March 12, 2021

Dah Seminggu Mata Bengkak dan Bernanah

 Alahai tak bestnya bila sakit mata kena ketumbit ni. Sakit dah mula rasa start hari Ahad lagi tapi bengkak macam sikit je boleh tahan lagi. Hari Selasa pergi klinik, doktor bagi ubat titis mata je sebab dia kata dah ada antibiotik dalam tu. Dia tak bagi ubat antibiotik makan.



Keadaan mata belah kanan sebelum pergi klinik hari Selasa lepas. Bengkak dan rasa sakit nyut-nyut. Balik kerja terus singgah di klinik.


 Doktor tanya nak MC ke tak, Kak Feni cakap taknak sebab banyak kerja yang nak kena setel di opis nun. Jadi Kak Feni pun kerjalah macam biasa berbekalkan dengan ubat titis dan ubat tahan sakit yang doktor bagi.


Semalam Datin beli sambal sotong dan takde sape nak bawa balik. Makanya Kak Feni bawa balik dan makan. Allahuakbar lupa nak pantang makan. Pagi ni bangun langsung tak boleh nak celik mata. Sakitnya ampun. Kena ambil emergency leave la jawabnya. Macam mana nak pergi kerja dengan mata bengkak dan sakit sangat ni.



Keadaan mata Kak Feni hari ni. Sepet takleh nak buka. Mata ni berat je dan macam nak tidur je rasa. Bila cuaca panas, rasa berdenyut macam nak terkeluar biji mata. Esok dah call klinik pakar mata yang dekat opis tu. Nak buang nanah di kelopak mata ni. Doktor kata kalau dah jadi macam ni makan antibiotik pun tak guna sebab dah ada kuman. Kalau awal-awal sakit mula bengkak hari tu okey.


Hurmmm ingatkan tak seteruk ni. Aduii sabar jela. Kak Feni kena pergi dengan husband la esok. Lepas buang nanah tu kena banyak rehat. Nak drive macam mana. Nasib baik hubby kata "takpelah abah amik leave jela". Alhamdulillah sayang jugak dia kat bini dia ni kan. Kalau tak semua benda bini buat sendiri 😄.


Bila dengar nak kena minor operate ni seriau jugak la rasa tapi mengenangkan rasa sakit ni. Kena kuatkan dan tabahkan hati. Kang lagi teruk lagi naya. 


Semoga semuanya baik-baik saja. InshaAllah. 💜


March 9, 2021

Alhamdulillah Tudung Bawal Sabela Dah Sampai


Setelah berhari-hari menunggu akhirnya parcel yang mengandungi tudung bawal Sabela tiba juga. Kak Feni beli dengan sahabat Kak Feni yang jadi ejen Sabela. Beli 2 helai tapi dapat 3 helai. Thank you so much my friend. Semoga sentiasa dilimpahkan rezeki selalu. Amin.


Parcel ni selamat sampai pada hari Khamis lepas. Jumaat terus melaram pakai pergi kerja. 



Tak sempat nak berOOTD dengan tudung bawal baru sebab seharian sibuk dengan tugas opis. Nasib baik pagi tu sempat selfie. Kainnya lembut dan mudah bentuk. Kak Feni suka sangat. Haha.


Next day hari Sabtu kena bawa opah pergi klinik dan nak cari barang sekolah Abang Aus. Melaram lagi dengan bawal baru.



Lepas gi klinik kami singgah sebentar di tasik tepi jalan untuk bagi ikan makan roti yang dah expired. Panas-panas pun tudung tetap maintain cun on point. Selesa sangat pakainya.




Hari ni mata naik ketumbit jadi bengkak sikit. Biar mata bengkak pun tetap kena pergi kerja. Melaram dengan bawal sabela lagi. 





Selesai sudah merasmikan 3 helai tudung Sabela. Esok pergi kerja kita pakai jela tudung bawal yang mana ada. Janji bertudung dan sopan gitu.

Jom kerja sekuatnya cari rezeki untuk hidup.



February 16, 2021

Ambil Buku Teks Sekolah Agama Anak-anak

 


11 hb lepas gi sekolah kebangsaan. Hari ni hari last hantar buku teks sekolah agama dan ambil buku teks tahun 2021. Alhamdulillah setel semuanya. Yang darjah 1 pun dah selsesai bayar yuran. 

Belanja makin banyak tahun ni. Tak tahu bila nak buka sekolah. Ummi ingat nak beli satu laptop untuk memudahkan anak-anak belajar. InshaAllah kalau ada rezeki. Harga makin melambung naik sejak ramai kena belajar secara online ni. Kita kumpul duit dulu la.


February 4, 2021

I-Sinar Dah Bersinar

 Alhamdulillah hari ni gaji husband masuk. Bolehlah setel apa yang patut. Gaji Kak feni untuk bulan January 2021 masih delay dan tak tahu bila nak masuk. Allah nasib baik Kak Feni ada apply i-sinar jadi boleh lah tampung yang mana perlu. 


Nasib baik try buat walaupun tahu harapannya tipis. Tak salah mencuba kan? Tengok-tengok duit dah masuk RM1k dalam akaun. Terus Kak Feni bayar sewa rumah. Dah lambat sangat ni sebenarnya. Sepatutnya kena bayar paling lewat pun 1 haribulan setiap bulan. Nasib baik dapat tuan rumah yang baik dan memahami. 





Saat-saat macam ni memang struggle gila. Boleh pusing-pusing duit untuk hidup pun mujur. Nak beli barang yang bukan keperluan ni pun fikir 45 kali. 


Dengan anak-anak sekolah yang kena guna handphone atau laptop untuk belajar. Semalam dan kelmarin adalah pergi survey laptop dekat Bangunan Mara tu. Konon nak beli sebuah supaya senang nak buat homework. Harganya amboi semuanya 2K ke atas. Lari bajet mak nak. Kena kumpul duit lagi la ni.


Tadi pergi sekolah ambil buku teks di sekolah Abang Aus. Ingatkan boleh ambil terus yang adik darjah 1 tapi tak boleh sebab cikgu tak siap susun lagi. Makanya neexweek ummi kena pergi sekolah semula untuk ambil buku teks adik. Nasib baiklah boleh masuk opis lambat. Allah permudahkan segala urusan.


Alhamdulillah dalam sesak-sesak ni Allah tolong jugak. Gaji walaupun lambat tetap bersyukur sebab ada jugak gaji masuk cuma lewat. Jadi kena cari duit lain dulu untuk cover komitmen awal bulan ni. Semoga cepatlah covid ni berakhir. Kita semua akan kembali seperti dulu. InshaAllah.

February 3, 2021

Barang RM2.10 - Berbaloi Ke Tidak ?

Haha tajuk gempak habis hari ni kan. Bagi golongan marheam yang macam Kak Feni ni memang syurga sangat kalu dapat masuk kedai RM2.10 ni. Dekat Langat ada 2 buah kedai dia. Lain-lain jenama tapi memang selalu jadi tumpuan orang ramai.


Kedai RM2 ni bukan biasa-biasa dah bagi rakyat Malaysia. Memang sentiasa jadi pujaan hati sebab harganya yang murah dan berhantu. Kalau masuk sini memang tak tahu jalan keluar.


Hari ni sempat singgah di kedai RM2.10 ni sebab nak beli baldi abah. Tapi sayang baldi abah nak beli takde jadi ummi pun ambil peluang nak shopping jugak. Tak sempat nak grab banyak sebab kejar masa nak masuk opis.



Hari ni beli plier ni dengan pen untuk kegunaan di pejabat. Plier ni untuk cabut bullet yang besar-besar kat pejabat ni. Selalu guna tangan ya ampun sakitnya. sampai berdarah kena bullet tu. Dah ada benda ni lepas ni memang senang lah kerja nak fotostate ke apa. Hehe.


Berbalik kepada berbaloi ke tidak beli barang RM2.10 ni ? Pada Kak Feni, okey je. alhamdulillah ada juga syurga shopping untuk golongan bawahan macam Kak Feni ni. Maklumlah nak beli yang have-have tu belum mampu lagi. InshaAllah suatu hari nanti kan. (berangan tak pernah sudah).


Ni pergi dengan husband yang nak cepat memang takleh nak shopping banyak-banyak. Kalau tak semua nak di angkutnya. Haha. Nak-nak pulak tengok dalam facebook pasal Kelab Deko dari Kedai Eco RM2. Memang menggoda betul. 


Dapat shopping dekat syurga kedai Eco RM2 pun dah macam seronok sangat. Namum musim PKP ni jagalah SOP dan jaga diri masing-masing. Sama-sama kita doakan agar virus Covid-19 ni cepat berlalu.




February 2, 2021

#Review Skin Care Simple Untuk Kulit Normal

 Alhamdulillah kulit muka Kak Feni tak banyak masalah sebenarnya tapi sejak dah masuk umur 30an ni dan tahun ni Kak Feni akan masuk umur 35 tahun jadi masalah kulit muka ni makin menjadi-jadi. Bila dah berumur ni memang kena jaga kulit sebab semakin menua kan.


Bila duduk di pejabat lama dan dalam keadaan pendingin udara yang kuat menjadikan kulit kering dan kusam. Jadi solusinya Kak Feni cari produk skin care yang boleh kekalkan kelembapan kulit. Survey punya survey maka nak cuba Simple Skin Care ni. Antara yang Kak Feni pakai sekarang ni Simple Moisturising Facial Wash dan Simple Hidrating Light Moisturiser.




Alhamdulillah serasi dengan Kak Feni. Harganya pun mampu milik. Boleh dapatkannya di Watsons atau Guardian. Sekarang ni susah nak beli di kedai kan jadi boleh order di Shopee je. Diorang akan hantar terus ke rumah. Tak payah susah-susah nak keluar.


Kak Feni beli dengan Onestopwellcarepharmacy, boleh klik sini untuk info lanjut. Beli 2 dapat free postage. Pandai-pandai la korang godek dekat shopee tu.


1. Simple Moisturising Facial Wash



Yang ni pencuci muka, lembut dan segar je bau dia. Sebenarnya takdelah bau sangat. Sesuai untuk kulit muka yang normal. Lepas guna muka rasa lembut dan halus je. Yang penting ia bebas bahan kimia. Ia tak mengeringkan kulit macam sesetengah produk pencuci muka.

2. Simple Hidrating Light Moisturiser




Lepas cuci muka kita harusla pakai pelembab kan. Jadi Kak Feni akan kekalkan lembapan kulit muka dengan Simple Hidrating Light Moisturiser. Pelembab muka ni Kak Feni pakai sebelum sapu foundation atau bedak kompak tu. Bila pakai pelembab ni, mekap akan mudah untuk diratakan di muka dan tak bercapuk. Bila kulit sentiasa lembab, mekap akan nampak lebih cantik dan berseri.

Kak Feni pakai 2 produk ni saja sebab sesuai dengan Kak Feni. Tak perlu banyak-banyak produk sebab tak tahu bila nak pakai. Mudah dan senang yang penting kita cantik.

Selain itu Simple ni ada juga produk Micellar Cleansing Water dan Cleansing Wet yang sangat mudah untuk menanggalkan mekap serta membersihkan muka. Yang penting ianya selamat.



Boleh dapatkan produk Simple ni di drugstore ataupun order online macam Kak Feni order guna Shopee dan kita claim free postage. Jimat dan tak perlu susah payah nak keluar rumah.


#kakfenireview

#KakFeniStory

February 1, 2021

Febuari 2021


Pejam celik pejam celik dah sebulan berlalu. Macam-macam dugaan dah pun kita lalui dalam bulan Januari 2021 ni. Anak-anak pun mula bersekolah secara dalam talian. Allah macam-macam dugaan kena hadap.


Kita rasa susah masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita. Buat apa yang perlu inshaAllah baik-baik saja. Kak feni pun baru je selesai beli buku tulis untuk anak-anak. tak teratur rasa hidup ni bila kena PKP macam ni. Nak buat kerja pun tergendala.


Tak tahu sampai bila kena belajar secara online. Hari ni macam nak tercabut bumbung rumah sebab nak suruh anak-anak buat kerja sekolah. Esok kak Feni kena masuk kerja. jadi kena tunggu malam baru boleh buat kerja sekolah anak-anak. Masa kerja mana boleh nak fokus untuk sekolah anak-anak. 


Kami dua-dua kena kerja jadi bertabahlah. Semoga Allah balas kesusahan yang kita hadapi sekarang ni dengan pahala yang berganda-ganda. Amin.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...