Simpan sini dan sampaikanlah kebaikan walau dengan satu ayat. InshaAllah semoga perkara baik yang kita buat hari ini menjadi ladang pahala untuk kita kelak.
Kak Feni doakan agar dipermudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya. Amin. 💓
Sebuah blog untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi, keibubapaan, kesihatan, kecantikan dan gaya hidup yang sihat. Peluang menjana pendapatan melalui bisnes online melalui blog. Blog untuk mempromosikan produk kesihatan seperti suplemen dan kecantikan seperti produk penjagaan diri dan muka.
Kak Feni doakan agar dipermudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya. Amin. 💓
2. Dapat emel yang dapat refund dari Unifi sebab kami terminate untuk register baru hari tu.
3. Dapat makan free tengahari.
Allah banyak yang berjalan dengan lancar hari ini bila kita ikhlas dengan Allah. Nikmat apa yang nak didustakan ?
Rahsia Solat Dhuha
Wahai anak Adam ! Tidakkah engkau sanggup bersolat empat rakaat pada awal siang hari, nanti Aku (Allah) akan mencukupkan pada akhir harimu itu.
(Riwayat Abu Dawud)
Berbicara soal rezeki ni kadang-kadang bukan dalam bentuk wang saja. Kak Feni suka sharing dari adik ni tentang rezeki.
Walau apa pun yang berlaku hari ini. Suka ke duka ke. Tetaplah bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi kerana kadang-kadang ujian itu adalah tanda kasih sayang Allah pada kita.
Wallahualam.
Alhamdulillah dah nak setengah tahun dah lalui. Allah kali ni rasa betul-betul nak cari kerja lain. Bukan sebab kerja tak seronok tapi adalah. Tak boleh nak mention sangat di media sosial ni, nanti orang kata kita meroyan. Allah yang pahit-pahit biar kita jela yang tahu.
Sebab fikir anak-anak. Gagah juga datan kerja walaupun hati macam dah takde nak kerja. Begitulah hidup ini. Kena berkorban untuk orang lain sebabnya kita buat bukan untuk kita sahaja. Ada mulut yang perlu disuap. Tambah-tambah lagi sekarang ni semua mahal. Belanja sekolah pun mahal.
Makanan kita sendiri pun mahal. Allah berikanlah kekuatan untuk kami dalam menghadapi segala ujianMu. Betul Allah uji tanda kita mampu namun kita juga perlu usaha untuk menghadapi ujian hidup ni.
Kadang-kadang timbul jugak rasa give up. Malas nak amik port pasal orang lain tapi selagi kita ni dinamakan manusia dan akan sentiasa diuji sampai kita habis nyawa. Jadi hadap jela dengan tenang walaupun kadang-kadang hati tak tenang.
Semoga esok dan seterusnya lebih baik. Amin.
Simpan sinilah. Esok-esok rindu boleh throwback macam di facebook dan instagram tu.
Wah banyak tempat yang Kak Feni dan family pergi bila balik raya kali ni. Alhamdulillah nikmat Allah bagi. Seminggu cuti rasa macam tak cukup masa dan badan rasa penat sangat tapi enjoy.
Kami bertolak balik dari Gerik hari Jumaat petang dari rumah opah di Tg. Rambai. Mulanya plan nak pergi Manjung, rumah Acik Manjung. Disebabkan Pak Cik Radhi tak sihat sakit perut cirit birit sampai lemah badan. Kami ubah plan, dari Kuala Kangsar terus balik KL.
Kami 3 buah kereta ke Kuala Kangsar. Victoria Bridge. haha first time sampai sini. Kami dari Gerik - Lenggong - Kuala Kangsar. Dari Lenggong sampai Kampung Kati kami ikut jalan lama sebab Victoria Bridge ni dekat jalan lama. Apa lagi Waze je lah. Haha sampai-sampai bukan ikut depan tapi belakang.
Korang kalau tak tahu boleh jer waze Victoria Bridge. Kami sampai yang belakang tapi best jugak sebab masa kami sampai tak ramai orang. Kami je kat situ so boleh la ootd. Kak feni tengok sebelah depan punya ramai orang yang datang untuk bergambar.
Anak-anak ajak meniti jambatan sampai depan tapi oleh kerana Kak Feni ni gayat dan penakut nak mampos, duduk jela di pinggir jambatan. Cantik gila view kat sini. Tempat ni jugalah orang selalu shooting filem. Arwah Mamat Khalid selalu shooting filem dia kat sini. Antara filem yang di shoot di sini ialah Zombie Kampung Pisang dan banyak lagi.
Dah cantik tempat ni dan memang disenaraikan antara tempat menarik yang perlu dilawati di Negeri Perak. Jadi kalau berpeluang untuk ke Kuala Kangsar, Victoria Bridge hendaklah dimasukkan dalam list.
Haha tak senang duduk bila bos kata semua kena turun Gua Musang. Masuk hutan. 18/5/2022 hari Rabu.
Seawal 4.00 pagi Kak Feni dah bangun untuk bersiap. 5.30 pagi dah turun dari rumah. 6.20 pagi sampai opis. Ingatkan orang lain tak sampai lagi. Nak ajak husband dah naik opis untuk solat subuh. 10 minit solat kat atas ditemani oleh Kak Nor. Alhamdulullah selesai.
Tepat 6.30 pagi turun bawah, transport ke Gua Musang dah sampai di bawah. Terus naik dan terus gerak. Kami bertolak dari Office tepat 6.30 pagi. Perjalanan ke Gua Musang ambil masa 3 jam setengah. Pukul 10.00 pagi kami sampai ke destinasi pertama iaitu Kesedar Inn.
Sampai sini, kami bersarapan sebelum berbincang dengan team untuk masuk hutan.
Ada beberapa team akan masuk iaitu pejabat, peguam, penanam dan penunjuk arah. Sebanyak 4 buah hilux dan 1 buah pajero akan masuk ke hutan untuk tujuan plot tempat. Ini adalah pengalaman pertama Kak Feni masuk hutan untuk tujuan ni.
Tepat pukul 11.30 pagi kami bergerak masuk ke hutan. Masa ni rasa berdebar jugak lah sebab tak pernah kan.
Keadaan hutan yang basah dan licin sebab semalam sebelumnya hujan turun. Nampak air sungai pun keruh macam teh pekat. Kebanyakan kami hanya duduk dalam hilux je. Hanya bila boleh turun baru turun.
Perjalanan masuk dan keluar ambil masa 2 jam lebih. Mulanya ada 2 jalan. Keluar dan nak masuk tapi oleh kerana kesuntukan masa hanya 1 jalan je boleh masuk. Hehe jadi selamatlah Kak Jemah takpayah masuk lagi.
Alhamdulillah selesai urusan ambil gambar dan plot tempat. Kami pun keluar. Lega rasa sebab dah boleh keluar.
View dari atas bukit dalam hutan. Cantiknya Subahanallah.
Sambungan cerita bermalam di Denai Kabus. Boleh BACA SINI.
Pagi bangun bersiap sarapan. Ada staff Denai Kabus datang tanya nak naik ATV ke ? Kami pun apa lagi semua nak. Harga untuk naik ATV seorang RM50. Kalau berdua (membonceng) RM75. Kami 8 orang jadi ambil 4 buah ATV RM75x4 = RM300. Disponsor oleh kak ipar dan abang chik Kak Feni. Alhamdulillah semoga murah rezeki sokmo-sokmo. Amin.
Anak-anak nak memancing. Boleh sewa set memancing. Ikan yang dapat, kalau nak bawa balik kena timbang dan bayar. Kalau kita lepaskan balik dalam kolam percuma. Kami suka-suka je jadi lepaskan balik.
Abang Fan dapat 2 ekor ikan besar-besar. Seronok tak hingga orang kata. Abah pun dapat jugak 2 ikan tapi ikan kecik. Hahaha jadilah habuan nak merasa memancing.
Anak-anak seronok sangat sebab boleh naik ATV. Mulanya nak juga main flying fox yang ada kat situ. Harga untuk seorang ialah RM35.00. Masa orang sibuk nak main flying fox anak-anak sibuk memancing jadi tak cukup masa. Kami main ATV jelah.
Sebab kami ada kanak-kanak jadi trek dia bawa santai-santai jelah. Naik bukit, turun bukit dan jalan batu lada je. Sebelum ni ada kes peserta patah tangan, jadi kita yang baru nak belajar ni okeylah. Tak perlu nak lasak sangat.
Haha fisrt time bawa motor tayar empat. Naik benda ni bukan boleh suka-suka nak bawa. Akan ada guider depan dan belakang. Kita akan diberi taklimat sebelum memulakan perjalanan untuk keselamatan semua. Kak Feni tak pernah bawa ingatkan pulas handle macam pulas motor, rupanya dia tekan je minyak. Ada brake tangan dan kaki. Kak Feni banyak main brake tangan je. Sakit ibu jari dok tekan minyak sebab berat.
So lepas ni boleh bawa ATV lagi. Kat mana pulak destinasi next ??? Entahlah nanti lah kita plan kalau ada rezeki. InshaAllah.
Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...