May 12, 2022

Pengalaman Pertama Bawa ATV Di Denai Kabus

Sambungan cerita bermalam di Denai Kabus. Boleh BACA SINI

Pagi bangun bersiap sarapan. Ada staff Denai Kabus datang tanya nak naik ATV ke ? Kami pun apa lagi semua nak. Harga untuk naik ATV seorang RM50. Kalau berdua (membonceng) RM75. Kami 8 orang jadi ambil 4 buah ATV RM75x4 = RM300. Disponsor oleh kak ipar dan abang chik Kak Feni. Alhamdulillah semoga murah rezeki sokmo-sokmo. Amin.


Anak-anak nak memancing. Boleh sewa set memancing. Ikan yang dapat, kalau nak bawa balik kena timbang dan bayar. Kalau kita lepaskan balik dalam kolam percuma. Kami suka-suka je jadi lepaskan balik.









Abang Fan dapat 2 ekor ikan besar-besar. Seronok tak hingga orang kata. Abah pun dapat jugak 2 ikan tapi ikan kecik. Hahaha jadilah habuan nak merasa memancing.




Anak-anak seronok sangat sebab boleh naik ATV. Mulanya nak juga main flying fox yang ada kat situ. Harga untuk seorang ialah RM35.00. Masa orang sibuk nak main flying fox anak-anak sibuk memancing jadi tak cukup masa. Kami main ATV jelah.



















 


Sebab kami ada kanak-kanak jadi trek dia bawa santai-santai jelah. Naik bukit, turun bukit dan jalan batu lada je. Sebelum ni ada kes peserta patah tangan, jadi kita yang baru nak belajar ni okeylah. Tak perlu nak lasak sangat.


Haha fisrt time bawa motor tayar empat. Naik benda ni bukan boleh suka-suka nak bawa. Akan ada guider depan dan belakang. Kita akan diberi taklimat sebelum memulakan perjalanan untuk keselamatan semua. Kak Feni tak pernah bawa ingatkan pulas handle macam pulas motor, rupanya dia tekan je minyak. Ada brake tangan dan kaki. Kak Feni banyak main brake tangan je. Sakit ibu jari dok tekan minyak sebab berat.


So lepas ni boleh bawa ATV lagi. Kat mana pulak destinasi next ??? Entahlah nanti lah kita plan kalau ada rezeki. InshaAllah.





May 11, 2022

Bermalam Di Denai Kabus - Keindahan Alam Yang Perlu Dinikmati

Okey baru boleh share sedikit percutian Aidil Fitri Kak Feni dengan family. Walaupun kepala ni sakit sangat masa menulis ni harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.


Bukan tak biasa duduk di kampung tapi setelah bersalin anak pertama dan kami berhijrah dari Gerik, Perak ke Selangor. Berkerja di Kuala Lumpur. Bukan senang nak nikmati alam semulajadi. balik kampung sekali sekala tu memang la. 


Raya kali ni kami ke Denai Kabus yang terletak di Kg Pahat, Gerik, Perak. Dah lama viral tempat ni tapi kami yang belum sampai walaupun dekat jer dengan kampung. Hehe. Nak masuk ke Denai Kabus dalam 2km dari jalan besar. Masa masuk tengahari tak terasa sangat takut sebab cerah. Kami masuk untuk tengok keadaan. Cottage dah full sebab orang dah booking awal. Yang tinggal hanya khemah. Caj sewa khemah semalam RM80 untuk satu khemah. Kami ambil 3 khemah sebab ramai.


Kami juga order set bbq yang paling kecil berharga RM35.00. Dalam set ni ada set pemanggang, arang, pinggan, cawan, gunting dan penyepit. Ada juga set ayam, daging dan kambing bakar. Yang ni harga lain. Kami ambil semua 1 pek. Lepas booking khemah dan bahan perap, kami keluar ke Lawin Utara untuk mandi sungai. Kak Ani balik kedai dia untuk sediakan bahan-bahan bbq yang lain. Dia buat 3 ekor ayam.


Kami masuk balik ke Denai Kabus dalam pukul 6.00 petang. Masa ni hujan dan nak senja. Suasananya nampak gelap dan takut bagi orang yang tak biasa. Orang kampung sini dah biasa. Jalan kecil jadi satu kenderaan je boleh lalu. Kalau ada kenderaan yang bertentangan kena sama-sama bekerjasama. Sama ada kita yang mengundur atau dia yang undur. Kalau Kak Feni yang drive, aku rasa keras kejung kat situ. Hahaha


Okey sambung. Kami sampai Denai dekat nak maghrib. Jadi boleh prepare untuk solat maghrib. 2 buah kereta dulu. Masa sampai, agak terkejut sebab lampu takde. Dah cuak sebab tak prepare kan. Kekeke call kakak Kak Feni yang masih di luar untuk beli lampu yang pakai usb tu. Beli 3 sebab ada 3 khemah. Korang kalau nak sewa khemah sini prepare siap-siap okey. Lampu usb, kipas usb, ubat nyamuk dsb.


Tak lama tu Kak Ani sampai. Memang hati kering sebab dia drive sorang je masuk. Dia sampai settle masalah. Dia bawa semua peralatan bercamping. Lampu, makanan, kipas, pinggang, mangkuk, cawan, sudu, garfu, kettle dan banyak lagi lah penuh kereta dia. Macam nak duduk sebulan. Haha


So, malam tu kami pun berbbq. Oleh kerana hujan. Nak hidupkan api punyalah susah. Tunggu  Acik sampai baru boleh hidup sebab guna gas butanel (eh betul ke aku?) untuk hidupkan arang. Dekat 2 jam dok hidupkan api. Tak nyala-nyala. Bila dah menyala kejap je selesai.



Kak Ani bawa banyak bahan bbq sebab ingatkan nak ajak ramai datang. Last-last tinggal kami je yang berbbq.







Alhamdulillah segala aktiviti berbbq kami berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya hujan turun dengan lebat sekali. Masa sampai tu Kak Feni nampak sahabat Kak Feni yang buat servis Nasi Dulang untuk di serve pada penginap Denai Kabus, Piza Zaid. Kami pun jemput dia join makan bbq. Dia pulak sedekah nasi putih, sup dengan ikan masih. Fuh makan pulak dengan bbq. Memang terangkat lah.


Selesai berbbq, kami berborak santai sampai pukul 1 pagi. Biasalah kalau dah ramai mesti banyak cerita. Buat pulak teh dan milo panas. Anak-anak sibuk main saidina yang Wawan beli sebelum masuk petang tadi.















Suasana pagi di Denai Kabus memang best. Sejuk dan nyaman. Alhamdulillah untuk nikmati duniawi ni. Kalau rasa nak lari dari kesibukan kota boleh pilih Denai Kabus untuk healing.


Nak ucapkan terima kasih banyak-banyak juga kepada Piza Zaid sebab hantar sarapan pagi nasi lemak tersedap di Gerik. Kenyang kami pagi tu dengan nasi lemak. Tak perlu susah-susah buat sarapan. Ada rezeki boleh datang lagi. Next... Kita tulis pasal tempat lain pulak.

May 9, 2022

Kerja dah start !!!

Hari ni first day kerja setelah seminggu bercuti. Mood masih hari raya. Masuk office kemudian pc tak boleh nak on sebab motherboard dia rosak. Kena panggil orang repair. Ingatkan boleh selesai hari ni rupakan kena bawa balik. Jadi esok baru dia pulangkan kembali.


Cuti Raya tahun ni memang best sebab lama. Boleh lama-lama di kampung tapi perjalanan di atas jalan raya yang lama. Balik kali ni hari ray pertama sibuk dok kemas rumah dan memasak je. Haha orang datang beraya, sis sibuk dok kemas rumah. Kemas tak habis-habis.


Malam raya kami sedang berbuka di Kuala Krai dengar orang riuh rendah yang esok raya. Ingatkan tipu tapi memang sah Isnin Raya. Allahuakbar semua kelam kabut cari barang untuk persiapan raya. Kak Feni dapat call dari kakak yang tak tahu nak buat apa. Kak Feni adalah bawa balik bekal untuk buat spagety. Ingatkan raya ke 2 baru nak buat. Last-last pagi hari raya masak spagety. Kakak Kak Feni masak nasi lemak.


Huru hara betul la. Pagi raya, abang long berpuluh kali call suruh datang rumah dia buat lemang. Masalahnya kami rumah mek pun tak siap kemas dan ramai anak-anak saudara mek datang. Tak boleh tinggal. Petang raya baru sampai rumah Abang Long.


Segala daging yang ditempah pun kelam kabut gi ambik malam raya. Kak Feni pukul 11.00 malam. Allahuakbar penatnya rasa sebab duduk bersila dalam kereta. Barang banyak bawa dari KL ke kampung. Maklumlah macam-macam nak dibeli kan. 


Tahun ni, baju raya suami dan anak-anak semua ada. Belikan untuk mek, abang long dan abang ngah juga. Rezeki lebih alhamdulillah. Semoga tahun depan lebih kaya boleh sponsor lagi. InshaAllah.


Nanti Kak feni sambung cerita raya lagi.



April 21, 2022

Bersyukur Adalah Nikmat Yang Tidak Ternilai Harganya

 Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi untuk nikmat hidup sampai hari ini. Terima kasih Ya Allah. 


Pejam celik pejam celik dah 19 hari dah berpuasa. Malam ni dah masuk malam yang ke 20. Dah masuk 10 malam terakhir. Allah kenapa lah mood nak menulis ni macam tenggelam timbul. Sedangkan banyak je masa terluang. Nilah bila hati taknak buat sungguh-sungguh kan.


Impian tu besar, nak beli laptop lah nak update hari-hari. Laptop lama dah kena banjir. Dok plan nak beli baru ni tapi masih hati-hati dalam berbelanja sebab takut urusan repair rumah terlebih pulak. Satu-satu benda nak buat ni. Allah dah atur cantik-cantik. 


Kita tinggal nak nikmati jer prosesnya. Nak beli itu nak beli ini, nafsu duniawi tu banyak. Hahaha banyak benda nak kejar. Bulan-bulan puasa ni datang juga insaf. Nak bayar hutang. Nak banyak-banyak bersedekah. InshaAllah. Sedekah yang paling afdal ialah kepada keluarga terdekat. InshaAllah berkat hidup.


Kita ni tak sempurna. Banyak khilaf. Kadang-kadang kita tak sedar yang perbuatan kita ni menyakitkan dan melukai hati orang lain. Nama pun manusia kan. Nak hidup tenang, kita kena sentiasa sedar diri yang kita ni hamba Allah. Allah hantar ujian tanda sayang. Orang kaya dengan ujian sebagai orang kaya. Orang susah dengan ujian sebagai orang susah. Masing-masing ada bahagian.


Allah tu Maha Adil. Kita kena bersangka baik dengan Allah. Kak Feni masa kena banjir. 90% barang dalam rumah rosak teruk tak boleh guna. Hati tu menangis hanya Allah saja yang tahu. Barang yang kita beli dengan hasil titik peluh kita musnah sekelip mata. Kereta yang dah nak habis bayar pun habis. Macam mana ?


Nak ubat duka, kita kena redha. Allah sedang merancang yang lebih baik untuk kita. Selalunya perancangan Allah adalah yang terbaik. Siapa kita nak melawan takdir kan ?




Sekarang ni dalam proses nak bina hidup balik. Nak besarkan anak-anak sampai berjaya dunia akhirat. itu je impian Kak Feni. Entahlah mungkin dah meningkat umur ni. Malas nak berlawan dengan orang dah. Nak nikmati jer hidup ini dengan penuh kesyukuran. Rezeki Allah itu luas. Dia nak bagi bila-bila masa boleh bagi.


Alhamdulillah syukur pada Allah.💓


April 13, 2022

Pengalaman Beli Rumah Pertamaku - Subsale

Bismillahirahmanirahim... Alhamdulillah walaupun menunggu terlalu lama. Akhirnya Kak Feni dah dapat kunci rumah baru yang Kak Feni dan suami beli tahun 2020. Sibuk dengan PKP dan beberapa urusan tergendala. Rumah kami tak boleh nak selesai.


Akhir tahun lepas kena banjir, Kak Feni tekad push ejen dan lawyer suruh cepatkan proses. Kak Feni tak sempat nak ambil gambar. Sabtu 9 April 2022, Kak Feni dapat kunci rumah. Kunci rumah lama pun Kak Feni dah tukar baru tapi pad lock jela dulu. Alhamdulillah.





Bila tengok keadaan rumah, banyak juga yang kena selesaikan tu. 


1. TNB masih ada elektrik. Alhamdulillah hanya tukar nama pemilik je di TNB.


2. Air Selangor, meter pun dah kena cabut. Jadi proses nak cuci rumah tergendala. Tak boleh buat apa juga. kena tunggu pergi uruskan pasang meter baru boleh cuci dan repair rumah. Macam mana nak repair kalau air takde kan ?


3. JMB - Kena uruskan insurans rumah, Kak Feni pun tak faham sangat pasal ni. Kena gi jumpa JMB untuk urusan ni. Yang ejen bagi pada Kak Feni, nama masih owner lama dan dah expired bulan 1 hari tu.


4. Kena emelkan salinan policy insurans kepada Bank BSN (sebab loan Kak Feni BSN). Tak selesai lagi.


5. Cukai Pintu / Taksiran - Kena tunggu tanya macam mana. Lawyer nak buat ke Kak Feni buat sendiri.


Haishhhhh.... Banyak benda nak kena selesai ni. Allahhh permudahkanlah segala urusan Kak Feni dan family. Dapat masuk rumah baru dengan gembira.


Anak-anak dah tak sabar nak masuk rumah baru tapi tak boleh lagi sebab nak kena cuci, repair syiling, paip sngki dll. Dah siap cantik baru kita masuk. Sementara ni kita duduk jela rumah opah dulu. Hahaha


Nak cari orang repair pun bukan senang sekarang ni tapi inshaAllah akan diusahakan. Slow-slowlah, satu persatu kita buat. Nak buat semua sekali tak boleh juga sebab kita kerja. 


* Kak Feni menulis untuk nota sendiri dan rujukan di kedepan hari. 


April 8, 2022

Ramadhan Day - 6

Alhamdulillah hari  ni dapat COD produk Shaklee Omega guard dan herba-lax untuk kawan opis depan. Lambat nau sampainya sebab Kak Feni order online je. Takde masa nak pergi branch. Walaupun cas pos RM10.00 pejam mata jela kan. Dapat untung sikit-sikit pun jadilah kan.


Dulu Kak Feni selalu stress sebab nak kejar sale juta-juta lemon akhirnya diri sendiri yang parah. Stok tak terjual dan modal tak balik. So, sekarang ni kita belajar balik lah dari kesilapan. Buat apa nak kejar pujian orang ramai sedangkan diri kita sendiri yang merana kan.

Takpelah so so pun, janji cukup makan, cukup pakai, boleh bayar komitmen setiap bulan, boleh enjoy sikit-sikit jadilah kan. Kak Feni mula belajar bersederhana dalam kehidupan. Rezeki milik Allah dan anytime dia boleh bagi dekat kita. Tugas kita sebagai hamba hanya mohon dan berusaha.


Dah tua-tua ni nak hidup tenang je. Haha eh dah tua ke Kak Feni ni ? Dewasa lah kan. Boleh la fikir yang mana baik dan yang mana buruk. Taknak dah push-push diri sampai stress dan sakit. Bila sakit susahkan semua orang. Hidup seadaanya dan sedia menerima kenyataan.




Buat Shaklee dah lama dah. Orang tanya pasal vitamin pun inshaAllah masih boleh guide dengan betul sebab Kak Feni pun pengguna tegar Shaklee. Sambil-sambil makan boleh buat side income. Siapa nak tolong kita masa kita susah kan?


Kak Feni ni biasalah, bukan boleh ada untung sikit. Mulalah otak bercabang sana sini nak beli tu nak beli ni. Makanya belilah lipstick dan syampu Nuraisya. Pantang dengor promo kan. 2 benda ni RM25. Kebetulan lipstick Kak feni pun dah habis. Kita beli jela. Bulan-bulan puasa ni kita pakai yang natural jela. Baru nampak natural beauty gitu.




Esok cuti Sabtu. InshaAllah ada rezeki Kak Feni share kejadian esok. Harapnya income masuk juta-juta Ringgit Malaysia sebab nak beli kereta baru. Doa bulan Ramadhan ni kan makbul. Amin.

April 7, 2022

Ramadhan Day 5

Haha semalam baru cerita pasal Adik Rayyan masih berpuasa penuh. Balik kerja semalam terus dapat report dari abahnya yang abang call cakap adik dah selamat berbuka puasa. Dia balik sekolah agama, opah nampak letih je. Terus offer adik nak berbuka ke? Haaa dia apa lagi terus on lah.


Adik kata siapa suruh abang tengok adik makan. Dahla tak puasa, di offernya abangnya makan coklat yang ada dalam peti. Abangnya bersabar sampai berbuka. Ni yang buat abang tergugat iman ni. Hahaha ayat budak umur 10 tahun. Abang alhamdulillah masih kuat iman. Masih berpuasa penuh. Adik dah ponteng sehari.


Balik ni kita dengar pulak apa drama anak-anak. Sementara nak besar ni. Alhamdulillah dapat nikmat berpuasa tahun ni. Semalam balik singgah beli murtabak dan kuih-muih tepi jalan je. Malas nak masuk bazar sebab masa dah suntuk.


Kami berbuka ala kadar je. Ummi alhamdulillah puasa kali ni masih tak minum ais dan kurang minum manis. Bukan apa risau takut susah nak solat. Kalau minum ais, siaplah nak bangun pun susah. Makan kurma, minum air, makan ringan-ringan terus bersiap untuk solat. Kalau tak buat macam ni, hegeh-hegeh jawabnya lebuh la.


Tengok makanan sedap-sedap ni bukan anak-anak je yang tergoda. Kita ummi abah pun sama. Mengalahkan budak-budak. So far, lepas beberapa hari berpuasa ni, badan macam okey dah dari hari pertama hari tu. Nye sakit kepala sampai tak leh nak buat apa. Malam pertama je boleh gi surau buat terawih. Malam kedua pancit. Lepas solat terus baring. Tak kisah dah apa nak jadi. Haha


Semalam dah beransur baik. Kak Feni perasan mungkin ambil suplemen tambah tenaga. Kak Feni ambil vitamin C, alfalfa dan GLA Complex dari Shaklee. Alhamdulillah rasa macam bertenaga dari sebelumnya. Alfalfa tu macam jamu yang boleh memberikan tenaga. Memang beza sangat kalau tak ambil dengan ambil. Alhamdulillah memang membantu urusan untuk berpuasa ni. Kalau asyik sakit kepala macam mana nak buat solat terawih kan.


Hari ni produk yang Kak Feni order dah sampai. Jauh posnya dari Kelantan sana.




Kak feni order deodorant yang glamer dari amway tu. Ala yang Neelofa pun pakai tu. Ahh asal artis pakai kita pun nak pakai. Bukan bukan ... Sebab feedback pengguna pakai macam bagus dan best. So, why not kita pun try kan? Kebetulan deodorant Kak Feni dah habis.


Sambil support kawan-kawan kita order lah kan. Bila dengan kawan-kawan ni, dia upsell pulak suruh kita try kordial. Okeylah okeylah kita cuba perisa oren. Tak sedap siap mu Sherry !!!


By the way kalau korang nak try juga deodorant amway yang sedang terlaris dan laku keras serang boleh kontak sahabat Kak Feni yang cantik manis melalui wasap  +60 11-1093 9019 - nama dia Emy. Dia boleh consult produk amway dengan baik untuk korang.


Okey bye ! Selamat berpuasa.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...