June 13, 2019

Bila Plan Tak Menjadi.

Hahaha semalam stress sangat sebab plan untuk 44 orang budak-budak travel kena tukar penginapan. Stress Mak Jemah oii. Macam mana nak hadap depa ni. Mau kena bambu kaw kaw dengan depa. Sebab payment dah separuh bayar. lagi 3 minggu dapat info kena tukar penginapan. Ko rase ?

Macam nak tercabut tudung Mak Jemah ni haaa. Nasib baik boleh sabar. Bertenang, relax dan chill. Enjoy the moment. Hadoiii. 

Main dengan deal dengan orang-orang yang dah berumur ni macam-macam hal. Kita cakap lain depa paham lain. Kena bertahan dan bersabar.



Naik demam Kak Jemah ni memikir dan berdoa supaya dipermudahkan segala urusan. Alhamdulillah terima kasih tuhan sebab mudahkan urusan kami. Alhamdulillah alhamdulillah. 

Harap-harap hari kejadian semuanya baik-baik sahaja. Ni adalah antara rombongan pertama yang Kak Feni bawa ke Pangkor. Selalu deal atas talian jer. Ni Kak Feni sendiri yang akan turun bersama mereka. Depa pi naik bas dan Kak Feni akan pergi dengan kereta. Sambil-sambil bawak family jalan-jalan.

Syoknye jadi travel ajen ni sebab kita pun boleh melancong sama macam depa. Hahaha tapi kena usaha sikit la. Cari orang dan plan yang terbaik untuk diorang. Selalu yang pergi ramai-ramai ni lagi syok sebab boleh tukar-tukar pandangan. 

Kena tanya macam-macam dengan customer itu biasa. Sudah tentu orang nak yang terbaik. Kalau kita pun nak yang terbaik. Bayar mahal-mahal tapi kualiti hampeh sape yang nak kan ?

Nanti trip ke Pangkor tersebut akan Kak Feni update di entry akan datang. Pulau Pangkor... Tunggu Kak Feni datang.... !!!

Okeylah tu je kot nak bebel hari ni. 

June 11, 2019

TESTIMONI OMEGA GUARD SHAKLEE UNTUK HIDUP LEBIH SIHAT DAN NAMPAK MUDA

Alhamdulillah hari ni Kak Feni nak share dengan korang tentang suplemen minyak ikan yang sangat baik untuk kesihatan. Minyak ikan Omega Guard ni adalah minyak ikan terbaik dunia yang dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi dan bebas bahan kimia berbahaya. 



TESTIMONI OMEGA GUARD YANG TERBUKTI MEMBANTU DALAM MASALAH KESIHATAN








Omega Guard ni boleh diamalkan oleh semua golongan termasuk untuk ibu hamil dan menyusu. Khasiatnya disalurkan melalui susu ibu untuk bayi. Untuk kanak-kanak pula seeloknya diberi ketika umur 4 tahun ke atas. Untuk yang masih bawah umur boleh juga amalkan namun hendaklah bertemu dan mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Boleh rujuk KEBAIKAN OMEGA GUARD SHAKLEE untuk info lanjut berkenaan manfaatnya.




Promosi Bulan Jun ni memang best dan menarik untuk mereka yang sukakan minyak ikan sebab beli 3 botol Omega Guard dapat diskaun sebanyak 5%. Untuk lebih jimat boleh terus join ahli dengan Kak Feni. Dapat jimat berganda-ganda.


Untuk yang berminat untuk mendapatkan OMEGA GUARD SHAKLEE ni boleh hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

June 10, 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1440 Hijrah Maaf Zahir dan Batin

Alhamdulillah hari ni dah raya ke-6. Kak Feni dah masuk kerja.

Tahun ni kami balik Kelantan dulu baru ke Perak. Balik beraya awal di kampung jadi bolehlah kami buat ketupat palas, tapai dan lemang. Puas hati balik kali ni sebab semuanya boleh buat.

Raya pertama tak beraya sangat sebab anak-anak kena cirit birit. Makan macam-macam perut pun meragam. Bukan setakat anak-anak, abahnya sekali kena sakit perut. Balik Kelantan kalau tak makan memang rugi. Bila hentam macam-macam ni lah akibatnya.



Bila anak-anak dah kena cirit-birit ni, mood nak beraya pun hilang. Abang Aus taknak pun pakai baju raya dia yang hensem tu. Bila semua orang ajak nak bergambar pun dia taknak sebab takut nak pergi tandas. Ni pujuk-pujuk dapat la 2 keping untuk kenangan.

Pagi raya kami dah tawaf pekan Pasir Puteh dengan Machang untuk cari klinik. Mana ada klinik yang buka sebab orang nak beraya. Kesian Abang Aus. Last-last balik bagi minum teh pekat. Pergi rumah Tok Cek, Cik Ina bagi makan ubat sakit perut alhamdulillah lega.

Raya kedua dah bertolak balik ke Gerik, Perak. Perjalanan dari Machang ke Gerik pun delay sebab banyak kereta. Jem sikit masa nak naik jambatan di Tanah Merah. Lepas tu jalan okey hingga lah sampai di Bandariang, Gerik hujan turun dengan lebat selebatnya. Jadi jalan pun dah semakin perlahan.

Kami sampai ngam waktu zuhur. Masih ramai yang datang ke rumah opah untuk beraya.

May 31, 2019

Suplemen Untuk Wanita Hamil Dan Bayi Dalam Kandungan

Alhamdulillah dapat berkongsi lagi di alam maya ni.

Semasa hamil anak pertama dulu, tak pandai sangat dan tak cukup ilmu. Kak Feni terlalu percayakan cakap-cakap orang dan akhirnya terpaksa masuk wad sebab badan dehidrat. Nak cerita pengalaman hamil anak pertama memang banyak ceritanya.

Vitamin yang Nurse bagi dari Klinik tak makan sebab takut anak besar dan susah nak bersalin. Betapa ceteknya masa tu. Last-last badan jadi lemah dan mudah jatuh sakit sebab tak cukup nutrisi. Kak Feni kena tahan wad selama 3 hari 2 malam sebab badan tak cukup air dan boleh memudaratkan anak dalam kandungan. Bila dah warded, 21 botol air kena drip masuk dalam tubuh. Satu pengalaman yang sangat tak best untuk diingat.

Lepas keluar wad terus tekad nak makan semua vitamin yang nurse bagi. Minum air kosong banyak-banyak sebab takut kena tahan wad lagi. Alhamdulillah lepas tu tak masuk wad hinggalah hari bersalin. Ada hikmah bila kita kena sakit ni.

Hamil anak kedua macam dah cerdik sikit. Mula pandai cari ilmu dan baca pelbagai buku untuk ibu bapa dan bayi. Alhamdulillah hamil anak kedua Kak Feni boleh kerja macam biasa. Naik motor dengan suami pergi dan balik kerja. Anak pun membesar dengan sihat dalam perut. 

Semua vitamin yang nurse klinik bagi cuma iberet folic tu je Kak Feni tak boleh nak makan sebab lepas makan mesti muntah balik. Doktor di klinik tukarkan kepada obimin. Yang ni okey sikit dan boleh telan berbanding dengan iberet folic. 

Masa ni tak kenal lagi suplemen Shaklee jadi makan jela vitamin yang nurse bagi. Percuma pulak tu. Rugi tak makan. Hahaha

Jom kita tengok apa yang Dr Zubaidi Hj Ahmad share di fb beliau.



SET HAMIL SHAKLEE




Bila lepas pantang anak kedua ada masalah susu kurang. Google punya google banyak juga produk yang Kak Feni cuba untuk milk booster. Banyak juga produk milk booster yang pernah Kak Feni amalkan untuk banyakkan susu badan. Akhirnya bertemu dengan MILK BOOSTER SHAKLEE dan terus amalkan suplemen hingga kini.

Jadi bagi ibu-ibu yang sedang mencari suplemen untuk ibu hamil boleh cuba SET HAMIL SHAKLEE yang sangat bagus untuk ibu dan juga bayi dalam kandungan. Jangan risau rugi sebab suplemen ni boleh makan hingga menyusu. 

Kalau ada yang minat untuk order Produk Shaklee boleh hubungi Kak Feni. 


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com






May 29, 2019

Siap Servis Kereta Sebelum Balik Kampung

Alhamdulillah tahun ni buat sujud syukur Kak Feni sebab balik Kelantan dulu sebelum balik kampung belah suami. Setelah hampir 9 tahun kahwin. Hahahaha macam tak percaya je nak balik kampung kite. Syukur sangat-sangat.

Persiapan raya Kak Feni macam biasa je. Baju raya kami pakai yang baju kenduri Paksu yang baru berlangsung bulan 3 lepas. Haha jimat kos. Beli baju melayu anak-anak jer. Yang baju jalan-jalan, Angah dia dah beli sepasang seorang. Alhamdulillah.

Hurmm nak balik kampung ni kena lah servis kereta dulu. Memikirkan kos nak balik kampung ni memang sakit kepala tapi takpelah bukan selalu pun. Tarik nafas hembus dan hadap jela kan. Kita rasa kita susah namun ramai lagi orang kat luar sana yang lebih susah dari kita. Selagi ada hayat hidup ni, kita kena tabah menghadapinya.



InshaAllah semuanya akan baik-baik saja. Tawakal saja kepada Allah. Nak balik jauh ni kena utamakan keselamatan. Servis kereta dulu dan buat apa yang patut. Bila dah ada kereta ni kena lah ada modal untuk dia. Bulan ni insurance dan roadtax motor kena renew. Bulan depan kereta pulak. Memang kena kerja keras untuk cover semua ni.



Kak Feni ni bukan tahu sangat pasal kereta ni. Tahu start enjin, tekan minyak dan pulas stering. Hahaha lain-lain hal serahkan pada yang pakar. Kalau dulu sebelum kahwin, memang hantar kedai jela suruh tengok. Sekarang bila dah ada suami ni, 100% ku serahkan semuanya pada beliau. Hahaha (kalau dia choong aku pun, bukan aku tahu).


Jumlah keseluruhan kena semalam ialah RM1,400.00. Kak Feni baru berangan nak beli baju baru sempena raya tahun ni. Terpaksalah ku batalkan hasrat nak beli sebab bajet dah lari. Takpelah janji keselamatan keluarga lebih penting. Baju dan segala benda nafsu ni lain kali pon boleh kalau ada rezeki ke situ. InshaAllah.

Kami akan bertolak balik kampung Ahad ni. Semoga perjalanan balik kampung kami nanti baik-baik saja. Tak sabar nak sampai kampung. Mood raya dah ON di opis ni. Hari-hari pasang lagu raya. Riuh rendah dengan lagu raya. Haiii tak sabarnya.

Untuk yang sama macam Kak Feni. hati-hati di jalan raya. Semoga kita semua selamat sampai ke kampung halaman masing-masing dan selamat kembali ke lubuk rezeki.

May 21, 2019

5 Minuman Yang Membantu Dalam Menurunkan Berat Badan

Bulan puasa ni adalah bulan yang terbaik untuk menurunkan berat badan. Namun jangan pula makan ikut nafsu bila masa berbuka nanti. Kawal nafsu makan dan juga amalkan gaya hidup sihat untuk dapatkan bentuk badan yang ideal.

Jom kita tengok apakah minuman yang boleh diamalkan untuk membantu dalam menurunakan berat badan :-

1. Air Kosong




Kita semua tahu yang betapa pentingnya minum air yang mencukupi untuk mengembalikan cecair yang hilang melalui pernafasan, senaman dan juga metabolisma. Air kosong adalah penghilang dahaga yang terbaik dan murah. Minum sedikit air ketika berasa lapar dapat mengurangkan nafsu makan yang banyak. Kajian panada tahun 2015 menunjukkan bahawa minum sekurang-kurangnya 2 liter air sebelum makan membantu dalam menurunkan berat badan berbanding mereka yang tidak mengambil air sebelum makan.

2. Teh Hijau




Siapa yang sukakan teh hijau sangat beruntung kerana teh hijau juga membantu dalam menurunkan berat badan. Minum teh hijau yang kerap bukan hanya meningkatkan metabolisma lemak tetapi juga memainkan peranan penting dalam menurunkan berat bdan serta mengawal nafsu makan. Satu kajian dari "Journal of the American College Of Nutrition mendapati bahawa hanya dalam 2 bulan, mereka yang minum teh hijau boleh kehilangan 6 paun lebih banyak berbanding mereka yang minum air kosong. Teh hijau juga kaya dengan antioksidan dan flavonoid yang baik untuk kesihatan menyeluruh. Sebaiknya minum teh hijau yang baru dibancuh tanpa gula dan krimer adalah terbaik.

3. Kopi




Kopi juga sangat bagus untuk menurunkan berat badan. Satu kajian pada tahun 2015 dalam Jurnal Sukan Perubatan dan Kesihatan Fizikal mendapati bahawa para peserta boleh melakukan hampir 20% lebih tekanan kaki dan 12% tekanan pada bangku apabila mereka minum 2-3 cawan kopi sebelum latihan.

Selain itu, kopi juga memberi kesan positif kepada hormon yang membantu memperbaiki gula dalam darah. Mengekalkan gula darah yang stabil sangat penting untuk kesihatan dan kecergasan tubuh. Hormon yang stabil membantu dalam proses mendapatkan berat badan yang ideal.

Harus diingatkan kopi yang diminum hendaklah kopi hitam pekat kurang gula atau tanpa gula dan bukannya yang ditambah perasa dengan susu atau krimer.

4. Kombucha




Minuman ternakan yang enak dan enak ini dibuat dengan menambahkan bakteria yang kaya dengan probiotik kepada teh manis yang ringan. Semakin banyak penyelidikan melihat kesihatan usus dan bagaimana ia berkaitan dengan obesiti dan berat badan, mendapati bahawa berjuta-juta bakteria yang hidup dalam keberanian kita boleh memainkan peranan yang besar dengan mengubah cara kita menyimpan lemak, bagaimana kita mengimbangi gula darah dan bagaimana kita bertindak balas kepada hormon yang membuatkan kita merasa lapar dan penuh. Menguatkan usus kita dengan minuman dan makanan yang merangsang bakteria yang baik boleh menyebabkan kehilangan berat badan lebih mudah daripada yang kita fikirkan mungkin. Kombucha boleh didapati di kebanyakan pasar raya dan terdapat sarat dengan probiotik - hanya pastikan untuk mencari jenama dengan kurang daripada 5 gram gula setiap hidangan.

5. Teh Susu Kunyit




Mengambil segelas teh susu kunyit sebelum tidur membantu dalam mendapatkan tidur yang berkualiti. Tidur adalah penting untuk mengurangkan berat badan yang lebih berkesan. Otak menggunakan kalsium dan tryptophan (kedua-duanya didapati dalam produk tenusu) untuk membuat melatonin dalam tidur.

Kunyit mengandungi komponen yang dipanggil curcumin, yang mungkin mengecilkan saiz sel adiposa dan menghadkan pengumpulan lemak. Curcumin juga merangsang kesan antioksidan, mengurangkan keradangan dan boleh membantu melegakan keresahan. 



Jalan-Jalan Di Nilai 3 Untuk Beli Perabot Jati

Semalam kami sempat ke Nilai 3 untuk beli perabot kepada mak mertua. Sebenarnya dah lama sangat dah plan nak pergi Nilai nak beli perabut Mak Mertua. Asyik tertangguh-tangguh hinggalah semalam tekad pergi jugak. Kira perabut raya lah.

Kami bertolak dari rumah pukul 11.00 pagi dan sampai sana dekat pukul 1.30 tengahari. Tak jauh sangat dengan Hulu Langat. Kami ikut highway je. Sampai sana terus ushar kedai-kedai perabot di situ. Jalan-jalan di sekitar deretan kedai di Nilai 3 ni memang seronok. Boleh cuci mata dan tengok macam-macam pilihan perabot yang ada. 

Di Nilai 3 ni selai perabot, terdapat juga langsir, karpet, barang-barang hiasan perkahwinan dan banyak lagi. Teringat dulu, masa Kak Feni study di Mantin. Kalau nak balik kolej mesti singgah Nilai sebab nak shopping barang murah di sini.

Kalau beli langsir pun memang berbaloi sebab upah jahitnya percuma di sini. Tunggu dalam sejam siap jahit ikut apa yang kita mahu. Macam-macam pilihan ada. Sediakan duit je untuk beli dan tempah.

Memang gila kalau datang sini. Rasa macam nak beli semua. Haha nama pun perempuan kan. Nak-nak raya ni kena kawal nafsu. Nanti nak balik kampung nak pakai banyak duit. Nak kena spare duit minyak dan tol serta duit makan anak-anak. Semua tu kena guna banyak duit. Lain kalau kita ni orang have-have yang nak belanja apa pun tak perlu tengok price tag.



Pergi masa bulan puasa ni okey tapi agak penat dan tak boleh makan. Hahaha kami biasanya kalau berjalan mesti lepas tu nak makan. Kali ni pergi bulan Ramadhan jadi kena bersabar dalam segala ujian. 

Kami pergi awal, jadinya tak lah rasa penat sangat dan cuaca masa kami pergi tak panas sangat dan berangin. Jadi tak terasa penat. Mungkin hikmah bulan Ramadhan. Buat sesuatu kerana Allah Taala. InshaAllah dipermudahkan segala urusan.

Akhirnya setelah berpusing-pusing di dalam beberapa buah kedai. Makanya kami sepakat untuk memilih satu sofa jati yang lain daripada lain. Dalam banyak-banyak kedai di situ, hanya satu je yang ada macam yang Mak Mertua Kak Feni nak. Jadi kami pun berpatah balik tempat yang nak beli tu.

Mula-mula nak bawa balik naik kereta alza tapi oleh kerana agak besar jadi orang kedai akan hantar guna lori. Kat sini kos penghantaran adalah percuma. Alhamdulillah jimat kos penghantaran. Lepas raya ni kita datang lagi untuk shopping hiasan dinding. Kerja keras dan kumpul duit dulu. Lepas tu boleh makan-makan yang sedap di Nilai 3 ni.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...