsikan kemudian. Semoga Segala urusan Kita dipermudah Allah.


May 24, 2024

Jom Jakarta Oktober 2024



Alhamdulillah setelah berminggu berperang dan memburu tiket untuk ke Jakarta. Akhirnya Kak Feni dapat yang terbaik dari  Batik Air. Tak lena tidur weiii nak buru tiket ni. Main dengan tiket flight ni macam-macam. Sebab tu jangan komplen kalau tak pandai nak buat.

Kerja yang teliti dan penuh sabar. Jangan marah kenapa mahal itu ini. Kalau nak buat sendiri silakan tapi sendiri hadap sendiri tahu. Hehe. Malam-malam rabak mata sebab nak tunggu harga murah. Dah keyin tiba-tiba dah habis masa. Kena keyin balik semua detail. Kalau seorang okey lagi. Main dengan booking 9 orang sekali book. Mahu nak nangis tepi bucu katil. 

Sebab tu ramai yang amik pakej dengan travel ejen je sebab senang tak perlu nak pening kepala nak booking tiket bagai. Alhamdulillah syukur juga sebab rezeki kami dalam bidang ni tak pernah putus. 

Terima kasih sebab sudi ambil pakej dengan kami. 



 

December 19, 2023

11 Hari Menuju 2024

Last post August 2023. Bermakna dah 3 bulan dah bersawang blog ni. Takde masa nak update berkongsi cerita walaupun hari-hari ada saja ceritanya. Sibuk dengan urusan dunia yang tiada kesudahannya. Biasalah hidup ini ada masa naik dan turunnya.


Apapun alhamdulillah untuk segala nikmat yang Allah sedang berikan. Yang buruk itu semuanya dari kita dan yang baik itu semuanya dari Allah.


Pejam celik pejam celik dah pun nak masuk 2024. Apa perancangan tahun depan pun tak buat lagi. Hanya just go with the flow. Ikut je jalan yang Allah bagi ni. Kita rancang. Allah juga merancang. Allah juga sebaik-baik perancang. Serah bulat-bulat pada Allah.


Bila umur dah semakin meningkat ni. Pemikiran kita pun akan berubah ikut umur. Kak Feni pun berapa tahun lagi akan masuk 40-an. Jadi nak kejar dunia teruk-teruk pun rasa dah tak guna. Nak hidup tenang-tenang je. Nak banyak buat amal ibadah nak bawa bekal kat alam sana.


Perjalanan dan ujian kita tak sama. Jadi jangan pernah judge orang ikut pandangan mata kita. Selalu bersangka baik dengan apa yang Allah sedang bagi. Kata-kata ni hanya nasihat untuk diri sendiri juga. Kita ni manusia tak sempurna. Lebih tang ni. Kurang tang ni. Begitulah.


Matlamat sekarang ni nak besarkan dan didik anak-anak supaya jadi insan yang berguna dunia akhirat. Nak baiki diri supaya jadi lebih baik dari sebelum ni. Nak beramal kepada Allah dan nak teruskan hidup dengan tenang. Alhamdulillah.


Nak berdengki dan berlawan dengan orang bukan masa dah rasanya. Nak kawan dengan orang yang baik-baik dan tenang-tenang je. Taknak dah nak gaduh-gaduh cari pasal. Nak muhasabah diri apa yang boleh dibetulkan.



Nak tenang-tenang. Orang tak jemput takyah pergi. Orang tak suka, kita menjauh. Kita fokus dengan diri kita dan keluarga kita je. Orang berbudi, kita berbahasa. Begitulah. Takde masa nak try hard nak puaskan hati semua orang. Just be yourself dan just do the best. 

August 14, 2023

Kacau Bubur Asyura

 Semalam berlangsungnya satu acara kacau bubur asyura bagi anak beranak belah suamiku. 







Kak Feni selalu makan bubur asyura belah Kelantan lain dengan orang Perak. Walaupun tak berapa makan bubur ni tapi bagi memeriahkan suasana kita meraikan bersama-sama.  Mengeratkan silaturahim sesama keluarga. Bila ada majlis macam ni. Kita pun datang beramai-ramai. 


Nak buat bubur asyura ni perlukan masa dan tenaga yang banyak. Nak sedap kena gilir-gilir kacau. Sekarang ni walaupun cara moden ada boleh guna periuk noxxa la atau seangkatan dengannya. Cara lama tradisional jugak yang masih sedap. 


Uniknya orang lama. Ni adalah salah satu cara untuk mengeratkan hubungan silaturahim. Sambil kacau bubur sambil membawang. Haha. 


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Klik Sini

Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha

Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura.


Sejarah hari Asyura


Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).

Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh selepas diselamatkan daripada banjir besar,[2] maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan juga dengan Nabi Nuh.[3]

Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).[

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...