January 10, 2020

Kebaikan Aura Dara Lady Top Coffee Dari FFD

Pernah tak rasa teringin nak minum kopi ala-ala starburk dan sedap untuk dinikmati ?

Kini dah ada produk baru dari FFD yang memang sedap dan mesti dicuba.

Photo : Kak Feni ambil dalam group stokis FFD

KELEBIHAN KOPI AURA DARA :


🌸Rasa yg sangat sedap
🌸Campuran 23 herba semulajadi yng baik untuk wanita
🌸Original FOrmula-since 2007
🌸Mencantikkan kulit secara semulajadi
🌸Berkhasiat lagi menyihatkan

RAMUAN:

>> Herba Aura Dara
>> Kacip Fatimah
>> Pueraria Mirifica
>> Manjakani
>> Derhaka Mertua
>> Lobata
>> Ubi Bit Merah
>> Serapat
>> Perisa Asli – Biji Kopi Arabica - tiada kafien tambahan -  Kopi memiliki kandungan PH yang paling hampir sama dengan kulit kita sehingga dapat berfungsi sebagai balancing astrigent. Oleh itu, ia sesuai digunakan untuk perawatan kulit. Bahkan ramai orang di dunia sudah memanafaatkan khasiat kopi dalam ritual rawatan kecantikan mereka sejak dahulu lagi.

ORIGINAL FORMULA 

Coffee Aura Dara (Since  2007)

Produk berperisa kopi ini ternyata telah terbukti berkesan merawat masalah berkaitan kesihatan dalaman dan luaran wanita.

Jadi, tidak hairanlah, hanya dengan sekali pengambilan, pengguna telah memberikan reaksi yang positif terhadap Coffee Aura Dara ini.

KANDUNGAN BERKHASIAT LAGI MENYIHATKAN...


~Mengatasi masalah senggugut,
melancarkan haid serta mengatasi/merawat masalah
 ~keputihan
~Memulihkan sindrom tekanan sebelum haid
~Membuang angin dalam badan
~Membuang lemak dan menurunkan berat badan
~Menaikkan seri wajah
~Memulihkan saluran peranakan wanita
~Mengatasi masalah buasir
~Mengecut dan mengetatkan rahim
~Menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin
~Membersihkan darah kotor
~Melicin, menegang dan mencantikkan kulit
~Sebagai astrogen berkesan membaiki tisu faraj
~Membantu menegangkan payudara
~Menguatkan otot sendi
~Menetapkan batu merian
~Menambah keintiman suami isteri
~Melancarkan peredaran darah
~Mengimbangi hormon-hormon dalam badan
~Mencegah kanser

CARA PENGAMBILAN

Minum 1 paket, sekurang2nya 2 kali sehari.

KESAN SAMPINGAN

Tiada

TAHAP UMUR

Berumur 15 tahun ke atas (dari mula datang haid) sehinggalah MENOPOUSE.

Berminat untuk dapatkan Kopi Aura Dara ini boleh hubungi Kak Feni

Tekan sini.




January 9, 2020

Jalan-jalan Cari Makan Di Kampung Baru

Tahun 2020 dah dapat dugaan baru untuk Kak Feni. Pagi ni dapat wasap dari tuan rumah yang Kak Feni sewa tu. Dia nak jual dah rumah tu. Balik ni nak bincang dengan husband. Mampu tak kami nak beli atau cari jer rumah sewa lain.

InshaAllah semoga dipermudahkan segala urusan. Dugaan datang dan pergi. Nak taknak kena hadap juga.

Pening kepala pula nak cari rumah sewa ni. Dahla sekarang ni susah nak dapat rumah sewa. Nak beli rumah pon harga bukannya murah. Nak beli pun kena beli yang betul-betul. Bukan boleh main hentam jer.

Permudahkanlah segalanya.

Baru setel hal anak sekolah. Yang ni pula datang.


Hidup perlu diteruskan !


Hari ni Nadia datang opis dan kami telah pergi menawaf Kampung Baru kononnya nak makan nasi ulam di MZ. Setelah sampai kedai tutup. Kau rasa ? Kecewanya hati ni. Dahla perut lapar. Kami pun merayaplah di sekitar itu untuk cari makan.


Berwefie dalam monorel. Menapak ke monorel Titiwangsa pun berpeluh ketiak. Namun nak berjalan dan makan sedap punya pasal tu gagahkan jugak. Ghitheww.



Jumpalah kedai makan nasi campur. Makanan biasa je. Sekali bayar rasa macam tak berbaloi. Mahal!

Ingatkan makan sekali dengan air rupanya asing. Memang aku takkan pergi dah kedai tu lepas ni. Confirm ! Haha tapi berbalik pada rezeki. Dah tu rezeki aku dan peniaga tu. Lainkali kita beringat.

Lepas makan kami mula menapak nak jalan-jalan di Chow Kit. Haha masa ni jalan tengah panas. haduii kepala mula sakit. Kami pergi Plaza GM. Konon nak ushar beg.

Sampai Plaza GM perut mula meragam. Buat hal betul tapi sempatlah window shopping. Ingatkan nak juga grab kerongsang yang banyak-banyak tu nak bagi sedekah dekat siapa-siapa kan. Nye mari pulas perut hilang habis kisah nak shopping.

Kami keluar ke jalan besar. Order Grab sebab sakit perut sangat. Mujurlah tunggu grab tak lama. Haha buat hal lah weh. Masa kena sakit perut tu rasa nak je aku terajang siapa yang halang aku sampai opis.


10 minit kemudian aku sampai opis dengan jayanya terus berlari ke tandas dan teruskan solat dan seterusnya sambung kerja.

Pasal rumah what so ever. Nanti aku fikir. Tarik nafas dan hembussss !

January 8, 2020

Jan Giveaway + BW by lieyzanordin

Ha ghithewww jumpa dah benda yang Kak Feni suka bila berblog walking. Giveaway!!!

Untuk pertama kali bagi tahun 2020. Korang pun kalau nak join klik banner kat bawah ini.



Hadiah pon menarik tu. Mana tahu rezeki kan. 


Dugaan Itu Tanda Allah Sayang !

Sedihnya hari ni. Tak tahu pasal apa. Mood swing betul dan sensitif. Mungkin faktor umur juga. Entahlah sebab tu orang kata susah jadi perempuan. Memang susah pun.

Berbalik pada Allah untuk hati lebih tenang.

Cakap memang senang kan. Bila tanggungjawab diabaikan. Pada siapa kita nak mengadu ?

Perempuan bila dah kahwin 100% bergantung dan berharap pada suami. Dapat pulak suami yang susah nak faham. Ajak berbincang pun macam nak ajak berperang. Last-last menangis dan makan hati sendiri.

Macam tu lah wanita. Nampak kuat nampak hebat hakikatnya hanya dia jer yang tahu. Bagaimana nak kawal emosi.

Sangat beruntung kalau dapat isteri yang tak meminta-minta. Boleh terima kau seadanya. Sanggup susah dan senang dengan kau. Tapi ingatlah jangan sampai isteri terasa jauh hati dan tawar hati.

Kau sebagai suami kalau tak pertahankan isteri sendiri siapa lagi.

Biarlahhh. Kadang-kadang biarlah kita betulkan diri kita sendiri dari sibuk nak betulkan orang lain. Lepas ni nak beli cermin besar nak cermin diri sendiri.

Dalam keluarga sendiri pon ada banyak kurangnya jadi tak payahlah kita nak sibuk nak bangga diri dengan kelebihan yang kita ada.

Aku tidak mengatakan yang aku bagus malah sangat banyak kekurangannya. Aku masih usaha untuk jadi insan yang baik. Allah masih menduga aku selagi aku hidup.

Alhamdulillah untuk nikmat ini. Ujian ini sebenarnya sangat kecil berbanding dengan ujian Allah kepada orang lain.

Cakap sabar tu senang tapi yang hadapnya itu payah. Takpelah biar masa je yang ubahnya. Cepatlah benda sedih ni pergi.

Btw hari ni Kak Feni sempat setelkan booking tiket ke Bali. Penat juga kejar tiket flight ni. Tambah-tambah Air-Asia. Lewat seminit nye buat jem terus naik harga.

Haiii takpelah berbalik pada rezeki. Semua ni rezeki. Allah kalau Dia nak bagi sekejap je Dia bagi.

Dia uji begini Dia bagi begitu.


January 6, 2020

Open Travel To Bali Indonesia

Hari ni pegang lepas pegang lepas handphone. Rasa nak menaip tapi tak tahu nak taip apa.

Tiba-tiba wasap masuk menderu. Ingatkan dari customer rupanya dari kakak Kak Feni. Maklumlah PA yang tak bertauliah ni lah selalu kena setelkan kerja dia. Dia macam slow sikit bab-bab nak booking tiket nak survey tiket flight ni.

Sejak kami berdua join travel agent ni alhamdulillah banyak juga rezeki masuk. Kak Feni uruskan bahagian tiket dan tentative atau itinerary. Dia pulak cari customer.

Kak Ani dah lama join. Kak Feni baru setahun. Masih banyak yang kena belajar tapi bila ada sahabat tanya pasal nak booking tiket, kalau free boleh jer Kak Feni bantu. InshaAllah bila kita mudahkan urusan orang lain Allah mudahkan urusan kita. Anggap ini adalah amal jariah kita.

Pertengahan bulan Mac nanti Kak Ani akan bawa rombongan ke Bali Indonesia. Setakat ni dah ada 20 orang peserta dari Pantai Timur. Alhamdulillah rezeki Kak Ani sebab selalu travel dan dia sendiri akan turun bersama peserta. Jadi orang mudah percaya dengan dia.

Kak Feni pun tak pernah sampai lagi ke Indonesia. InshaAllah tahun ni akan sampai sempena azam 2020. Nak bawa semua kalau boleh.

Jom siapa nak join trip ke Bali Mac 2020.


Status wasap semalam. Hari ni nak cukupkan lagi sampai 22 pax. Jom-jom!

Siapa nak boleh terus direct wasap Kak Honey atau Klik Sini.


January 1, 2020

Selamat Tahun Baru 2020

Semalam kami gigih keluar rumah sebab nak count down new year. Mulanya nak lepak Di atas bukit Ampang. Namun bila sampai atas bukit dah penuh dengan kereta sampai takde tempat nak parking.

Bila dah Jalan turun bukit tu nampak kereta bersusun nak naik ke atas. Kami pun ubah plan tak Jadi lepak atas bukit. Kami terus kan perjalanan ke Tesco Ampang.

Kami pergi 2 buah kereta. Selamat ni tak pernah pun nak layan count down ni. Ni bila dah ramai mula lah menjadi. Mujur hari ni cuti.








Lepak dekat Petronas tempat orang selalu COD dekat Tesco Ampang. Hehe masa kami lepak pun nampak ramai orang dok melakukan COD.

Layan tengok bunga api yang nampak tak berapa nampak. Haha sebab salah tempat. Patut gi lepak dekat parking Tesco tu baru nampak clear. Takpe lain kali ade rezeki lepak situ.

Pukul 12.30 pagi kami gerak pulang. Namun sebelum tu sempat lagi singgah mamak untuk makan santai. Ewahhh pembukaan 2020.

Semoga tahun ni dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah. Diberkati oleh Allah Dan, sentiasa dalam lindunganNya selalu.

Selamat tahun baru semua. 2020.

December 31, 2019

Bila Blogger Update Baru !

Sebenarnya semalam dah perasan bila buka blogger guna handphone. Eh dah baru macam mana nak update entry baru nih ? Maklumlah benda baru kan.

Hari ni buka guna pc.



Nampak macam ni. Hehe pastu cari macam mana nak buat new entry. Rupanya hanya klik je tempat warna oren lambang tambah tu. Benda baru kann. Agak jakun di situ.

Fb, ig segala media sosial banyak yang update jadi blogger pun taknak ketinggalan. Kalau asyik benda yang sama kena tinggal la. Hurmm macam tula kita ni. Kena ikut perkembangan namun bagi Kak Feni yang semakin hari semakin tua ni nak fokus satu satu benda pon pening. 😹


Ni pulak untuk pandangan entry yang kita tulis macam listing view gitu. Ikut suka hangpa lah nak tengok macam mana. Kak Feni suka dua-dua. Baru nak test tengok kan. Hahaha.

Masa mula-mula tulis blog dulu pernah juga cuba wordpress tapi tak lama. Lebih suka blogger sebab dia link terus dengan Google + masa tu, jadi bila dah siap publish terus boleh share dekat group Google +. Sekarang Google + dah takde kena lah bertabah tambah view sendiri.

Bagi Kak Feni takde cara lain. Guna cara manual dengan bertegur sapa dengan blogger lain di blog depa. Alhamdulillah semakin hari semakin bertambah view.

Semoga 2020 ni. Blog Kak Feni boleh jadi kedai maya Kak Feni yang mampu jana pendapatan lebih banyak lagi dari tahun 2019. InshaAllah.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...