August 6, 2019

Giveaway-01 by ematunz.blogspot.com

Jom korangss join Giveaway by ematunz.blogspot.com . Serius senang sangat syarat dia (follow dan copy paste tak sampai 5 minit). Tarikh tamat 25.08.2019 11.59 malam.

 
Klik gambar dibawah untuk join:



Hadiah? Nama pun giveaway, mesti lahh ada. Hadiahnya, Bawal Kaca bernilai RM25 untuk seorang pemenang yang akan dipilih melalui Cabutan Bertuah. Pemenang boleh pilih nak corak apa, kaler apa. Mix and match gittuw.

Info hadiah: Bawal kaca ini dipenuhi manik kaca ori gred AAAA, ala-ala batu Kristal Swarovski. Kualiti kain jenis Airis Premium rank no.2 selepas Bawal Original, ofkos laa senang bentuk. Setiap butir kaca sangat merelipp, paling penting melekat kuat.

Ada 60 pilihan warna, dan berpuluh puluh design menarik. Berpinar mata tengok tau. Nak tengok lagi banyak, gambar ada di Bawal Kaca.




Beli Digital Radio Surah 30 Juzuk Dengan Shopee

Hurm ni lah akibatnye download apps Shopee. Mulalah hari-hari dok scroll Shopee lepas tu berangan nak beli itu ini.

Ni dah terjebak lagi. Beli radio surah 30 juzuk. Harapnya lepas ni lebih rajin mengaji sambil dengar surah-surah yang akan dialunkan nanti. Survey punya survey nampak yang ni paling murah, jadi terus grab jelah. 



Kak Feni suka beli dengan Shopee sebab boleh kumpul coin untuk item-item yang terlibat. Lepas tu bila kita buat review dia akan tambah juga coin tersebut.

Coin ni kita boleh redeem untuk belian seterusnya. Untuk seller yang terpilih. Ada juga seller yang boleh guna coin untuk redeem. Jadi pandai-pandailah korang ushar untuk guna coin ni.

Paling best bila ada banyak order boleh redeem FREE POSTAGE. Siapa nak bagi kan ? Kita kena jadi pengguna yang bijak.

Boleh download apps SHOPEE disini.

So untuk sesiapa yang baru nak download apps SHOPEE ni, jangan lupa masukkan kod Baucer SAFEN225 untuk penjimatan RM8.

August 5, 2019

Review | MEWANGI BERSAMA LOSYEN BADAN JAMSYIR DAUN BIDARA

Wah meriah betul hari ni. Pagi-pagi dah ada orang hantar Losyen Badan Jamsyir Daun Bidara, satu produk dari AS Legacy yang sedang hot sekarang ni. Memang kena cuba


Baunya yang wangi dan harum memang selesa sangat. Ada sesetengah losyen tu kan tekstur ia macam melekit. Yang ni sesuai sangat dengan Kak Feni. Bau wangi dan tak melekit.

Umum pun tahu khasiat daun bidara ni. Bila dah ditambah nilai jadi losyen memang patut cuba. Tak payah susah-susah nak pergi cabut daun pokok bidara yang berduri tu. Beli produk AS Legacy dah! Selesai masalah.

Boleh rujuk KEBAIKAN LOSYEN JAMSYIR DAUN BIDARA untuk tahu kelebihannya.


Menikmati wangian yang tidak terkata. Hahaha padahal model belum bersedia.

Selain mewangikan dan melembutkan kulit yang kering, losyen ini boleh juga memutihkan kulit yang kusam. Jadi takdelah nampak kulit tu macam tak cukup zat. Nampak berseri-seri gitue.


Kak Feni akan kongsikan testimoni daripada pengguna yang telah menggunakan losyen badan Jamsyir Daun Bidara ini di entry akan datang.

Untuk mendapatkan Losyen Badan Jamsyir Daun Bidara ni boleh hubungi ejen AS Legacy seperti di bawah :-

Elly - +60192232846 atau boleh ORDER SINI

August 3, 2019

Aktiviti Hujung Minggu Dengan Anak-anak


Apa aktiviti korang hujung minggu macam ni? Kak Feni macam biasa kalau hari Sabtu memang jadi surirumah sepenuh hari. Abahnya kerja hari Sabtu. Jadi kami anak beranak duduk rumah lepak santai.

Kak Feni macam biasa, pagi bangun buat sarapan untuk anak-anak. Abah basuh baju guna mesin basuh auto. Jadi bila dah siap Kak Feni yang akan sidai.

Sebelum ke tempat kerja, abahnya akan bawa 2 ketul tersebut naik motor pergi beli sarapan. Kadang-kadang beli kuih, Kadang-kadang beli nasi, roti dan, sebagainya. Kalau takde benda nak makan Kak Feni buat sarapan yang simple-simple macam nasi goreng, roti bakar atau telur separuh masak. Ikut suka hati janji anak-anak kenyang.

Lepas beli sarapan balik rumah hantar anak dan terus ke tempat kerja. 

Kak Feni akan buat kerja rumah hari minggu. Basuh baju, lipat baju, mop lantai, susun dan kemas-kemas rumah. Bilik air kalau rajin seminggu sekali. Tak rajin 2 minggu sekali. Ikut mood. Haha.

Tengahari masak makan lunch. Lunch pun kadang-kadang cincai jer. Nasi putih, sambal sardin dan juga telur dadar. Setel! Rasa nak makan mewah sikit beli daging dengan ayam. Anak-anak suka makan daging goreng kunyit dengan telur dadar.

Senang jer nak masak. Campak-campak siap. Kenyang kita boleh rilek santai.

Kalau abah ada, dia jarang suruh masak. Ajak makan di luar. Haha lagi senang. Gantung periuk. Ala kalau makan di luar pun lebih kurang jer. Anak-anak bukan makan banyak pun. Kami share-share apa yang anak nak makan.

Sekali sekala bila dapat gaji bolehlah makan mewah sikit. KFC ke McD ke ikut suka dema lah. Kita ikutkan jela sebab bukan selalu. 

Hari ni depa mintak nak lukis guna water colour. Kak Feni biar jela depa nak mengaler. Tak larang cuma cakap dah siap kemas balik. Alhamdulillah dah siap dua-dua kemas balik. Kak Feni tolong basuh dengan lap jela kaler yang tumpah kena lantai tu. Biarlah depa explore dunia ni. Nak bagi keluar takut, jadi buatlah aktiviti indoor jer. 

August 2, 2019

Rasai Wangian JAMSYIR LOSYEN DAUN BIDARA Daripada AS Legacy

Kak Feni suka sangat kalau sapu losyen yang ada bau wangi. Ada juga losyen yang tak berbau tapi kalau ada yang berbau wangi dan harum apa salahnya. Nak-nak pula pakai lepas mandi memang segar jer rasa.

Kalau duduk di pejabat sambil buat kerja, tangan kering sebab air-cond terlalu kuat pun sesuai sangat sapu losyen. Kalau tak tangan pun jadi kering dan kusam. Nak salam dengan orang pun malu. Haha jadi marilah kita jaga penampilan diri dengan sapu losyen supaya lembut dan wangi.

Surirumah yang sibuk buat kerja rumah pun elok sangat sapu losyen badan JAMSYIR DAUN BIDARA ni. Bau harum dan boleh lembutkan tangan. Bila suami balik pun seronok nak pegang tangan isteri. 

Okey jom Kak Feni share tentang kebaikan losyen JAMSYIR BIDARA ni.


Pertama kali dapat losyen ni nampak macam biasa-biasa je. Sama jer dengan losyen yang ada dalam pasaran. Haha kekwatnya ! Tapi bila sekali buka dan sapu di tangan memang best bau dia. Tak menyengat dan tak sakit hidung. Wangi dan segar.


Ianya buat Malaysia dan pastinya selamat.



PENGENALAN JAMSHIR LOSYEN DAUN BIDARA

• Jamshir losyen bidara produk dari AS Legacy. Gabungan herba-herba yang digunakan dalam ayurveda dibuat secara tradisional menggunakan pati dari herba-herba terpilih yang sesuai untuk kulit. Amat sesuai digunakan oleh mereka yang mengalami masalah kulit yang ringan atau sensitif dan bagi penghidap penyakit kulit seperti psoriasis, sopak, ekzema dan jerawat.

FUNGSI & KEBAIKAN JAMSHIR LOSYEN DAUN BIDARA

• Mengatasi bau badan
• Melembut dan menghaluskan kulit 
• Merawat kulit sensitif, kusam dan kering 
• Memberi kesegaran badan dan menghilangkan keletihan 
• Mengandungi Vitamin C dan E yang membantu mencerahkan kulit dari dalam dan meratakan warna kulit 
• Wangi dengan campuran herba terpilih untuk pengubatan Islam seperti membantu mengurangkan gangguan emosi, stress, panik, susah tidur, makhluk halus dan sihir 
• Memberi kesan pengubatan islam dengan lebih mendalam terutama selepas mengamalkan Shower Gel Bidara 
• Sejuk (tidak panas) sesuai digunakan untuk semua peringkat





BAHAN-BAHAN JAMSHIR LOSYEN DAUN BIDARA 

• Ekstrak stem kaktus,
Opuntia Ficus‐Indica banyak digunakan dalam perubatan sebab kesan antiseptik, antibakterial dan healing properties. Dan banyak digunakan untuk merawat luka kesan terbakar.
• AQUA
• CAPRYLIC TRIGLYCERIDE
• GLYCERIN 
• DIPROPYLENE GLYCOL
• SODIUM POLYACRYLOYLDIMETHYL TAURATE
• HYDROGENATED POLYDECENE
• PARFUM
• LACTOSE
• SQUALANE
• ORYZA SATIVA BRAN OIL
• PHENOXYETHANOL 
• CELLULOSE 
• TRIDECETH-10 PROPANEDIOL
• ALLANTOIN
• TOCOPHERYL ACETATE
• BOSABOLOL
• TETRASODIUM EDTA
• ETHYLHEXYGLYCERIN 
• MELALEUCA ALTERNIFOLIA LEAF OIL 
• RED IRON OXIDES (CI 77491) 
• CITRIC ACID
• OPUNTIA FICUS-INDICA STEM EXTRACT
• AVENA STRIGOSA SEED EXTRACT CYMBOPOGON SCHOENANTHUS OIL
• HYDROXYPROPYL METHYLCELLULOSE 
• PUNICA GRANATUM FRUIT EXTRACT
• BOERHAVIA DIFFUSA ROOT EXTRACT



CARA PENGGUNAAN JAMSHIR LOSYEN DAUN BIDARA


• Gunakan setiap kali selepas mandi, sekurangkurangnya 2 kali sehari
• Sapu seluruh badan
• Baca selawat 3 kali semasa penyapuan


BUTIRAN JAMSHIR LOSYEN DAUN BIDARA



• Semenanjung Malaysia: RM39.90
• Sabah & Sarawak: RM42.90
• Berat Bersih: 100ml

Untuk dapatkan produk AS Legacy boleh hubungi Ejen AS Legacy.

Elly - +60192232846 atau boleh ORDER SINI

August 1, 2019

Welcome August 2019 !


Alhamdulillah bertemu kembali di bulan Ogos yang begitu indah nan bahagia. Thank you Allah. 

Permulaan yang baik dan semoga diakhiri juga dengan penuh kebaikan dan keberkatan. Begitulah doa kita. Lagi 5 bulan kita akan sambut tahun baru.

Dah 8 bulan berlalu, apa pencapaian yang telah kita capai ?

Alhamdulillah mari kita berangan-rangan dulu. Biarlah orang nak kata angan-angan Mat jenin or what so ever. Janji aku ada impian dan bermimpi atau berangan itu PERCUMA. Tiada siapa nak marah. Kalau nak marah pun who's care ? Jawab je "ada mak kesah?''

Hidup ni bukan nak kisahkan apa yang orang kata. Kalau ikutkan apa yang orang nak kita takkan maju sebab dok mikirkan apa yang orang kata.

Yang penting sekarang ni MOVE ON. Pedulikan apa yang orang nak cakap. Asalkan apa yang kita buat tak salah, tak menyusahkan orang lain. Just goes on.

Hidup kita, kita yang tentukan. Selalulah dengar kata-kata motivasi untuk menguatkan semangat sebab semangat ni ada naik turun. Bila tengah banyak dan berkobar-kobar tu, rasa macam nak buat semuanya tapi belajarlah bertenang dan buat satu-satu. Bukan apa. Takut yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Begitulah hidup ini.

Belajar istiqamah untuk melakukan kebaikan. Contohnya nak berubah. Kita takkan mampu berubah 360 darjah dalam satu masa. Namun boleh berubah sikit-sikit. Berubah perlahan-lahan macam perbaiki diri 1% setiap hari. Setahun kita dah berubah sebanyak 365%. 

Alhamdulillah setakat ni pencapaian yang Kak Feni dah capai ialah :-

1. Dapat komisyen sebagai TRAVEL AGENT sebanyak 4 angka. Tak pernah sangka boleh buat. Hanya berangan-angan dan cuba. Sekali closed. Allahuakbar sujud syukur.

2. Income dengan bisness Shopee. Setiap bulan ada jer order masuk. 

3. Shaklee, jual suplemen dan skin care. Setiap bulan akan masuk order. Dulu nak bisnes pun tak pandai dan takut serta malu lebih besar.

4. Pendapatan melalui blog. Tulis dan tulis segala benda yang bermanfaat. Akan ada orang yang menghargai bakat dan kesusahan kita.

5. Banyak jemputan review produk dan perkhidmatan. Maafkan Kak Feni sebab banyak juga yang Kak Feni terpaksa tolak dengan cara baik sebab tak mampu. Kekangan kerja hakiki dan juga masa yang tidak mengizinkan. InshaAllah kalau tak ada aral, pasti akan memenuhi setiap jemputan.

6. Dah tulis entry di blog sebanyak 111 (ewah cantik pulak nombor) di blog ni untuk tahun 2019. Konon nak tulis entry setiap hari 1 entry minimum. Sepatutnya dah 212 entry sampai hari ni. Kurang 101 lagi nak capai target. Haha semoga Kak Feni terus istiqamah menulis benda yang baik-baik.

7. Berjaya kumpul duit untuk roadtax dan insurans kereta serta motor. Haha 

Banyak lagi achievement yang dah capai tapi tu jer yang Kak Feni ingat dan boleh share. Pasal anak-anak pun banyak juga. Menjadi ummi kepada 2 anak bujang tak susah dan tak mudah. Namun terima dengan hati yang terbuka.

Sekali sekala jadi tarzan itu biasa. Pagi-pagi bergegar bumbung rumah pun biasa. Lama-lama semakin baik dan baik. Awal tahun, Abang Aus macam kena culcure shock sebab kena pergi 2 sekolah. Sekolah agama dengan sekolah kebangsaan. Dia taknak pergi sekolah agama. Jenuh juga memujuk dan macam-macam drama swasta di pagi hari. Kita pula nak masuk kerja. Hati memang kena kental. 

Kak Feni amalkan doa yang orang share dalam FB tu. Alhamdulillah menjadi, mungkin juga doa seorang ibu. Yang penting jangan putus asa dan sentiasa doa. Anak-anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. 

Semoga Allah memberkati dan memberikan yang terbaik untuk kita. Amin.



July 31, 2019

DONE RENEW SHAKLEE MEMBERSHIP VIA SHAKLEE2U

Monday yang lepas, Kak Feni dah berjaya renew keahlian Shaklee melalui shaklee2u jer. Mudah dan cepat, semuanya di hujung jari. Kalau diikutkan awal bulan 9 nanti baru expired.

Bila buka jer shaklee2u. Dia keluar reminder supaya renew takut expired. Gaji tak dapat lagi nak renew tapi oleh kerana banyak order Kak Feni pun ambil langkah awal untuk renew terus. Mana tahu kan kot-kot banyak hal terlupa pulak.

Yang bestnya jadi member Shaklee ni, keahliannya adalah seumur hidup. Cuma kena renew RM30 untuk setahun. Harga untuk renew RM30 ni kita akan dapat balik untuk belian seterusnya. Jadinya memang tak rugi. 

Kalau macam Kak Feni yang selalu order produk Shaklee melalui shaklee2u ni memang tak rugi. Macam cash back gitu. Kalau dah yang buat bisnes tu lagi tak rugi malah lebih untung. Sebab tu Shaklee ni boleh bertahan lama dalam pasaran. Sentiasa ada permintaan.

Macam Kak Feni, dalam banyak-banyak bisnes yang Kak Feni join. Shaklee memang boleh buat duit sebab boleh start dengan ZERO modal. Tak payah nak ada modal yang banyak sebab kalau ada order. Semuanya boleh buat order di shaklee2u. Tak payah susah-susah nak simpan stok banyak-banyak.

Risiko tak laku pun kurang. Depend on demand. Bila ada order masuk, kita just order di shaklee2u. Masukkan no ahli dan password. Nak shopping ke nak semak GE semuanya dihujung jari. Jadi untuk mereka yang sedang mencari bisnes online apa nak join. Boleh jer SIGN UP MEMBER dengan Kak Feni.

Terdapat beberapa cara untuk menjadi ahli Shaklee. Boleh rujuk Daftar Keahlian .

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan belian produk atau ingin menjadi ahli boleh hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...