June 24, 2021

Bersyukur Untuk Hati Yang Bahagia

Dalam hidup ni kita akan sentiasa diuji dengan berbagai ujian yang kita sendiri tak tahu apa, bila dan dimana. Sebagai seorang umat Islam yang beriman kita hendaklah sentiasa bertawakal dan berdoa pada Allah agar sentiasa diberikan kekuatan dalam menghadapi semua ujian.


Kadang-kadang kita rasa ujian kita ni sangat berat untuk dipikul, namun hakikatnya Allah tidak akan menguji hambaNya semampunya. Bermakna sepahit mana pun ujian yang Allah bagi, mesti ada hikmah disebaliknya. Mesti ada jalannya. Yakin dan lalui saja serta nikmatinya.


Nak jadi insan yang baik dan menuju ke jalan Allah itu memang perlukan banyak pengorbanan. Ini adalah kerana syurga itu bukan percuma. Dunia ini hanya persinggahan sementara menuju ke negeri abadi. Kita manusia tidak layak untuk menghakimi orang lain sebabnya setiap orang ada ujian masing-masing. Setiap insan itu ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.


Siapa kita untuk menghakimi orang lain. Hanya Allah saja yang tahu. Kita sebagai hamba harus sentiasa berusaha menjadi orang yang baik dan lebih baik. Kita tak sempurna, dan banyak kesilapan. Dari kesilapan itu sebenarnya kita belajar untuk jadi lebih baik. Terus berusaha dan jangan putus asa. Hidup ini ibarat roda juga. Kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang di bawah. Allah nak uji dengan kekayaan dan kemiskinan pun sekelip mata.


Peringatan untuk diri sendiri juga. Jangan selalu mendongak ke langit dan selalulah sujud ke bumi kerana berbisik pada bumi namun langit pun mendengarnya. Alhamdulillah untuk hidup ni dan sentiasalah bersyukur.





June 23, 2021

Shopping Online Bulan Jun 2021 - Tempoh PKP 3.0

Mari kita flashback apa yang Kak Feni dah shopping di shopee bulan ni. Maklumlah start kena duduk rumah awal bulan Jun hari tu. Hari ni dah 23 haribulan dah. Lagi seminggu kena duduk rumah. Tak tahulah PKP ni sambung lagi ke tak.


Jom tengok apa yang Kak Feni dah shopping ya.




Beg Mekap untuk Kak La. Cantik kan ? Beli dekat shopee je. Boleh pilih yang mana nak. Yang bestnya dekat shopee ni kita boleh cari yang paling murah. Haha bergantung pada rezeki jugak. Kadang-kadang terbeli tiba-tiba eh turun harga. Makanya bertabahlah, dah bukan rezeki dapat murah kan.

Okey next apa lagi yang Kak Feni beli.



Barang motor husband Kak Feni. Yang ni harga mahal jugak. Dekat RM200 semuanya. Maklumlah banyak kedai tak buka jadi semua spare part motor kena beli online. Nasib baik ngam dan sesuai dengan motor. Hurmm banyak dah modal habis ke motor tu tapi takpela benda nak guna kan.



Ini pulak gun spray untuk Kak Jua. Beli 2 untuk kegunaan rumah dan tabika tempat dia kerja. Kak Jua cikgu sekolah tabika. Jadi gun spray ni memang berguna sangat untuk pastikan kelas sentiasa bersih dan nyah kuman. Dia order 2 set sekali dengan cecair disinfect tu. Berat jugak la. Kak Feni takkan buka box orang lain kalau sampai. Biar owner dia unboxing sendiri.



Kemudian order lagi bekas beras. Cantik sungguh bekas beras ni. Boleh muat 10kg beras. Nampak kecil tapi boleh muat banyak. Sangat cantik dan jimat ruang. Boleh letak tempat yang sempit tapi tinggi. Dia dalam bentuk kotak jadi mudah nak susun. Nak topup dan ambil beras pun mudah. Boleh beli jugak untuk diri sendiri.

Abaikan kaki Abang Aus tu sebab dia pun antara orang paling kalut nak pasang.


Tester Skincare Nutox. Yang ni lama betul nak sampai. Kak Feni dah cancel order baru dia nak post. Disebabkan lambat sampai, Kak Feni order lagi set Wardah. Haha tak sabar punya pasal. Pencuci muka Kak Feni dah habis, jadi memang tak sabarlah. Dahlah nak pergi drugstore pun susah dengan anak-anak ni. Bukan boleh bawa anak. Seorang je boleh keluar kan.



Yang ni rak letak bawang mak mentua Kak Feni. Yang hitam tu tempat susun pinggan dalam kabinet. Beli 3 semuanya yang hitam tu sebab nak test letak pinggan dalam kabinet. Nampak okey, muat, ngam cantik nanti kita order lagi. Memang kena order lagi sebab tak cukup. Yang rak bawang tu banyak benda boleh letak. Bawang, serbuk cili, kari dan sebagainya.

Bekas minyak terpakai. 


Yang ni sebenarnya Kak La yang beli tapi bila sampai besar sangat. 1.7 liter jadi Kak La tukar dengan mak tapi belum sampai. Mak yang rasmikan dulu.


Ni rak beroda Kak La, sekali sampai besar. Haha dia nak yang kecil boleh selit tepi meja. Takpela janji boleh guna. Senang je nak pasang benda ni. Lepas ni Kak Feni nak beli untuk rumah kami jugak. Tapi tunggu rumah baru, InshaAllah.

Lepas ni ada lagi beberapa barang yang akan sampai. Masih dalam perjalanan. Begitulah kisah PKP kali ni. Duduk rumah ingat boleh berjimat ke? Shopping online sebab semuanya di hujung jari. 

June 22, 2021

Masak-masak Dengan Kak Feni


 

Setelah beberapa hari cuti memasak, hari ni Kak Feni masak makan tengahari merangkap malam terus. Kira macam sekali masak untuk sehari terus. Hehe telur dadar Abang Aus lupa nak ambil gambar sebab dah lapr sangat. 


Hari ni masak ikan kembung 3 rasa, sayur sawi dengan tofu telur dan telur dadar. Semalam beli sup dengan gulai daging. Ya ampun dagingnya liat sampai sakit gigi mengunyahnya. Haha makanya hari ni nak taknak kena masak. Abang Aus kata sakit gigi abang makan daging tu. Selalunya ummi masak daging mesti sampai empuk dan lembut. Bila beli daging liat, Allahuakbar sedih rasa. Harga dahla mahal sekarang ni. 


Kalau diikutkan masak sendiri dan beli pun lebih kurang je tapi anak-anak dah jemu beli. Suruh ummi masak jugak walaupun cincai. Ummi pun tak pandai masak. Nak masak tengok resepi dulu lepas tu baru beli bahan dan masaklah macam mana pun janji ada rasa dan boleh makan. Asal kenyang perut.


Kak Feni akan masak siap-siap sebelum zuhur. Makan solat dan sambung PDPR untuk sekolah agama pulak, Alhamdulillah bolehla belajar sikit-sikit walaupun penuh dengan cabaran. Baru anak 2 dah pening. Allah semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.

June 21, 2021

[Review] Try Wardah Skin Care Untuk Kekalkan Kulit Cantik Berseri

 Assalamualaikum semua.


Alhamdulillah hari ni Kak Feni dah terima parcel yang mengandung Skin Care Wardah. Belum mencubanya lagi.



Nanti dah Cuba kak Feni akan tulis review produk ni ya. Sekarang ni Kak Feni Cuba dulu set basic ni. Ada facial cleanser, toner dan krim siang. 3 produk ni memang sangat penting untuk kekalkan kebersihan dan kelembapan kulit wajah. 


Ni adalah kali pertama Kak Feni nak Cuba produk Wardah ni sebab yang lain banyak dah habis. Musim pkp ni tak boleh nak walkin beli di drugstore. Jadi semuanya kena beli secara online. 


Alhamdulillah sampai jugak walaupun ambil masa yang lama. Tak sabar nak Cuba dan bagi feedback. 


Macam mana boleh nak try Wardah ni? Sebab selalu tengok ig Dayah Bakar, hehe. Dia selalu share produk skincare yang dia pakai. Walaupun duduk di oversea masih bawa produk Wardah. 

May 29, 2021

Bersyukur Di Usia 30-an Ini

Alhamdulillah tahun ni Kak Feni dah berumur 35 tahun dah. Tahun depan dah 36 tahun. Lagi 5 tahun nak masuk 40-an. Banyak pengalaman hidup yang Kak Feni dah lalui. Dari rasa sesusah-susahnya hingga boleh hidup sederhana macam hari ni. Nak kata kaya sangat tu taklah tapi alhamdulillah cukup semuanya.


Terima kasih dengan nikmat yang Allah bagi selama ni. Nikmat rasa susah, nikmat rasa senang, nikmat rasa mewah dan semua nikmat yang Allah bagi. Alhamdulillah syukur sangat-sangat.


Nak kata duduk dalam zon selesa tak juga. Masih lagi berusaha keras untuk selesaikan segala hutang dengan manusia dan juga bank. Setakat ni ada loan kereta dan Mara. Yang lain tu installment biasa. Motor dah habis bayar dan installment handphone. Haha handphone beli installment sebab tak mampu nak bayar sedebuk. Hutang dulu.


Loan rumah dah lulus dan tunggu dapat kunci baru mula bayar. Harapnya urusan selesai tahun ni inshaAllah. Semuanya dengan izin Allah. Husband Kak Feni pun ada berapa ribu je lagi loan dengan CIMB dan ASB loan. InshaAllah kalau dah selesai semua ni taknak tambah hutang dah. Nak simpan sendiri. 


Anak-anak pun Kak Feni ada ambil takaful. Pernah terfikir nak batalkan policy tapi rasa macam rugi pulak. Lepas ni nak survey saving yang macam mana. Untung masa Abang Aus dulu sebab dia selalu masuk wad. Cuma bayar pendaftaran masuk je. Tu pun ejen takaful yang uruskan semua. Tahun ni ejen dah tarik handbrake. Serahkan urusan pada orang atasan dia. Tengoklah macam mana. Nak teruskan atau nak stop nanti Kak Feni fikirkan macam mana.


Musim PKP ni banyak benda nak kena fikir sebab gaji pun dah tak ontime. Dah dekat 2 tahun masalah covid ni. Kita pun tak boleh nak salahkan majikan sangat kena usaha jugak ikut lain cari duit sampingan. Buatlah dropship ke apa pun janji duit tak putus. Semua orang struggle sekarang ni. Siapa yang ada bisnes kecil-kecilan tu okeylah boleh tampung. 


Alhamdulillah Kak Feni bersyukur sangat sebab buat banyak kerja dalam satu masa. Kerja pejabat dan kerja sendiri. Tulis blog dan meniaga dropship, shaklee dan jual tudung. Tak masuk yang ni, yang itu masuk. Alhamdulillah terima kasih ya Allah.


Tak sia-sia Kak Feni pulun update blog dari dulu lagi pasal produk Shaklee sebab masa musim covid ni memang orang akan cari suplemen untuk kuatkan imun badan. Vitamin C memang laku keras sampai stok di HQ pun habis. Sama-sama kita ikhtiar dan lawan virus ni.


By the way Kak Feni pun dah daftar untuk terima suntikan vaksin tapi masih dalam proses menunggu giliran. Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah dan banyakkan berdoa.


Motif Kak Feni di sini untuk berkongsi yang hidup secara sederhana. Berhutang untuk yang mampu dan jangan bebankan diri kita dengan hutang yang tak perlu. Bersederhana dalam setiap perkara. Beringat selalu yang langit tak selalu cerah. Kadang-kadang hujan di tengah jalan. 


Namun dalam hidup ini sehebat mana pun kita merancang, Allah jugalah sebaik-baik perancang. Jadi segala yang berlaku semuanya dengan izin Allah.



  

Lockdown 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021

Setelah ramai rakyat Malaysia mendesak agar kerajaan buat lockdown sebab kes semakin hari semakin meningkat, hari ni Perdana Menteri kita dah umumkan yang lockdown akan bermula pada 1 Jun hingga 14 Jun 2021. Jadi selama 2 minggu ni kita akan stay at home dan work from home.


Macam Kak Feni ni apa sangat boleh buat kalau work from home. Hanya boleh gunakan handphone jela. Nak print dan buat filing segala dokumen memang kena masuk office. Tambah pula bila melibatkan dokumen yang perlu ditandatangani. Mana boleh kita buat di rumah.


Apapun tetap bersyukur sebab masih ada kerja dan masih boleh hidup dalam keadaan semua orang sangat risau dengan keadaan semasa. Takpelah buat lockdown pun asalkan nyawa ramai orang selamat. Dah macam tak terkawal dah rasanya. Pusat kuarantin pun dah penuh tak cukup katil. Di hospital pun nampaknya dah penuh di bahagian forensik sampai kena tambah tempat baru untuk simpan jenazah pesakit covid.


Allah, semoga kita semua dilindungi Allah dari segala penyakit merbahaya. Kak Feni dan anak-anak duduk rumah je sekarang ni. Kalau kerja jer terpaksa hantar anak-anak ke rumah mentua. Allah risau sangat keadaan sekarang ni. Anak-anak masih kecil dan mak ayah mentua pun dah berumur. Jadi memang risau sangat. Balik kerja terus balik rumah mandi bersih-bersih baru pergi jemput anak-anak di rumah mentua.


Kalau PKP 1.0 tahun lepas kami memang tinggal di rumah mentua sebab dah duduk sana. Kali ni kami ambil keputusan nak duduk rumah sendiri sebab takut diorang kan dah berumur. Kita beringat dan berjaga sebelum kena. Semalam nasib baik sempat singgah di kedai beli barang makanan yang kering tu sebab semua makanan dah habis. Hari ni masak cincai-cincai je asal kenyang perut. Nak mewah-mewah pun takut sebab tak tahu apa nak jadi kemudian kan. Kita beringat lah.


Kak Feni doakan agar semua urusan kita dipermudahkan dan virus ni cepat berlalu agar kita boleh hidup bebas macam sediakala. Kita serahkan segala urusan ni kepada Allah sebab Allah saja yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.


May 19, 2021

Anak-anak Dah Start PDPR Di Rumah

Dua tahun ni sangat mencabar bagi Kak Feni dan juga semua ibu bapa yang ada nak masih belajar. Masa PKP awal hari tu okeylah sebab semua duduk rumah. Work from home. Tapi sekarang ni dah kena masuk kerja jadi kena tunggu ummi dengan abah balik kerja baru boleh buat kerja.


Yang Abang Aus okey sikit sebab dia dah darjah 3, boleh harap dah. Kalau ummi bagi wasap ke apa. Dia boleh faham dengan apa yang cikgu ajar. Adik jela yang masih terkial-kial lagi. Masa semangat nak buat kerja sekolah okeylah. Time dia taknak buat kerja sekolah boleh jadi mak kau hijau.


Allah nak cerita pasal mak kau hijau ni memanglah boleh naik stress dan kemurungan dibuatkan. Kak Feni ni dahlah mudah penat dan stress. Jadi nak taknak kena relaxkan diri jangan stress-stress sangat. Biar jela lepaskan semuanya dan serahkan pada Allah untuk uruskan sebab kita sebagai hamba ni kekuatan kita terbatas. 


Hari ni nampaknya kes semakin naik sampai 6k lebih. Taktahu nak cakap apa dah. Kita ikut SOP, orang lain tak ikut. Nak cakap apa. Semoga kita semua dijauhkan dari segala penyakit merbahaya dan selamat dunia akhirat.



Tulis dekat whiteboard jadual anak-anak walaupun diorang pikul je semua buku-buku sekolah agama. Hari Isnin tu pergi belajar di rumah Angahnya sebab Angah cuti. Ni kena duduk rumah opah lah sebab Angah dah start kerja. Kalau pergi rumah Angah nye buat perang dunia ke 3. Naya. Haha bertabahlah.


Ummi dan abah pun kadang-kadang terbabas jugak sebab penat sangat. Balik kerja dah penat nak kena jadi cikgu pulak. Kadang-kadang tak pandai jadi kena google dulu macam mana nak buat. Cabaran ibu bapa hari ini. Untuk yang tak berkemampuan pulak tak tahu la macam mana. Dengan handphone, laptop, printer dan juga line internet. Yang ada anak 5 6 orang kena belajar serentak pun tak tahulah.


Inilah dinamakan norma baharu. Nak tak nak kita terpaksa menghadapinya. Semoga segala kesulitan ni cepat berlalu. Allah ada dan tak pernah tidur. Sama-sama kita doakan. Allahumma Amin. 💗 

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...