March 31, 2020

Day 14 | Tempoh Kawalan Pergerakan



Hadiah besday untuk diri sendiri. Sempena 34 tahun tahun ni. Alhamdulillah masih diberikan waktu untuk nikmati hidup ini.

Dulu masa kecil selalu dok ingat jauhnya tahun 2020. Pejam celik pejam celik dah sampai pun tahun 2020. Dan Kak Feni dah pun berumur 34 tahun. Dah hampir 10 tahun kahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki yang handsome. Alhamdulillah dengan nikmat Allah yang tak pernah putus ini.

Terima kasih kepada husband yang menjadi orang pertama wish dan seluruh keluarga serta rakan-rakan yang tak pernah jemu mendoakan kebahagian Kak Feni dan keluarga. Alhamdulillah hanya tuhan dapat membalas jasa kalian. Sesungguhnya Kak Feni sangat menghargainya dan berterima kasih dengan nikmat ini.

Cukup dengan doa dan ucapan yang baik-baik menjadikan Kak Feni bahagia.

Nak hadiah tak perlu tunggu orang lain yang bagi. Kita nak kita order sendiri. Haha tak susah pun hidup ini. Jangan terlalu mengharapkan orang lain. Orang dah ingatkan kita pun dan sejuta rahmat. Alhamdulillah. Kita tak tahu dalam banyak-banyak doa mereka yang Allah angkat dan kabulkan untuk kebahagiaan kita.

Merenung kembali perjalanan hidup sepanjang 34 tahun hidup. Alhamdulillah hari ini dah bertambah baik dan baik. Berbanding dengan hidup masa kecil dulu. Memang susah dan sangat susah. Kesusahan itu menjadikan hidup ini lebih kuat dan tabah. Setakat ujian kecil-kecil itu alhamdulillah boleh hadap.

Sekarang ni dunia dilanda virus dan semua orang berasa takut. Semoga keadaan ini akan segera baik dan berjalan seperti biasa. Ya Allah tetapkan hati kami. Terus tetap dan teguh untuk mempertahankan agamaMu.


March 30, 2020

Day 13 | Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Mencari hikmah disebalik ujian yang melanda. Hidup lebih menghargai dan lebih bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. Terima kasih ya Allah kerana masih memberikan kami peluang untuk bernafas di bumi mu yang sangat indah ini.

Semoga virus Covid-19 ni cepat berlalu. Kalau diikutkan esok adalah hari terakhir PKP. Tapi disebabkan ramai yang degil dan suka berjalan dan keluar sesuka hati menyebabkan lebih ramai yang telah kena makanya Kerajaan dah lanjutkan tempoh PKP sehingga April  2020.

Jadinya 4 minggu bersaamaan dengan sebulan lamanya. Kalau kes meningkat dan terus meningkat makanya akan terus dilanjutkan.

Bulan depan dah nak sambut Ramadhan. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami ya Allah. Kami rindu dengan keadaan yang baik pulih macam dulu.

Tapi bila dicari hikmah yang terjadi. Ramai orang dah berubah jadi lebih baik. Ramai artis pun dah menutup aurat. Posting fb ig pun dengan keadaan membaca al-quran dan zikir. Alhamdulillah.

Semoga kebaikan ini berterusan.


InshaAllah.

March 29, 2020

Day 12 | Tempoh Kawalan Pergerakan

Apa khabar korang? Masih okey ke Di hari yang ke 12 ini?

Hari ni macam biasa jugek. Bangun solat subuh lepas tu Zikir sikit lepas tu rehat aka tidur. Lepas tu bangun uruskan anak-anak. Bagi mandi sarapan semua.

Lepas tu prepare masak makan tengahari Kemudian panggil anak-anak makan. Lepas tu rehat sementara tunggu masuk zuhur. Lepas tu solat Kemudian rehat lagi dengan tengok TV atau ngadap hp masing-masing.

Lepas tu prepare untuk solat asar. Hari ni tak ngaji sebab malas. Ishh ni malas nak baca novel online nih. Jadi bengong gitu. Tak istiqamah.

Lepas asar duduk melangut. Tak tahu nak buat apa. Paling kuat gaduh dan main dengan anak-anak.

6.30 prepare untuk mandikan anak-anak untuk solat maghrib. Hari ni alhamdulillah abah balik. Esok pergi dan tak tahu balik bila. Kena jaga tempat baru. Huhuuu sedihnye kena tinggal lagi.

Kami solat maghrib berjemaah dirumah. Lepas solat duduk langut lagi. Tunggu solat isya'.

Makan malam sebelum tidur. Lepas makan lepak tengok TV dan online hp masing-masing. Abang Aus hari ni dapat tugas an dari ustazah sekolah agama melalui wasap. Alhamdulillah sekali suruh dah buat.

Adik pulak bangun pagi terus Tanya bila nak sekolah ni. Huhu dah boring sangat lah tu. Selalu dia paling suka cuti. Ni cuti sampai nak muntah.

Sabarlah semua. Kita kekalkan #stayathome dan bantu pihak KERAJAAN untuk pulihkan keadaan.

Layan jela apa yang berlegar Di media sosial tu. Hehe.


March 28, 2020

Day 11 | Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Hampir seminggu tak menulis sebab entah. Taktahu nak bagitahu macam mana. Jiwa rasa kosong dan sepi.

Selalu aku kerja keluar pagi dan balik malam. Bila cuti terlalu lama. Aku rasa kosong dan sepi. Tak tahu kenapa padahal anak-anak jer depan mata.

Sedih dan sepi dan aku mengerti tuhan sentiasa menguji aku dengan apa yang mampu aku hadapi. Bukan aku sahaja yang kena tapi semua orang kena lalui keadaan ni. Bertabahlah hati. Kau tidak sendirian menghadapi dugaan ni.

Berbalik kepada pencipta kita. Ujian ini mengajar erti kesabaran yang tak tahu bila penghujungnya. Apapun aku tetap bersyukur sebab masih diberikan peluang dan ruang untuk terus bertaubat kepadaNya. Masih banyak dosa dan noda yang telah kutinggalkan.

Mengingatkan itu menjadikan aku takut dengan dunia hari ni. Menjadikan aku lebih kuat untuk mendekatkan diri dengan Allah. Hanya itu yang membuatkan aku tenang dan senang.

Allah uji sebab Dia sayang. Sabarlah. Semua orang nak bahagia dan gembira namun ujian Allah ini bukan aku saja yang perlu laluinya. Masih ramai yang di luar sana bertungkus lumus terpaksa keluar untuk berkerja.

Aku sepatutnya terus bersyukur dan bersyukur dengan nikmat ini.

Tuhan, aku rindu. Semoga aku menjadi insan yang solehah dan mampu ke syurgaMu walaupun aku tahu aku tak mampu. Terlalu banyak dosa dan noda yang telah ku lakukan. Ampunilah aku dan seluruh keluargaku.

Masukkanlah kami ke syurgaMu dan matikanlah kami dalam keadaan Husnul Khotimah.

Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.

Kak Feni
02.21 pm
Hulu Langat, Malaysia


March 23, 2020

Day 6 | Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum. Kembali lagi menulis tentang aktiviti harian sepanjang menjalani hidup dalam tempoh kawalan pergerakan ni.

Apa khabar hari ni ? Rasa macam lama dah tubuh badan ni tak kena cahaya matahari. Hari  ni pulak cuaca pun mendung jer dari awal pagi. Tak panas sangat dan dingin je rasa. Kadang-kadang hujan turun sekejap-sekejap.

Hari ni nampaknya kes kematian melibatkan Covid-19 dah menjangkau 14 orang. Allahuakbar. Masa ni memang rasa insaf sangat. Cukup ke amalan aku andainya Allah juga ambil aku dalam masa terdekat ni?

Setakat ni alhamdulillah syukur sebab segalanya masih okey. Bekalan makanan cukup dan anak-anak pun behave je walaupun ummi kadang keluar juga suara mak kau hijau.


Senyum dan bersyukurlah kita selagi diberi peluang untuk menikmatinya. Ramai orang diluar sana yang sedang bertungkus lumus dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Kepada petugas-petugas frontliners, kami sebagai rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih.

25 hb Mac, stok vitamin C dan juga Basic H akan sampai. Jadi sesiapa yang nak order boleh terus wasap Kak Feni. +601115672780 atau KLIK SINI.




March 22, 2020

Day 5 | Tempoh Kawalan Pergerakan

Macam mana keadaan hari ini ? Kami pagi petang siang malam dok berperang dengan anak-anak.

Alhamdulillah hari ni dah mula buka al-quran dan baca setiap kali solat fardu. Baca minimum 2 muka surat setiap kali solat. Rajin sikit lebih. Alhamdulillah. Ni sebenarnya masa untuk lebih dekatkan diri dengan Allah. Sebelum ni asyik kejar dunia je. Bila dah jadi macam ni banyak masa boleh luangkan untuk Allah.



Abah dah mula kerja dan tak balik kena tidur di homestay untuk keselamatan bersama. Ulang alik pun susah juga dan penat sangat.

Bagi menghilangkan rasa boring dengan masak, makan, tidur, bangun, solat, mengaji dan sebagainya. Hari ni dah terjebak dengan novel online pulak. Dok scroll fb lepas tu terbaca novel lepas tu tersuka tanpa sengaja dan terjebak. Hari ni terpengaruh untuk langgan online. Tadi dah pun topup guna google akaun. Aduss duss dusss tak pernah dibuat oleh Kak Feni. Hari ni dah melayang duit dalam akaun BigPay. Haha tak berani nak add kredit atau debit card. Guna je akaun BigPay yang ada baki dalam RM12 tu. huhuhu


Bukan boleh nak fokus baca sangat pun sebabnya dok berebut handphone dengan anak-anak. Lepas charge, charge hp tu sebabnya habis dibuat tengok youtube dan main game. Padahal dah ada 1 lagi hp lama ummi. Nak buat macam mana anak ada 2. Sorang kan bergaduh.

Hari ni dok pantau telegram pasal Covid-19 tu dah mencecah 10 setakat pukul 6.00 petang ni. Allahuakbar. Semoga baik-baik jer datang lepas ni. Yang mana duduk rumah jer. Bagi kerjasama kepada semua. Kurangkan rantaian jangkitan. Yang mana ada simptom Covid tu boleh call tanya hospital/klinik yang berkenaan. Yang sihat walafiat jangan dok gatai-gatai keluar. Bagi kerjasama, kesian dengan frontline yang bertungkus lumus bekerja untuk kita.

Itu jela kot bebelan hari ni. Nak mandi nak solat maghrib awal.

March 21, 2020

Pencarian Bloglist 2020 by MK


Yeahh musim tak boleh keluar rumah ni, jom kita jalan-jalan kat dunia maya jela. Korang nak join segmen bloglist ni boleh klik jer banner tu. Terus ke blog Miss Kepeng dan ikuti syarat-syarat mudah.

Jom kita pakat join.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...