January 4, 2023

ASBF - Berbaloi atau tidak ?

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih diberikan waktu untuk nikmati hidup ini. Awal tahun adalah yang sering dinantikan oleh mereka yang melabur dalam ASB. 


Hari ni Kak Feni pergi ke bank untuk keluarkan wang simpanan ASB. Tak keluar semua tapi adalah sikit untuk keperluan kehidupan sekarang ni. Maklumlah banyak benda nak buat. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan walaupun kena tunggu lama di bank tadi.




Tadi kalau tak sempat hari ni ingat nak pergi bank esok pulak. Tengok betapa gigihnya Kak Feni demi untuk keluarkan duit. Setelah nombor giliran dipanggil. Kak Feni rasa lega sebab akhirnya penantian berakhir.

Lepas selesai je urusan transfer duit tadi terus officer maybank tu offer Kak Feni loan ASB. 



Kak Feni dari tahun lepas lagi nak apply loan ASB ni tapi taktahu kenapa lah MAE ni buat hal. Dah pergi bank pun tak lepas. So Kak Feni husnuzon jela. Simpan sendiri. Husband Kak Feni dah buat lama dah.

Ini adalah pendapat peribadi Kak Feni dan terpulang pada diri masing-masing untuk menilainya. Baik atau buruk terserah pada pandangan diri.

Bagusnya ASBF ni ada takaful dia sendiri. Bila kita apply loan. Secara tak langsung kita akan buat bayaran takaful. In case kalau jadi apa-apa dekat kita macam hilang upaya kekal atau kita meninggal. Waris atau penama akan dapat terus jumlah yang kita buat loan tu.

Bonus pulak akan kira dengan jumlah pinjaman. Tapi terpulanglah nak buat ke taknak. Hehe

Kalau rasa mampu nak hadap boleh buat. Kalau rasa tak mampu nak buat jangan buat. Tepuk dada tanya selera.

By the way selamat tahun baru 2023.

January 3, 2023

Assalamualaikum 2023

Alhamdulillah bertemu kembali di awal tahun. Semoga tahun ni yang datang baik-baik saja. InshaAllah. Semoga segala apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan. 


Sekarang ni nak perkemaskan diri dengan iman dan amal je. Bukan apa takut lah dengan keadaan dunia hari ni. Nak kejar dunia sampai lupa akhirat. Dunia ni tempat persinggahan sementara je. Rasa senang ujian dan rasa susah pun ujian. Semua ni ujian dari Allah.


2022 tahun yang banyak mengajar Kak Feni tentang apa yang kita miliki hari ini takkan kekal selamanya. Sesayang mana pun dengan apa yang kita ada, sampai masa Allah kata bukan rezeki kita. Tetap bukan rezeki kita. Kak Feni belajar erti redha dengan ketentuan Allah. Hati lebih tenang.


Kak Feni banyak belajar untuk berkongsi dan bersedekah. Apa yang kita ada ni tak boleh bawa mati pun. Nikmati jela apa yang ada. Ikut kemampuan lah. Sebab hidup ni tak tahu bila Allah nak jemput. Hargai nikmat sihat, nikmat boleh makan, nikmat boleh beribadat dan semuanyalah.


Allah nak ambik balik segala pinjaman dia ni bila-bila masa je. Jangan dengki dengan rezeki orang dan jangan menyusahkan orang lain selagi kita mampu.


2023 ni tahun nak muhasabah diri banyak-banyak. Nak banyak amal ibadat dan mendekatkan diri kepada Allah. InshaAllah.


💓💓💓


November 30, 2022

Selamat Datang Disember 2022

31 hari lagi kita akan menyambut tahun baru. Dalam 31 hari ni macam-macam boleh berlaku. Kita manusia hanya mampu merancang dan Allah juga yang menentukan.


Bersyukur jika hari ini, kita sihat dan masih boleh menghirup udara segar. Bersyukur dengan segala nikmat yang Allah beri. Kadang-kadang kita ni terlalu mengejar sesuatu yang besar sampai lupa untuk menikmati nikmat yang kecil.


Sentiasa berdoa agar Allah sentiasa permudahkan segala urusan terutama untuk beribadat dan beribadah kepada Allah.


Esok akan bermula Disember. Semoga bulan yang terakhir bagi tahun 2022 ni menjadi lebih baik, lebih indah dari sebelum ini. Semoga yang baik-baik datang kepada kita.


Bila buka media sosial sekarang ni takut sebab semua meramalkan yang 2023 akan menjadi lebih teruk disebabkan oleh kemelesetan ekonomi dan pelbagai krisis. Allah... sebagai orang yang beriman, kita kuatkan semangat dan sentiasa berserah pada Allah yang Maha Esa.


Nak hidup tenang kena sentiasa bersedia dan berdoa agar Allah permudahkan segala urusan. Lalui dugaan dan cabaran dengan penuh kesabaran. InshaAllah kita pasti menang. 

October 14, 2022

Closed Pakej Pangkor 40 pax

Alhamdulillah kali ni Kak Feni berjaya closed 40 pax ke Pulau Pangkor. Tapi trip untuk tahun ni. Rezeki Allah tu luas kan. Dia ambil cara ni, dia bagi cara tu. Begitulah hidup ni. Orang susah takkan selamanya susah. Begitu juga orang senang. Tak selamanya senang. Beringat selalu dan jangan mudah putus asa dengan hidup ini.



Kak Feni juga sudah booking tiket untuk 14 pax peserta ke Bali bagi bulan Disember 2022. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan. Semoga apa yang kita rancang berjalan dengan lancar. InshaAllah.

Sejak PKP tahun 2020. Kak Feni dah kurang promot pasal travel. Bukan apa memang down teruk sebab PKP. Ramai yang kecewa sebab tak boleh nak jalan.

Bila kerajaan umumkan yang kita dah endemik. Alhamdulillah sektor perlancongan kembali meriah. Kak Feni pun dah mula jual pakej travel dalam dan luar negara. Rezeki tu milik tuhan kan. Dia akan bagi tepat pada waktunya. Sekurang-kurangnya puas hati dengan hasil titik peluh sendiri.

Puas hati bila customer seronok dengan apa yang kita tawarkan. Jadi ejen travel ni memang kena share yang indah-indah. Kadang-kadang ada juga masalah bila kita buat travel ni. Tapi so far alhamdulillah semuanya berjaya diselesaikan dengan baik. Win win situation. 

Kalau kita bincang elok-elok pasti akan ada jalan penyelesaianya. InshaAllah. Semoga Kak feni terus sihat dan kuat untuk menjana pendapatan nak bela anak-anak.

October 5, 2022

Dunia Tempat Kita Bersusah Kerana Syurga Itu Bukan Percuma

Gaji bulan lepas lambat masuk. Biasalah kalau kerja dengan company swasta macam ni. Tapi tak mengapa sebab dapat juga. Alhamdulillah masuk je gaji terus transfer sana sini selesaikan komitmen bulanan. Maklumlah kita ni kalau tak kerja macam mana nak hidup kan ?


Apapun dunia ni tempat kita bersusah-susah. InshaAllah ada keberkatannya. Kadang-kadang rasa penat dengan urusan dunia. Berehatlah sebentar dan mulakan sekali lagi. Hidup ini penuh dengan ujian. Kalau takde ujian takdelah nikmat hidup ni kan.


Banyak benda nak kena buat bulan ni. Allah rasa macam tak cukup masa dan tak cukup nafas. Haha kalau nak cerita kat orang tapi orang pun taknak tahu. Huhu. Susah kita biarlah kita jela yang tahu. Kita share yang baik-baik jelah.


SSM nama Kak Feni dah nak expired bulan 11 ni. Jadi kena renew sebelum expired. Kak Feni masih belum sempat gi daftar online untuk renew SSM dalam talian. Kena pergi pejabat SSM untuk tumb print. Jadi kena renew di Bank Simpanan Nasional dulu. Entah bila nak pergi SSM tak tahu. Niaga kecil-kecil macam Kak Feni ni, Allah jela yang tahu. Takde SSM susah juga.


Dulu pernah kena denda sebab tak pergi tutup company. Dulu macam-macam company Kak Feni register di SSM. Ada yang personal dan ada yang enterprise. Last-last lingkup macam tu je sebab tak cukup modal nak pusing. Sekarang tenang-tenang je hidup. Rezeki tak kemana. InshaAllah.


Duit ni kalau kita kejar, kita akan jadi hamba duit. Tak tenang kalau tak dapat kejar sales. Sekarang rezeki tu sentiasa ada dan tenang-tenang jela. Nak pulun sampai lupa diri, lupa keluarga. Allah rasanya masa tu dah berlalu. Sekarang hanya nak nikmati je hidup ni. Alhamdulillah. 


Nikmatnya bila kita sentiasa bersyukur. Memberi tanpa mengharapkan balasan. InshaAllah sentiasa dalam lindungan Allah selalu. Memaafkan saat hati terluka. Berdiam diri saat marah. Ya Allah, kita hamba yang tak sempurna. Selalu terkhilaf dan berdosa. Semoga Allah sentiasa menjaga hati kita untuk sentiasa ikhlas dalam semua perkara. 





Alhamdulillah...

October 4, 2022

Balik Kampung Anak Saudara Bertunang

Alhamdulillah for today. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia Dia, kita masih diberikan waktu dan peluang untuk perbaiki apa yang kurang. Kita manusia ni tak lari dari membuat kesilapan. Memaafkan dan berusaha untuk jadi lebih baik dari semalam. InshaAllah.


Hari Jumaat yang lepas. Kami sekeluarga balik kampung sebab anak saudara Kak Feni bertunang. Kami bertolak balik lepas maghrib. Bila dah malam ni drive pun mengantuk. Sampai di Gua Musang pukul 12.00 pagi. Suami Kak Feni cakap nak rehat sekejap. Kak Feni memang tak tahan mata dan macam tak confident untuk drive malam. Jadi kami tidur jela  dalam kereta.


Plaza Tol Gombak Jem


Sedar-sedar dah pukul 4 pagi. Bangun cuci muka teruskan perjalanan ke rumah Tokmek. Dari Gua Musang nak sampai rumah mek pun bukan dekat 2 jam lebih juga baru sampai. Lepas subuh 6.30 pagi sampai rumah Tokmek. Dijemput dengan pelbagai bunyi haiwan peliharaan ayahngah. Haha


Mulanya Kak Feni nak sambung tidur sebab mengantuk. Haha macam i ols je yang drive. Husband terus ajak pergi cari makan sarapan. Makanya kami pun beramai-ramai naik kereta baru Cikni untuk cari sarapan di Pasir Puteh. Balik kampung tak boleh nak diet sebab makanan semua sedap-sedap belaka.


Balik rumah siap-siap untuk pergi rumah Abang Long untuk persiapan bertunang. Dah siap semua cuma nak kemaskan sikit-sikit je. Tambah riben susun dalam pahar.






Rombongan meminang bertolak ke destinasi lepas zuhur. Kami bersiap makan tengahari di rumah Abang Long. Sampai sana tak lama dan majlis pun bermula sebelum Asar. Alhamdulillah selesai urusan peminangan anak saudara kami. Dipermudahkan segala urusan. 



Semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah kami sampai pun dijemput dengan penuh meriah. Rezeki semua. Allah permudahkan semuanya. Yang lain-lain kita doa yang baik-baik dan sentiasa dalam lindungan Allah selalu.


Bila dah balik kampung ni macam-macam nak buat. Tolong tokmek repair singki. Pasang pukat nak buat reban ayam. Haish macam tak cukup masa. Takpelah sekali sekala balik kan. InshaAllah ada masa balik lagi.

September 20, 2022

16 September 2022 - Hari Pertama Lebuhraya SUKE Dibuka Untuk Umum

 Alhamdulillah 16 September 2022 lepas kami berpeluang untuk lalu highway baru iaitu SUKE singkatan dari Sungai Besi - Ulu Kelang. Kami mula dari turun Bukit Ampang dan habis di Cheras Hartamas. Kemudian naik dari Cheras ke Ampang. Perjalanan ambil masa 7 minit sahaja.


Best kan ? Jimat masa. Buat masa sebulan ni tol masih diberikan percuma untuk pengguna highway. Jadi boleh lah nak lalu 40 kali sehari pun. Hahaha


View dari highway ni sangat cantik. Masa Kak Feni lalu ramai orang berhenti di tepi jalan sebab nak bergambar. Biasalah masing-masing taknak lepaskan peluang kan. Semalam dengarnya dah ada yang kemalangan di sini. Jadi kita kenalah berhati-hati dan beringat selalu walau dimana berada ya.



Kami naik malam sebab siang tak sempat. Tu pun nasib baik husband nak melayan. Haha test jalan baru. Kak Feni sempat snap satu gambar untuk kenagan.


Lepas ni kita tunggu EKVE pulak siap. Boleh test jalan baru pulak. Tol berapa RM Kak Feni belum tau lagi. Hehe.



Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...