June 29, 2022

Order Mask Kanak-kanak di Shopee Jer - Jimat Banyak

 Terima kasih ya Allah kerana nikmat yang tidak ternilai harganya. Nikmat kasih sayang keluarga yang sentiasa ada tika susah dan senang. Sentiasa membantu ketika kami memerlukan. Alhamdulillah untuk nikmat duniawi ini.


Semalam satu langat pusing cari mask budak sebab mask dah habis kan. Allah jenuh cari semua habis. Yang ada untuk budak-budak kecil macam Iman yang umur 3 4 tahun. Haduiii last-last pergi farmasi cuba nasib. Dah jumpa tu pun tinggal 2 kotak. Kak Feni terus grab satu. Mujur tak ambil 2 kotak. Bila bayar nah RM19.90 . Kak Feni bayar jela RM20. Keep the change. 


Hari ni kebetulan ada duit lagi dalam shopeepay. Terus Kak feni grab je 7 kotak. 3 warna biasa biru dan 4 warna hitam. Alhamdulillah untuk anak-anak kan kita kena berkorban apa sahaja. Rezeki kita hari ni pun tumpang rezeki anak-anak.


Kak feni order shopee je.




Jimat banyak kalau kita beli online ni. Alhamdulillah Allah bagi kelebih untuk Kak Feni pandai bab-bab macam ni. Bila dah pandai mulalah nak perabih duit jugak. Allah rezeki kan ?


Alhamdulillah selesai bab beli mask anak-anak. Semoga esok lebih baik dari ini. Kak Feni doakan yang tengah susah sekarang ni dipermudahkan segala urusan. Dunia ni tempat ujian untuk kita semua. Semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah selalu. Jangan putus doa dan jangan lupa Allah.


By the way nak komplen juga shopee sekarang dah takde free shipping. Postage kita kena bayar sendiri. Nak kena berubah ke Lazada ke macam mana ni ?



June 27, 2022

Doa Untuk Dapatkan Rezeki Dari Sumber Yang Tidak Disangka


Simpan sini dan sampaikanlah kebaikan walau dengan satu ayat. InshaAllah semoga perkara baik yang kita buat hari ini menjadi ladang pahala untuk kita kelak. 


Kak Feni doakan agar dipermudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya. Amin. 💓

June 22, 2022

Bila Rezeki Datang Dari Sumber Yang Tidak Di Sangka

Hari ni alhamdulillah dah janji dengan diri ini yang taknak tinggalkan solat lagi lepas ni. InshaAllah nak istiqamah ke jalan Allah tu bukan senang. Kena kuatkan semangat.

Nak cerita pasal solat dhuha. Kalau sebelum ni Kak Feni buat solat dhuha sebab nak dapat sales yang banyak. Dulu selalu paksa diri buat dan terus buat. Lama tinggal jadi malas nak buat dengan seribu alasan. Kali ni Allah jentik hati lagi supaya buat jer walau tak tahu nak minta apa.

Ya sebenarnya memang Kak Feni dah tak tahu nak minta apa. Tapi kita ni sebagai hamba yang hina, pada Allah tempat mengadu. Doa agar Allah sentiasa kuatkan hati dan iman hingga hujung nyawa. InshaAllah.

Pagi tadi dalam kesibukan kerja lari sekejap ke toilet untuk wuduk dan buat solat sunat dhuha 4 rakaat. Ajaibnya hari ni dapat rezeki yang tak disangka-sangka. Alhamdulillah.



1. Pagi-pagi dapat wasap dari husband yang anak sulung dapat sumbangan banjir dari PIBG. 


2. Dapat emel yang dapat refund dari Unifi sebab kami terminate untuk register baru hari tu. 


3. Dapat makan free tengahari.



Allah banyak yang berjalan dengan lancar hari ini bila kita ikhlas dengan Allah. Nikmat apa yang nak didustakan ?


Rahsia Solat Dhuha


Wahai anak Adam ! Tidakkah engkau sanggup bersolat empat rakaat pada awal siang hari, nanti Aku (Allah) akan mencukupkan pada akhir harimu itu.

(Riwayat Abu Dawud) 


Berbicara soal rezeki ni kadang-kadang bukan dalam bentuk wang saja. Kak Feni suka sharing dari adik ni tentang rezeki.



Walau apa pun yang berlaku hari ini. Suka ke duka ke. Tetaplah bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi kerana kadang-kadang ujian itu adalah tanda kasih sayang Allah pada kita.


Wallahualam.

June 21, 2022

Rasa Macam Nak Ubah Angin

Alhamdulillah dah nak setengah tahun dah lalui. Allah kali ni rasa betul-betul nak cari kerja lain. Bukan sebab kerja tak seronok tapi adalah. Tak boleh nak mention sangat di media sosial ni, nanti orang kata kita meroyan. Allah yang pahit-pahit biar kita jela yang tahu.


Sebab fikir anak-anak. Gagah juga datan kerja walaupun hati macam dah takde nak kerja. Begitulah hidup ini. Kena berkorban untuk orang lain sebabnya kita buat bukan untuk kita sahaja. Ada mulut yang perlu disuap. Tambah-tambah lagi sekarang ni semua mahal. Belanja sekolah pun mahal.


Makanan kita sendiri pun mahal. Allah berikanlah kekuatan untuk kami dalam menghadapi segala ujianMu. Betul Allah uji tanda kita mampu namun kita juga perlu usaha untuk menghadapi ujian hidup ni.


Kadang-kadang timbul jugak rasa give up. Malas nak amik port pasal orang lain tapi selagi kita ni dinamakan manusia dan akan sentiasa diuji sampai kita habis nyawa. Jadi hadap jela dengan tenang walaupun kadang-kadang hati tak tenang.


Semoga esok dan seterusnya lebih baik. Amin.

June 1, 2022

Kak Maria Last Day After 34 Years Service

 Simpan sinilah. Esok-esok rindu boleh throwback macam di facebook dan instagram tu.






Terima kasih banyak-banyak Kak Maria belanja kami makan kek sedap semalam. Alhamdulillah untuk khidmat kepada company selama 34 tahun. Sudah masanya untuk bersara dan nikmati hidup ini. Terima kasih untuk segalanya. Tunjuk ajar dan selalu nasihat kami tentang kerja dan kehidupan.


Betullah hidup ini. Kita akan lebih menghargai bila orang dah jauh atau tak ada. Dekat gaduh jauh rindu begitulah hidup ini.


Ramai insan yang datang dan pergi dalam hidup kita adalah satu kenangan yang indah untuk kita kenang. Alhamdulillah terima kasih ya Allah sebab sentiasa memberikan orang yang baik-baik untuk berada di sekelilingku. Menjadikan aku juga insan yang lebih baik dari sebelum ini.





Hari ni datang office dah rindu bila tengok tempat Kak Maria dah kosong. Sedih pula rasa. Semalam pun sebelum balik dah pesan apa-apa keep in touch. Jangan lupa wasap kalau ada apa-apa. 


Paling lama kerja dengan boss kami. Apa-apa boleh rujuk dengan Kak Maria dan juga guru Bahasa Inggeris kami. Hahaha maklumlah nak buat surat pun kena tanya pakar dulu. 


Semoga Kak Maria terus berjaya dan bahagia selalu.


May 31, 2022

Singgah Victoria Bridge Sebelum Balik Kuala Lumpur

Wah banyak tempat yang Kak Feni dan family pergi bila balik raya kali ni. Alhamdulillah nikmat Allah bagi. Seminggu cuti rasa macam tak cukup masa dan badan rasa penat sangat tapi enjoy.




Kami bertolak balik dari Gerik hari Jumaat petang dari rumah opah di Tg. Rambai. Mulanya plan nak pergi Manjung, rumah Acik Manjung. Disebabkan Pak Cik Radhi tak sihat sakit perut cirit birit sampai lemah badan. Kami ubah plan, dari Kuala Kangsar terus balik KL.



Kami 3 buah kereta ke Kuala Kangsar. Victoria Bridge. haha first time sampai sini. Kami dari Gerik - Lenggong - Kuala Kangsar. Dari Lenggong sampai Kampung Kati kami ikut jalan lama sebab Victoria Bridge ni dekat jalan lama. Apa lagi Waze je lah. Haha sampai-sampai bukan ikut depan tapi belakang.



Korang kalau tak tahu boleh jer waze Victoria Bridge. Kami sampai yang belakang tapi best jugak sebab masa kami sampai tak ramai orang. Kami je kat situ so boleh la ootd. Kak feni tengok sebelah depan punya ramai orang yang datang untuk bergambar.


Anak-anak ajak meniti jambatan sampai depan tapi oleh kerana Kak Feni ni gayat dan penakut nak mampos, duduk jela di pinggir jambatan. Cantik gila view kat sini. Tempat ni jugalah orang selalu shooting filem. Arwah Mamat Khalid selalu shooting filem dia kat sini. Antara filem yang di shoot di sini ialah Zombie Kampung Pisang dan banyak lagi.


Dah cantik tempat ni dan memang disenaraikan antara tempat menarik yang perlu dilawati di Negeri Perak. Jadi kalau berpeluang untuk ke Kuala Kangsar, Victoria Bridge hendaklah dimasukkan dalam list.



May 24, 2022

Daytrip to Gua Musang - Kerja !!!

 Haha tak senang duduk bila bos kata semua kena turun Gua Musang. Masuk hutan. 18/5/2022 hari Rabu. 


Seawal 4.00 pagi Kak Feni dah bangun untuk bersiap. 5.30 pagi dah turun dari rumah. 6.20 pagi sampai opis. Ingatkan orang lain tak sampai lagi. Nak ajak husband dah naik opis untuk solat subuh. 10 minit solat kat atas ditemani oleh Kak Nor. Alhamdulullah selesai. 


Tepat 6.30 pagi turun bawah, transport ke Gua Musang dah sampai di bawah. Terus naik dan terus gerak. Kami bertolak dari Office tepat 6.30 pagi. Perjalanan ke Gua Musang ambil masa 3 jam setengah. Pukul 10.00 pagi kami sampai ke destinasi pertama iaitu Kesedar Inn. 


Sampai sini, kami bersarapan sebelum berbincang dengan team untuk masuk hutan. 



Ada beberapa team akan masuk iaitu pejabat, peguam, penanam dan penunjuk arah. Sebanyak 4 buah hilux dan 1 buah pajero akan masuk ke hutan untuk tujuan plot tempat. Ini adalah pengalaman pertama Kak Feni masuk hutan untuk tujuan ni.


Tepat pukul 11.30 pagi kami bergerak masuk ke hutan. Masa ni rasa berdebar jugak lah sebab tak pernah kan. 


Keadaan hutan yang basah dan licin sebab semalam sebelumnya hujan turun. Nampak air sungai pun keruh macam teh pekat. Kebanyakan kami hanya duduk dalam hilux je. Hanya bila boleh turun baru turun. 


Perjalanan masuk dan keluar ambil masa 2 jam lebih. Mulanya ada 2 jalan. Keluar dan nak masuk tapi oleh kerana kesuntukan masa hanya 1 jalan je boleh masuk. Hehe jadi selamatlah Kak Jemah takpayah masuk lagi. 







Alhamdulillah selesai urusan ambil gambar dan plot tempat. Kami pun keluar. Lega rasa sebab dah boleh keluar. 





View dari atas bukit dalam hutan. Cantiknya Subahanallah.



Keluar dari hutan, next destination ialah tengok pejabat baru. Alhamdulillah dah dapat tempat untuk pejabat baru. Selesai urusan di Gua Musang. Kami bertolak balik ke Kuala Lumpur.




Bergambar kenangan sebelum masing-masing berpecah. Team office KB dan KL. Ada rezeki kita jumpa lagi. InshaAllah.



Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...