December 11, 2018

9 SEBAB KENAPA SAYA PILIH SHAKLEE SEBAGAI PERNIAGAAN KELUARGA

Mesti ada sebab kita pilih bisnes untuk membantu dalam menjana pendapatan. Ni Kak Feni nak kongsi 10 sebab kenapa perlu pilih Shaklee sebagai peluang untuk menjana pendapatan.

1. PEMBAYARAN BONUS SEBANYAK RM26 BILLION UNTUK PERKONGSIAN PRODUK SHAKLEE


Shaklee tak pernah terlepas untuk buat bayaran bonus ke dalam akaun Kak Feni kalau dah melebih 150UV. Lagi banyak order yang masuk, lagi banyak bonus yang kita dapat.

2. SHAKLEE MALAYSIA BERKEMBANG 1000% SEJAK 6 TAHUN LALU


Setiap tahun, beribu ahli baru berdaftar dengan Shaklee kerana yakin dengan produknya. Menjadi ahli Shaklee tak semestinya untuk berbisnes. Menjadi ahli, boleh beli produk Shaklee dengan harga ahli. Bukan ke lebih untung tu berbanding beli dengan harga pasaran.

3. SYARIKAT NUTRISI SEMULAJADI NOMBOR 1 DI US



Shaklee merupakan syarikat pemakanan semulajadi nombor 1 di Amerika Syarikat. Menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan untuk kehidupan yang lebih sihat. Reputasi Shaklee terhadap kualiti dan intergriti tiada tandingan. Ini adalah komitmen yang tinggi terhadap penyelidikan yang telah dihasilkan lebih daripada 100 artikel dan ringkasan yang diterbitkan dalam jurnal ulasan Scientific and peer. Tiada syarikat nutrisi yang lain di dunia boleh membuat tuntutan tersebut.

4. PERBEZAAN SHAKLEE


Setiap produk yang masuk ke dalam botol Shaklee direka untuk meningkatkan kesihatan, berfungsi tanpa kompromi, dan mesra alam. Ianya sentiasa selamat, berfungsi dan sentiasa mesra alam.

5. LANDMARK STUDY



Hanya Shaklee je syarikat suplemen yang ada Landmark Study ni, sebab syarikat lain tak berani nak buat. Tak berani nak buat sebab resultnya kena bagitau kat semua orang. Baik ke tak baik kena hadap. Kalau tak baik maka jatuhla reputasi syarikat. Hanya Shaklee yang berani bagi pihak ketiga buat kajian ini. 

Landmark Study ni adalah kajian pihak ketiga. Mereka membuat kajian ke atas 3 kumpulan yang telah mengamalkan makan suplemen lebih dari 20 tahun.

1. Orang yang makan suplemen selain Shaklee
2. Orang yang makan suplemen Shaklee
3. Orang yang tak makan apa2 suplemen langsung.

Alhamdulillah ternyata result kesihatan orang yang makan suplemen shaklee lebih baik. Yang peliknya orang yang makan suplemen lain kesihatan mereka lebih teruk dari tak makan apa-apa suplemen.

6. PENGIKTIRAFAN DARI BRANDLAUREATE SEBAGAI MLM TERBAIK DALAM NUTRISI


Shaklee mempelopori model perniagaan yang memberi pilihan kepada orang ramai untuk bekerja dari rumah, menghabiskan lebih banyak masa melakukan perkara-perkara penting kepada mereka, dan memperoleh pendapatan yang sihat dengan membantu orang lain. Bayangkan sebuah perniagaan di mana kita boleh mendapat ganjaran kewangan, perjalanan mewah ke lokasi eksotik dan pengiktirafan untuk membantu orang lain, dalam masa yang sama membuat sesuatu perbezaan untuk planet ini.

7. PROGRAM SHAKLEE CARES


Banyak program Shaklee Cares yang dianjurkan untuk meningkatkan tahap kesihatan individu. Setiap tahun mesti diadakan pelbagai program untuk ahli dan bukan ahli bagi meningkatkan tahap kesihatan. 

8. INTERNATIONAL TRIP DAN UMRAH SETIAP TAHUN

Dapatkan mata ganjaran yang membolehkan kita melawat ke destinasi hebat di seluruh dunia serta pengiktirafan dan ganjaran wang tunai untuk tahap pencapai sepanjang tahun. Untuk yang berjaya mencapai target, Shaklee akan menghadiahkan pakej percutian ke luar negara atau pun pakej umrah untuk mereka yang beragama Islam. 

9. SYARIKAT PERTAMA MENERIMA SIJIL CLIMATE NEUTRAL 


Shaklee adalah syarikat pertama di dunia yang menjadi Clime Neutral yang telah disahkan untuk benar-benar mengimbangi pelepasan karbon yang menyebabkan impak sifar terhadap alam sekitar. Ibu pejabat korporat dunia shaklee adalah pemenang anugerah bagi reka bentuk alam sekitar. 

December 7, 2018

Aktiviti Menarik Di Pulau Pangkor

Bercuti di Pulau Pangkor adalah satu yang sangat menyeronokkan bagi kami sekeluarga. Alhamdulillah sebab Acik (kakak Kak Feni) duduk di Seri Manjung, jadinya tiap-tiap tahun kami akan ke sana. Destinasi yang kami akan pergi ialah Teluk Batik dan juga Pulau Pangkor.

Anak-anak adalah orang yang paling teruja bila kami bagitahu nak ke rumah Acik. Mereka akan excited sebab boleh pergi Pulau Pangkor. Dulu masa Marina Jetty belum siap kami naik bot di Lumut. Bila Marina Jetty dah siap kami naik bot di Marina Jetty. Perbezaan masa agak ketara bila kita naik bot di Marina Jetty berbanding jeti Lumut. Marina lebih dekat dan siapa yang mabuk laut disarankan untuk naik bot di Marina.

Perjalanan masa berada di atas bot adalah lebih kurang 20 minit.

Selalunya Kak Feni dan family pergi balik hari jer sebab rumah Acik dekat. Bila dapat peluang bermalam di Pulau Pangkor memang best la. Sampai Di jeti Pulau Pangkor. Kita akan di offer untuk sewa motor atau kereta atau pun nak naik teksi sahaja.

Kali pertama Kak Feni pergi dengan Acik, Tokmek, Wawan dan Abang Aus. Kami naik teksi je. Pergi ke Teluk Nipah. Tempat yang sangat menarik untuk beraktivti di tepi pantai. Nak mandi, nak naik bot ronda pulau, nak pergi tempat snorkeling semua ada di sini.

Kali kedua kami pergi ke Pulau Pangkor pada tahun lepas sempena Tahun Baru Cina. PERCUTIAN KE PULAU PANGKOR. Masa ni abah ikut sekali sebab abah tak pernah sampai ke Pulau Pangkor. Kali ni kami sewa motor skuter untuk ronda-ronda pulau. Memang seronok sangat masa tu.

Kali ketiga kami pergi ke Pulau Pangkor pada bulan sudah. Pengalaman yang sangat menarik untuk di kongsi bersama. Kali ni Kak Feni join #teampangkoronline untuk mempromosikan pakej-pakej menarik di Pulau Pangkor.









Kali ni kami pergi atas urusan kerja. Kak Feni bawa anak-anak sekali sebab dah janji lama dengan depa nak bawa pergi Pangkor. Gerak dari rumah pukul 6.00 pagi sebab pagi tu abahnya kena hantar kawan ke KLIA2 nak balik Indonesia.

Anak-anak kami angkut bawa masuk kereta je. Hajatnya nak mandikan di R&R highway masa on the way. Bila sampai di R&R, taknak mandi sebab sejuk. Kami terus je ke Manjung. Singgah di rumah Acik sebab nak minta tolong Acik hantar kami ke jeti. Kami tak parking di jeti Marina.

Kami sampai di Jeti Marina pukul 11.30 pagi. Pergi cari tiket bot ke Pulau Pangkor. Kena naik bot pukul 12.00 tengahari. Anak-anak Kak Feni macam nak balik kampung di Pulau Pangkor jer. Acik kata 'adik dengan abang nak balik kampung ke tak mandi?". Hahaha apa ada hal, janji boleh jalan.


Kami sampai di Pulau Pangkor pukul 12.20 tengahari. Sampai di jeti Pulau Pangkor, kami naik teksi yang yang warna pink tu ke Puteri Bayu Resort. T Lepak situ dan terus Check-In.

Makan tengahari, solat dan berehat. Petang pukul 3.30 petang kami keluar untuk aktiviti snorkeling kerana cuaca yang baik.









Ni adalah kali pertama untuk kami semua pergi snorkeling di pulau. Naik bot ke pulau dan di tinggalkan beberapa jam untuk menyelam dan mandi mandi di sini. Seronok sangat sebab ikan memang datang dekat kita. Kami bernasib baik sebab air laut masa ni jernih sangat. Boleh nampak sampai dasar laut. Kak Feni dengan anak-anak main tepi pulau je sebab risau keselamatan anak-anak. Nasib baik juga abahnya ikut boleh kawal anak-anak. Haha siap beli seluar baru untuk aktiviti ni.

Korang kalau nak berjimat cermat, bawa siap-siap pakaian mandi yang sesuai untuk aktiviti ni. Kalau tak bawa, jangan risau dekat Teluk Nipah tu, bersepah gerai jual pakaian pantai. Pilih je nak macam mana. Janji sediakan duit secukupnya.

Lepas aktiviti snorkeling, kami di bawa melawat pulau. Island hopping dengan bot. Tour guide yang baik akan explain satu-satu tentang pulau yang dia bawa kami tu. Belakang pulau yang kami snorkeling tu ada batu yang berbentuk penyu. Bila pusing ke sebelah satu lagi nampak macam buaya sedang terdampar.

Habis snorkeling di pulau tu, kami di bawa ke beberapa pulau di sekitarnya. Ada satu pulau tu, nampak macam ikan paus yang besar. Di atasnya ada satu pokok renek yang kekal tinggi sampai tu je. Bila kita duduk atas bot, nampak macam ikan paus tengah bersin. Hahaha.

Masa tu juga, bot dimatikan enjin supaya kami dapat tengok ke dasar laut. Dia cakap tengok bawah, nampak yang panjang-panjang tu. Itu timun laut, orang selalu keliru dan tertukar ingat timun laut tu gamat. Depa kutip bawak balik sebab ingat gamat. Di situ, dia pesan kalau tak tahu kena tanya.

Lepas puas ronda dengan bot, kami di bawa ke tepi pantai tempat kami naik bot. Habis aktivti snorkeling dan island hopping. Kami meronda ke tempat bird fidding. Memang syok sangat sebab boleh bagi makan burung. Banyak burung enggang di sini. Yang ni Kak Feni nampak lebih kecil saiznya berbanding yang pernah Kak Feni tengok sebelum ini.

Kami pulang ke hotel selepas aktiviti brid fidding. Mandi dan bersiap untuk solat maghrib. Lepas solat kami berkumpul di kedai tomyam untuk makan malam. Alhamdulillah, kalau di Pangkor, tempat makannya banyak dan harganya sangat berpatutan. Kalau ambil pakej dengan ejen travel, dah tak perlu risau tentang makan sebab dah termasuk dalam pakej. Terpulang pada masing-masing punya poket.

Kalau pergi ikut pakej, aktivitinya memang dah ada dalam pakej. Kita just ikut jer bergantung pada keadaan cuaca tapi takkan tak best kalau ke Pangkor.

Malam lepas makan, kami meneruskan aktiviti kami dengan perbincangan dan cara-cara buat promosi untuk pakej-pakej yang nak di kongsikan dengan orang luar. Kami bermeeting sampai la pukl 12.00 malam. Kak Feni dah tak tahan dah penat sangat, aktiviti dari pagi sampai malam non-stop. Yang si Mary tu, dia personal coaching dengan Fad sampai pukul berapa pagi tak tahu.


Esok paginya, kami bersarapan di cafe sebab include breakfast. Lepas breakfast kami diberi masa untuk rehat sementara. Plannya hari ni, nak melawat pulau. Balik bilik dan rehat. Anak-anak nak mandi kolam. Ummi bawa mandi kolam.








Masa anak-anak tengah mandi, hujan turun dengan lebatnya. Jadinya kami terpaksa melepak di bilik. Pukul 11.00 pagi kami berkumpul di lobby hotel untuk aktiviti seterusnya.











Oleh kerana cuaca tak mengizinkan untuk kami pergi shooting hotel dan resort di Pangkor hari ni. Kami hanya bergambar di sekitar hotel je. Mulanya nak naik motor tapi hujan dan kami tempah teksi untuk ke jeti.

Kami ucapkan terima kasih kepada Nik dari PANGKOR ONLINE yang telah menaja percutian kami semua. Semoga sentiasa diberikan rezeki yang mencurah-curah. Servis yang sangat baik dan siapa yang ingin tempah pakej ke Pangkor boleh hubungi beliau. Kak Feni juga telah sah menjadi ejen Pulau Pangkor. Nak ke sana dan nak tahu tentang pakej menarik boleh terus hubungi Kak Feni.

Klik saja : http://fenitravel.wasap.my .

Kami bertolak balik dari jeti Pulau Pangkor pukul 1.30 tengahari. Sampai di Marina jetty dalam pukul 2.00 petang. Sebelum bertolak balik, kami berphoto dulu di jeti Marina.









Lepas makan, kami bersurai dan balik ke tempat masing-masing. Kak Feni bermalam di rumah Acik dan esoknya baru balik KL. Alhamdulillah untuk percutian kali ni. Next time kalau ada jemputan untuk menaja Kak Feni dan family bercuti, sangat-sangat Kak Feni alu-alukan.


December 5, 2018

INDIVIDU YANG BERNOMBOR ASAS 9

Kenapa nombor 9 yang Kak Feni tekankan sebab nombor asas Kak Feni 9. Hehe jadi lebih suka nak share nombor 9. Nombor lain nanti Kak Feni share di entri lain.

Nombor 9.


  • Optimistik
  • Terbuka
  • Peka
  • Pintar
  • Sensitif
  • Emosi
  • Tampil Cantik


KELEBIHAN INDIVIDU YANG BERNOMBOR 9



  • Suka mengajar dan senang membantu orang lain.
  • Gerak hati yang kuat.
  • Kreatif
  • Penuh inspirasi


Kejayaan selalu di depan mata, namun cenderung untuk gagal kerana sikap mudah putus asa dan menyerah kalah jika berdepan dengan dugaan yang lebih besar.

KELEMAHAN INDIVIDU YANG BERNOMBOR 9



  • Emosinya sering berubah
  • Sering kemurungan
  • Muram


Warna Tuah



  • Coklat
  • Kuning
  • Biru
  • Hitam


Elakkan warna emas, perak dan putih.

Macam mana nak kira nombor asas ?


Ada caranya melalui tarikh lahir. Kak Feni belajar menggunakan petak segi tiga tu. Tapi sekarang dah senang dah boleh guna apps di telefon pintar. XENRICH namanya kalau kita nak install di handphone.


Kita boleh tengok nombor asas kita dengan hanya masukkan tarikh lahir kita.







December 4, 2018

CHECKUP ADIK RAYYAN DI KKIA - 4 TAHUN

Semalam sepatutnya kami bawa Adik Rayyan ke KKIA untuk checkup 4 tahun. Adik cukup umur 4 tahun pada 02/12/2018. Birthday Adik Rayyan yang ke-4. Jadi Nurse buat appointment semalam. Oleh kerana abah ada misi khas semalam, kami terpaksa tunda ke tarikh hari ni.

Semalam abah bawa orang nak berhijrah masuk Islam ke JAWI. Alhamdulillah secara tak langsung, abah pun dapat pahala. InshaAllah harapnya. Mulanya abah nak bawa je Adik Rayyan ke klinik semalam, ummi cakap pentingkan yang penting dulu. Nak checkup adik, bila-bila pun boleh. Jadinya pagi semalam awal-awal pagi kami dah terpacak di klinik nak tukar appointment.

Alhamdulillah terus jumpa nurse yang attend Adik Rayyan. Bagitahu yang ada urusan lebih penting. Dia pun okey tukar tarikh hari ni. Jadinya kami pun ke klinik hari ni.

Ummi kena masuk lambat la ke pejabat. Minta time slip dengan nurse. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan. Pukul 12 tengahari baru selesai segala urusan di klinik hari ni. Mujur ummi bawa bekal kuih dan air siap-siap ke klinik. Kalau tak mesti anak-anak menjerit lapar.

Kak Feni akan pastikan bawa bekal sebab anak-anak ni akan cepat bosan. Bila diorang bosan, mula buat akal ditambah pula dengan perut lapar akan bertambahlah panjang akal depa. Merengek nak balik dah tentu. Jadi sediakan makanan dan minuman secukupnya.

Masa di klinik tadi memang ramai ibu bapa bawa anak-anak untuk checkup. Kebanyakannya baby lagi. Alhamdulillah klinik kesihatan kita terbaik. Walaupun ada sedikit kekurangan tu kira okey lah kalau nak dibandingkan dengan negera luar yang jauh lebih susah. Bayaran pun hanya RM1 je untuk yang kerja swasta macam Kak Feni. Kalau ibu bapa kerja kerajaan, tak perlu bayar sebab ada GL.

Apapun Kak Feni bersyukur sangat dengan perkembangan adik Rayyan. Terus membesar dengan sihat. Walaupun berat badannya tak naik banyak tapi berat dia tetap naik. Tahun depan bulan 12 masa umur adik 5 tahun pula kita datang jumpa nurse.

Lepas ni kena pergi klinik gigi untuk cek gigi adik. Abang Aus dah cek di sekolah. Nanti ummi nak pergi klinik gigi buat pemeriksaan untuk adik dengan abang sekali.

Hari ni, Kak Feni berkenalan dengan seorang ibu muda yang beranak 3. Alhamdulillah peramah orangnya. Datang ke klinik sebab anak bongsunya berdarah hidung sebab terjatuh main dengan abangnya yang berumur 3 tahun. Masa sampai tu darah dah kering. Alhamdulillah. Tanya datang dengan apa, dia jawab naik grab. Macam mana order grab ? Dia jawab saya jalan kaki keluar. Masa tengah tunggu teksi, grab lalu dan berhenti. Allah permudahkan urusan dia.

Allahuakbar, timbul keinsafan untuk kak Feni supaya terus bersyukur sebab selalu Allah mudahkan urusan Kak Feni. Pergi ke klinik pun dengan kereta sendiri. Tak perlu susah-susah tunggu dan naik turun teksi. Dia seorang dengan 3 orang anak, semuanya di uruskan sendiri. Tahniah untuk awak !

Masa menunggu agak lama, jadi kami pun berkenalan. Dia berniaga sambal ikan bilis hitam. Ramah mulutnya bercerita yang dia berniaga sambal ikan bilis. RM10 untuk 200gram. InshaAllah semoga murah rezeki awak dik.

Kak Feni berlalu pergi setelah urusan pemeriksaan adik Rayyan siap. Bergegas nak masuk pejabat. Tengahari baru siap checkup Rayyan. Semoga Adik terus sihat dan kuat selalu. Ummi sayang adik sangat-sangat.




December 2, 2018

December 1, 2018

1 Disember 2018 - Sabtu

Hari ni lepak je di rumah. Buat sarapan pagi roti sapu planta dengan telur separuh masak. Air milo. Anak-anak suka. Abang Aus kata sedap sangat. Kalah kedai mamak. Alhamdulillah.

Semalam kami tidur di rumah opah sebab opah balik kampung. Jaga rumah opah. Haha rumah sendiri pun dibiarkan sepi.

Abah kerja hari ni. Jadi duduk rumah jela. Nak keluar pun rak tahu nak pergi mana. Kemas-kemas rumah. Basuh baju, masak makan, tengok tv dan tidur. Boleh rehat dan berperang dengan anak-anak.

Musim cuti sekolah ni, ramai yang balik kampung atau pergi holiday. Kami hanya jalan-jalan area dekat-dekat je. Jalan-jalan di pasaraya dan makan-makan. Window shopping. Haha sebab duit tak berapa nak banyak nak shopping like orang have-have.

Baju sekolah anak-anak pun hujung bulan depan baru nak beli. Harapnya cukuplah duit ummi. Gaji ummi dengan abah pun tak banyak. Cukup-cukup makan je. Alhamdulillah. Nak kata mewah macam orang kaya tu tak la. Cukup makan pakai, inshaAllah ada je rezeki.

Tengahari ni makan nasi dengan sup ayam dan telur dadar. Kenyang dah perut. Rezeki anak-anak tu tetap ada.

Kami tak kaya tapi apa yang kami nak selalu Allah bagi. Syukur sangat-sangat. Petuanya, jangan bergaduh suami isteri. Jangan bergaduh anak beranak.

November 30, 2018

Selamat Datang Disember !

Pejam celik pejam celik dah nak masuk Disember dah esok. Macam-macam hal yang telah berlaku sepanjang tahun ni dari bulan 1 sampai la ke bulan 11 ni.

Okey Kak Feni nak review sikit perjalanan dari bulan 1 sampai bulan 11.

Januari

Sambut tahun baru dengan gembira. Abang Aus masuk Tabika untuk 6 tahun. Masih sekolah yang sama dengan tahun lepas.
28 Januari, Abang Aus sambut birthday yang ke-6. Biasa-biasa saja dan sentiasa dengan doa ummi dan abah.

Febuari

Macam biasa jer kehidupan ni. Raya Cina tahun ni sama macam tahun lepas. Kami ke Manjung, Perak. Rumah Acik. Bercuti ke Manjung. Lepak rumah Acik.

Mac

3 Mac, kami sungguh excited sebab nak pergi kenduri di Pahang. Lama sangat tak pergi Pahang. Tempat ummi di lahirkan. Suasana kampung yang sangat mendamaikan.
27 Mac, ummi cukup 32 tahun. Haha dah setengah abad dah ummi ni.

April

Kami balik kampung di Gerik, Perak sebab nak ada kenduri cukur jambul untuk Iman dan kenduri sambut puasa. Buat sekali di kampung. Berarak lah kami pulang ke kampung.

Mei

1 Mei 2018, kami berarak ke Kuala Kangsar untuk kenduri Poksu. Alang-alang dah balik kampung. Kami terus ke kenduri. Meriah kendurinya.
5 Mei, kenduri menyambut menantu di Pahang. Kali ni kami tak pergi sebab dah balik masa di Kuala Kangsar.
8 Mei, kami balik Gerik untuk mengundi.
Tarikh mengundi jatuh pada 9 Mei. Kami apply leave untuk balik mengundi. 17 Mei bermula bulan puasa.

Jun

Bulan yang meriah sekali sebab banyak benda yang kami buat.
14 Jun balik Gerik untuk sambut hari raya Aidil Fitri.
16 Jun, Raya kedua pagi kami balik Kelantan.
17 Jun, kami berjalan ke Jerteh Terengganu.
18 Jun kami balik ke Gerik. Otw balik KL, jalan jem, terpaksa bermalam di Tapah.

Julai

Tak ada yang menarik bulan julai nak share.

Ogos

5 Ogos, kami jalan-jalan ke Bukit Tinggi, Pahang.
18 Ogos - Faidhi (Paksu) bertunang. Malam lepas tu kami ke Manjung.
19 Ogos - Kami balik  Kelantan untuk kenduri di kampung.
23 Ogos - Ke Ipoh, tidur di Qute Hotel.
24 Ogos - Masuk MAPS Ipoh.
25 Ogos - Ke Lost World of Tambun, terus ke Manjung
26 Ogos - Balik KL, singgah di Teluk Intan, Menara Condong.

September

2 September - Ke Floria PutraJaya
15 - 17 September - Ke Cameron Highland
22 September - Kami ke ICT Shah Alam
24 September - Outstation ke Kota Bharu dengan flight

Oktober

8 Oktober - Birthday Abah
13 oktober - Hari sukan sekolah Abang Aus. Ummi, adik dengan abang hadir.
14 Oktober - Kami ke Genting Highland melalui Serendah.
27 & 28 Oktober - Training Travel Agent di One Stop Residence dengan Kak Ani

November
3  November - Kami balik Kelantan, mek masuk hospital
6 November - Cuti Deepavali, balik KL.
8 November - Abang Aus konvo di

Disember ni ???

Banyak benda yang nak buat niiii. Barang sekolah anak belum beli lagi. Kasut hitam sepasang je yang baru beli.




Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...