July 13, 2021

Bila Nak Habis PKP ni ?

Apa aktiviti korang musim kena kurung ni? Dah dekat 2 bulan kena kurung dan duduk rumah ni. Nak keluar pun takut. Sampai bila lah kita nak macam ni.


Setakat ni alhamdulillah masih cukup makan minum dan keperluan harian. Kedepan tak tahu lah macam mana. Allah bantulah kami. Tak tahu nak fikir macam mana dah. Hanya Allah tempat bergantung dan memohon pertolongan.


Rezeki makan minum alhamdulillah tak putus. Takut nak tengok media sosial sebab ramai yang terkesan dengan PKP kali ni. Ramai yang hilang punca pendapatan sampai nak makan pun takde duit. Allahuakbar sedihnya. Sama-sama lah kita tolong kita. Kalau tak dapat nak bantu banyak. Kita bantu sikit. Sama-sama kita hadapi semua ujian ni dengan tabah.


Doakan agar semuanya kembali pulih. Anak-anak dapat pergi sekolah dengan gembira dan kita boleh bekerja mencari nafkah dengan bahagia selagi diberikan peluang di dunia ni. Kadang-kadang rasa macam dunia ni dah terlalu tua. Dah nak penghujungnya. Rasa takut pun ada namun kita sebagai hamba Allah yang beriman harus kuat dan tabah dalam menghadapinya. Semoga Allah sentiasa tetapkan hati kita agar kuat semangat dan kuatkan iman kita sampai ke penghujungnya. InshaAllah.


Hari minggu biasanya Kak Feni akan sibuk dengan PDPR anak-anak. Kadang-kadang tak terbuat pun ada jugak sebab macam-macam masalah. Anak-anak taknak buat. Nak paksa-paksa pun sampai stress diri ummi ni. Jadi buat jela apa yang boleh buat.


Nak ajar anak-anak ni ummi yang kena fokus dan faham dulu. Kalau kita pun tak faham macam mana nak ajar anak-anak. Allahuakbar baru ada anak dua. Ni pun macam tak terhandle. Kadang terfikir macam mana lah mak-mak yang anak ramai tu. Nak buat kerja rumah lagi nak masak nak kerja nak ajar anak-anak lagi. Semoga kita semua kuat lah menghadapi semua ni.


Stay positif. Jaga kesihatan mental. Kuatkan semangat. Kalau rasa tak mampu jangan paksa diri dan sentiasalah berdoa agar Allah sentiasa permudahkan segala urusan kita. InshaAllah.

July 11, 2021

Barang Shopee Dah Sampai

Yeah setelah berapa lama tunggu akhirnya sampai jugak barang yang Kak Feni order di Shopee. Tunggu lama sebab nak jimat kos penghantaran kan. Hehe.


Apa barang yang Kak Feni order tu ?



Jeng jeng jeng barang mekap je. Eyebrow dengan lipstip dengan pembayang mata aka eye shadow. Haha PKP dah dekat 2 bulan kena stay at home ni gagah Mak Jemah beli mekap. Mekap nak gi mana tak tahu. Mekap lawa-lawa gi masak kat dapur. Hahaha kau hado sis?


Musim PKP ramai yang stress dan kemurungan. Maklumlah tak boleh nak keluar kan. Anak-anak semua kena kurung. Kalau macam Kak Feni yang duduk rumah bawah ni okey lagi boleh la keluar depan rumah ambil angin segar. Kalau yang jenis duduk dalam rumah flat, apartment, kondo dan sebagainya tu lagi naya. Memang betul-betul kena kurung lah.


Sekarang ni nak pergi mana-mana pun tak boleh. Anak-anak kena belajar di rumah secara online. Allahuakbar. Kak Feni memang pentingkan pelajaran tapi kalau sampai anak-anak stress kita pun stress tak guna jugak. Ada lah jugak Kak Feni order mainan untuk diorang sebab memang takde aktiviti di rumah selain main game di handphone.   


Bila dah lama kena kurung ni, macam-macam rasa nak buat kat rumah ni. Bosan tu tak tahu nak cerita. Cari aktiviti supaya tak stress. Malam-malam kami mengaji.  Jangan dibuat main dengan stress ni. Boleh kemurungan. Cara nak kontrol stress ialah dengan mengembirakan hati sendiri. Shopping online pun terapi juga sebab boleh buat kita happy. Belilah apa-apa yang kita suka untuk kembalikan mood. 


Anak-anak pun apa salahnya kita layankan minat dan hobi diorang. Asyik nak stress dan tertekan, hidup pun tak bahagia. Kita sama-sama hadapi ujian hidup ini dengan lebih positif. Ada lebih kita bersedekah. Takde takpe, jangan paksa diri. Semua orang tengah susah tak kira siapa pun. Namun ingatlah ujian hebat untuk orang yang hebat. Mesti ada jalan. Jangan ambil jalan singkat untuk buat benda yang bukan-bukan. Kalau rasa nak bercerita meluahkan perasaan carilah sahabat yang boleh berkongsi cerita.


InshaAllah semuanya akan baik-baik dan sentiasa memohon pertolongan dari Allah. Hanya Allah tempat kita mengadu dan takkan pernah mengecewakan kita. Alhamdulillah. Semoga virus c19 cepat berlalu dan kita boleh hidup dengan aman dan bahagia di dunia yang fana ni. InshaAllah.






July 8, 2021

Hari Macam Biasa Saja

Hari ni PDPR macam biasa lewat sokmo sebab kena ikut mood anak-anak. Tunggu okey baru buat tapi tak boleh nak ikut sangat jugak sebab ada masa kena bertegas. Ada masa kena berlembut. Untuk Abang Aus alhamdulillah bersyukur sangat sebab dia memang boleh bawa diri. Kak Feni cuma pantau bila nampak dia leka dan tak buat kerja sekolah.

Untuk adik memang kena bagi perhatian 100% pada dia. Kena tengok dan fokus betul-betul bila nak ajar dia. Dari umur 5 tahun sekolah pergi celam celup sebab banyak akai. Tahun ni kena PDPR lagi lah seronok sebab tak perlu pergi sekolah tapi kadang-kadang dia cakap rindu juga nak pergi sekolah.

Memanglah rindu dik, sebab asyik berkurung di rumah je. Kes taknak pergi sekolah sebab susah bangun pagi je. Yang lain okey. Masa boleh sekolah hari tu dah seronok pergi sekolah dah. Seronok sebab dah ada kawan dan pandai membeli di koperasi sekolah. Hari-hari ada je barang baru yang dia beli. Kadang-kadang pensil, pemadam, buku dan mainan. Jangan tak tahu mainan pun ada.


Dia kurang habis duit ke makan sebab dah makan kenyang-kenyang sebelum pergi sekolah dan dia bukan pemakan macam abang dia. Abang Aus semua okey, janji order je menu yang dia nak. Tak makan boleh nangis. Haha.


Ni lama duduk dalam rumah tak boleh kayuh basikal. Badan pun dan bulat ummi tengok. Abahnya risau suruh dia bersenam sebab takut obesiti. Dia kuat makan. Hari-hari makan berulang-ulang. Tu Kak Feni mesti sediakan bahan makanan untuk dia sebab malam-malam pun nak makan. Buka kedai mamak lah umminya bila malam. Maklumlah sekarang kan PKPD, kedai buka sampai pukul 8.00 malam je. Nak order food panda pun tak boleh. 


Anak-anak nak membesar ni memang lah kena sediakan makanan untuk diorang. Kalau tak boleh buat gaduh. Ummi tak sayang anak lah macam-macam. Haha bila bab anak-anak ni memang boleh buat touching. Apapun urusan kita hari ni dan esok. Semoga Allah permudahkan dan diberikan kekuatan untuk menghadapiNya. Tabahlah dan semoga bumi ni cepat sembuh. Kami rindu keluarga kami. InshaAllah.

July 7, 2021

Santai-santai Saja

Setiap hari kita bangun pagi dan berdoa agar semuanya akan baik-baik saja. InshaAllah semuanya akan baik-baik saja. Bukan senang nak adjust minda kita dari negatif ke positif. Setiap hari jangan lupa berdoa agar segala apa yang kita impikan menjadi kenyataan.


Alhamdulillah untui setiap nikmat yang Allah berikan. Terima kasih ya Allah. Hari ni berlangsung dengan baik sekali walaupun ada juga yang carca marba. Anak-anak bangun lambat dan tak dapat join google meet. Buat yang mana boleh je. Alhamdulillah dah siap hantar dah.


Kak Feni fokus kepada mata pelajaran yang penting je. Kadang-kadang rasa stress sangat sampai tak mampu nak hadap. Bila stress mulalah badan dan otak ni rasa penat. Tak boleh nak fokus. Semua kerja akan tergendala. Manakan tidaknya, masa tu lah nak masak. Masa tu la nak bagi anak makan. Nak uruskan rumah lagi. 


Hal-hal pejabat, boss tak pulun lagi sekarang ni. Kalau dia suruh buat baru buat. Alhamdulillah. Tapi hati ni risau jugak sebab dah hampir 2 bulan ni kena duduk rumah. Jadi cikgu anak-anak. Kalau boss dah tak mampu nak bayar gaji tak tahu lah macam mana. Kes pun semakin naik tak nampak penurunan pun walau PKPD. 


Semuanya Kak Feni serahkan pada Allah untuk uruskan. Ni pun dah berjimat cermat sangat dah. Tak boros mana sebab risau juga lah kalau company jadi apa-apa. Nak backup plan pun takde Kak Feni ni. Setakat buat bisns online sikit-sikit untuk tampung bayar-bayar bil dan komitmen. Allah semoga Kau tunjuklah jalan keluar.


Anak-anak makin membesar ni memang perlukan banyak belanja. Rasa macam nak buat dropship jugak lah tapi tak tahu nak buat apa. Shaklee ni on macam biasa sebab tak perlukan modal yang besar. Ada order kita order online je sebab tak perlu simpan stok. Yang lain tu tak tahulah. Nampaknya kena masuk kelas balik ni sebab nak cari semangat baru. Demi anak-anak dan untuk mencari kekuatan diri jugak ni.


Allah, permudahkanlah segala urusan kami semua.

July 5, 2021

Selesai Jugak PDPR Anak-anak Hari Ni

Alhamdulillah untuk hari ni. Terima kasih Allah sebab masih diberikan peluang untuk menjalani hidup ini. Rutin biasa sebagai isteri dan ibu kepada 2 orang anak bujang.


Hari ni ummi tak berapa nak sihat sangat. Jadi pelajaran anak-anak pun tak boleh nak fokus. Malam tadi pukul 9 lebih baru selesai semua kerja sekolah hari ni. Walaupun hanya 2 mata pelajaran untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Dia punya struggle nak mengajar anak-anak tu hanya tuhan je yang tahu.


Ni baru rasa sihat sikit jadi baru boleh udpate dekat blog ni. Hehe rugi pulak tak menaip kan. Lama-lama tak menulis boleh tepu otak ni. Maklumlah dah dekat 2 bulan ni tak masuk pejabat. Kerja pejabat pun banyak yang dah pending tu. Allah nanti masuk tak tahu nak mula yang mana. 


Tempat Kak Feni pulak kena PKPD. Tempat korang macam mana? Nak keluar pun takut tapi petang-petang ada jugaklah keluar ambil angin. Dua tiga hari ni tak keluar sangat sebab hujan hari-hari. Dok berkurung je dalam rumah. Semalam kipas dalam bilik utama pulak rosak. Nasib lah ada kipas berkaki ni. Boleh lah alih sana sini. Kalau tak mau anak-anak tak boleh tidur. Tambah yang kecil tu memang tak boleh tidur kalau takde kipas.


Apapun tetap bersyukur sebab masih diberikan peluang untuk hidup dan menjalani hari-hari yang mencabar ni. Syukur sebab masih punya makanan untuk hilangkan lapar dan boleh bersama anak-anak. Alhamdulillah.


Ramai orang di luar sana yang sedang berusaha keras untuk teruskan hidup. Kak Feni pun tak tahu sampai bila company yang Kak Feni kerja sekarang boleh bertahan. Semoga cepatlah pulih bumi ni. Cepatlah pulih Malaysia. Allah, sembuhkanlah semuanya dan lindungilah kami dari segala musibah. Selamatkanlah kami dari api neraka dan permudahkanlah segala urusan kami.


Sekarang bukan soal nak menyalahkan siapa-siapa atau menunding jari ke mana-mana. Sama-sama kita berdoa dan berusaha untuk pulihkan semua ni. Bantulah apa yang patut. Tak mampu nak bantu, kita bantu apa yang kita mampu. Buat apa yang dirasakan perlu. InshaAllah hidup ini akan lebih indah jika kita saling bantu membantu dan sayang menyayangi sesama manusia. 


#KakFeniStory

July 2, 2021

Selamat Datang Julai 2021

Dah setengah tahun dah kita ye? Dah masuk bulan Julai dah kita ni. Dengarnya PKP disambung lagi. Allahuakbar semoga dipermudahkan segala urusan kita.


PKP kali ni dah ramai yang terkesan. Tak tahu macam mana dah nak cerita. Ke mana hala tuju kita ni sebenarnya ? Sampai bila kita nak terus macam ni? Kesian pada mereka yang terkesan. Termasuklah kami ni. Boleh kira kita semua memang sangat terkesan. Last balik kampung tahun lepas. Tu pun masa dia buka rentas negeri.


Terima kasih Ya Allah sebab gerakkan hati kami untuk balik masa tu. Balik kampung lama dari sebelum ni. Dapat luangkan masa dengan mek. Seronok sangat dia bila anak, menantu dan cucu-cucu balik. Sempatlah bawa dia jalan-jalan pusing Kelantan dan ke Besut, Terengganu. Seronoklah dapat berjalan. 


Nak berjalan pun tunggu anak cucu balik dulu. Mek pun dah uzur tak sekuat dulu dah. Umur pun dah masuk 70-an. Jadi apalah kudrat yang tinggal. Rindunya nak balik kampung. Allah, semoga kita semua kuat dan mampu untuk menghadapi ujian ni. Allah, sembuhkanlah bumi ni dan ampunkanlah segala dosa-dosa kami ya Allah.


PKPD di Hulu Langat akan bermula pada 3/7/2021 - 16/7/2021 selama 2 minggu. Jadi dalam tempoh PKPD ni, hanya seorang ketua rumah sahaja yang boleh keluar. Allah, kami memang tak keluar pun. Duduk rumah je dan kadang keluar buang sampah je. Bahan makanan mentah semuanya husband Kak Feni je yang keluar beli. Kak Feni duduk rumah dengan anak-anak.


Hari-hari anak mengadu nak balik kampung nak tengok tokmek. Nak keluar nak jalan. Allahh!!! Kita semua sedang berjuang. Semoga kita semua kuat. Ujian ni bukan kita saja. Semuanya pun sedang mengalaminya.


Ramai yang dah mula angkat bendera putih menunjukkan yang mereka sangat-sangat terkesan dengan PKP ni sampai bekalan makanan pun habis. Kita rasa kita susah, masih ramai yang diluar sana lebih susah. Jadi bagi kita yang masih punya pendapatan, punya makanan di rumah. Bersyukur dan bantulah mereka yang memerlukan. Kita support each others. 

Kita order food panda bukan sebab kita kaya tapi niatkan untuk bersedekah. Kalau lebih pun halalkanlah. Mereka pun mencari rezeki yang halal. InshaAllah akan ada keberkatan disitu. 


Ada lebih, kita berkongsi rezeki. Kalau takde kita doakan agar dipermudahkan segala urusan. Alhamdulillah.

June 30, 2021

Insuran Penting atau Tidak ?

Dalam blog satu lagi Kak Feni ada berkongsi tentang selesai terminate policy insuran yang dibuat hanya melalui panggilan call. Selesai Batalkan Policy Insurance Sun Life. Apa-apa policy pun mesti akan ada terma dan syarat. Kak Feni baca betul-betul syarat-syarat dia dan fahamkan walaupun tak berapa nak faham.


Dalam polisi tu akan ada tempoh bertenang. Polisi Kak Feni tu dia bagi 15 hari tempoh bertenang. Alhamdulillah lega sebab boleh berfikir dengan waras. Dah dapat je polisi terus Kak Feni buat surat untuk terminate sebab rasa macam tak mampu.


Artikel tu banyak view dari google dan ramai yang komen, pm, whatsapp, dm dekat ig dan emel Kak Feni untuk mohon bantuan macam mana nak buat surat. Maafkan Kak Feni bagi yang terlepas pandang sebab Kak Feni pun kadang-kadang tak perasan. Bukan sombong atau taknak tolong tapi kalau untuk fast respond Kak Feni akan reply email sebab Kak Feni inshaAllah hari-hari akan check email.


Walaupun artikel tu ramai ejen insurans tak suka tapi itulah hakikatnya yang Kak Feni hadapi. Bukan nak mencantas rezeki orang. Percaya dengan rezeki yang Allah bagi. Bila kita mudahkan urusan orang lain, inshaAllah Allah mudahkan urusan kita.


Penting ke tak penting insurans ni ?


Terpulang pada individu. Macam Kak Feni pun rasa sangat penting juga, tambahan untuk anak-anak. Kak Feni memang ambil takaful untuk anak-anak. Ambil dari umur berapa bulan lagi. Alhamdulillah masih on takaful anak-anak tu walaupun paymentnya on off. Maklumlah kadang-kadang pendapatan tak menentu.


Teringat masa Abang Aus umur dalam 1 hingga 3 tahun. Selalu masuk hospital sebab selalu sakit. Gaji Kak Feni dengan suami masa tu memang tak banyak. Cukup makan je tapi bab anak-anak memang nak bagi yang terbaik. Dapatlah masuk hospital swasta dengan sekali masuk bayaran pun dah beribu. Seingat Kak Feni 3 kali jugak lah abang aus ulang alik masuk hospital. Kos rawatan masa tu cecah ribuan ringgit. Kalau takde takaful memang tak dapat la. Nak tunggu hospital kerajaan tak tahu lah. Tu lah kelebihan takaful.


Ikut polisi masing-masing. Untuk polisi Abang Aus, kalau warded, takaful akan bayar RM150 untuk semalam. Sekarang Abang Aus dah 9 tahun lebih. Takaful dia pun dah berumur 9 lebih. Adik dah nak masuk 7 tahun. Alhamdulillah walaupun celap celup bayar tapi masih belum lapse. InshaAllah ada duit nanti kita bayarlah.


Ini untuk masa depan anak-anak. Andai jadi apa-apa kat ummi dengan abah. InshaAllah ada lah backup sikit untuk anak-anak. Apapun kita serahkan semua urusan kita pada Allah. 


Bagi Kak Feni untuk mereka yang ada banyak tanggungan contohnya buat loan ke apa ke baik ambillah takaful atau insuran supaya kalau jadi apa-apa pada diri kita, orang  lain tidak menanggung bebannya. Kita pun boleh meninggal dengan tenang. InshaAllah begitulah hendaknya.


Itulah sedikit perkongsian Kak Feni pasal insuran atau takaful ni. Alhamdulillah yang baik tu dari Allah dan yang kurang itu dari Kak Feni sendiri.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...