April 22, 2019

Suasana Pagi Kampung Suamiku

Hari Khamis minggu lepas kami tergesa-gesa balik kampung setelah mendapat perkhabaran duka tentang Pakjang telah kembali ke rahmatullah. Pada pagi Khamis tu kami dapat berita yang Pakjang dikejarkan ke Hospital Gerik akibat tidak sedarkan diri.

Niat hati memang nak balik tengok Pakjang sebab dia memang rapat dengan kami. Petang Khamis, kami semua dikejutkan dengan berita kematian Pakjang. Balik kerja masing-masing terus bergegas balik kampung.

Perjalanan kami mengambil masa 5 jam untuk sampai jadi kami tak sempat pun nak tengok arwah untuk kali terakhir. Hanya doa dari jauh untuk arwah dan semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah. Arwah pun sangat baik orangnya. Semoga segala kebaikannya diangkat Allah.

Mohon sahabat yang baik hati, sedekahkan al-fatihah untuk beliau agar rohnya bahagia di sana.


Kak Feni nak kongsikan tentang suasana kampung suami Kak Feni. Dulu Kak Feni duduk sinilah masa lepas kahwin sampailah melahirkan anak sulung Kak Feni, Abang aus. Lepas pantang kepada Abang Aus, dapat rezeki pindah ke Kuala Lumpur. Rezeki anak-anak. Tahun ni dah hampir 8 tahun dah duduk di bandar. Balik kampung pun bila ada masa lapang. Ni anak-anak dah masuk sekolah memang lagi susah nak balik kampung.



Suasana pagi hari Jumaat 19.04.2019. Masa ni kami beramai-ramai nak keluar cari sarapan pagi. Kabusnya sejuk sangat. Terasa macam berada di Cameron Highland. Hahaha lepas ni rasa nak pergi Cameron boleh tukar plan balik kampung jelah.



Depan rumah opah, ada sebuah homestay. Sebelum ni homestay ni memang sangat laris sebab ada orang yang berubat kanser dekat Kg Batu 4 tu. Namanya Arwah Pakdak. Rumah Arwah Pakdak ni tak jauh mana dengan rumah opah. Kak Feni pun pernah berubat dengan dia untuk masalah senggugut yang teruk. Baik sangat orangnya. Tular juga la beliau dalam mengubati masalah penyakit-penyakit kronik ni. Apapun dengan izin Allah.




Apa lagi yang seronok di sini, ada gerai makan minum petang. Laksa, bihun sup, ais kacang dan cendol sedap sangat. Balik kampung memang tak boleh nak diet sebab makan banyak. Hahaha kalau diet sangat merugikan sebab tak boleh makan makanan yang sedap-sedap.

Hari Sabtu petang kami pulang ke Kuala Lumpur untuk meneruskan hidup ni. Yang pergi tetap akan pergi, kita yang tinggal perlu teruskan hidup dan buatlah yang terbaik untuk mendapatkan keredhaan dan keberkatan dari Allah. Sesungguhnya syurga itu bukan percuma dan bukan murah. Banyak pengorbanan yang kita perlu lakukan untuk memilikinya.

Dunia ini hanya sementara, buatlah baik selagi mampu.

#ceritakakfeni

April 17, 2019

Abam Kie's Birthday Giveaway


Kak Feni join GiveAway sempena birthday Abam Kie ni. Kalau berminat, u all boleh jer just klik banner kat atas dan ikut syarat yang disertakan.

Dengan ucapan "Selamat hari lahir, semoga panjang umur, diberkati Allah selalu, sentiasa memberikan yang terbaik untuk keberkatan dunia dan akhirat, semoga segala impian akan tercapai, inshaAllah.". Allahumma amin.




April 16, 2019

Motivasi Hari Ini. Semoga Kau dan Aku Kuat !

Tiada siapa di dunia ini yang tidak mempunyai masalah selagi kita masih punya nafas untuk bernyawa. Dugaan itu menjadikan kita lebih kuat dan tabah dalam menghadapi segala ujian hidup ini.

Bak kata bos Kak Feni, kita selalu inginkan nak itu nak ini. Contohnya nak pergi travel ke luar negara sebab dia selalu pergi travel ke luar negara. Bila dah sampai ke tempat yang di tuju tersebut, terasa macam "dream comes true". Ini adalah antara kata-kata bos Kak Feni pada 2 tahun lepas tak silapnya.
Masa tu dia baru balik dari pergi Amerika.

Kak Feni yang sesungguhnya buku merah pun tak pernah ada ni sangat teruja nak dengar cerita dia pergi oversea. Dia pun tak kedekut nak share pengalaman. Borak-borak masa makan tengahari. Kak Feni masa kerja memang kena buat kerja betul-betul. Masa lepas kita share pengalaman.

Alhamdulillah dikelilingi dengan orang yang baik-baik walaupun kami berlainan agama. Di Malaysia ni kita hidup aman damai berbilang kaum. Kalau kita saling hormat menghormati, inshaAllah baik-baik saja.

Nak didik hati suruh sabar bukan senang. Kadang-kadang mari juga perasaan cemburu dan sakit hati dengan apa yang berlaku. Padahal Allah dah tetapkan bahagian masing-masing. Jangan cemburu dengan kelebihan yang orang lain ada sebab kita pun ada kelebihan sendiri. Jangan biarkan emosi menguasai diri.

Nak jadi baik tak susah namun tak mudah. Kena kuatkan semangat. Nak twist balik negatif ke arah positif pun ambil masa. Kadang-kadang nak merawat hati sendiri pun ambil masa. Nak jadi lebih baik perlukan kekuatan mental dan fizikal. Sokongan orang-orang terdekat dan banyak faktor lagi. Namun diri sendiri yang perlu kuat. 

Macam tu juga nak positif. Kena senitasa positif dan ceria-ceria selalu. Kalau salah minta maaf dan cuba perbaiki kesalahan itu. Kalau hari-hari kau dengar dan sebut perkataan yang negatif dan buruk. Secara tak langsung mempengaruhi kualiti kehidupan juga. Jadi hiduplah dengan cara kita supaya Allah redha dan berkati kehidupan ini.


April 12, 2019

Pecah Tabung Syiling


Semalam tabung duit syiling di kira. Setahun lebih menyimpan. Hari ni mula kumpul yang baru. Macam ni lah hidup ni. Bila dah berjaya satu tahap. Kita mula hidup baru. 

Kalau tak berjaya pun, kita mula lagi sekali. Bukan senang nak senang. Jangan pandang remeh dengan duit syiling. Nampak kecil tapi bila dikumpul banyak-banyak memang banyaklah hasilnya. 



Jumlah kali ni ialah RM125.00 sahaja. Hahaha banyak tu. Anak-anak dah riuh rendah suruh ummi belikan mainan. Memang tak lah. Ummi nak masuk dalam bank. 

Simpanan untuk masa depan anak-anak. 

April 11, 2019

Giveaway Road to 8 Million Pageview



Giveaway ke 2 untuk bulan April. Semoga ada rezeki Kak Feni. Klik banner untuk join.

Apa Perlu Aku Buat Untuk Masalah Tekanan Darah Rendah ?

Semalam aku skip menulis di blog. Kenapa dan sebab apa memang banyak sangat alasannya. Salah satunya aku balik awal sebab husband aku cuti. Cuti ganti sebab dia outstation ke Johor Bahru pada Isnin lepas. Jadinya aku kena balik naik MRT.

Jadi isteri dan ibu ni bukan senang. Apa-apa pun kena mintak restu suami sebab syurga isteri kan di bawah tapak kaki suami. Itu pun kalau dia buat ikut suruhan Allah la kan. Sama-sama mencari redha Ilahi. Bila dah kahwin ni memang kena banyak sabar dan bertenang. Kalau tak lama dah hancur rumah tangga. Kesian dekat anak-anak macam aku. Jadi aku taknaklah benda yang sama berulang terjadi pada anak-anak aku.

Hidup ini bukanlah tentang aku saja walaupun kadang-kadang aku rasa nak sangat jadi selfish. Taknak pedulikan orang lain dan hidup sendiri tapi aku tak boleh. Banyak benda yang aku kena buat untuk hidup ini. Aku tak boleh nak putus asa dengan segala apa yang orang dah buat pada aku. Biarlah, yang tak suka kita tak boleh paksa tapi kita boleh cari bahagia dengan cara kita sendiri. 

Sebenarnya aku ni dah dua tiga hari asyik pening dan sakit kepala. Bila pergi jumpa doktor, jawapan tekanan darah rendah. Selalu jadi sebelum dan selepas datang bulan. Kalau lambat datang bulan lagi la macam-macam simptom ada. Sakit kepala, pening, sakit pinggang, mual-mual angin dan banyak lagilah kalau aku nak senaraikan.

Aku perasan yang aku tak ambil suplemen dengan konsisten. Jadi hari ni aku tekad nak makan suplemen dengan konsisten. Nak makan ikut waktu supaya kesihatan aku bertambah baik.


Bila umur dah semakin hari semakin bertambah ni, aku memang kena jaga kesihatan. Makanan yang aku makan kena jaga dan juga aku kena banyak bersenam. Sejak akhir-akhir ni, aku malas betul nak bersenam. Sebelum ni aku aktif dan rajin juga layan zumba petang-petang masa bos dah tak ada kat opis.

Ni bila tak aktif, memang rasa mudah penat dan cepat mengah. Naik tangga sikit pun dah mengah, semput. Macam mana kalau tiba-tiba kena hiking ke, berlari ke , naik basikal aku ni. Maunye cepat jer pancit.

Okey back to suplemen ni, kenapa aku pilih Vitalea ?

Ianya adalah multivitamin yang pertama di dunia ni. Jadi untuk yang rasa malas macam aku nak telan banyak-banyak vitamin ni boleh ambil Vitalea sebagai suplemen harian.  Dekat belakang botol Vitalea ni ada arahan pemakanan. Take 2 tablets daily maksudnya dalam bahasa Melayu ambil 2 biji sehari. Dah cukup untuk keperluan harian badan kita.


Untuk orang yang susah nak makan sayur dan buah macam aku ni memang elok sangat sebab setiap tablet vitalea ni mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. 

Tablet Vitalea ni disaluti dengan serbuk nutrisi iaitu spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks. Ia merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal juga telah membuktikan dengan pengambilan Vitalea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak  65%. Vitalea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTIVITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Lagi aku nak share tentang kebaikan Vitalea ni ianya berbaloi untuk diamalkan dan harganya memang sangat mampu milik dan berpatutan untuk orang macam aku. Sebotol Vitalea mengandungi 120 tablet, jadi kalau aku konsisten ambil 2 tablet sehari. Tahan sehingga 2 bulan. Memang jimat sangat. Harganya pun tak sampai pun RM100. Jadi aku tak perlu spend duit tiap-tiap bulan untuk beli vitamin ni.

Aku ni kadang-kadang memang kedekut kalau bab-bab menghabiskan duit. Tapi kalau bab vitamin ni aku akan pastikan aku alah membeli dan menang memakai.



    

April 9, 2019

Kisah Aku Hari Ni


Menikmati jus avocado yang lemak manis ketika tekak terasa inginkan benda manis memang nikmat terasa. alhamdulillah aku ni memang kaya dengan rezeki makan minum. Tak pernah kurang dan syukur sangat. Kiri kanan ada sahabat yang sentiasa murah untuk memberi bukan sahaja dari segi makan minum malah kadang-kadang pertolongan dari segi doa.

Syukur sangat pada Allah. 

Aku lebih sayangkan orang yang sayangkan aku dan aku tidak mahu ambil pusing tentang apa yang orang tak suka aku. Hidup ini hanya sekali jadi aku mahu lakukan yang terbaik untuk hidup aku.

Mungkin dulu, aku terlalu takut untuk menonjolkan diri. Takut untuk ke depan dan terlalu takut untuk mencuba. Sebenarnya persekitaran kita yang menjadikan kita begitu.

Bila dah semakin dewasa dan semakin matang. Aku semakin boleh berfikir tentang yang mana baik dan buruk. Sesungguhnya aku memang degil dan tegas dalam apa yang aku buat. Aku tidak mahu sekali-kali pun biarkan orang lain menentukan hidup aku.

Jadi untuk segala risiko yang aku ambil, aku sendiri yang tanggung. Menjadi isteri dan ibu kadang-kadang menjadi kekangan untuk aku buat lebih namun aku tetap cuba dan mencuba. Tiada siapa yang boleh tolong aku melain aku sendiri.

Aku pernah hidup susah dan pernah tidak punya apa-apa. Masa kecil-kecil ku tak seindah orang lain tapi aku tak kisah. Kalau nak kenang yang duka-duka itu semua boleh melemahkan aku melainkan aku kena bangkit melawan apa yang aku tak mampu nak lakukan. Aku yakin yang aku takkan selamanya hidup susah.

Setakat hari ini, alhamdulillah hidup bertambah baik dan tidak meminta-minta dengan orang. Apa yang aku nak akan aku usahakan sendiri. InshaAllah dengan bantuan dan izin Allah. Kalau tak kerana izinnya aku takkan berjaya macam hari ini.

Aku harus berbangga dengan pencapaian aku hari ini. Boleh membesarkan anak-anak dengan kudrat aku dan suami. Membantu dan menyara hidup ini dengan sendirinya. Bantuan ahli keluarga itu ada lah. Sekurang-kurangnya kami usaha dengan cara kami.

Terima kasih ya Allah untuk nikmat ini. Susah aku yang dulu menjadikan aku insan yang lebih kuat dan sabar dalam menghadapi dugaan hari ini. Memaafkan itu mudah namun untuk melupakan itu susah.

Bagi aku, tak suka lebih baik menjauh daripada hipokrit di depan mata. Buat menambah dosa. Apa pun tetap bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi hari ini.




Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...