September 25, 2019

Cara Untuk Kekal Sihat Sepanjang Musim Jerebu


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengeluarkan 10 langkah pencegahan kepada orang ramai bagi menghadapi kesan jerebu yang sedang melanda ketika ini.
1. Elak aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu. Aktiviti fizikal akan menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu.
2. Penganjuran aktiviti fizikal di luar bangunan dinasihat supaya ditangguhkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.
3. Banyakkan berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai.
4. Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.
5. Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman.
6. Gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan.
7. Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga (sekurang-kurangnya lapan gelas sehari).
8. Jika mampu, pasang alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.
9. Sentiasa awasi kesihatan anak-anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit respiratori dan jantung kerana lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.
10. Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata orang awam boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu.
Katanya, langkah-langkah itu dimuatkan dalam laman web kementerian berkenaan di alamat http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/183.
“Kementerian Kesihatan dengan kerjasama rapat agensi-agensi berkaitan akan terus memantau keadaan jerebu dan juga keadaan pesakit yang datang mendapatkan rawatan di klinik dan hospital kementerian.
“Orang ramai juga disaran mengikuti perkembangan semasa jerebu melalui laman portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/public_v2/home.html mengenai fenomena jerebu di kawasan atau daerah masing-masing,” katanya.
Sumber : Berita Harian
Dapatkan Suplemen Yang Membantu Meningkatkan Sistem Imun Semasa Musim Jerebu DISINI.


September 23, 2019

Tanda-tanda Badan Perlukan Perlindungan Tambahan

Masalah kesihatan boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Hari ni ramai yang lebih percayakan ubat berbanding ubah cara hidup. Mengubah cara hidup dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan diri.

Tanda-tanda Badan Perlukan Perlindungan Tambahan

1. Kesihatan Usus Lemah



  • Bila terasa hilang selera makan.
  • Perut berangin
  • Kekejangan abdomen


Perhatikan carta najis di bawah untuk rujukan bersama :-



2. Mudah Jatuh Sakit Ketika Melancong


  • Perubahan cuaca
  • Terdedah kepada bakteria asing
  • Kelembapan yang rendah dalam kapal terbang


3. Sakit Yang Kerap dan Berpanjangan


Purata manusia menghidap selsema sebanyak 1-3 kali setahun.


4. Luka Lambat Sembuh


Berapa cepat luka kita sembuh ?
Cepat atau lambat.


Nutriferon Dapat Meningkatkan Sistem Imun



Bagaimana Interferon Bertindak ?






Jadi untuk mendapatkan Nutriferon boleh menghubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Suplemen Yang Membantu Meningkatkan Imun Badan Semasa Musim Jerebu

Umum semua tahu sekarang ni negara sedang mengalami masalah jerebu yang telah mencecah paras bahaya. Banyak sekolah telah ditutup untuk mengelakkan penyakit di kalangan murid sekolah.

Jerebu

Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
Pembakaran Secara Terbuka
Asap Dari Kilang
Asap Dari Kenderaan

HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.


Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

Nilai IPUStatus
0 - 50
Baik
51 - 100
Sederhana
101 - 200
Tidak Sihat
201 - 300
Sangat Tidak Sihat
301 - 500
Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
Kanak-kanak
Orang tua
Mereka yang mengalami penyakit
• asma
• bronkitis
• radang paru-paru
• penyakit paru-paru yang kronik
• jantung
• alahan
Perokok
Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.


Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.


CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-

  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.
Sumber : JEREBU

Cadangan Suplemen Yang Membantu Menguatkan Sistem Imun



1. Nutriferon

AKTIFKAN PERLINDUNGAN ANDA

NutriFeron® Granules mengandungi campuran proprietari empat ekstrak tumbuhan yang diperoleh daripada biji labu, bunga safflower, biji plantago dan bunga Japanese honeysuckle.

✓ Untuk menjaga sistem pertahanan badan anda agar sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan berfungsi secara semulajadi.
✓ Memberi anda pertahanan yang lebih kuat dan kesihatan yang lebih baik.
✓ Dibangunkan oleh ahli imunologi terkenal dunia– Dr Yasuhiko Kojima, selepas kajian selama 40 tahun.
✓ Formulasi dipaten, hanya boleh didapati secara eksklusif di Shaklee

2. Chewable C-Plus

✿ Menyokong sistem pertahanan semulajadi anti-oksidan tubuh
✿ Membantu menyokong intergriti sel-sel
✿ Menggalakkan kesihatan mata, gigi, tulang-tulang gusi, otot-otot dan salur darah
✿ Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis atau bahan pengawet tambahan

3. Sustained Vita-C Plus

✿ Membentuk Kolagen
✿ Mempertingkatkan Simptom Pendarahan
✿ Peningkatan Sistem Imun
✿ Memerangi Kanser
✿ Mencantikkan Kulit
✿ Memperbaiki Insomnia
✿ Mengekalkan Kolestrol Sihat

4. Vivix

Suplemen terbaik Shaklee yang membantu dalam memanjangkan sel-sel untuk hidup lebih sihat.

5. Omega Guard


EPA dan DHA berfungsi untuk mengurangkan keradangan dengan mengurangkan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan menyebabkan sakit sendi.

Omega 3 juga memainkan peranan penting dalam :-
i. Mengekalkan ketumpatan mineral tulang.
ii. Menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekejangan, bengkak dan kesakitan.
iii. Mengurangkan keradangan - menyekat keradangan dan kemusnahan sendi - yang kerap berlaku dalam artritis.
iv. Bertindak sebagai pelincir untuk membolehkan sendi-sendi yang berkeriut serta sakit bergerak dengan lancar.



Lindungi anak-anak kita dengan memberikan vitamin atau suplemen yang membantu menguatkan sistem imun bagi menentang virus. Jerebu membawa pelbagai penyakit dan masalah kesihatan.





 September 2019 adalah bulan Promosi Nutriferon. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Nutriferon dengan harga yang lebih jimat.



Jangan lepaskan peluang ini dan hubungi Kak Feni untuk membuat pesanan.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

September 20, 2019

Sayonara Stationery Giveaway by NiniHanini



Jom kita join GA untuk sapot sahabat blogger kita ni. Untuk join just klik banner kat atas tu ye ?

Hadiahnya nampak menarik iaitu "Sayo Pack" or "Nara Pack" .





Kalau rezeki Kak Feni, Kak Feni nak "Nara Pack". Hihi kalau dapat, bolehlah berdekorasi dengan anak-anak Kak Feni yang sungguh kretif dan pintar itu. Maklumlah anak-anak yang baru nak explore dunia. 
Jomlah kita join beramai-ramai untuk memeriahkan GA ni.

September 19, 2019

Hari Ni Tugas Cuci Sawang Dalam Blog


Hari ni tugas cuci sawang dalam blog ni. Banyak sangat broken link yang kena buang. Kena buang satu-satu. Banyak pulak tu.

Sambil-sambil ushar tulisan ku yang dulu. Rasa macam dok gelak sorang-sorang. Macam ni ke aku tulis dulu ?

Allahuakbar ! Maafkanlah aku yang dulu dan aku masih lagi terus belajar. 

Ya Perjalanan Beribu Batu Memerlukan Langkah Pertama. 

September 18, 2019

Alhamdulillah Hujan Dah Turun Di Bumi Kuala Lumpur

Alhamdulillah hari ni hujan turun dengan lebatnya di sekitar pejabat Kak Feni. Maklum saja cuaca sekarang yang panas tapi tak nampak cahaya. Jerebu teruk melanda negara. Semua makhluk Allah merasainya.

Alhamdulillah dan syukur sebab Allah masih berikan peluang untuk kita bernafas dan bertaubat dengan segala dosa. Nikmat cuaca ini Allah ambil sekejap untuk kita sentiasa beringat bahawa tiada yang lebih berkuasa selain Dia.

Kesusahan ini memberi keinsafan untuk kita supaya sentiasa beringat dan beriman kepada Allah. Hidup ini hanya pinjaman semata-mata. Nikmat hidup ini akan berakhir bila kita dijemput pulang. Semoga Allah jemput kita dalam keadaan yang terbaik.

Allahuakbar terlalu sebak bila memikirkan apakah yang akan terjadi untuk pengakhiranku nanti ?

Teringat Pakcik depan rumah Kak Feni cakap. Anak-anak masih kecil, kamu doa supaya Allah panjangkan umur kamu supaya dapat menjaga dan mendidik anak-anak sehingga mereka dewasa dan pandai membawa diri. Kita tak tahu kalau orang bela anak kita macam mana mereja jaga anak-anak kita.

Allahuakbar, Ya Allah, panjangkan usia kami suami isteri supaya dapat membimbing anak-anak ke jalanMu. Jalan yang lurus. Berikan kami kesihatan yang baik untuk terus berusaha dan berikhtiar memberikan yang terbaik untuk anak. Mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh. Amin amin amin Ya Robbal Alamin.

Ya hidup ini pinjaman. Selagi ada peluang untuk berbuat kebaikan buatlah. Jangan kita sakitkan hati sesiapa pun kerana apa yang kita miliki hari ni bukan untuk kita selamanya.

Tetapkan hati-hati kami untuk terus istiqamah dalam menuju ke syurgaMu ya Allah.

Ya, memang bukan senang kita nak puaskan hati semua orang. Namun kita buatlah apa yang Allah suka. Tak semua akan setuju dengan apa yang kita lakukan namun berusaha dan berikhtiarlah dengan penuh yakin yang Allah akan bantu kita.

Perjalanan untuk menuju ke syurga bukan percuma. Namun janji Allah itu pasti. Bila kita buat apa yang Allah suka, Allah sayangkan hambanya.




September 17, 2019

6 Kebaikan Selipar Ajaib Refleksologi Dari AS Legacy

Pernah dulu masa kecil suka main selipar yang makcik pakcik berbiji-biji untuk rawatan refleksologi. Bila pijak selipar tu tak boleh berjalan sebab sakit. Haha kenangan indah semua tu.

Lepas tu kalau pergi di taman-taman riadah mesti ada batu-batu sungai yang disusun cantik untuk kegunaan orang awam. Kak Feni memang suka sangat pegi pijak batu tu. Di sini Kak Feni selelu pergi di HKL sebab ada batu-batu tu di walk-away dekat dengan kecemasan. Tempat yang Kak Feni selalu tunggu suami.

Kak Feni memang tak boleh tahan lama bila berjalan di atas batu-batu ni. Tak tahu mungkin badan ni banyak toksin kot. Bila pijak memang sakit sangat. Ni bila dah sibuk jarang dah pergi.

Bila ada orang offer untuk dapatkan selipar ni. Memang tak lepaskan peluang. Senang sebab boleh pakai di mana saja. 


Kebaikan Selipar Magic Refleksologi ini ialah :-


1. Dapat membantu memperbaiki kualiti tidur.

Bagi mereka yang ada masalah imsomnia, bolehlah amalkan dengan memakai selipar ini. Kita ikhtiar dengan izin Allah semuanya. Salah satu rawatan alternatif selain dengan bertemu doktor.

2. Dapat memperbaiki pencernaan.

Selalu kita dengar juga, masalah dalaman badan kita bermula dari kaki. Jadi kita jaga dan rawat kaki kita awal untuk mencegah penyakit yang lebih teruk.

3. Dapat menguatkan sistem imun.

Bila sistem imun kita bagus, secara tak langsung mencegah penyakit yang mudah berjangkit seperti selsema, demam dan batuk.

4. Meningkatkan tenaga.

Bila badan sihat, secara tak langsung hidup lebih positif dan sihat.

5. Menggalakkan peredaran darah.

Urutan refleksologi membantu dalam menggalakan peredaran darah yang lebih sihat. Bila saluran darah berjalan dengan baik dapat mengelakkan saluran darah tersumbat.

6. Melancarkan pembuangan toksin.

Untuk detok badan pun boleh dengan urutan refleksologi. Segalanya dengan izin Allah. Kita diberi pilihan untuk berubat dan berikhtiar.

 Dan banyak lagi kebaikan selipar ajaib refleksologi ini. Untuk merasainya sendiri, boleh dapatkannya dengan menghubungi nombor di bawah :-

Elly - +60192232846 atau boleh ORDER SINI 

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...