March 28, 2020

Day 11 | Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Hampir seminggu tak menulis sebab entah. Taktahu nak bagitahu macam mana. Jiwa rasa kosong dan sepi.

Selalu aku kerja keluar pagi dan balik malam. Bila cuti terlalu lama. Aku rasa kosong dan sepi. Tak tahu kenapa padahal anak-anak jer depan mata.

Sedih dan sepi dan aku mengerti tuhan sentiasa menguji aku dengan apa yang mampu aku hadapi. Bukan aku sahaja yang kena tapi semua orang kena lalui keadaan ni. Bertabahlah hati. Kau tidak sendirian menghadapi dugaan ni.

Berbalik kepada pencipta kita. Ujian ini mengajar erti kesabaran yang tak tahu bila penghujungnya. Apapun aku tetap bersyukur sebab masih diberikan peluang dan ruang untuk terus bertaubat kepadaNya. Masih banyak dosa dan noda yang telah kutinggalkan.

Mengingatkan itu menjadikan aku takut dengan dunia hari ni. Menjadikan aku lebih kuat untuk mendekatkan diri dengan Allah. Hanya itu yang membuatkan aku tenang dan senang.

Allah uji sebab Dia sayang. Sabarlah. Semua orang nak bahagia dan gembira namun ujian Allah ini bukan aku saja yang perlu laluinya. Masih ramai yang di luar sana bertungkus lumus terpaksa keluar untuk berkerja.

Aku sepatutnya terus bersyukur dan bersyukur dengan nikmat ini.

Tuhan, aku rindu. Semoga aku menjadi insan yang solehah dan mampu ke syurgaMu walaupun aku tahu aku tak mampu. Terlalu banyak dosa dan noda yang telah ku lakukan. Ampunilah aku dan seluruh keluargaku.

Masukkanlah kami ke syurgaMu dan matikanlah kami dalam keadaan Husnul Khotimah.

Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.

Kak Feni
02.21 pm
Hulu Langat, Malaysia


March 23, 2020

Day 6 | Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum. Kembali lagi menulis tentang aktiviti harian sepanjang menjalani hidup dalam tempoh kawalan pergerakan ni.

Apa khabar hari ni ? Rasa macam lama dah tubuh badan ni tak kena cahaya matahari. Hari  ni pulak cuaca pun mendung jer dari awal pagi. Tak panas sangat dan dingin je rasa. Kadang-kadang hujan turun sekejap-sekejap.

Hari ni nampaknya kes kematian melibatkan Covid-19 dah menjangkau 14 orang. Allahuakbar. Masa ni memang rasa insaf sangat. Cukup ke amalan aku andainya Allah juga ambil aku dalam masa terdekat ni?

Setakat ni alhamdulillah syukur sebab segalanya masih okey. Bekalan makanan cukup dan anak-anak pun behave je walaupun ummi kadang keluar juga suara mak kau hijau.


Senyum dan bersyukurlah kita selagi diberi peluang untuk menikmatinya. Ramai orang diluar sana yang sedang bertungkus lumus dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Kepada petugas-petugas frontliners, kami sebagai rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih.

25 hb Mac, stok vitamin C dan juga Basic H akan sampai. Jadi sesiapa yang nak order boleh terus wasap Kak Feni. +601115672780 atau KLIK SINI.




March 22, 2020

Day 5 | Tempoh Kawalan Pergerakan

Macam mana keadaan hari ini ? Kami pagi petang siang malam dok berperang dengan anak-anak.

Alhamdulillah hari ni dah mula buka al-quran dan baca setiap kali solat fardu. Baca minimum 2 muka surat setiap kali solat. Rajin sikit lebih. Alhamdulillah. Ni sebenarnya masa untuk lebih dekatkan diri dengan Allah. Sebelum ni asyik kejar dunia je. Bila dah jadi macam ni banyak masa boleh luangkan untuk Allah.



Abah dah mula kerja dan tak balik kena tidur di homestay untuk keselamatan bersama. Ulang alik pun susah juga dan penat sangat.

Bagi menghilangkan rasa boring dengan masak, makan, tidur, bangun, solat, mengaji dan sebagainya. Hari ni dah terjebak dengan novel online pulak. Dok scroll fb lepas tu terbaca novel lepas tu tersuka tanpa sengaja dan terjebak. Hari ni terpengaruh untuk langgan online. Tadi dah pun topup guna google akaun. Aduss duss dusss tak pernah dibuat oleh Kak Feni. Hari ni dah melayang duit dalam akaun BigPay. Haha tak berani nak add kredit atau debit card. Guna je akaun BigPay yang ada baki dalam RM12 tu. huhuhu


Bukan boleh nak fokus baca sangat pun sebabnya dok berebut handphone dengan anak-anak. Lepas charge, charge hp tu sebabnya habis dibuat tengok youtube dan main game. Padahal dah ada 1 lagi hp lama ummi. Nak buat macam mana anak ada 2. Sorang kan bergaduh.

Hari ni dok pantau telegram pasal Covid-19 tu dah mencecah 10 setakat pukul 6.00 petang ni. Allahuakbar. Semoga baik-baik jer datang lepas ni. Yang mana duduk rumah jer. Bagi kerjasama kepada semua. Kurangkan rantaian jangkitan. Yang mana ada simptom Covid tu boleh call tanya hospital/klinik yang berkenaan. Yang sihat walafiat jangan dok gatai-gatai keluar. Bagi kerjasama, kesian dengan frontline yang bertungkus lumus bekerja untuk kita.

Itu jela kot bebelan hari ni. Nak mandi nak solat maghrib awal.

March 21, 2020

Pencarian Bloglist 2020 by MK


Yeahh musim tak boleh keluar rumah ni, jom kita jalan-jalan kat dunia maya jela. Korang nak join segmen bloglist ni boleh klik jer banner tu. Terus ke blog Miss Kepeng dan ikuti syarat-syarat mudah.

Jom kita pakat join.

Day 4 - Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum semua. Haha baru sudah masak ni. Hari ni masak kobis tumis kicap, ayam goreng dan ikan goreng je.




Bangun pagi pastikan diri sendiri dan anak-anak mandi bersih-bersih. Mandi dengan sabun dari hujung rambut sampai hujung kaki. Riuh rendah dalam bilik air.

Hari ni abah awal pagi dah gerak ke tempat kerja. Nak mula bertugas di tempat baru. Tak tahu bila balik. Huhuhuuuu semoga baik-baik saja, inshaAllah.

Bila duduk rumah dan jadi suri rumah sepenuh masa ni memang masa dengan anak-anak jela. Depa pun dok bertepek ngan ummi. Masa abah ada pun tido dengan ummi jugak. Ni abah pergi kerja jauh lagi lah.

Hari ke 4 dah berjaya kami lalui dengan penuh kesabaran. Walaupun agak huru hara tapi alhamdulillah masih boleh masak makan dan tido dengan aman. Duduk rumah sambil layan handphone masing-masing. Ummi je kadang-kadang ada order masuk kena buat order. Nasib baik buat juga bisnes online ni. Dalam keadaan macam ni memang boleh dapat duit juga.

Semalam buat post pasal tudung bawal yang kami ambil stok hari tu sebelum tempoh kawalan pergerakan bermula. Ada juga yang minat dan bank in duit untuk booking. Cantik-cantik semuanya tudung tu sampai kami sendiri pon geram dan berkenan.


By the way Kak Feni juga tengah kumpul order untuk Vitamin C yang dah habis stok sekarang ni. Kak Feni kumpul order siap-siap sebab stok akan sampai dalam masa terdekat ni. Jadi kalau siapa-siapa nak order boleh terus kontek Kak Feni melalui wasap +601115672780 atau klik sini. Deposit diperlukan sebabnya Kak feni pun kena letak deposit bagi booking.

Tq kepada yang selalu turunkan komen  di blog Kak Feni. InshaAllah masa banyak free ni bolehlah jalan-jalan blog uols.




March 20, 2020

Day 3 - Perintah Kawalan Pergerakan

Hari ke-3 baru nak mula tulis sebab mood memang kelaut hijau biru. Susah hati sebab abah adalah salah seorang petugas front line bahagian pembersihan. hari-hari meeting hari-hari kena pergi kerja jauh. Esok dah mula kena outstation tinggallah kami kat rumah opah.

Kak Feni dah order bola ni lama dah sejak awal bulan Mac lagi sebab tau anak-anak mesti boring. Sejak kena perintah kawalan pergerakan ni. Kami memang lepak dalam rumah tak keluar-keluar.

Hari ni kami buat aktiviti dalam rumah dengan melayan handphone dan main bola dalam rumah. Ummi macam biasa. Masak, makan lepas tu tido. Bangun tido masak pula.



Sementara abah takde kena kerja ni, kami duduk rumah dan buat segala aktiviti yang boleh menghilangkan rasa boring. Abang Aus memang tak suka tidur siang jadi dia lah yang dok soksek-soksek sorang-sorang. Adik pulak tengahari memang dia akan tidur lepas makan sama macam ummi. Dok care ke tidur jer.

Habis kuat wasap dengan abah tanya dah makan ke belum? Macam mana kerja ? Okey ke abah? Lepas tu pesan cuci tangan sokmo. Jaga kesihatan dan kebersihan. Makan vitamin C jangan lupa. Tu jela aktiviti kami sepanjang abah kena outstation.

Malam pulak baru boleh video call untuk ubat rindu. Huhu semoga segala virus Covid-19 ni cepatlah berakhir. Mari kita sama-sama muhasabah diri dan berdoa agar musibah ini berlalu pergi.

March 6, 2020

Review | 5 Kesan Positf Setelah Menggunakan D'Montox Daripada FFD

Alhamdulillah dah hampir habis1 tiub D'Montox yang Kak Feni guna untuk kegunaan sendiri selain menjualnya juga kepada kawan-kawan dan customer. Hasilnya memang sangat puas hati. Best sangat.



Kecil-kecil cili api orang kata. Tak cuba kita tak tahu. Kak Feni guna share di ig tentang kelebihan D'Montox ni.



Jadi bagi wanita yang ada masalah seperti Kak Feni bolehlah try guna D'Montox ni untuk tingkatkan keyakinan diri. Hanya wanita yang tahu dan alaminya. Jadi kita sama-sama ikhtiar untuk ubah atau perbaiki yang mana kurang.


🌿🍃D'MONTOX🍃🌿
.
Siapa Yang Wajib Pakai D'MONTOX ?

💋Ibu2 yang payudaranya kendur dan jatuh
💋Aset sudah lembik & kecil sebelah
💋Puting payudara hitam (puting kembali cerah dan pinkish)
💋Payudara yg kecil dan tidak menarik
💋Ibu yang menyusu
💋Payudara yg tiada isi (kecut selepas menyusu )
💋Anak dara yg bakal berkahwin

Review Kak Feni setelah hampir 1 tiub menggunakannya.


1. Berbau Wangi


Mula-mula dapat produk ni hari tu buka dan hidu bau. Wau wangi tak kuat dan keras sangat. Sedap dan sesuai dengan Kak Feni.

2. Saiz Yang Kecil


Saiz tiub yang kecil dan mudah untuk dibawa kemana-mana. Boleh letak je dalam hand bag. Kalau kat pejabat boleh jer sapu-sapu untuk kesan yang lebih baik. Selalunya Kak Feni sapu diwaktu malam sebelum tidur tapi kadang-kadang lupa. Bawa jela dalam beg. Bila ada waktu lapang di pejabat. Sapu je terutama lepas solat tu kan free sambil rehat.

3. Tak Melekit


Produk ni dalam bentuk cecair. Kalau panas bertambah cair sebab ianya berasaskan air. Jadi untuk kekalkan pekat boleh simpan dalam peti. Walaupun ianya cecair, ianya tak melekit dan berminyak. Senang nak apply dekat aset kita dan mudah menyerap.

4. Kesan Agak Cepat


Bagi Kak Feni, ianya agak cepat juga berkesan. Baru 2 atau 3 kali sapuan dan urutan dan menegangkan aset wanita kita. Alhamdulillah. Kena konsisten untuk kesan lebih cepat.

5. Kembalikan Keyakinan Diri


Alhamdulillah kadang-kadang benda kecil kita selalu abaikan. Lupa jaga diri sendiri untuk suami. Sejak gunakan benda ni, rasa macam kembali yakin dan eratkan hubungan suami isteri.


Benda yang baik kena lah share dengan orang lain agar kalau ada masalah yang sama, kita sama-sama usaha untuk memulihkannya.


Jom kita tengok Testimoni Pengguna D'Montox by FFD juga,








Berminat untuk me dapatkan D'montox dari FFD boleh hubungi Kak Feni. 






Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...