March 10, 2025

Pejam Celik Pejam Celik Dah 2025

Alhamdulillah masih diberikan nafas dan kesihatan yang baik untuk meneruskan hidup ini. Syukur kepada Allah. Pejam celik pejam celik dah 9 Ramadhan hari ni. Tiba-tiba puasa, tiba-tiba raya. Begitulah hidup ini.


Anak-anak pun makin membesar dan semakin meningkat remaja. Masa kecil kita yang jaga belai. Bila dah meningkat usia. Kadang-kadang cakap kita pun tak berapa nak dengar. Begitulah. Namun sebagai ibu, jangan pernah putus doa untuk anak-anak sebab doa ibu ini tiada hijabnya.


Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan anak-anak. Berjaya dunia akhirat. Syurga itu bukan percuma jadi nak capai syurga tu bukan senang. Allah akan uji kita dengan macam-macam ujian. Kadang-kadang kita rasa tak mampu nak hadapinya tapi Allah dah janji yang Dia takkan menguji hambanya diluar kemampuannya.



Kita ni selalu leka dengan duniawi sampai lupa tujuan hidup yang sebenar. 


UJIAN TANDA ALLAH SAYANG

Manusia pasti akan diuji oleh Allah SWT atas nikmat yang dikurniakan.

Apabila Allah SWT mengasihi hamba-Nya, maka pasti Allah SWT akan mengujinya. Ujian Allah SWT hendaklah diambil sebagai satu tanda kecintaan Allah SWT kepada kita.


Kalau tanpa ujian, kita akan leka dengan nikmat duniawi. Lupa bersyukur dan sentiasa mencari apa yang kurang dan salah. Kalau kita redha dengan ujian yang Allah bagi, inshaAllah hati akan tenang.

 Sekian, bulan Mac baru start menulis supaya otak ini tidak tumpul. 

June 21, 2024

Petua Orang Lama Jaga Miss V Untuk Kekal Sihat dan Segar

Alhamdulillah Hari ni kak feni berkesempatan untuk berkongsi petua orang lama untuk menjaga miss v Kita supaya kekal segar dan sihat selalu. Gunakan bahan yang ada kat rumah je. InshaAllah berkesan.

Bahan-bahannya ialah 
1. 7 biji buah manjakani
2. 5 keping asam keping/gelugur
3. secubit garam

caranya 
Rebus kesemua bahan tersebut sehingga mendidih.

Bila dah mendidih boleh ambil sedikit masukkan dalam bekas yang sesuai untuk dibuat tangas. Tangas tu macam mana ? Letakkan air rebusan tadi bawah bangku yang berlubang. Duduk atas bangku dan selimutkan Guna kain batik atau kain yang sesuai.

Duduk dan bertenang untuk beberapa minit sehingga rasa wap tu naik ke miss v kita. Bila dah selesai boleh lah guna lebihan air rebusan untuk mencuci miss v kita. Dalam seperiuk tu asingkan la siap-siap dari awal kepada 2 bahagian. 1 untuk bertangas dan 1 untuk buat cuci.

Lakukan 2 atau 3 Kali seminggu atau ikut kesesuaian diri masing-masing. Petua orang lama. Kalau ada sireh pun elok juga untuk rebus dan buat bahan tangas dan cuci. Orang dulu-dulu mana ada produk canggih macam sekarang. Buka botol terus guna. Mereka guna secara alami je.

Cara orang dulu jaga badan jaga diri. Yang mana elok kita boleh ikut. Yang mana tak elok tu Kita jangan ikut. Begitulah. Kita raikan sesame kita. Yang moden pun boleh guna. Yang lama jangan lupa.

InshaAllah kalau ada rezeki ada petua yang best-best akan Kak Feni kongsikan kemudian. Semoga Segala urusan Kita dipermudah Allah.


May 24, 2024

Jom Jakarta Oktober 2024



Alhamdulillah setelah berminggu berperang dan memburu tiket untuk ke Jakarta. Akhirnya Kak Feni dapat yang terbaik dari  Batik Air. Tak lena tidur weiii nak buru tiket ni. Main dengan tiket flight ni macam-macam. Sebab tu jangan komplen kalau tak pandai nak buat.

Kerja yang teliti dan penuh sabar. Jangan marah kenapa mahal itu ini. Kalau nak buat sendiri silakan tapi sendiri hadap sendiri tahu. Hehe. Malam-malam rabak mata sebab nak tunggu harga murah. Dah keyin tiba-tiba dah habis masa. Kena keyin balik semua detail. Kalau seorang okey lagi. Main dengan booking 9 orang sekali book. Mahu nak nangis tepi bucu katil. 

Sebab tu ramai yang amik pakej dengan travel ejen je sebab senang tak perlu nak pening kepala nak booking tiket bagai. Alhamdulillah syukur juga sebab rezeki kami dalam bidang ni tak pernah putus. 

Terima kasih sebab sudi ambil pakej dengan kami. 



 

December 19, 2023

11 Hari Menuju 2024

Last post August 2023. Bermakna dah 3 bulan dah bersawang blog ni. Takde masa nak update berkongsi cerita walaupun hari-hari ada saja ceritanya. Sibuk dengan urusan dunia yang tiada kesudahannya. Biasalah hidup ini ada masa naik dan turunnya.


Apapun alhamdulillah untuk segala nikmat yang Allah sedang berikan. Yang buruk itu semuanya dari kita dan yang baik itu semuanya dari Allah.


Pejam celik pejam celik dah pun nak masuk 2024. Apa perancangan tahun depan pun tak buat lagi. Hanya just go with the flow. Ikut je jalan yang Allah bagi ni. Kita rancang. Allah juga merancang. Allah juga sebaik-baik perancang. Serah bulat-bulat pada Allah.


Bila umur dah semakin meningkat ni. Pemikiran kita pun akan berubah ikut umur. Kak Feni pun berapa tahun lagi akan masuk 40-an. Jadi nak kejar dunia teruk-teruk pun rasa dah tak guna. Nak hidup tenang-tenang je. Nak banyak buat amal ibadah nak bawa bekal kat alam sana.


Perjalanan dan ujian kita tak sama. Jadi jangan pernah judge orang ikut pandangan mata kita. Selalu bersangka baik dengan apa yang Allah sedang bagi. Kata-kata ni hanya nasihat untuk diri sendiri juga. Kita ni manusia tak sempurna. Lebih tang ni. Kurang tang ni. Begitulah.


Matlamat sekarang ni nak besarkan dan didik anak-anak supaya jadi insan yang berguna dunia akhirat. Nak baiki diri supaya jadi lebih baik dari sebelum ni. Nak beramal kepada Allah dan nak teruskan hidup dengan tenang. Alhamdulillah.


Nak berdengki dan berlawan dengan orang bukan masa dah rasanya. Nak kawan dengan orang yang baik-baik dan tenang-tenang je. Taknak dah nak gaduh-gaduh cari pasal. Nak muhasabah diri apa yang boleh dibetulkan.



Nak tenang-tenang. Orang tak jemput takyah pergi. Orang tak suka, kita menjauh. Kita fokus dengan diri kita dan keluarga kita je. Orang berbudi, kita berbahasa. Begitulah. Takde masa nak try hard nak puaskan hati semua orang. Just be yourself dan just do the best. 

August 14, 2023

Kacau Bubur Asyura

 Semalam berlangsungnya satu acara kacau bubur asyura bagi anak beranak belah suamiku. 







Kak Feni selalu makan bubur asyura belah Kelantan lain dengan orang Perak. Walaupun tak berapa makan bubur ni tapi bagi memeriahkan suasana kita meraikan bersama-sama.  Mengeratkan silaturahim sesama keluarga. Bila ada majlis macam ni. Kita pun datang beramai-ramai. 


Nak buat bubur asyura ni perlukan masa dan tenaga yang banyak. Nak sedap kena gilir-gilir kacau. Sekarang ni walaupun cara moden ada boleh guna periuk noxxa la atau seangkatan dengannya. Cara lama tradisional jugak yang masih sedap. 


Uniknya orang lama. Ni adalah salah satu cara untuk mengeratkan hubungan silaturahim. Sambil kacau bubur sambil membawang. Haha. 


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Klik Sini

Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha

Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura.


Sejarah hari Asyura


Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).

Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh selepas diselamatkan daripada banjir besar,[2] maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan juga dengan Nabi Nuh.[3]

Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).[

May 24, 2023

Harga Barang Sekarang Tak Sama Macam Dulu Dah




Hari ni kena beli barang-baranga jamuan untuk anak-anak. Esok tak sempat nak beli sebabnya abah ada hal.

Lusa pagi nak hantar ke sekolah agama Adik Dan petang sekolah agama abang. Ummi memang tak sempat nak masak buat apa-apa untuk anak-anak. Jadi Ummi beli jelah makanan ringan.

Dalam group sekolah dah buat listing nak bawa apa. Ummi ni kerja pagi balik petang ke malam. Memang tak sempat nak masak apa-apa. Huhu maafkan Ummi ya anak-anak.

Belanja beli barang termasuk sabun semua dekat rm200 jugak tadi. huhu bertabahlah Ummi dengan abah sebabnya barang sekarang memang mahal. Semoga Allah sentiasa limpahkan rezeki yang berkat kepada kami sekeluarga. Amin.

Gaji belum dapat lagi tapi ada lah tabungan sikit-sikit ni sementara gaji. Orang kata kena ada Dana kecemasan. Tapi bagi kami ni simpan korek simpan korek sebabnya nak hidup kan. 

Sebab tulah kak feni buat jugak bisnes sambilan buat shaklee Dan bisnes online ni. boleh lah buat tampung serba sikit. Buat bayar bil-bil utiliti macam tnb, air, Telco dll.

Doa Kak Feni Semoga terus sihat Dan kuat untuk membesarkan anak-anak sampai besar Dan berjaya dunia akhirat. Dapat gaji ni dah macam-macam komitmen tunggu. Yuran sekolah agama pun ustazah Dan ustazah dah minta bayar. Gaji hujung bulan. Jadinya kena tunggu lepas cuti Baru bayar.

Nak balik kampung jugak hujung bulan ni sebabnya nak kenduri anak saudara. Kenduri kahwin pertama untuk anak saudara. Teruja tu lain macam. Kalau fikir kan masalah kewangan ni memang jem kepala otak tapi InshaAllah Allah pasti permudahkan segala urusan. Niat yang baik pasti Allah tolong. Allah kan sebaik-baik perancang. ❤️

May 22, 2023

Repeat Order Perfume Yang Kali Ke Berapa Ntah

Alhamdulillah hari ni perfume yang Kak Feni order dah sampai. Tahun lepas order 6 sekali gus. Tahun ni kita bajet sikit order 3 je, sebabnya bulan ni banyak nak pakai duit. Maklumlah lepas raya kan. Gaji pun belum dapat lagi. Hehe




Sedang menghitung hari untuk gaji. Dapat gaji ni banyak komitmen yang perlu diselesaikan. Kak Feni suka botol yang bulat panjang ni sebabnya spray dia lagi kukuh. Tahun lepas dapat botol yang berbentuk segi empat. Spray dia mudah rosak dan penutup dia mudah pecah. Jadi kalau nak travel mana-mana susah sebabnya botol mudah bocor dan perfume akan tumpah.



Nilah rupanya tanpa kotak. Kak Feni beli yang ni sebabnya bau wangi dan tahan lama. Kadang-kadang lekat kat pakaian. Basuh pun ada lagi. Level-level perfume yang orang have-have pakai. Kita golongan marhaim ni buat cara ukur baju di badan sendiri.


Kak Feni jarang shopping perfume. 6 bulan atau setahun sekali je. Benda boleh pakai lama kan. Buat apa nak membazir. Ikut poket masing-masing lah. Kalau mampu why not kan ? Alhamdulillah setakat ni rezeki nak merasa tu ada lagi. Dulu susah nak beli baju sendiri pun tak mampu. Bila kahwin ada anak sibuk nak besarkan anak-anak.


Ni ada rezeki lebih, alhamdulillah boleh lah merasa. Anak-anak pun dah semakin membesar sikit lagi nak ke alam remaja. Kita pun belum tentu sampai ke tak nak tua. Selagi ada peluang dan ruang buatlah yang terbaik untuk hidup ini. Bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi. Alhamdulillah.




Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...